Friday, July 15, 2016

Cerpen:Throwback Love Part 1

Pertama sekali,maaf atas segala kesalahan ejaan.Cerpen ni saya buat suka suki time tengah kebosanandan tup2 dapat idea.Cerpen spontan yang saya main tulis je selamba derk je kan.Ingat kan nak wat satu part je tapi bila panjang lagi kisahnya,wait 4 the second part la yek.

  "Syed Dazrin!Cuba dengar cakap mummy.You are 27.Bila nak kahwin?Kalau macam ni,kempunan lah mummy nak timang cucu.Apa kata Daz dengar cakap mummy,kawen dengan anak kawan mummy tu.Mummy tahu Daz takde calon kan?"Kata PuanSri Hajah.Dia harus memaksa juga anaknya untuk berkahwin dengan anak kawannya.
  "Please lah mummy.Daz baru balik dari kerja.Every time Daz balik kerja,Daz teringin nak rehat.Ini tak.Asyik balik je mummy bangkitkan pasal anak kawan mummy.Apa yang mummy pandang pada anak kawan mummy tu pun Daz tak tahu.Seksi.Tak reti hormat orang.Harap muka lawa je dengan mekap tebal.Jadi model,body tunjuk sana sini.Itu ke yang mummy nak Daz jadikan isteri?"Kata Dazrin penat.
  "Daz,kamu sebagai suami kenalah bimbing dia.Tak susah pun."
  "Maaflah mummy.Daz ni pun tak betul,nak bimbing dia pulak.Sesat je nanti.Sudahlah.Daz penat."
  "Daz,cuba dengar cakap mummy.Mummy tahu Daz takde calon lagi kan?"
  "Siapa cakap?Bulan depan Daz bawak dia jumpa mummy and daddy.Is that enough?"Kata Syed Dazrin.
  "Are you serious?"Soal Puan Sri Hajah tak percaya.Mustahil!.Syed Dazrin angguk.
  "Jadi,Daz minta diri dulu.Night,mi."Kata Syed Dazrin sebelum naik ke biliknya.





"Dam,help me."Terjah Syed Dazrin pada Adam,setiausahanya merangkap kawan baiknya sebaik sahaja tiba di pejabat.Semalaman dia tak dapat tidur!
  Adam yang sedang minum air kopi di pantri,tersedak.Aduih,perit deh!Terus di berpaling ke belakang.
  "Bos!Terkejut den!Sakit tekak orang tersedak.Ni kenapa pag-pagi buta dah sampai ofis?"Soal Adam sambil terbatuk-batuk.
  "Heisy,kau ni Dam.Aku ada masalah ni.Sebab tu datang awal."Adam meletakkan mugnya ke atas meja kaca.
  "Okey,bos.Ceciter masalahnya.Saya tengok muka bos ni dah macam berat masalahnya.Kang tak settle,meletup pejabat ni.Tak pasal-pasal saya jadi tempat kaunseling mendengar masalah pekerja pulalk.Ponat den."Syed Dazrin dah ketap gigi.
  "Mak saya suruh kahwin dan saya dah cakap bulan depan saya akan bawak calon.Mana saya nak cari calon,Dam?"Kata Syed Dazrin sambil menggoncang bahu Adam.Adam pegang kepala.Ni kalau tak pegang,habis keluar otak aku.Mana nak dapat idea?
  "Adui!Apa susah.Bos rembat je lah mana-mana klien bos.Tak pun mana-mana pekerja.Senang kan?"Kata Adam.
  "Awak ingat saya takde ciri-ciri gadis idaman?Main nak tangkap muat je?"
  "Okey,apa ciri-ciri gadis idaman bos?"
  "Saya nak yang kurus,lawa,pakai tudung,dan sopan santun.Awak carikan ea?Esok jumpakan dengan saya.Harini saya akan bagi awak kerja carikan calon.Ingat.Harini ye.After lunch,kita meeting."Kata Syed Dazrin sebelum berjalan keluar dari pantri.
  "Meeting harini bos?"Jerit Adam.
  "Cancel!"Balas Syed Dazrin.Adam tepuk dahi.Adeh,mana eden nak cari calon ni?Kurus,lawa,pakai tudung,sopan?Haih.Minum air lagi baguih!Baru nak teguk air kopi,ada lagi seorang hamba Allah pergi terjah dia.
  "Oi,Adam!"Sapa Maya sambil menepuk belakang Adam dengan fail ditangannya.
  "Uhuk!Oi,cik Maya!Kau nak aku mati cepat ke ha?"Kata Adam geram.Aku kahwinkan jugak budak ni dengan bos baru tahu.Dua-dua kerjanya nak sergah orang je.Maya sengih.
  "Sorry.Tak sengaja weh.Happy giler akhirnya abang sepupu aku dah ada calon."Kata Maya sebelum duduk di hadapan Adam.Adam mencebik.
  "Ha,baguih la tu.Hang tu bila nak ada calon?Harap muka je lawa.Tapi dah dekat dengan andartu dah ni."Kata Adam sebelum sekali lagi kene hempuk dengan fail.
  "Andartu kau!Aku baru 24 okey!Nak kumpul duit manyak-manyak.Malas nak fikir pasal kahwin."
  "Kau engineer takkan tak masyuk kot!Gi lah kawen.Penat aku tengok kau ni asyik kena ngorat tapi kau buat donno."
  "Hehe..Aku ada rumah idaman okey!Banglo besar,ada kolam,ada mini gim,ada mini garden,lepastu aku nak keluarga aku pun hidup senang.Kalau nak kahwin,aku nak cari lelaki kaya and muda.Playboy?Lantak.Itu hal dia yang penting,nafkah tiap-tiap bulan masuk and aku boleh shopping sesuka hati."
  "Kau gila eh?Taste macam hape.Orang kalau cari lelaki,mestilah nak yang setia.Ni tak,kau nak cari yang kaya je.Dasar mata duitan betulkan."Maya mencebik.
  "Aku tak kisah kalau aku tak bahagia dengan perkahwinan,asalkan aku dapat menyenangkan mak ayah aku dan adik-adik aku."
  "Aku faham Maya.Kau baik orangnya.Tapi kau kena ingat,kekayaan tak membawa bahagia."
  "Yup.Biarlah aku tak bahagia asalkan aku dapat bahagiakan keluarga aku.Itu dah mencukupi.Aku sanggup buat apa sahaja demi keluarga.Keluarga adalah keutamaan aku.Siapa kacau,maut menghampiri."Kata Maya selamba.Adam dah geleng kepala.Eh kejap.Dia pandang Maya.
  Lawa,kurus,pakai tudung,tapi sopan?yilek!Haih.Fail!
  "Kau apahal pandang aku atas bawah.Gila eh?Nak aku hempuk kau dengan fail ni lagi?"Soal Maya geram.Adam geleng.
  "Jangan weh.Aku tengah sangat memerlukan otak aku ni tuk cari calon untuk bos kita ni."Kata Adam.
  "Calon?Bos kita muda lagi ea?Jujur aku cakap,aku tak pernah jumpa bos baru kita.Aku pernah jumpa last tahun lepas,arwah Tan Sri Syed Yahya.Sekarang ni anak dia tapi aku ingat-ingat lupa muka nya sebab aku kan selalu menunduk je.Kalau berseorangan pulak tak pernah dia panggil aku.At least,orang atas aku yang kena panggil."
  "Ngek.Haah.Muda.Hensem.Kaya tu semestinya.Berkenan?"
  "Wow.Saya seperti berminat ye,encik.Di mana saya boleh hantar ye."Perli Maya.
  "Hhaha..Maaf.Anda tidak berjaya kerana kurang ciri-ciri yang diinginkan.Cuba lagi ye."Sekali lagi Fail melekat di depan.
  "Blah lah kau.I tak hingin okay?"Kata Maya sebelum bangun.
  "Tahu pun kau.Cepat-cepatlah kahwin ye."
  "Kau kahwin dulu.Sibuk pasal orang.Diri tu tak laku ke cik abang?Kata Maya sambil terkekek .ketawa keluar dari pantri.Adam mencebik.Huh,Ingat I tak laku ke?Kat mana aku pergi,mesti ada perempuan yang tertoleh berkali-kali tahu?Tapi sebelah aku mesti ada bos!Hehe





Adam pening kepala.Dah setengah jam dia langsungkan meeting antara bosnya dengan calon-calon tapi semua direject.Dalam 30 minit boleh dikatakan 30 orang jugak yang direject.30 orang calon,30 orang direjct.Alasan?Gedik,baju ketat,tudung singkat,tudung tak serupa tudung,berlakon,artis,model,macam-macamlah.Punyalah banyak karenah.Adam geleng kepala sambil memotong nama peserta yang ke 31.Harap-harap menjadilah yang terakhir ni.
  "Adam!"Terjah Maya tetiba sebelum bertenggek di tepi meja  Adam.Adam urut dada.Huish.Kus semangat!
  "Kau ni kan.Asik nampak aku je terus sergah.Cuba lah bagi salam siket.Kalau aku wassalam nanti baru kau tahu nak menyesal.Menangis teresak-esak kau nanti baru tahu!"
  "Takdenya nak nyesal.Aku huha huha je mana tahu aku ganti kau jadi P.A bos."
  "Kau!Sempat eh!Nak sangat ke?"Laju Maya menggeleng.Tak nak aih
  "Tak nak aku.Aku masih muda okey."Kata Maya.
  "Ni kenapa kau menenggek kat meja aku ni?"Soal Adam.Maya sengih.
  "Jom lunch jom.Biasanya aku tengok kau asik ilang je lepastu bagi alasan lunch ngan bos,Ni nampak kau solo je,jom ah.Nina gi lunch ngan suami.Kak bedah ada hal kain dia tu.Jiah ngan Hani gi lunch ngan pakwe ngan tunang diorang.Tinggallah aku solo."Terang Maya.
  "Tu namanya majlis perkahwinan memanggil kau.Bila entah nak kahwin.Tapi kalau kau ajak staf lelaki yang lain,konpem diorang setuju nak lunch ngan kau."Kata Adam.Maya mencebik.
  "Dah lah kau.Nak teman aku ke tak ni?"Soal Maya.
  "Aku busy la Maya.Tengah tunggu keputusan bos ni.Tengah soal meeting calon tu.."Maya angguk.
  "Okey lah..Aku.."Belum sempat Maya menghabiskan katanya,pintu bilik bos dibuka kasar dari dalam sebelum seorang perempuan keluar dengan tangisan berlagu.Maya tersentak sambil melihat perempuan itu berlalu kelaur dari pejabat.
  "Haih.Cengeng."Kata Adam perlahan.
  "Next."Bunyi interkom.Adam dah garu kepala.Dia pandang Maya.Maya pandang dia sambil mengangkat kening.Adam sengih sebelum menarik hujung lengan baju Maya masuk ke dalam bilik Syed Dazrin.
  "Bos,ni last."Kata Adam sebelum meninggalkan Maya dalam bilik itu terpinga-pinga.Duduk di meja,dia berdoa.Tolonglah,bos terima Maya.Eden dah terdesak ni.Maya nak sangat orang kaya kan,ha,aku bagi orang kaya lah tu.
  Maya dalam bilik terpinga-pinga memandang bosnya yang duduk membelakanginya.
  "Duduk."Arah bosnya.Laju Maya duduk.Kena interviu lagi ke weh?
  "Beritahu saya nama awak.dan umur."Maya yang tersentak laju menjawab.
  "Saya  Nur Maya.Umur 24 tahun."
  "Apa pekerjaan awak."
  "Engineer."Syed Dazrin memusingkan kerusinya.Maya tersentak.Hensem kau aih!
  "Kenapa awak  nak kahwin dengan saya?"Soalnya sambil memandang Maya.
  "Ha?Sejak bila saya nak kahwin dengan bos?"Kata Maya spontan.
  "Habistu kenapa awak dekat sini?"Soal Syed Dazrin pelik.
  "Adam yang tarik saya masuk sini."Jawab Maya jujur.
  "Single?"Soal Syed Dazrin.
  "Yup dan tak berminat nak kahwin awal."Syed Dazrin tergelak.
  "Ouh really?Just like me.Malas nak kahwin awal tetapi terpaksa."Maya angguk pelik.So?Apa kaitan dengan aku.
  "Apa ciri lelaki yang awak nak?"
  "Saya nak yang kaya bukan sembarangan kaya.Saya nak dia boleh tanggung saya dan keluarga saya.Cukuplah duit masuk tiap bulan,tak hiraukan perbelanjaan saya,bagi saya duit shopping dan tak kedekut.Lepastu,kalau dia nak playboy ke apa ke,lantak dia lah.Tu je.Walaupun susah nak cari lelaki yang saya inginkan tu,itulah ciri2 nya.Tapi,saya tahu ia mustahil so saya bekerja bersungguh-sungguh untuk beli rumah banglo ada kolam,mini garden,mini gim dan macam-mcam."Syed Dazrin melongo sebelum tersenyum.
  "Awak tak kesah suami awak dengan orang lain?"
  "Nope.Saya sanggup tak bahagia asalkan keluarga saya bahagia.Tapi bila fikir balik,bahagia apa kalau dapat duit banyak?No hal lah."Kata Maya senyum lebar.
  "Kalau macam tu,kahwin dengan saya."Kata Syed Dazrin membuatkan Maya tersentak.
  "What?Bos gila ke?For what saya nak kahwin dengan bos?"
  "Just marry me and you will get everything that you want.Rumah besar?Kolam?Gim?Garden?Duit?Saya boleh bagi and saya tak akan mengongkong hidup awak.Rezeki yang Allah bagi saya banyak dan tak salah untuk saya kongsi dengan isteri saya kan?"Maya terkelu.
  "Urmm..Saya tak nak lah!Saya masih muda!"
  "Just listen.Awak tak perlu risau pasal perempuan yang akan cakap awak perampas dan sebagainya sebab saya bukanlah playboy sangat tapi awak pandai-pandai lah settle dengan mummy saya sebab dia cerewet.Just marry me.Saya bukanlah jahat sangat.Kalau tak percaya,tanya Adam."
  "What?Tak nak lah!Saya takkan kahwin dengan stranger!"Kata Maya.Aduhai.Orang main-main je lah!
  "Look.Just help me.Awak sendiri yang cakap awak sanggup berkorban demi keluarga.Awak nak senangkan keluarga awakkan.Jadi?"Maya terdiam.
  "Ok fine but saya nak kita tinggal rumah sendiri.Bukan di rumah keluarga mak awak atau mak saya.Deal?"Kata Maya.Syed Dazrin tersenyum lebar.
  "Deal.Bulan depan saya bawak awak jumpa mummy saya and bulan depannya lagi kita kahwin."
  "Jumpa mummy bos?Orangnya macam mana?"
  "Err..Don't worry,saya akan backup awak.I will cover you okay?Pandai masak?"Maya terdiam.
  "Masak biasa-biasa macam masakan kampung boleh lah.Western saya tak pandai."
  "What?Kata nak kahwin dengan orang kaya tapi tak pandai masak western.Mulai esok,awak akan masuk kelas masak selama sebulan."Maya terlongo.
  "Huhu..No way please."
  "Kata nak kahwin dengan orang kaya.Kalau macam ni lah.macam mana..."
  "Ok fine.Kelas memasak!"Syed Dazrin mengangguk.Settle.





Maya tersenyum sambil berbaring di atas katilnya.Huargh!Settle!Sebulan aku sengsara dengan minah gedik yang ajar aku masak masakan western.Dengan hiasannya lagi kononnya makanan hotellah kononnya.Haih.Ponat kot.Tak boleh ke cari cef yang elok siket.Ni,tak.Cari yang perempuan muda!Gedik pulak tu.Cubalah cari chef lelaki yang muda,kacak,baik nak mengajar.Barulah aku pun semangat kau nak belajar.Ni yang gedik,aduih.Seminggu Syed Dazrin hantar dan ambil dia dekat sana,seminggu tu jugaklah dia sekat traffic aku nak balik.
  Last-last aku bagi larangan daripada lelaki tu hantar dan ambil aku.Settle.Bukan jeles.Tapi menyampah.Orang penat-penat nak balik rehat,tidur.Minah tu boleh halang pulak driver aku,si Dazrin tu..Sembang macam-macam.Si Dazrin ni pulak melayan.Tanya prestasi aku lah,apa lah.Haih.Mintak pelempang betul.
  Tapi yang bestnya,aku tak yah kerja sebulan.Dapat cuti bergaji weh semata-mata kelas memasak.Padahal boleh je buat time hari cuti kelas tu.Tapi lelaki tu hanya suruh dengar arahan bos.So,eden happy jolah.Dapat hilangkan stress bekerja.
  Bunyi telefon yang berlagu mengganggu rehatnya.Maya capai sebelum melihat gerangan yang menelefonnya.Syed Dazrin.Dah 3 minggu mereka tak berhubung.
  "Hello?"Jawab Maya.
  "Hello.Get ready for tomorrow."Kata Dazrin.Terus aku bangun.
  "Get ready for what?I'm seriously tired."Jawab Maya,
  "Takkan lupa.Jumpa my mum."
  "Daz,give me a rest!"
  "No lah.Esok jugak okay?Nanti I deliver your dress.I suruh Adam hantar kat rumah you sekejap lagi and esok pukul 12 tengah hari,I'll fetch you."Maya hanya diam.Get ready Maya.






Syed Dazrin memandang Maya dengan muka bersalah.Baru sejam mereka berkahwin,dia dah rasa bersalah.
  "Awak ni kenapa?"Soal Maya.
  "Mummy suruh kita tinggal di rumah mummy selama seminggu."Kata Syed Dazrin,
  "Daz,awak dah setuju dengan saya kan kita cuma tinggal satu malam sahaja kemudian kita tidur kat rumah sendiri.You break my rules."
  "Maya,cuba iku aje.Mummy I bukannya teruk sangat."
  "No!Your mummy is worst!She don't like me.Dia selalu bandingkan saya dengan that one girl.."
  "Maya.You takde hak nak judge my mom.I suami you and now,listen to me.Jangan bantah."Kata Syed Dazrin sebelum berlalu.Maya terdiam.Look,baru sejam nikah,dah jadi macam ni.Ni yang kau nak sangat kan Maya,harta.Now,you're life will became disaster.
  Sepanjang majlis perkahwinannya berlangsung,Maya hanya keluarkan senyuman palsu.Bahagia sangat!Tapi dia harus melaluinya.Dia yang pilih jadi dia kena bertanggungjawab atas pilihannya.Selesai majlis,tetamu semakin berkurang.
  "Maya,kau kena berterima kasih pada aku tau!Kau dapat kahwin dengan orang kaya beb!"Kata Adam ketika lelaki itu ingin pulang.Maya senyum.
  "Yelah pak cik!Aku berterima kasih sangat pada kau.Puas,pak cik?Kau bila nak kahwin pulak?"Soal Maya.Adam sengih.
  "I masih mudalah.Hahah."Kata Adam.
  "Congrats Maya."Kata Nina,Jiah dan Hani sambil memeluk Maya.
  "Thanks korang."Balas Maya.
  "Hah,Adam.Kau bila nak kahwin?"Soal mereka.Adam mencebik.
  "Kau orang memang kan.Asik kahwin je,pandang aku.Nanti dah seru,aku kahwinlah."Kata Adam.
  "Yelah,mana tahu kau bengkok ke.."Usik Jiah.
  "Ngek mu.Sejak kawan dengan kau orang lah tetiba aku jadi lembut siket lah."Kata Adam.Semua tergelak.
  "Hye,Dam.Balik dah bro?"Soal Syed Dazrin yang baru berdiri di sebelah Maya.
  "Balik dah,bro.Aku ada hal lah."Kata Adam sebelum mereka bersalam.
  "Sorry Bro tak sempat nak layan kau sangat."Ujar Syed Dazrin.Adam senyum.
  "No hal lah.Kau kan raja sehari.Aku faham."
  "Congrats Bos."Ujar Hani,Jiah dan Nina pada Syed Dazrin.Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk.
  "Terima kasih sudi datang."
  "Sama-sama.Okeylah bos.Kami gerak dulu."Maya hanya senyum sehinggalah mereka semua pulang.Senyumannya mati.Kemudian,terasa tangannya digenggam.Dia mengangkat wajah.
  "Are you okay?"Soal Syed Dazrin.
  "No,I am not.I wanna sleep.I am tired."Balas Maya sambil melepaskan genggaman dan berlalu masuk ke dalam rumah agam itu.






Di dalam bilik milik Syed Dazrin,Maya termenung.Berbaring menelentang memandang siling.Mindanya berputar pada kejadian yang berlaku tadi...

  "Mak tak tidur sini?"Soal Maya pada ibunya Puan Maryam saat ibunya ingin pulang.
  "Taklah Maya.Mak mentua kamu dah sewakan hotel untuk kami sekeluarga."
  "Ala..tidurlah sini,mak.Rumah ni besar.Ada banyak bilik.Muat untuk mak,abah ngan adik-adik."
  "Tak boleh lah Maya.Mak mentua kamu kata adik-beradik dia tidur sini.Tu yang penuh and dia tak nak kami semua rasa terpinggir namti kalau dia sibuk layan sedara."Kata Encik Akmal,ayah Maya.
  "Ayah,Sedara mak mentua Maya bukannya ramai sangat pun..dia.."
  "Dahlah kak.Kita orang kena ingat gak..Ni umah mak mentua kau.Apa boleh buat?"Sampuk Mia.
  "Dahlah Maya.Mak ngan abah balik dulu ye?"Kata Puan Maryam.
  "Ye lah..Tapi esok Maya bawak mak ngan ayah round satu KL "kata Maya sebelum dia bersalam dengan ahli keluarganya.

  "Maya."Terus Maya tersedar dari lamunannya.Dia bangun dan duduj di birai katil.Syed Dazrin mengambil tempat di sebelahnya.
  "Awak nak apa?Semua dah balik?"Soal Maya.
  "Hurm.Tinggal Mak Su ngan Mak long sekeluarga je."Jawab Syed Dazrin.Maya angguk sebelum bangun.
  "Saya nak mandi dulu lah.Penat."Baru je Maya nak berlalu,Syed Dazrin memegang lengannya.Dia berhenti.
  "Ye.Awak nak apa,Dazrin?"Soal Maya lemah.
  "There is something bothering you.Tell me."Maya geleng.
  "Nothing.Just a small matter lah."
  "Tell me."
  "Nothing important."Maya tetap tak mahu mengatakannya.
  "Maya,sit here and tell me."Syed Dazrin dah keraskan suaranya.
  "I said,nothing."
  "Nur Maya binti Mohd Akmal."Syed Dazrin dah menyebut nama panjang wanita itu.Maya telan liur.I am a dead meat!Kalau bos dah panggil nama panjang,nampaknya ajal macam dah tak panjang ni.
  Terus Maya duduk di sebelah suaminya.ehek,suami kau!Kau ado?
  "Siapa je yang stay sini malam ni?"Soal Maya .
  "Just Mak long and Mak su."Jawab Syed Dazrin.Maya mengeluh.
  "Dua sebab.First,mak saya tidur hotel.Why ur mummy tak kasi tidur sini?Katanya sedaranya ramai nak tidur sini so...bilik full.At the end?Keluarga Mak long dengan Mak Su je kan?Second,Time family saya balik,awak tak ada pon.Mana hilang ntah.Pergi mana pun saya tak tahu.Saya sedih walaupun kita bukan macam suami isteri yang lain."Kata Maya.Straight to the point kau.
  Syed Dazrin senyum.Maya geram
  "Yang awak senyun tu kenapa?Saya tengah geram tau ni!"Bentak Maya.
  "Takdelah.Okey.First,saya tak tahu pasal mummy saya cakap macam tu..Maybe ramai yang tak jadi stay.Second,hey.I am your husband okay.Timefamily awak balik,saya ada jumpa.Siap suruh driver saya hantar mereka lagi.Hotel five star punya sebab mereka kata tak selesa tinggal kat sini.So,saya bagi hotel first kelah tau."Kata Syed Dazrin sebelum Maya tergelak apabila mendengar ayat akhir Syed Dazrin.First kelah ye?Kenapa tak cakap fekelah?kompem jadi cam dato ramli.
  "Dah.Settle?Tak mau sedih-sedih lagi ye?Esok awak janji nak bawa family awak round satu KL kan?"Maya angguk sebelum dia pandang Syed Dazrin Dengan riak gembira.
  "Awak ikut?"Soal Maya.Syed Dazrin senyum.
  "I am your husband,right?"Kata Syed Dazrin.Maya yang gembira terus memeluk lelaki itu erat.
  "wah...Sayang awak,my hubby!"Syed Dazrin terus tergelak sebelum membalas pelukan wanita itu.
  "Dah.Gi mandi.Busuk bebenor dah ni."Kata Syed Dazrin sambil menepuk bahu Maya.
  "Ceit.Tadi orang memang nak mandi pun lah!"Kata Maya laju sebelum bangun mengambil tuala dan pakaian ganti masuk ke dalam bilik mandi.
  Kemudian,dia menepuk Pipinya perlahan setelah menutup pintu.Haih.Malu deh..Asal aku gi peluk mamat tu tadi?Kompem aku punya otak mereng tadi.Sakit jantung ai.Marathon terus.Habis semput sebab dah lama tak marathon hatii..ehek!




Aku menggeliat sedikit sebelum membuka mata.Aku lihat jam di dinding.9? 9pagi??Terus aku bangun dari baring.Ruangan di sebelah aku lihat.Kosong?Alamak!Aku dah lambat.Bukan ke dah janji nak bawak family aku gi ronda KL?Lepastu?My subuh!!!
  Laju aku bangun dan masuk ke bilik air.Lepas mandi,aku sarung tshirt belang biru putih dan seluar palazzo hitam plain.Tudung selendang biru aku lilit dan beg silang hitam aku ambil sebelum aku turun ke tingkat bawah untuk mencari Syed Dazrin.
  "Maya,kamu nak keluar ke?"Soal Puan Sri Hajah.Maya tersentak sebelum dia berpaling ke belakang.
  "Ha'ah,mummy.Nak bawak mak jenjalan KL.Mummy nampak abang Rin tak?"Soal Maya teragak-agak.Walaupun aku tak sopan,nak buat macam mana?Mak aku lebih penting.Dah lah mummy ni mata macam burung hantu.Dia senyum?Kalah citer hantu!Seram.
  "Dazrin awal-awal lagi dah keluar.Dia tak bagi tahu Maya ke?"Maya ketap bibir geram.He lied!
  "Ouh.Kalau macam tu,Maya nak keluar kejap lah ye."Kata Maya lembut.
  "Kamu ni tak tahu hormat orang ke Maya?Baru kahwin semalam terus tunjuk kurang ajar."Sampuk satu suara.Mak Long Dazrin.
  "Entah.Dia tak nampak ke ada tetamu.Anak aku tu lagi bagus.Pagi-pagi dah muncul dekat dapur."Sambung Mak Su Dazrin pulak.
  "Biarlah dia,Long,Su.Dia nak bawak mak dia jenjalan.Maya,pergi cepat.Nanti kesian Mak kamu tunggu."Kata Mummy.Aku angguk sebelum menyalami semua dan bergerak keluar.
  "Hai,Maya."Tegur satu suara membuatkan Maya menoleh.Sedara Dazrin!
  "Hai."Balas Maya sebelum kasutnya laju disarung.Kunci kereta Honda civic miliknya laju diambil sebelum berlalu.
 "Hey,nanti lah.I tak sempat berkenalan dengan you lagi."Halang lelaki itu dengan menarik lengan Maya.Secepat kilat Maya memusingkan lengan lelaki itu kebelakang.
  "Jangan cabar kesabaran aku."Kata Maya sebelum menolak lelaki itu.Kemudian,dia masuk ke dalam kereta dan keluar dari kawasan rumah itu.




Phone yang berbunyi menyentakkan perbualan Maya dan keluarganya.Handsfree dipakai.
  "Hello?Maya bercakap."Jawab Maya tidak melihat nama pemanggil.
  "Maya,where are you now?Saya dah on the way balik dari ofis ni."Soal Syed Dazrin di hujung talian.
  "Saya  dah on the way balik hotel.Nanti kita jumpa kat rumah mummy je lah ye."Ujar Maya.Dia melihat ke arah jam.8 malam.Baru balik,ye encik suami?
  "Really?Sorry Maya..Saya.."
  "It's okay la.Nanti kita cakap lagi.I am driving right now."
  "Saya pergi hotel mak ye?"
  "No.Tak perlu.Dia orang semua penat jenjalan.Nanti nak kena layan awak lagi.Saya lepasni terus balik.Don't worry."Kata Maya.
  "Okay..Drive carefully sayang."Ucap Syed Dazrin sebelum talian diputuskan.Maya tekedu.Sayang?Am I crazy?Or dia tengah mamai?Ugh.Whatever.Handsfree dicabut sebelum Maya fokus kepada jalan raya.
  "Maya,Maya okay tak dengan Dazrin?Takkan sehari kahwin dah gaduh?"Soal Ayah.Maya menoleh ke arah sebelah.
  "Mana ada,ayah.Abang Daz baru balik ofis.Dia nak datang hotel.Mana Maya nak kasi.Mama ngan ayah kan penat.Dia pun mesti penat."Jawab Maya.
  "Yelah Maya.Tapi Maya kena ingat.Dia tu suami Maya.Banyakkanlah bertolak ansur."Nasihat Ayah.Maya angguk.
  "Kalau ada perempuan nak cuba goda si Dazrin  tu,Maya lawan.Jangan terus lari atau kalah.Fight for your man,okay?"Nasihat mak pula.Maya tergelak.
  "Fuh.Mak dah pandai speaking,yah."Usik Maya.
  "Well,tengoklah mak siapa."Kata Mak.
  "Bukanlah mak.Tengoklah siapa yang ajar."Kata Mia pula.
  "Yolah dik."Balas Maya sebelum semua tergelak..Madya dan Mayla iaitu adik kepada Maya yang baru bangun tidur,blur.





Maya masuk ke dalam rumah sebelum berdesup lari naik tangga ke tingkat tiga di mana cuma adik bilik Dazrin.Semua sebab takut mengganggu orang yang tengah tidur.Pintu biliknya dibuka sebelum ditutup.
  "Kenapa lambat balik?"Maya tersentak.Pandangan dihalakan ke arah Dazrin yang sedang membaca buku di atas katil.
  "Saya sampai sana dalam kul 9 and gerak sini amek masa sampai sejam dengan jamnya lagi.Tu yang lambat."Kata Maya.Tudungnya dicabut.
  "Awak marahkan saya?"Soal Syed Dazrin apabila melihat Maya ingin terus ke bilik mandi dengan pakaian dan tuala.Maya beku.
  "Saya takde hak nak marah awak."Kata Maya lemah.
  "Maya,I didn't mean to lie.Pagi tadi saya dah siap tapi tiba-tiba mummy suruh saya gi ofis sebab ada masalah siket.I've message you sebab saya tak nak ganggu awak tidur.I'm sorry."Pinta Syed Dazrin lembut.
  "Wahai Syed Dazrin,listen here.Kita kahwin bukan atas dasar suka sama suka and saya kan kata saya cuma nak harta awak.Cukup lah awak beri saya dan keluarga saya sedikit harta awak untuk dikongsikan.Tak perlu lah awak risau tentang hati saya.Saya yang pilih untuk hidup dengan awak."
  "Stop it.Awak ingat saya tak tahu pasal awak.You are engineer.Gaji tinggi.Semua duit yang saya bagi bukannya awak guna pun.Kad kredit yang saya  bagi pun awak tak guna kan?"Maya tersentak.
  "Saya ....Saya..Sayaa..nak simpan dulu nanti boleh beli rumah besar untuk keluarga saya..Bukak restoren.."Syed Dazrin tersenyum.
  "See?Awak bukan pisau cukur.All you thing is about your family.Guna lah duit yang saya bagi tu..Duit awal tu,simpan.Saya sebagai suami bertanggungjawab untuk sara awak sekeluarga."
  "Grr..Saya tahu lah nak guna duit saya.Jangan acah-acah caring k?Awak pun terpaksa kawen dengan saya kan?ok lah..Saya nak mandi.Sayonara,amigo!"Kata Maya sebelum meluru masuk ke dalam bilik mandi.
  Syed Dazrin tergelak.'Awak fikir saya akan gadaikan hidup saya kahwin dengan sembarangan orang ke?Kalau saya tak cintakan awak,saya tak akan kahwin dengan awak,Maya.'Bisik hatinya.





SETELAH Maya keluar dari bilik mandi,Syed Dazrin sudah tidur.Maya mengeringkan rambutnya dan duduk di hadapan meja.Losyen dipakai sebelum lampu utama dimatikan.Maya naik duduk di sebelah Syed Dazrin.Dengan cahaya lampu tidur,Maya mengambil handphonenya di atas meja.Dia membuka peti message .
 1message from En.Hubby

  Maya,sye x bleh nk tman awk 2day sbb ad hal yg brlaku kt ofis.Sye x snggup nk kjut awk but dun worry sbb sye akn ganti hri ni ngn esok.Esok,i wll follow u wherever u wnt 2 go.Promise.In sya Allah.plis remind me,k?Lots of luv from your hndsome husbnd.

Maya tergelak.Handsome ye.Maya pandang Syed Dazrin yang sedap tidur.Dun worry my handsome hubby.I will remind you about tomorrow.Memang eden buli hang smpai tak larat nak jalan kau nanti.Jangan nyesal udah.Hahaha.Tiba-tiba rasa macam gelak jahat.



Bukak mata je,Syed Dazrin terus tergolek jatuh katil.Sengal punya bini.Yelah.Bangun-bangun je ada penunggu kat sebelah elok duduk pandang dia sambil tersenyum.At least sikat lah rambut tu dulu.Macam mana tak terkejut si suami?
  "Awak!"Kata Maya terkejut sebelum membantu Syed Dazrin bangun.Syed Dazrin menoleh ke arah jam.5.30 pagi.
  "Adui.Awak ni kenapa bangun awal giler harini?Duduk bertenggek kalah langsuir.Dengan rambutnya lagi.Nak sangat saya mati awal ea."Kata Syed Dazrin geram.Maya tersengih.
  "Okey gak tu.Jangan lupa wasiatkan harta kat saya ea.Dapat jadi jutawan muda.Kompem bersusun orang nak kahwin dengan saya."Kata Maya selamba sebelum pipinya terasa dicubit.
  "Ouh.Ada hati nak cari lain ye.."
  "Aduh.Ampun.Patik tarik balik kata-kata tadi."Kata Maya memohon ampun sebelum dia mengusap pipinya setelah dilepaskan.
  "Ugh..Sakitnya derr."
  "Nak rasa sakit jatuh katil?"Maya geleng.
  "Haha..memang tak ah.."Kata Maya sebelum memeluk lengan suaminya.
  "ha,ni kenapa ni tetibe gedik nak menyendeng kat orang ni?"Soal Syed Dazrin.Maya sengih.
  "Awak dah janji.Harini kita gi zoo negara ea?Bawak keluarga saya sekali."
  "Alamak.Saya ada meeting lah harini."Tipu Syed Dazrin.
  "Takde.Manyak cantik?Zoo ea arini?"
  "Ugh..Saya sakit badan lah pulak."
  "syed Dazrin!"
  "Haha..okeh.."
  "Cepatlah gi mandi."Kata Maya.
  "Eii..dia pun tak mandi lagi."
  "Sorry siket ea.Orang awal-awal lagi dah mandi tahu?"
  "Habistu rambut cam langsuir ni apa citer?"
  "Tak nampak rambut saya masih lembap ni?Saya sental dengan tuala..Sebab tu jadi camni.Tapi lawa ape?"
 "Err.."
  "cepatlah mandi,Syed Dazrin!"Kata Maya sambil menolak badan lelaki itu
  "Iyelah.Awak..takde pilihan lain ke?Zoo?Panaslah wak.."
  "Takpe.Jangan risau.Nanti saya lumur badan awak dengan krim uv protection.Nak payung pun saya boleh bawak."
  "Pilihan lain?"Soal Syed Dazrin dengan mimik muka comel.Maya geleng.Haih.Sayang kulit nampak?
  "Takde pilihan lain.Tengah hari nanti kita gerak."
  "Petang?Why?"
  "Yelah..Kena tunjuk muka gak dekat mak cik awak tu."
  "Haha..Sian..Bini siapa lah yang kesian bebenor ni."Kata Syed Dazrin sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
  "Bini awaklah!"Jerit Maya geram.Bergema bilik mandi dengan tawa Syed Dazrin





Selepas solat subuh,Syed Dazrin dan Maya bergerak keluar dari bilik dengan pakaian kasual.
  "Habislah awak.Konfem kena dera kat dapur."
  "Huaa..Tak nak lah saya turun kalau macam tu."Bisik Maya ketika mereka sedang menuruni tangga.
  "Takde.Jom.Biar awak kena buli."
  "Kalau mak cik awak makan saya macam mana?"
  "emm..Saya suruhlah mak cik saya muntahkan awak balik."
  "Ughh..Gross"
  "Cepatlah."Kata Syed Dazrin sambil menarik tangan Maya.Maya akur cuma jalan lambat kalah siput.
  "Kalau saya tak nak macam mana?"Soal Maya.
  "Saya angkat awak."Maya tergelak.
  "Eii..Tak kuasa saya.Sekali jatuh naya je."Gurau maya.
  "Oo..Tak caya?Meh saya dukung."Kata Syed Dazrin sambil cuba mengangkat Maya.
  "Haha..Ada orang lah!"Kata Maya sebelum laju menuruni tangga sambil tergelak-gelak.
  "Ni kenapa tergedik-gedik gelak pagi-pagi ni?"soal Mak Long yang berada di ruang tamu.Serta merta Maya stop mendadak.
  "Hehe..Biasalah Mak Long.Pengantin baru lah katakan."Jawab Syed Dazrin sambil memeluk bahu isterinya.
  "Huh.Bangun dah lambat,terus ke dapur lah masak.Orang dah lapar ni."Kata Mak Long.
  "Eh.Anak kesayangan mak Long tu mana?Takkan tak masak?"Soal Syed Dazrin.
  "Dia tidurlah.Penat.Semalam dia yang masak."
  "Ye?Penat?Penat keluar ngan kengkawan?Kalau macamtu,Maya pun penat.Sejak bila si Fasuha tu tahu pegang sudip?"Perli Syed Dazrin.Maya  hanya diam.
  "Dah kalau isteri kamu tu bagus sangat,pergilah masak sana."kata Mak Long geram.
  "Ntah.Sekali nak bezakan garam dengan gula pun tak boleh."Sampuk Mak Su yang baru keluar dari bilik.
  "Insya Allah.Saya tahu yang garam masin.Gula manis.Tak susah mana pun,Mak Long,Mak su."Kata Maya selamba.Breakfast style western.Sepuluh minit dah boleh siap.Buat apa dia belajar masa kalau tak manfaatkan time ni.
  "Iyelah.Pergi masak sana,Maya."Kata Mummy.Maya tersentak dengan kehadiran mummy yang juga baru keluar dari  bilik.
  "Baik mummy."Kata Maya sambil menarik tangan Syes Dazrin ke dapur.Jangan ingat boleh lari ye cik suami.Bantuan mu amat diperlukan.
  "Ugh.Berlagak.Macam ni menantu kau,Hajah?Takde taste.Bertutup semua.Acah alim."Kata Mak Long.
  "Ntah,Kak Jah.kau kena mandrem ke apa?"
  "Heisy,korang ni.Aku tahulahh.Walau apapun,aku tetap nak Si Fasuha atau anak kawan aku tu yang jadi menantu aku."Kata Puan Sri Hajah.
  "Perempuan tu nak campak mana?"Soal Mak Long.
  "Tak susah nak halau.Bagi duit,dia cau lah tu."
  "Kalau dia tak nak?"
  "Tak susah mana nak buat Dazrin yang halau perempuan tu."Kata Puan Sri Hajah.
  "Wow.Brlliant,Hajah."
  "Tapi tak macam jahat sangat ke tu,kak?"Soal Mak Su.
  "Kau ni kenapa Su?Bosanlah aku dengan kau ni."Marah Mak long membuatkan Mak su tunduk menikus.







Maya pandang Syed Dazrin yang sedang bersandar di dinding sambil melihatnya menyusun makanan di atas  meja makan.Dia sengih.
  "Awak ni tak membantu langsung!"Kata Maya geram.
  "Hey.Apa guna saya hantar awak gi kelas memasak kalau saya kena tolong."Kata Syed Dazrin selamba.Maya dah bercekak pinggang.
  "Ini tak adil tahu."Kata Maya.
  "Haip,saya adil tahu.Adil dan saksama.Awak masak kan sedap."
  "Ish dia ni.Geram orang dibuatnya.Pergi panggil semua orang makan."Arah  Maya.Syed Dazrin geleng.
  "Tak nak.Awaklah panggil.Awakkan isteri saya."
  "Haik?Ada kaitan ke?"
  "Ada la kut."Sengih.Maya dah geram.Sengih,sengih.Aku masukkan kepala tu dalam lubang jamban pastu flush baru tahu.Nasib suami.Haih.
  "Takpe,nanti dah pindah rumah kita,siap awak.No more rehat."Kata Maya sebelum berlalu keluar dari dapur.Syed Dazrin hanya sengih sebelum pergi mengekor si Maya.







*Next entry..To Mr ego part 18 In Sya Allah