"Aku...sebenarnya..aku suka kau"Hanna menghantar mesej itu di dalam wechat si dia.
Dia tidak menyahut.Hanna mengeluh buat seketika.'Heisy..bazir masa je aku luah kan perasaan.At least,cakap lah something.Grr'Keluh hati hanna.
"Sorry...sebab aku suka kau."Hantar!Hanna menunggu dengan sabar.
"Buat apa nak minta maaf dan kenapa tak cakap awal-awal?Kenapa kau biarkan perasaan kau terseksa?"Si dia membalas.
"Yeayy!!!"Jerit Hanna.
"Hanna!Hanna!"Jerit Yasmin pada Hanna yang sedang tekun membuat kerja sekolahnya.Sampai sahaja di tempat duduk Hanna,dia terus menepuk bahu Hanna bagi menyedarkan Hanna dari meneruskan kerja nya.
"Ye,asal?"Soal Hanna sedikit bengang pada Yasmin.Kenangan yang amat manis bagi nya terhenti saat Yasmin menepuk bahunya.
"Kau ni kan.Aku ingatkan buat kerja sekolah.Punyalah tangan pegang pen,mata pandang buku,rupa-rupanya kau mengelamun ea?Fikir pasal siapa?Si dia?"Kata Yasmin panjang lebar
"Eh.Kau ni kan..."Hanna mencubit geram lengan Yasmin.
"Aduh.Sakitlah.Kau ni kan,cepit kalah ketam tau tak?"Yasmin mengaduh.
"Eleh kau.Propaganda je lebih.Aku cubit siket je ea.Melebih la kau.Ha,ni kau nak ape?panggil aku ni?"Soal Hanna.
"Alaa..kau la ni.Aku dah lupa dah apa tujuan aku panggil kau."Keluh Yasmin.
"Tak ada.Cepat ingat.Entah-entah penting ke?"Gesa Hanna.
"Yelah..aku nak ingatlah ni.sabar lah."Kata Yasmin sambil mengusap dagunya seperti sesang berfikir.Kepala nya pula menoleh ke arah luar kelas.
"Ha!!!Aku dah ingat!"Jerit Yasmin perlahan.kepalanya menoleh memandang ke arah wajah Hanna sambil tersengih.
"Ha.Kau kenapa tersengih macam kerang busuk ni?"Soal Hanna pelik.Ni mesti ada something ni.
"Tengku la..."Balas Yasmin pendek.Jarinya menunding ke arah seorang lelaki yang bepakaian pengawas sekolah.Lelaki itu sedang berdiri di depan kelas,berbual dengan rakan setugasnya.
"Ha?!Wei,macam mana ni."Soal Hanna pada Yasmin yang hanya tersenyum.Resah-gelisah dia dibuatnya.Apatah lagi apabila lelaki itu memandang ke arah nya.
"Macam mana lagi?Pergi lah jumpa dia..Pergi cepat!"Arah Yasmin pada Hanna.
"Kau ni,agaklah.Aku perempuan kot.Malulah,takkan aku yang ayu ni nak tegur dia.Dia lah yang kene tegur aku."Bantah Hanna.
"Korang dua orang ni kan,tak tahu lah aku nak buat macam mana.Dua-dua ego."Yasmin meggelengkan kepalanya beberapa kali.
Teringat dia akan kisah lalu semasa mereka tingakatan 1.Hanna memberanikan dirinya bercakap dengan budak pengawas itu.Tapi,lelaki itu memang tak banyak cakap.Selalu nya Hanna yang terpaksa memulakan perbicaraan.Kemudian,apabila di tingkatan 2,Hanna memberanikan dirinya pula meluahkan perasaan nya pada lelaki itu.
Lelaki itu pula beriak selamba seperti tiada apa yang berlaku.Itu yang membuatkan Yasmin rasa macam nak tabik spring dengan lelaki itu.Biasanya lelaki kan bila seorang gadis meluahkan perasaan mereka,lelaki akan berasa bangga.
Akan tetapi,lelaki pengawas ni biasa je.Rendah diri pun ada.Dia juga bagus dalam agama dan sentiasa memberi ceramah percuma pada Hanna.Kalau Yamin,memang dah lari dulu,tetapi Hanna tekun mendengar atau membaca mesej yang lelaki itu beri.
Satu je yang Yasmin takutkan.Lelaki itu seperti orang berada.Dia pernah beritahu pada Hanna tetapi Hanna menidakkan nya membuatkan Yasmin mengalah.Walau bagaimana pun,dia tetap menyuruh Hanna supaya sentiasa tabah dan bersedia kerana Yasmin takut jikalau lelaki itu orang berada.
Dia selalu memabaca novel membuatkan dia sentiasa berhati-hati.Dia tidak mahu Hanna dibenci ibu mertua.Dia mahu kan Hanna bahagia.Tetapi,dia tahu lelaki pengawas itu seorang yang berbeza dari lelaki lain kerana dapat membuatkan Hanna jatuh cinta padanya.
"Oi,apa yang kau mengelamun ni?Fikir pasal pakwe ea..?"Sakat Hanna sambil menolak bahu Yasmin dengan bahunya.
"Apa kau ni?Kacau aku pulak.Tengku kau tu mana?"Soal Yasmin.
"Ish.Ish.Ish.Kau ni.Dia dah lama pergi.Kau tu ha yang leka sangat mengelamun tu apa pasal?Teringatkan crush ka?"Kata Hanna.Kini dia pula yang menggelengkan kepalanya.
"La..yeke?Kau tegur tak?"Tanya Yasmin.
Hanna hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih.
"Hok aloh.Korang ni.Kau tau tak..dah 4 tahun korang kawan tetapi kononnya kau kata TTM.Pastu cakap nya cuma dalam wechat,whatsapp ngan mesej.Kat sekolah macam tak kenal pulak.Sekarang ni,kau orang perang pulak.Dua-dua ego.Heisy..bila nak baik entah."Kata Yasmin panjang lebar.
"Ala,rileks la..aku nak biar dia mesej aku dulu.Kalau dia rindu aku,mesti dia akan mesej aku punya."Balas Hanna sambil mengemas barang nya untuk pulang/
"Yelah-yelah."Yasmin turut mengemas barangnya.
"Tapi kan Hanna,aku rasa kan,dia mesti ingat kau dah tak suka dia."Kata Yasmin ketika mereka sedang menuruni tangga.
"Takkanlah.Kalau dia rindu aku,dia akan mesej aku."Balas Hanna.
"Emm..ok lah kalau macamtu.Tapi,kalau boleh,kau mesej lah dia malam ni."
"Okey.."Putus Hanna.
Petang itu,Hanna hanya membelek telefon Samsung Galaxy Grand miliknya.Nak mesej ke tidak.Nak mesej ke tidak.
Tiba-tiba bunyi dari wechat di dalam telefonnya berbunyi.Hanna dengan malas membuka wechat.Matanya terbuka luas saat melihat mesej itu.
+Hai.Assalamualaikum.
-W'salam.Nape mesej ni?
Soal Hanna.Ego mesti ada!Jangan terus layan je.
+xde ape.Kenapa?Aku kacau kau ke?
Alamak!Cam mana ni?
-Xde lah.Cuma pelik.Kenapa kau mesej aku setelah lme kau x mesej aku?
+Sorry lah.Ada sbb tertentu.
-Ouh.ok.
+How's your day?Kat skola?
-Okey je.Cam biasa.
Hanna tersenyum.Hehe.Best gak mainkan hati orang ni.Dulu orang tu seksa perasaan kita,ni yang nak balas balik ni.
+Tusyen cam mana?Datang x?
-X sure la.Tengok keadaan la.
Yup.Kitaorang sama tempat tusyen.Bukan sengaja.Tapi memang tak sangka akan sama tusyen.
+Ouh.Mmm..Kau marah aku ke?
-X de lah..Mmm..Tengku,aku g dulu.Ada hal.Bye!Assalamualaikum.
Haha..Lari!!Biar orang tu rasa serba salah.Hahahah.Hanna ketawa jahat.
+Ouh.k.bye.W'salam
"Tengku Fahmie.."Hanna menyebut nama itu perlahan.Itu lah nama Si dia.Si lelaki berbaju pengawas sekolah yang berjaya menawan hati Nur Hanna.
Teringat dia kisah beberapa minggu yang lepas.Perkara yang membuatkan dia dan Tengku perang dingin...
"Jangan ganggu hidup aku lagi"Sesuatu penyataan yang membuatkan hati Hanna rasa sakit.Apatah lagi dengan tindakan lelaki itu yang terus mem'block' dirinya di akaun facebook,wechat,whatsapp dan sebagainya membuatkan Hanna melakukan perkara yang sama terhadap Si dia.
Kemudian,setelah beberapa minggu peristiwa itu berlaku,Tengku Fahmie meng'add friend' Hanna di facebook dan unblock Hanna membuatkan Hanna tertanya-tanya.
-Why?
Soal Hann.Mesej dihantar di wechat.
+Why?
Soalan dibalas soalan membuatkan Hanna geram.
-Dare you.Hate you.
Hambek!Sakitkan hari anak dara orang lagi!
+I'm sorry...
-I taught that I'm just a ball that you can 'kick out'
+No,you're not.I'm so sorry for hurting your feelings.
-Kenapa kau unfriend dan block aku?Apa salah aku?
+Kau tahu la,aku ni x biase ada perempuan dalam hidup aku.
-Perempuan?Kau anggap aku sbg ape sebenarnya?
+Kawan.
-Kawan?Okey lah kalau macamtu.Assalamualaikum.
+W'salam
Dinginnya dia.Kenapa dia harus sedingin ini..Hanna mengeluh.
Setahun kemudian,
Hubungan Hanna dengan Tengku semakin baik walaupun Tengku tetap dingin.Hanna tetap berusaha untuk merapatkan hubungan mereka..Tapi,hasilnya sama!Fail!Fail!Fail! Contohnya.
"Tengku..belajar sama jom!"Ajak Hanna.
"Maaf lah.Aku ada kerja."Tolak
Sehari kemudian..
"Tengku,kau dah makan?"Soal Hanna.
"Dah.Kau?"Wah!Ada kemajuan!
"Belum."
"Ouh.gi la makan."
"Nanti lah"
"ok."Grr..
Hari seterusnya..
"Assalamualaikum..Kau tengah buat ape tu?"Soal Hanna.Memang agak tak logik untuk seorang perempuan buat macam ni.Tapi nak buat macam mana?Huhu..
"W'salam.Tengah wechat ngan kau la."
"Aku je ke?"
"Ha'ah"
"Kau tak de mesej ngan mana-mana permpuan ke?"
"tak"Okey,Hanna rasa terharu sekejap.Tapi,still dingin..Hanna mengeluh..'Macam mana ni,result dah nak keluar..Aku nak belajar luar negara Tengku..'Bisik hati Hanna.
Saturday, February 28, 2015
Saturday, February 21, 2015
Cerpen:Qaisya Suraya (Part 1)
"Mama,nantikan,bila Qai dah dewasa,Qai nak jadi macam mama.Qai nak jadi doktor psikitri yang boleh menolong orang macam mama."Ujar seorang gadis yang berumur 14 tahun ketika itu sedang berbaring berbantalkan peha ibunya.
"Betul ke,Qai?Baguslah kalau begitu.Mama sokong apa yang Qai minati dan yang tidak melanggar syariat agama."kata Puan Sumayyah kepada satu-satunya anak yang disayangi.
"Thanks Ma,lagi satu..bolehlah Qai jaga mama nanti.Ayah dah tak ada,Qai takkan tinggalkan mama sensorang.Itu janji Qai ok?"Janji gadis yang bernama Qaisya itu.Ayahnya telah meninggalkan ibunya dan dirinya setahun yang lalu akibat kes langgar lari yang dimana ayahnya dilanggar dan kereta yang melanggar tu melarikan diri.
Kini,sudah setahun dia bersama ibunya tanpa ayahnya.Dia bertekad untuk menjaga ibunya dari skarang.
6 TAHUN KEMUDIAN...
"Hello?siapa di sana?Suraya bercakap.Hello?"Jawab Suraya setelah panggilan dari nombor yang tak dikenali diangkat.
"Maaf.Ini cik Suraya ke?Kami dari Hospital Melaka."Kata satu suara garau di hujung talian.
"Ye,saya.Kenapa ye encik?"Soal Suraya.Hatinya berasa resah tiba-tiba.kenapa dia dapat panggilan dari pihak hospital?
"Ibu cik telah meninggal satu jam yang lalu akibat dibunuh oleh pesakit psikiatri."Jelas seseorang di hujung talian.
"Encik,encik jangan main-main dengan saya.Mak saya tak apa-apa.Encik jangan berani cakap macam tu."Kata Suraya.Suara nya bergetar.Dia tidak dapat menerima keputusan itu.
"Maaf,cik.Cik diminta ke sini untuk melihat wajah ibu cik buat kali terakhir."
"Tak!Tak mungkin!...mama!!"Suraya terus mematikan talian dan menstart kan enjin kereta nya menuju ke hospital berkenaan.
Di hospital..
"Mama,jangan tinggalkan Qai!Jangan tinggal kan Qai!!Bangun ma!Bangun!Mama tak sayang Qai ke ma?"Raung Qaisya Suraya sambil memeluk jenazah ibunya yang terbaring kaku.
"Cik,bersabar cik.Ibu cik perlu dikapankan dengan segera sebelum asar."Jelas seorang jururawat kepada Qaisya Suraya sambil memaut bahu gadis itu yang seperti tidak mahu melepaskan pemergian ibunya.
Qaisya Suraya hanya menangis teresak-esak.Mama..kenapa tinggalkan Qai?Mama tak sayang Qai ke?lirih hati Qaisya Suraya atas pemergian ibunda tersayang.
"Mama,lepas ni,macam mana hidup Qai?Qai nak tinggal dengan siapa?adakah hidup Qai akan menjadi seperti cinderella yang di dera oleh mak tiri nya?Qai didera oleh Mak Su?Qai tak nak ma,Qai tak sanggup!"Kata Qaisya Suraya sendiri apabila kawasan perkuburan ibunya kosong.
"Qai.."Tegur satu suara.Qaisya Suraya menoleh ke arah suara itu.Khai Khalid.itu perkataan yang meniti di dua ulas bibir milik Qaisya Suraya apabila melihat seorang jejaka yang tua 2 tahun dari nya.
Lelaki itu adalah anak kepada peguam peribadi ibunya,Encik Khairis.juga anak kepada kawan mama,Puan Khaleeda.juga kawan sepermainan nya sejak kecil.Dia selalu melindungi Qaisya Suraya daripada dibuli dan mengajar Qaisya supaya sentiasa kuat agar tidak mudah orang membulinya.
"Khal..."Kata Qaisya Suraya sepatah.Dia hanya merenung sayu tanah perkuburan ibunya yang masih merah.
"Qai,tabahlah.Redha.Ini semua ujian,Qai."Khai Khalid memberi semangat.Dia tahu yang Qaisya Suraya lemah cuma berlakon kuat.Dia kenal Qaisya sejak kecil lagi dan melindungi Qaisya.
"Khal,aku tak kuat..skarang ni,aku dah tak tahu apa hala tuju hidup aku."Kata Qaisya lirih.Hanya Tuhan yang tahu betapa sedinya dirinya.Khai Khalid hanya setia mendengar.
"Qai,jom!aku hantar kau balik dulu.tak elok berbual kat kawasan perkuburan ni."Kata Khai Khalid.Qaisya Suraya hanya menurut.Berjalan mengekori Khai Khalid dari belakang.
Sesudah sampai di kereta,Khai Khalid membuka kan pintu kereta sebelah pmandu untuk Qaisya Suraya.Kemudian,dia duduk di tempat pemandu dan memulakan perjalanan mereka.
"Lepas ni,kau nak buat apa Qai?Tinggal ngan siapa?"Soal Khai Khalid pada Qaisya Suraya yang sejak tadi merenung jalan di luar tingkap kereta.
"Aku pun tak tahu.."Balas Qaisya Suraya.
"Mak Su kau kan ada?"Soal Khai Khalid.
"Khal,kau kan kenal dengan Mak Su aku.Aku takut la kalau dia dera aku."Adu Qaisya Suraya.Mak Su nya sangat garang dan dingin dengan dirinya.
"Memang la dia garang,tapi,takkan dia tak nak jaga kau?"
"Khal,Mak Su tu dari dulu benci mak aku walaupun mak aku tu kakak nya sebab mak aku ada anak walaupun seorang.Tapi,dia takde.Dia selalu gugur.Dia pun cemburu sebab mak aku ada pekerjaan yang bagus.Tapi dia?"Kata Qaisya Suraya panjang lebar.
"Aku tak sangka Mak Su kau benci mak kau sampai macam tu skali."
"Emm..kau tengoklah.Tadi,datang pun tak,Khal."
"Ha'ah kan?Apa kata kau tinggal kat umah mak aku?"Cadang Khai Khalid
"Oi.agak-agak lah..Kau ngan aku bukan mukhrim la..aku sekeh kepala kau tu biar betul baru tau.."
"Ha'ah la..Ala..kau duduk jelah kat rumah kau tu..Lagipun rumah kau kan dekat sebelah rumah aku je..Boleh aku lindungi kau!ha!kawan kau yang nama shira tu,kau ajaklah sekali.Tak payah dia nak sewa rumah..Tumpang rumah kau je..teman kau.nanti,tak adalah aku risau sangat."ha!panjang tak ayat Khai?Dia kalau boleh cakap,panjang lebar pun boleh.Nama pun bakal peguam.
"Amboi,kau kalau tak cakap panjang menjela,memang tak sah kan?"
"Hehe,of coz la..so,amacam cadangan aku?"
""Emmm,okey-okey!!"
2 TAHUN KEMUDIAN..
"Shira!tolong aku!"Jerit Qaisya Suraya pada Shira dari dapur.
"Kenapa?!!"Jerit Shira pula.Dia yang sedang berehat di ruang tamu berlari ke arah Qaira Suraya yang sedang terlompat-lompat di dapur.
"Tolong aku!ada cicak!!"Qaisya Suraya sudah berlari anak ke arah Shira.
"Ha?cicak?tak nak aku!geliiiii!"Shira terus berlari ke ruang tamu rumah diikuti Qaisya Suraya.Tiba-tiba bunyi loceng rumah mereka kedengaran.
Shira mengangkat keningnya ke arah Qaisya Suraya.Namun,hanya dibalas dengan isyarat tak tahu dari Qaisya Suraya.
Shira terus membuka pintu utama rumah mereka yang berukir cantik bewarna coklat.Terjengul muka dia di muka pintu.Qaisya Suraya pula hanya mengintai di sebalik langsir.
"Asal?"Soal Shira pada tetamu yang tak dijemput itu.Qaisya Suraya pula hanya tersenyum suka.
"Hehe..bukan apa,tadi ha..korang jerit apesal?Terkezut aku tau?"Balas Khai Khalid.Berlari-lari dia tadi apabila gadis dua orang itu menjerit.Siapa lagi kalau bukan Qaisya Suraya dengan Shira.
"Ouh..Tadi ha..Su yang jerit sebab nampak cicak.."Terang Shira.Dia lebih senang menggelar Qaisya Suraya dengan panggilan Su.Qaisya Suraya yang tidak berpuas hati dengan keterangan Shira terus menunjukkan mukanya dan menyampuk perbualan itu.
"Eleh..bukan aku sorang k?Shira pun jerit."Jelas Qaisya Suraya membetulkan ayat Shira.
"Hek eleh korang ni,dengan cicak pun jerit bagai nak rak!Ingat kan apa..cicak rupanya..ish..ish..ish.."Kata Khai Khalid sambil ketawa kecil.
"Kau!!"Qaisya Suraya dan Shira berkata serentak sambil kedua-dua nya serentak menyarung selipar masing-masing dan sedia mengejar Khai Khalid yang leka mengetawakan mereka.Shira pula sempat menutup pintu utama dan mengunci grill.
"Ha!Wei,rileks la..pagi lagi ni..aku penat la nak lari.."Kata Khai Khalid yang baru terperasan yang Qaisya Suraya dan Shira sedang melangkah mendekatinya.Terus berlari dia dari kawasan rumah itu.
Qaisya Suraya terus membuka gate dan mengejar Khai Khalid yang sudah melarikan diri.Shira pula menutup gate dengan menekan butang pada alat kawalan jauh lalu mengikut langkah panjang Qaisya Suraya.
"Wei..dahla..penatlahh.."Kata Khai Khalid sambil berhenti mengambil nafas.Tangannya pula sudah diangkat menanda kan maksud dia sudah surrender.
Qaisya Suraya pun turut berhentisambil tersenyum puas.Dia sudah mensilangkan tangannya tanda yang Khai Khalid akan didenda.Shira yang baru sampai sudah tercungap-cungap mengejar pasangan itu.
"Ha!Jangan nak lari!aku baling selipar jepun ni kat kau karang baru tau"Ugut Qaisya Suraya pada Khai Khalid apabila lelaki itu berura-ura ingin melarikan diri sekali lagi.
"okey..."Balas Khai Khalid lemah.Dia tidak berani untuk menanggung risiko jikalau dirinya terkena penangan selipar jepun Qaisya ni.Mahu lebam badannya akibat terkena penangan Qaisya Suraya ni.
"Ha,Shira!kita nak denda apa pulak kali ni?"Soal Qaisya Suraya pada Shira di sebelahnya.
Shira hanya mengusap-usap dagunya seperti berfikir.Khai Khalid sudah menelan liur.Habislah,kalau minah dua orang ni bukan boleh percaya sangat.
Dendanya boleh membahayakan diri woo..Dia pernah didenda seperti memanjat pokok kelapa yang tinggi,kena jadi tukang kebun di rumahnya sendiri,dan macam-macam lah.mama nya pun boleh kawtim dengan minah dua ekor ni..
Tak sempat Shira ingin membuka mulutnya,tiba-tiba kedengaran satu suara menangis.'Siapa pulak yang menangis pagi-pagi ni?'bisik hati Shira.
Mereka bertiga serentak menoleh ke arah suara itu.Kelihatan seorang gadis yang kelihatan muda dua tahun dari Qaisya Suraya dan Shira sedang menangis teresak-esak di atas sebuah bangku kayu di taman itu.
Shira mendekati gadis itu diekori oleh Qaisya Suraya dan Khai Khalid.
"Adik,adik okey tak?"soal Qaisya Suraya prihatin.
Gadis yang sejak tadi menangis,mengangkat kepalanya dan terus meluru ke arah Khai Khalid lalu memeluk erat lelaki itu.
Khai Khalid terkesima namun tidak lama apabila dia terlihat jelingan tajam dari Qaisya Suraya lalu melonggarkan pelukan dan menjauhi gadis yang memeluknya itu.
"Adik,adik okey tak?Kenapa adik menangis ni?"Soal Qaisya Suraya lagi apabila soalan pertamanya tadi tidak mendapat sebarang jawapan.Perasaan cemburu diletak ke tepi.
"Emm..saya kene halau kak.Kene halau dari rumah mak ayah saya.Mak ayah saya baru meninggal semalam.Lepastu,ada orang datang nak ambil semula rumah tu.Orang tu kata rumah tu tak bayar sewa lagi.Katanya dah lebih 3 bulan tak bayar.Sekarang,saya dah tak ada sesiapa lagi dah kak.Saya dah tiada tempat tinggal.Akak boleh tolong saya?"Terang gadis itu panjang lebar.
"Tolong apa,dik?"Soal Qaisya Suraya hairan.
"Boleh saya tinggal di rumah akak?"Balas gadis itu membuatkan Qaisya Suraya terdiam.Bukan sahaja Qaisya,Shira dan khai pun terkesima dengan permintaan gadis yang mereka tidak kenal itu.
Gadis yang sejak tadi menangis,mengangkat kepalanya dan terus meluru ke arah Khai Khalid lalu memeluk erat lelaki itu.
Khai Khalid terkesima namun tidak lama apabila dia terlihat jelingan tajam dari Qaisya Suraya lalu melonggarkan pelukan dan menjauhi gadis yang memeluknya itu.
"Adik,adik okey tak?Kenapa adik menangis ni?"Soal Qaisya Suraya lagi apabila soalan pertamanya tadi tidak mendapat sebarang jawapan.Perasaan cemburu diletak ke tepi.
"Emm..saya kene halau kak.Kene halau dari rumah mak ayah saya.Mak ayah saya baru meninggal semalam.Lepastu,ada orang datang nak ambil semula rumah tu.Orang tu kata rumah tu tak bayar sewa lagi.Katanya dah lebih 3 bulan tak bayar.Sekarang,saya dah tak ada sesiapa lagi dah kak.Saya dah tiada tempat tinggal.Akak boleh tolong saya?"Terang gadis itu panjang lebar.
"Tolong apa,dik?"Soal Qaisya Suraya hairan.
"Boleh saya tinggal di rumah akak?"Balas gadis itu membuatkan Qaisya Suraya terdiam.Bukan sahaja Qaisya,Shira dan khai pun terkesima dengan permintaan gadis yang mereka tidak kenal itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)