Saturday, June 13, 2015

To:Mr.Ego Part 3

                "Hanna,harini kita nak gi mana pulak ea?"Soal Yasmin pada Hanna yang baru selesai mandi.Hanna menoleh ke arah Yasmin.
            
                "Kau ni biar betik?Tak penat ke?Semalam bukan kita baru gi KLCC?Kau shopping dah lah banyak giler kot.Lama pulak tu."Tanya Hanna pelik.Yelah,semalam dia dengan Yasmin pergi KLCC bukan setakat cuci mata tapi semua benda yang Yasmin nampak cantik,berkualiti,terus minah tu rembat.
           
                "Alaaaa..jomlah!Aku bosan lah.Jomlah kita jalan-jalan.Gi tasik titiwangsa nak?Boleh lepak-lepak kat sana.Aku pernah pergi dulu je.Jomlah!Ada kuda!Kau suka kuda kan?kan kan?"Hasut Yasmin.Dia benar-benar ingin ke sana.

                "Okey,di sebabkan ada kuda,aku gi.Sukalah tu."Hanna jeling Yasmin yang sudah bercahaya matanya yang sememangnya mengharapkan dia setuju.Hanna tahan senyum.

                "Yeay!Sayang kau Hanna!You are the best friend ever!"Jerit Yasmin sebelum memeluk Hanna kuat.Hanna sudah tersepit.

                  "Haha..ye ye.Aku pon sayang kau!Aik?Kau ade berapa ramai kawan baik ni?Dah dah.Aku lemas la wei."Jerit Hanna pula.Dia meregangkan pelukan Yasmin.

                  "Haha.Ramai okey.Sorry.Aku gembira beb.Hehe."Kata Yasmin sambil melepaskan Hanna.Dia tersengih.

                  "Yelah kau.Ni nak gi kul berapa ni?"Soal Hanna.Dia melihat jam dinding di biliknya.Jam sudah menunjukkan waktu 8 pagi.Nak pergi pukul berapa?Takkan nak pergi tengah hari?Hanna pening.

                  "Sekarang la."Jawab Yasmin selamba.Mahu ternganga mulut Hanna di sebabkan terlalu terkejut.Biar betik minah ni!Barang macam mana?Heisy,pening,pening.

                  "Kau ni Yas,agak-agak lah.Kita takkan nak  pergi lenggang kangkung je?Tak nak bawak bekalan ke?Nama pon tasik.Takkan tak nak  picnic tepi tasik kot.Rugi kot."Jelas Hanna.Dia pun tiba-tiba teruja.Dah la ada kuda.Tasik pon ade.Memang picnic la jawabnya!

                 "Eh,betollah.Tak payah bekal.Kita sarapan kat rumah pastu bawak botol air je sebab aku nak joging.Lepastu kita main la permainan kat sana."Jawab Yasmin ringkas.Dia sudah siap dengan sweatshirt biru dengan seluar sukan bewarna hitam.Rambutnya pula disiputkan dan ditutupi topi bewarna biru.

                  "Ha?okey-okey.Aku tukar baju jap."Kata Hanna sambil berlari masuk ke bilik mandi bersama sweatshirt  dan seluar sukan.Dia tidak mahu terlambat.Dia dah teruja!Hehe.Hanna sudah tersenyum panjang sambil menukar pakaiannya.

                  "Hanna!Aku turun dulu ea.Tolong mama jap."Jerit Yasmin dari luar.Sengaja dia mahu mengusik Hanna.Hanna menahan geram.Budak tak makan saman betul.Desis Hanna.

                 "Siapa mama kau ha?Itu mama aku okey.Jangan nak menggedik.Aku cancel plan ni kang!"Ugut Hanna.Satu perkara yang semua orang perlu tahu.Hanna tidak suka orang lain memanggil mamanya dengan panggilan mama.Kecuali adik lelakinya.Bercakap tentang adik lelaki,Hanna mempunyai seorang adik lelaki yang muda 2 tahun darinya dan bersekolah di asrama penuh.Itu sebab Hanna memang susah hendak berjumpa adik terunanya itu.

                  "Yelah-yelah.Ugut aku je kerja kau.Aku turun dulu tau!"Jerit Yasmin lagi.Hanna tidak jawab sebaliknya dia keluar dari bilik mandi kerana telah siap menukar pakaiannya.

                 "Wow!Shining woo."Ujar Yasmin setelah melihat Hanna yang baru keluar dari bilik mandi dengan memakai sweatshirt warna kuning terang dengan seluar sukan hitam.

                 "Melebih la kau."Balas  Hanna sambil menyarung tudung bawalnya yang turut bewarna kuning terang.Kalau dia layan sangat si Yasmin ni,mahu sampai ke malam tak habis.Kang tak pasal-pasal mereka tak jadi pergi ke tasik titiwangsa.Tak nak dia.Dia nak pergi jugak.Nasib baik dia memang sentiasa bersedia.Oleh itu,dia memang akan menggosok tudungnya banyak-banyak dan juga beberapa baju untuk menyenangkan kerjanya jika terlewat.

                 "Hehe..Jom-jom.Nanti lambat,menangis kau."Kata Yasmin sambil keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah.Hanna hanya mengikut.

                "Yelah-yelah."Jawab Hanna.


Selepas bersalam dengan ibu Hanna,mereka bergerak ke kereta Yasmin.Tidak pelik bila Yasmin bawa kereta kerana dia sudah diberi kebenaran untuk memandu kerana umurnya sudah berumur 19 tahun.Oleh itu,ibu bapanya membelikannya sebuah kereta bagi memudahkan Yasmin untuk bergerak ke mana-mana.

                  "Yas,kau tahu tak jalan ke tasik titiwangsa?Jangan cakap kau tak tahu pulak."Tanya Hanna setelah dia duduk di bahagian sebelah pemandu.Wajah Yasmin yang baru selesai memakai tali pinggan dipandang.Yasmin tersengih.

                  "Hehe.Aku lupa la beb.Dah lama aku tak pergi.Tapi kau jangan risau.Dia dekat area KL ni je.Lagipon,GPS kan ada."Jawab Yasmin sambil membuka GPS yang sudah tersedia di dalam keretanya.

                 "Yelah.Kalau sesat,siap kau."Hanna beri amaran.

                 "Ye,aku tahu lah.Ala,ni Yasmin la.Pakai cepat tali pinggang tu.Aku nak drift ni."Kata Yasmin sebelum memulakan pejalanan mereka ke tasik titiwangsa.



Semasa di Tasik Titiwangsa...

                "Eh,Hanna.Jomlah joging.Aku nak joging la."UjarYasmin setelah mereka keluar dari kereta.Kain kecil untuk lap peluh sudah disangkut di bahunya.

               "Ala,kau kata ada kuda.Aku nak tengok kuda."Jawab Hanna.Dia malas mahiu berjoging oleh kerana dia ingin melihat kuda.Macam lah dia tak pernah tengok kuda,tunggang pon dia pernah.Cuma dah lama dia tak jumpa kuda oleh sebab terlalu sibuk dengan bermacam kerja.Tunggang?Hehe,kat sini ada ke kuda untuk orang dewasa naik?Lagipun,di oversea nanti,Hanna sudah bercadang untuk belajar menunggang kuda.Bukan sebarang tunggang okey.Tapi dia mahu menunggang kuda tu sendiri.Tak main la setakat naik pastu ada orang tarik kuda tu berjalan.Hmm,tak best,tak best.Dia juga ingin membeli seekor kuda untuk menyenangkan aktiviti berkuda.

               "Ala,Hanna.Kuda je pon.Bukan kau nak naik pon kan."Kata Yasmin.

              "Grr..kau joging la dulu.Aku nak gi tengok jap.Nanti aku join kau."Kata Hanna pula sambil terus menuju ke tempat kuda.Yasmin pula hanya mengalah dan joging seorang diri sambil memakai earphone.


"Hmmm..asal la aku cakap nak gi sini.Kalau Yas teman,takpe gak.Heisy.."Omel Hanna perlahan.Dia sudah berada di tepat kuda tapi terlalu ramai orang membuatkan dia malas untuk mendekati tempat itu.Dah lah dia sensorang.Mana tak bosan.Hmm,masa untuk cari Yasmin!Mana la minah sorang ni.Susah betul nak cari.

            Hanna melangkah ke arah sebuah kerusi panjang berdekatan dengan tasik.'Hmm,tunggu sini je lah.Kalau aku tahu jadi macam ni,aku bawak telefon.Asal la aku tak bawak ea?'Hanna berkata dalam hati.Tiba-tiba dia terjumpa seekor kuda bersaiz besar yang membolehkan orang dewasa menunggangnya.Kuda itu bewarna coklat gelap dan ada satu line warna putih di hidungnya.Hujung kakinya pula juga terdapat warna putih.'Comelnya!'Jerit Hanna.Siapa lah yang biarkan kuda dia kat sini.Aku cilok kang!Dah la comel!.Hanna terus mendekati kuda itu.

           "Hai!Nama siapa ye si comel?Siapa yang tinggalkan awak ni?Dah la comel.Lawa pulak tu.Saya namakan awak Brown nak?"Kata Hanna sambil membelai kepala kuda itu.Tiba-tiba ada suara garau yang menegurnya.Hanna menoleh ke arah suara itu.

            "Dia jantanlah.Mana ada lawa.Hensem ada la.Tapi aku lagi hensemlah.Terima kasih sebab bagi dia nama."Hanna terkejut melihat orang itu.Punyalah smart pakai pakaianberkuda dengan kasut but siap!Warghh!Melting!Melting!

            "Err..Apa kau buat kat sini?"Soal Hanna tergagap-gagap.Mana taknya,dah dia terjumpa dengan lelaki idaman hatinya.Of coz  la tak terkata.Nak tahu siapa?Tengku Fahmie la!Siapa lagi.Huargh..apa diabuat kat sini?Sibuk je.Baru nak aman siket.Mamat tu plak  boleh pulak dia gelak.Kuang asam betol!Tapi,dia gelak?Serius la?Cair kot!No!Hanna!Jangan cair!Jangan cair!

            "Kau ni lawak la.Apa punya soalan la.Of course la aku nak tenangkan minda.Hanna,Hanna."Jawab Tengku Fahmie.Hanna pelik.

           "Ha?Tenangkan minda aku?"Soal Hanna blurr.Lagi sekali Tengku Fahmie ketawa.Hanna menaik muka masam.Marah ni.

           "Alaa...jangan lah marah.bukan,aku cakap aku nak tenangkan fikiran aku lah Nur Hanna binti Nor Adam."Pujuk Tengku Fahmie.

           "Ouh yeke?Hehe.Sorry."Hanna sudah menunduk.Malu woo..

           "Kau nak try tunggang kuda ni?"Soal Tengku Fahmie tiba-tiba.Terus Hanna mengangkat wajah.

           "Boleh ke?"Soal Hanna pula tidak menjawab soalan Tengku Fahmie.

           "Takdelah.Tak boleh.Saja je tanya."BalasTengku Fahmie selamba membuatkan Hanna geram.

           "Grr..kau ni.Serius la."Marah Hanna.Yelah,orang tengah serius,dia pergi main-main.Aku campak masuk dalam tasik tu kang,padan muka.Bebel Hanna dalam hati.

            "Yelah,betullah.Kau nak tunggang tak?Rugi tau kalau tak nak.Aku offer ni.Bukan senang aku nak kasi orang tunggang kuda kesayangan aku ni."Provok Tengku Fahmie.

            "Ouh,kuda kau ea?Ingatkan sewa."Soal Hanna.Banyak pulak soalan yang dia tanya.Takpe,biar je mamat ni penat jawab.hehehe.

            "Takdelah,kuda jiran aku.Hanna,aku serius ni.Nak ke tak nak?Satu..Dua..Ti.."Tengku Fahmie sudah mengira.

              "Nak!Tapi aku tak pandai nak tunggang kuda."Jawab Hanna perlahan.

             "Takpe,aku boleh tolong.Meh aku ajar.First,kau naik atas kuda ni.Kau pijak kerusi kecik ni."Ajar Tengku Fahmie.Hanna hanya mengikut.Tengku Fahmie pula memagang tali kuda itu.Kemudian,dia ajar Hanna cara-cara menunggang kuda dengan betul.Hanna pula nasib baik cepat belajar membuatkan ianya lebih mudah.Hanna rasa macam jadi puteri!Puteri yang dilindungi putera!Hhehehe..Berangan sekejap.Bestnya!!Hanna rasa macam nak rakam je memori ni.Fon mana fon.Alamak!Hanna tepuk dahi.Fon dekat rumah!Adoii..cam mana ni????