Saturday, February 21, 2015

Cerpen:Qaisya Suraya (Part 1)


         "Mama,nantikan,bila Qai dah dewasa,Qai nak jadi macam mama.Qai nak jadi doktor psikitri yang boleh menolong orang macam mama."Ujar seorang gadis yang berumur 14  tahun  ketika itu sedang berbaring berbantalkan peha ibunya.

                 "Betul ke,Qai?Baguslah kalau begitu.Mama sokong apa yang Qai minati dan yang tidak melanggar syariat agama."kata Puan Sumayyah kepada satu-satunya anak yang disayangi.

                  "Thanks Ma,lagi satu..bolehlah Qai jaga mama nanti.Ayah dah tak ada,Qai takkan tinggalkan mama sensorang.Itu janji Qai ok?"Janji gadis yang bernama Qaisya  itu.Ayahnya telah meninggalkan ibunya dan dirinya setahun yang lalu akibat kes langgar lari yang dimana ayahnya dilanggar dan kereta yang melanggar tu melarikan diri.

                Kini,sudah setahun dia bersama ibunya tanpa ayahnya.Dia bertekad untuk menjaga ibunya dari skarang.





6  TAHUN KEMUDIAN...


             "Hello?siapa di sana?Suraya bercakap.Hello?"Jawab Suraya setelah panggilan dari nombor yang tak dikenali diangkat.

               "Maaf.Ini cik Suraya ke?Kami dari Hospital Melaka."Kata satu suara garau di hujung talian.

                "Ye,saya.Kenapa ye encik?"Soal Suraya.Hatinya berasa resah tiba-tiba.kenapa dia dapat panggilan dari pihak hospital?

                 "Ibu cik telah meninggal satu jam yang lalu akibat dibunuh oleh pesakit psikiatri."Jelas seseorang di hujung talian.

                "Encik,encik jangan main-main dengan saya.Mak saya tak apa-apa.Encik jangan berani cakap macam tu."Kata Suraya.Suara nya bergetar.Dia tidak dapat menerima keputusan itu.

                   "Maaf,cik.Cik diminta ke sini untuk melihat wajah ibu cik buat kali terakhir."

                   "Tak!Tak mungkin!...mama!!"Suraya terus mematikan talian dan menstart kan enjin kereta nya menuju ke hospital berkenaan.

                    



Di hospital..

                "Mama,jangan tinggalkan Qai!Jangan tinggal kan Qai!!Bangun ma!Bangun!Mama tak sayang Qai ke ma?"Raung Qaisya Suraya sambil memeluk jenazah ibunya yang terbaring kaku.

                "Cik,bersabar cik.Ibu cik perlu dikapankan dengan segera sebelum asar."Jelas seorang jururawat kepada Qaisya Suraya sambil memaut bahu gadis itu yang seperti tidak mahu melepaskan pemergian ibunya.

                   Qaisya Suraya hanya menangis teresak-esak.Mama..kenapa tinggalkan Qai?Mama tak sayang Qai ke?lirih hati Qaisya Suraya atas pemergian ibunda tersayang.





                "Mama,lepas ni,macam mana hidup Qai?Qai nak tinggal dengan siapa?adakah hidup Qai akan menjadi seperti cinderella yang di dera oleh mak tiri nya?Qai didera oleh Mak Su?Qai tak nak ma,Qai tak sanggup!"Kata Qaisya Suraya sendiri apabila kawasan perkuburan ibunya kosong.

                 "Qai.."Tegur satu suara.Qaisya Suraya menoleh ke arah suara itu.Khai Khalid.itu perkataan yang meniti di dua ulas bibir milik Qaisya Suraya apabila melihat seorang jejaka yang tua 2 tahun dari nya.
    
                 Lelaki itu adalah anak kepada peguam peribadi ibunya,Encik Khairis.juga anak kepada kawan mama,Puan Khaleeda.juga kawan sepermainan nya sejak kecil.Dia selalu melindungi Qaisya Suraya daripada dibuli dan mengajar Qaisya supaya sentiasa kuat agar tidak mudah orang membulinya.

                "Khal..."Kata Qaisya Suraya sepatah.Dia hanya merenung sayu tanah perkuburan ibunya yang masih merah.

                  "Qai,tabahlah.Redha.Ini semua ujian,Qai."Khai Khalid memberi semangat.Dia tahu yang Qaisya Suraya lemah cuma berlakon kuat.Dia kenal Qaisya sejak kecil lagi dan melindungi Qaisya.

                  "Khal,aku tak kuat..skarang ni,aku dah tak tahu apa hala tuju hidup aku."Kata Qaisya lirih.Hanya Tuhan yang tahu betapa sedinya dirinya.Khai Khalid hanya setia mendengar.

                    "Qai,jom!aku hantar kau balik dulu.tak elok berbual kat kawasan perkuburan ni."Kata Khai Khalid.Qaisya Suraya hanya menurut.Berjalan mengekori Khai Khalid dari belakang.

                    Sesudah sampai di kereta,Khai Khalid membuka kan pintu kereta sebelah pmandu untuk Qaisya Suraya.Kemudian,dia duduk  di tempat pemandu dan memulakan perjalanan mereka.
  

                    "Lepas ni,kau nak buat apa Qai?Tinggal ngan siapa?"Soal Khai Khalid pada Qaisya Suraya yang sejak tadi merenung jalan di luar tingkap kereta.
                    "Aku pun tak tahu.."Balas Qaisya Suraya.

                   "Mak Su kau kan ada?"Soal Khai Khalid.

                    "Khal,kau kan kenal dengan Mak Su aku.Aku takut la kalau dia dera aku."Adu Qaisya Suraya.Mak Su nya sangat garang dan dingin dengan dirinya.

                    "Memang la dia garang,tapi,takkan dia tak nak jaga kau?"

                    "Khal,Mak Su tu dari dulu benci mak aku walaupun mak aku tu kakak nya sebab mak aku ada anak walaupun seorang.Tapi,dia takde.Dia selalu gugur.Dia pun cemburu sebab mak aku ada pekerjaan yang bagus.Tapi dia?"Kata Qaisya Suraya panjang lebar.

                     "Aku tak sangka Mak Su kau benci mak kau sampai macam tu skali."

                      "Emm..kau tengoklah.Tadi,datang pun tak,Khal."

                        "Ha'ah kan?Apa kata kau tinggal kat umah mak aku?"Cadang Khai Khalid

                     "Oi.agak-agak lah..Kau ngan aku bukan mukhrim la..aku sekeh kepala kau tu biar betul baru tau.."

                       "Ha'ah la..Ala..kau duduk jelah kat rumah kau tu..Lagipun rumah kau kan dekat sebelah rumah aku je..Boleh  aku lindungi kau!ha!kawan kau yang nama shira tu,kau ajaklah sekali.Tak payah dia nak sewa rumah..Tumpang rumah kau je..teman kau.nanti,tak adalah aku risau sangat."ha!panjang tak ayat Khai?Dia kalau boleh cakap,panjang lebar pun boleh.Nama pun bakal peguam.

                        "Amboi,kau kalau tak cakap panjang menjela,memang tak sah kan?"


                         "Hehe,of coz la..so,amacam cadangan aku?"

                         ""Emmm,okey-okey!!"







2 TAHUN  KEMUDIAN..


                       "Shira!tolong aku!"Jerit Qaisya Suraya pada Shira dari dapur.

                       "Kenapa?!!"Jerit Shira pula.Dia yang sedang berehat di ruang tamu berlari ke arah Qaira Suraya yang sedang terlompat-lompat di dapur.

                        "Tolong aku!ada cicak!!"Qaisya Suraya sudah berlari anak ke arah Shira.

                        "Ha?cicak?tak nak aku!geliiiii!"Shira terus berlari ke ruang tamu rumah diikuti Qaisya Suraya.Tiba-tiba bunyi loceng rumah mereka kedengaran.

                        Shira mengangkat keningnya ke arah Qaisya Suraya.Namun,hanya dibalas dengan isyarat tak tahu dari Qaisya Suraya.

                       Shira terus membuka pintu utama rumah mereka yang berukir cantik bewarna coklat.Terjengul muka dia di muka pintu.Qaisya Suraya pula hanya mengintai di sebalik langsir.

                     "Asal?"Soal Shira pada tetamu yang tak dijemput itu.Qaisya Suraya pula hanya tersenyum suka.

                      "Hehe..bukan apa,tadi ha..korang jerit  apesal?Terkezut aku tau?"Balas Khai Khalid.Berlari-lari dia  tadi apabila gadis dua orang itu menjerit.Siapa lagi kalau bukan Qaisya Suraya dengan Shira.

                         "Ouh..Tadi ha..Su yang jerit sebab nampak cicak.."Terang Shira.Dia lebih senang menggelar Qaisya Suraya dengan panggilan Su.Qaisya Suraya yang tidak berpuas hati dengan keterangan Shira terus menunjukkan mukanya dan menyampuk perbualan itu.

                          "Eleh..bukan aku sorang k?Shira pun jerit."Jelas Qaisya Suraya membetulkan ayat Shira.

                           "Hek eleh korang ni,dengan cicak pun jerit bagai nak rak!Ingat kan apa..cicak rupanya..ish..ish..ish.."Kata Khai Khalid sambil ketawa kecil.

                          "Kau!!"Qaisya Suraya dan Shira berkata serentak sambil kedua-dua nya serentak menyarung selipar masing-masing dan sedia mengejar Khai Khalid yang leka mengetawakan mereka.Shira pula sempat menutup pintu utama dan mengunci grill.

                           "Ha!Wei,rileks la..pagi lagi ni..aku penat la nak lari.."Kata Khai Khalid yang baru terperasan yang Qaisya Suraya dan Shira sedang melangkah mendekatinya.Terus berlari dia dari kawasan rumah itu.

                        Qaisya Suraya terus membuka gate dan mengejar Khai Khalid yang sudah melarikan diri.Shira pula menutup gate dengan menekan butang pada alat kawalan jauh lalu mengikut langkah panjang Qaisya Suraya.

                        "Wei..dahla..penatlahh.."Kata Khai Khalid sambil berhenti mengambil nafas.Tangannya pula sudah diangkat menanda kan maksud dia sudah surrender.

                         Qaisya Suraya pun turut berhentisambil tersenyum puas.Dia sudah mensilangkan tangannya tanda yang Khai Khalid akan didenda.Shira yang baru sampai sudah tercungap-cungap mengejar pasangan itu.

                         "Ha!Jangan nak lari!aku baling selipar jepun ni kat kau karang baru tau"Ugut Qaisya Suraya pada Khai Khalid apabila lelaki itu berura-ura ingin melarikan diri sekali lagi.

                         "okey..."Balas Khai Khalid lemah.Dia tidak berani untuk menanggung risiko jikalau dirinya terkena penangan selipar jepun Qaisya ni.Mahu lebam badannya akibat terkena penangan Qaisya Suraya ni.

                           "Ha,Shira!kita nak denda apa pulak kali ni?"Soal Qaisya Suraya pada Shira di sebelahnya.

                           Shira hanya mengusap-usap dagunya seperti berfikir.Khai Khalid sudah menelan liur.Habislah,kalau minah dua orang ni bukan boleh percaya sangat.

                           Dendanya boleh membahayakan diri woo..Dia pernah didenda seperti memanjat pokok kelapa yang tinggi,kena jadi tukang kebun di rumahnya  sendiri,dan macam-macam lah.mama nya pun boleh kawtim dengan minah dua ekor ni.. 

                          Tak sempat Shira ingin membuka mulutnya,tiba-tiba kedengaran satu suara menangis.'Siapa pulak yang menangis pagi-pagi ni?'bisik hati Shira.

                         Mereka bertiga serentak menoleh ke arah suara itu.Kelihatan seorang gadis yang kelihatan muda dua tahun dari Qaisya Suraya dan Shira sedang menangis teresak-esak di atas sebuah bangku kayu di taman itu.

                        Shira mendekati gadis itu diekori oleh Qaisya Suraya dan Khai Khalid.

              "Adik,adik okey tak?"soal Qaisya Suraya prihatin.
             
               Gadis yang sejak tadi menangis,mengangkat kepalanya dan terus meluru ke arah Khai Khalid lalu memeluk erat lelaki itu.

                Khai Khalid terkesima namun tidak lama  apabila dia terlihat jelingan tajam dari Qaisya Suraya lalu melonggarkan pelukan dan menjauhi gadis yang memeluknya itu.


                 "Adik,adik okey tak?Kenapa adik menangis ni?"Soal Qaisya Suraya lagi apabila soalan pertamanya tadi tidak mendapat sebarang jawapan.Perasaan cemburu diletak ke tepi.

                  "Emm..saya  kene halau kak.Kene halau dari rumah mak ayah saya.Mak ayah saya baru meninggal semalam.Lepastu,ada orang datang nak ambil semula rumah tu.Orang tu kata rumah tu tak bayar sewa lagi.Katanya dah lebih 3 bulan tak bayar.Sekarang,saya dah tak ada sesiapa lagi dah kak.Saya dah tiada tempat tinggal.Akak boleh tolong saya?"Terang gadis itu panjang lebar.

                   "Tolong apa,dik?"Soal Qaisya Suraya hairan.  

                    "Boleh saya tinggal di rumah akak?"Balas gadis itu membuatkan Qaisya Suraya terdiam.Bukan sahaja Qaisya,Shira dan khai pun terkesima dengan permintaan gadis yang mereka tidak kenal itu.

               
                     














No comments:

Post a Comment