"Hanna,jadi ke kau nak sambung belajar ke luar negara?"Soal Yasmin pada Hanna yang sedang menyikat rambutnya dihadapan cermin biliknya.
Harini Yasmin tidur di rumah Hanna oleh kerana ibubapa nya pergi ke luar negara untuk bekerja.Hanna dengan senang hati membenarkan Yasmin tidur di rumahnya.Yasmin memang sudah terbiasa dengan Hanna kerana dia sudah selalu tidur di rumah Hanna apabila ibubapa nya tiada di rumah.
"Hmm,jadilah.Kau pun sama ngan aku kan?"Balas Hanna.Badannya di pusing menghadap Yasmin yang sedang duduk di birai katil.
"Of course.Aku dah lama teringin nak pergi ke Australia.Takkan aku nak lepaskan peluang keemasan macam ni."Kata Yasmin gembira
"Ha,okey la tu.Aku pon nak ronda-ronda kat sana."Hanna tersenyum.Namun hanya seketika sebelum wajahnya kembali muram.Dia mendekati Hanna lalu duduk di sebelah gadis itu.Tangan Hanna dicapai.
"Eh,Hanna!Kenapa ni?"Yasmin menggelabah.Mana tidaknya,Hanna tiba-tiba muram.
"Tak ada ape lah.Aku cuma terfikir.."Kata-kata Hanna terhenti disitu,Fikirannya melayang memikirkan soal Tengku Fahmie.'Aghhh..Hanna..Lupe kan die!Dia tak pedulikan kau pun.'Bisik hati Hanna.
"Kau terfikirkan apa?Hanna,answer me.Jangan la termenung macam ni.Say something."Pujuk Yasmin.Dia tahu Hanna sedang memikirkan sesuatu yang berat.Mana taknya,Muka nya berkerut seperti memikirkan soal negara.
"Nothing..."Bohong Hanna.Dia tidak tahu sama ada harus menceritakan soal ini pada Yasmin.Dia buntu.Fikirannya bercelaru.
"Soal Tengku ea?"Teka Yamin.Namun,tekaanya tidak sia-sia apabila muka Hanna jelas menunjukkan riak terkejut apabila mendengar tekaannya.Mata Hanna membulat.
"Hah!Betul kan aku cakap?"Serkap Yasmin memerangkap Hanna.
"Hmm..ma..mana..kau..kau tahu?"Soal Hanna gagap.
"Hanna..Hanna.Dari reaksi kau pun aku dah tahu,Kenapa ni?Masalah apa pulak kali ni?"
"Aku,dia..kitaorang..entahlah.Dia dingin sangat lah.Macam mana aku nak cakap soal belajar kat luar negara?Entah-entah dia tak kisah pon.Entah-entah dia lagi suka bila aku tak kacau dia lagi"Tutur Hanna perlahan.
Keluhan dilepaskan.Mukanya keruh.Jelas riak sedih di wajahnya.Matanya berkaca-kaca membuktikan yang dia sedang menahan tangis dan mungkin akan ada hujan yang turun.Yasmin memandang wajah Hanna.Sayu hatinya melihat keadaan Hanna yang begini.
"Hanna yang aku kenal,bukan macam ni.Orang nya sentiasa ceria.Hanna,think positive!Jangan fikir negative!Kau orang cuba lah berbaik.Bukan,kau orang memang dah berbaik cuma agak dingin.Tapi,aku rasa dia suka kau.Caya lah cakap aku."Yasmin memberi semangat.
Dia amat pasti bahawa lelaki itu amat menyangi sahabatnya itu.Juga mencintai Hanna.Cuma,mungkin dia malu.itu sahaja masalahnya.
"Yelahtu,aku rasa,tak."Balas Hanna lemah.
"Yelah,Hanna.Aku pasti.Pasti seratus peratus.!"
"Kau ni,melebih pulak!"Balas Hanna sebelum ketawa kecil.
"Hehe..Habistu,macam mana ni?"Soal Yasmin.
"Macam mana apa?"Soal Hanna pelik.
"Si dia"
"Ouh..Macam tu jelah."Balas Hanna pendek.
"Yelah..suka hati kaulah.Dah la,,aku nak tidur.Esok shopping nak?"Ajak Yasmin.
"Kau nak shopping kat mana?"Soal Hanna pula.
"Kat Suria KLCC,nak?Aku nak cari sweater banyak-banyak."Jawab Yasmin.Di kepalanya sudah terbayang keadaan di Suria KLCC.
"KLCC?Peghh..banyak duit?"Sindir Hanna.
"Eleh kau ni.Memang banyak pon.Kau pun kaya ape?Jomlah...macam tak pernah pergi.."
"Malaslaahhhh"Jawab Hanna malas.
"Jomlahhh"Rayu Yasmin.Masih tidak berputus asa.
"Yelah.."Hanna mengalah.
"Yeayy..Thanks wei!"Ucap Yasmin girang lalu memeluk sahabatnya erat.
"Aduh..aduh..ok-ok.."Kata Hanna sebelum melepaskan pelukan Yasmin yang erat.Selepas dapat melepaskan diri,Hanna menarik nafas panjang..huhh,lega.
"Haha..sowyyyy.."Pohon Yasmin.
"Ye.ye.Pukul berapa?"Soal Hanna.
"Pukul 10 pagi esok."Balas Yasmin.
"Okey,set!Aku nak gi tandas!"Kata Hanna sebelum berlalu ke bilik air.
"Okey!Katil aku punya!!"Sorak Yasmin sebelum melompat ke atas katil queen milik Hanna.Tiba-tiba otaknya terfikir sesuatu.Dia tersenyum jahat.Kepala dilabuhkan di atas bantal empuk.Bantal dipegang erat..
Beberapa minit kemudian,pintu bilik air dibuka dari dalam.Hanna keluar dari bilik air sebelum menutup pintu itu.Yasmin yang sedang berpura-pura tidur,terus bangun dan membaling bantal yang sejak tadi dipegang ke arah Hanna.
'Pap'Bantal tepat mengena sasaran.Yasmin senyum gembira lalu semua bantal yang berada di atas katil itu dibaling ke arah Hanna tanpa henti.
"Ambik ni!!"Jerit Yasmin!Hanna mengelak serangan daripada Yasmin.Perang ye..
"Perang!!"Jerit Hanna pula.Dia membalas serangan Yasmin.Mereka ketawa kuat sebelum keadaan sunyi sepi.
"Hanna,Yasmin!Buat apa malam-malam buta ni?Cepat tidur.."Jerit ibu Hanna dari luar bilik.Hanna melompat naik ke atas katil sambil menolak Yasmin.
Mereka terus menyelubungi badan mereka dengan comforter sebelum tidur.
"Oi...bangonlahh.."Kejut Hanna.Bahu Yasmin digoncang.Sekarang waktu sudah menginjak ke pukul 7.30pagi.Hanna pun baru bangun disebabkan kedua-dua mereka lupa untuk mengunci jam loceng.Nasib baik dua-dua tengah bendera merah,kalau tidak,mesti kene qada' subuh.
"Oiii..Bangunn.."Kejut Hanna lagi apabila Yasmin masih tidur mati.Eh,minah ni tido ke pengsan?Baik aku mandi dulu.Hanna bangun lalu mengambil tuala dan pakaiannya sebelum masuk ke bilik air.
Setengah jam kemudian,Hanna keluar dengan memakai blouse putih dan jeans hitam.Rambutnya pula dibalut dengan tuala.Hanna menggeleng kepala melihat Yasmin yang masih lena di atas katil.
"Oiii..Bangunlahhh"Jerit Hanna di tepi telinga Yasmin.
"Emmm.."Balas Yasmin sebelum menarik selimut hungga menutupi kepalanya.Hanna mengeluh.'Susah nya nak kejut minah ni...'Kemudian,Hanna terfikir sesuatu.Ada satu cara je.
"Wei!Arman datang nak masuk meminang!!"Jerit Hanna lagi di tepi telinga Yasmin.
"Ha!Mana-mana?"Yasmin yang terkejut terus bangun dan..
'Buk!!' "Adoi!!"Yasmin mengerang kesakitan akibat jatuh katil.'Sakitnya pinggang akuuu'
Hanna yang berada di atas katil hanya ketawa kuat melihat Yasmin yang terbaring di atas lantai biliknya.
"Hanna!"Marah Yasmin.Dia bangun perlahan-lahan sambil mengusap pinggannya yang rasa sengal-sengal.
"Apa?Tulah.Lain kali,jangan tido mati.Dah,pergi mandi sana!Busuk!"Balas Hanna selamaba sambil mengepit hidungnya dengan jarinya.
"Yelahhh.."
"Oi!Yasmin!!Lama lagi ke?"Soal Hanna dari luar bilik air.Sudah sejam lebih Yasmin berada di bilik air.Pintu diketuk.
"Japlah.orang tengah mandi ni."Jerit Yasmin dari dalam bilik air.
"Cepatlah!Dah pukul 9.30 daahhh.Kata pukul 10.!Nanti lambat pulak kita sampai"Bebel Hanna.
"Ye,ye."Balas Yasmin sebelum keluar dari bilik air dengan memakai t-shirt warna coklat dengan seluar jeans biru.Kemudian,dia terus menuju ke meja solek.Rambutnya yang panjang separas pinggang dikeringkan menggunakan hair dryer.Hanna keluar sebentar unuk membantu ibunya sementara menunggu Yasmin bersiap.
10 MINIT kemudian,
Hanna mengetuk pintu sebelum membuka pintu bilik itu.Dia bercekak pinggang sambil memandang ke arah Yasmin.Yasmin tersengih.
"Hehe.Jap ea,Aku nak make-up dulu.Sekejap je."Kata Yasmin sebelum memakai bedak.
"Kau ni,tak perlu make-up pun tak apa.Dah cantik dah.Meh sikit bedak."Compact powder diambil dari atas meja sebelum ditepek nipis di mukanya.
"Itu,kau!Natural beauty!Aku ni kalau tak mekap,bukan aku namanya."Balas Yasmin.
"Yelah!Dah,cepat!Lambat,aku cancel!"Ugut Hanna.
"Eh,Japlah Hanna!Tak nak aku make-upkan kau ke?Rugi tau!"Tanya Yasmin.
"Tak nak aku!"Balas Hanna.Dia tahu sahabatnya itu mempunyai bakat 'menyolek'muka orang.Bukan itu sahaja,Fashion baju,rambut,tudung,semua dia tahu.Maklumlah,seorang yang berfashion la katakan.Lagipun,cita-cita Yasmin ingin menjadi wedding planner dan ingin mempunyai butik perkahwinan sendiri.
"K,fine!Jom!Aku dah siap."Kata Yasmin.Barang make-up nya disimpan.
"Jom!Suria KLCC!Here we come!"Sorak Hanna.Kunci kereta myvi nya dicapai.Mereka kemudian turun ke bawah untuk bersalaman dengan ibu Hanna dan menjamah sedikit makanan yang ibu Hanna sediakan kerana mereka ingin cepat.
"Hanna,jom kita pergi sarapan jap!"Ajak Yasmin sambil memaut lengan Hanna.
"Aik?Tulah,tadi sarapan sikit sangat siapa suruh?"Kata Hanna.
"Ala..Jomlah Hanna.Aku lapar.Tadi sebab takut lambat.Jomlahh."Pujuk Yasmin.
"Yelah-yelah.Jom!Nak sarapan kat mana?"Soal Hanna.
"KFC!Jom!"Kata Yasmin sebelum menarik lengan Hanna ke arah KFC.Setibanya di dalam KFC,Yasmin mencari tempat duduk sebelum mereka duduk.
"Ha,kau jagakan tempat jap!Aku nak order makanan.Kau nak order apa?"Tanya Yasmin pada Hanna yang duduk dihadapanyya.
"Aku nak Zinger porridge ngan Tropicana twister orange."
"Okey,Jap ea."Yasmin terus berlalu ke kaunter KFC.
"Akak,nak Zinger porridge 2,Tropicana twister orange dengan Iced milo 1.Nak yang cawan besar ye,kak."Pesan Yasmin apabila dia tiba di kaunter.Nasib baik tak ramai orang.Kalau tidak,penat nak beratur.
"Okey,semuanya RM17.80."Kata akak cashier.Yasmin mengeluarkan not RM20 dari beg duitnya dan berinya kepada akak cashier tu.
"Ini dia bakinya.Sekejap ye."Akak itu memulangkan baki duit dan menyediakan makanan yang dipesan Yasmin.Yasmin pula hanya mengangguk sebelum memandang ke arah suara di sebelah yang mungkin sedang menjawab panggilan.Matanya membulat!Tengku!
Yasmin menoleh ke arah Hanna.Hanna pun sedang membuat panggilan.Aduh..Macam mana nak bagitahu Hanna ni.Yasmin tertoleh ke arah kaunter semula apabila makananya sudah sedia.Dia mengankatnya dan bergerak ke arah Hanna.Lelaki itu pulasudah menghilang.
Sementara itu di tempat Hanna..
'Hmm..Nak telifon dia ke,tak?Nak ke tak nak?Telifon jelah'Kata Hanna dalam hati.
Telifon Samsung Galaxy Grand miliknya dicapai lalu nombor Tengku Fahmie dicari dan..call!
"Tutt..tutt..""Hello?"Jawab suara garau di hujung talian.
"Hello,assalamualaikum,Tengku.."Suara Hanna terhenti di situ.Dia tidak tahu apa lagi yang ingin dikatakan.
"Wa'alaikumsalam.Kenapa call ni?"Soal Tengku Fahmie.
"Emm..arrrr..ha..!"Hanna yang mulanya gagap terkejut dengan apa yang dilihatnya.Tengku dihadapannya!Tengku yang masih memegang telifonnya bergerak ke arah meja dihadapan Hanna.
"Hello?Hanna?Kenapa ni?Kau sakit ke?"Hanna diam.Dia melihat Tengku tanpa henti.Matanya terpaku.Baju mereka sama!Hanna senyum.
"Te..Te..Teng..ku..."Kata Hanna gagap.Tengku Fahmie menoleh ke arah suara itu.Dia terpanar.Terkejut dia melihat Hanna di hadapannya itu.
"Abang!"Panggil seorang gadis sebelum memaut lengan Tengku Fahmie.Tengku Fahmie pula hanya membisu dan mengikuti gadis itu duduk.Tetapi,kedudukan lelaki itu masih bertentangan dengan Hanna.Hanna menggenggam penumbuknya.
"Hanna!"Yasmin yang baru sampai terus duduk dihadapan Hanna dan menepuk tangan Hanna.
"Ha?Asal?"Soal Hanna.Tersentak dia dibuatnya dengan tepukan Yasmin.Matanya terus ditumpukan pada Yasmin.
"Kau cuba teka tadi aku jumpa siapa?"Soalan Hanna tidak dijawab.
"Tengkuu.."Balas Hanna lemah.Zinger porridge miliknya diambil lalu ditiup sedikit sebelum menyuap sedikit bubur ke dalam mulutnya perlahan-lahan.
Dia mengeluh.'Mesti dia dah nampak Tengku..Arghh!!Kenapa aku harus bertembung dengan dia masa ni!!"Jerit hati Hanna.
"Aik?Mana kau tahu?"Soal Yasmin pelik.'bukan tadi dia duduk sini dari mula ke?Macam mana dia tahu ni?'.
Hanna hanya senyum nipis.Dia diam seketika sambil bermain dengan sudu di dalam mangkuk buburnya.
"Tu.."Hanna memuncungkan bibirnya ke arah belakang Yasmin.Kemudian dia menunduk kerana terlalu cemburu terhadap gadis di hadapan lelaki itu.
Apatah lagi apabila melihat lelaki itu senyum kepada gadis itu.'Grr..tak payah lah senyum lebih-lebih!Kau tahu tak bila kau senyum,orang boleh cair?Ohh.dengan aku tak nak senyum sangat.Kalau dengan gadis cantik,senyumje kau ye?'Siap kau nanti Tengku.
"Ha??"Yasmin menoleh ke belakangnya.Namun hanya sekejap sebelum dia memusingkan kepalanya semula memandang ke arah Hanna.
"Hannaaaaa.."Yasmin menjerit perlahan.Tangan Hanna ditepuk beberapa kali.Tekejut kot!Baru ingat nak suprisekan Hanna tapi dia pulak yang kena!
"Ye,aku tahu."Jawab Hanna pendek.Yasmin garu kepala.Bukan sepatutnya dia happy ke?Cop-cop!Yasmin teringat sesuatu.Lelaki itu tak berseorangan.Ada gadis cantik di sebelahnya.Siapa gadis tu?Itu ke sebab Hanna sedih?
"Hanna.."Yasmin cuba memujuk Hanna.
"Aku takde selera lah.Jom!"Kata Hanna sekaligus memotong ayat yang ingin diutarakan oleh Yasmin.Dia sedih.Kecewa dan sebagainyalah!Hanna bangun dari duduk lalu terus berlalu keluar dari KFC itu.Sebelum itu,dia sempat menjeling tajam ke arah lelaki yang membuatkan hatinya sakit.
Yasmin mengikut.Sebenarnya dia nak tergelak bila melihat reaksi lelaki itu apabila dijeling tajam oleh Hanna.Hahahah.Tahu takot!Punya lah terkejut muka dia!Tulah,lain kali jangan buat Hanna bengang.Kalau dia jeling,takut semua orang dibuatnya.
"Hanna!Hanna!Kejaplah!"Jerit Yasmin.Dia berlari anak untuk mengejar langkah panjang Hanna itu.Apabila dia dapat menyaingi langkah Hanna,dia menarik nafas dalam-dalam.Huhh,penat kot!Lengan Hanna ditarik membuatkan Hanna terpusing ke belakang.
"Hanna,relakslah.Cer kau relaks,tenangkan fikiran.Jangan fikir negatif.Entah-entah tu dia punya adik ke,sedara ke?Mana kita tahu."Pujuk Yasmin.
"Grr..Aku tak boleh lah Yasmin."Marah Hanna.Siapa je sanggup tengok seorang gadis yang tak dikenali peluk buah hati kita?Walaupun tangan!Kalau ikutkan hati,nak je dia ganyang perempuan tu cukup-cukup.Sekali dengan lelaki tu pun boleh!
"Hanna!!"Jerit satu suara garau.Hanna dan Yasmin menoleh.OMG!Hanna memandang Yasmin dengan riak tak percaya.Yasmin lagilah.Macam baru nampak hantu!Mana taknya,seorang lelaki yang ego tahap gaban tetiba kejar diorang.Kejar ke?Bukan ikut ke?Kejar la kot sebab kita orang pergi lepastu dia follow.Hehe..Bisik hati Hanna.
Eh!Jap-jap Hanna!Kau buat apa lagi?Cau laa..Belum sempat Hanna melangkah,Yasmin sudah memegang lengannya.Dia pandang Yasmin.Yasmin geleng kepala.Tak nak bagi orang blah la tu.Hanna membuat muka comel pada Yasmin!Sempat lagi nak lari ni kalau dia lepaskan tangan aku.Yasmin pandang arah lain.Adoi!Yasmin!Lepaslah.Orang nak lari lah..huhuhu..
"Hanna..Jangan lah lari.Biar saya explain..Tadi tu.."Tengku Fahmie yang baru dapat berdiri di sebelah Hanna menarik nafas sebelum berkata.Hanna hanya mendengar sambil memandang ke arah lain.Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.Mahu cair dia kalau tengok lelaki tu depan-depan!Tak sempat Tengku Fahmie habiskan cakap,Hanna sudah menutup mulutnya dengan tangan.
Terhenti kata Tengku Fahmie.Dia memandang wajah Hanna.Yasmin pun menoleh ke arah Hanna apabila mendengar kata Hanna.
"OMG!OMG!Yasmin!Kau tengok tu!"Hanna menuruh Yasmin menoleh ke arah sesuatu.Yasmin toleh.
"Ha!!"Yasmin ternganga.Apa yang dilihat ni?Dia nampak kekasihnya,Arman berjalan sambil berpegangan tangan lagi.Oh,kau curang ea..Siap kau..Ni dah lebih!Kau tak kenal siapa Yasmin yang sebenar.Hanna memandang Yasmin.Dia tahu rakannya itu akan belasah lelaki tu.
"Yasmin,relaks.Jangan fikir negatif.."Pujuk Hanna.Arman,Arman.Berani kau curang dengan Yasmin.Kau memang berani mati derr.
"Ha,ni nama nya bukan fikir negatif.Tapi,dahpositif sangat dah ni.Aku gi sana jap nak tegur pasangan terlebih bahagia tu"Yasmin berkata sebelum berlalu ke arah pasangan yang tengah sedap bergelak ketawa.
"Jangan lebih sangat!Jangan buat malu k.."Pesan Hanna.Dia melihat ke arah Yasmin yang sedang menegur pasangan itu dengan sopannya!Hahaha..Habislah.
"Hai,Amran!Lama tak jumpa you.I call pun tak angkat.Kenapa ye?Dan..siapa perempuan ni?"Tegur Yasmin.Amarah ditahan.Pucat muka Amran dibuatnya.Hahah.Asal?Takut ke?
"Yasmin,Aaa..ni..kawan I.You jangan salah faham."Terang Amran.Gelabah!Gadis di sebelahnya pula hanya diam.Eleh,komplot lah tu!Mesti si Amran ni bolot duit aku bagi perempuan ni.Huh!
"Ouh,kawan you.Sambil pegang tangan semua?Ouh..ingatkan you nak cakap kakak you ke,adik ke,sedara ke,mak ke,atau nenek?"Balas Yasmin sinis.
"You,mana ada.I cuma kawan je..I sayang you sorang je k?"Pujuk Arman.
"Ouh,yeke?Hey!Kau ingat aku bodoh ke apa?Aku dah lama tau pasal semua ni!Kau ingat aku tak upah orang untuk siasat kau?Huh!Tak guna punya lelaki!"Kata Yasmin sebelum menumbuk kuat pipi Amran.Hah!Puas hati aku!Dia terus berlalu ke arah Hanna.Kalau ikutkan hati,memang dia belasah habis-habisan lelaki ni biar sampai lunyai.Tapi,dia juga harus jaga maruahnya.
Pada masa itu,Tengku Fahmie yang melihat keadaan itu ternganga.Fuh!Giler lah minah ni.Naseb baik aku bukan pakwe dia.Hanna hanya memandang dengan tenang.Dia sudah agak apa yang akan berlaku.Tengku Fahmie yang disebelahnya dipandang!Haha!Pucat habes!
"Kalau kau berani curang dengan aku,itu lah akibatnya."Kata Hanna pada Tengku Fahmie.
Tengku Fahmie terlopong.Serius lah?Tak!Aku tak curang!
No comments:
Post a Comment