PART 6
"Dah?Puas Hati?"Soal Hanna pada Yasmin dan Haikarl.Dia sedang memasukkan barang-barang mereka ke dalam kereta mini coopernya sebelum duduk di tempat pemandu."Dah!Aku nak balik!Penat woo."Kata Yasmin.Memang lah penat.Mau semua kedai di Mid Valley dimasuknya and semua benda dibelinya.Baju,seluar,topi,beg,barang mekap,barang peribadi,pencuci muka,mask,dress,jubah,kasut dan banyak lagi.
"Yelah,aku lagi penat layan kau."Hanna sudah startkan enjin keretanya.
"Karl pon penat!"Jerit Karl dari tempat duduk belakang.Tapi berbaloi.Dia dapat macam-macam dan bila masuk kedai buku,memang dia borong komik banyak-banyak.Well,orang berlanja kan?
"Yas,kau nak aku hantar kau balik ke,kau nak tidur kat rumah aku?"Soal Hanna sambil matanya tertumpu di jalan raya.
"Emm,aku tidur rumah kau lah Hanna.Mak bapak aku outstation.Boleh?"Kata Yasmin.
"Boleh aje.Nanti kau tolong aku masak lah ok?"Kata Hanna.Sungguh dia tidak kisah kalau Yasmin tinggal di rumahnya bahkan dia happy giler ada kawan berborak.
Tiba sahaja di rumah,jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.Mau berlari Hanna dan Yasmin ke dalam rumah untuk menunaikan solat Asar.Haikarl pula dikerah untuk mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah.'Hai,apakah malang lah nasib aku kena buli,dengan barang Kak Yas sekali pulak tuh!Adoi!Pengsan den!Haikarl mengeluh.Tiba-tiba telefonnya berdering.Haikarl angkat.
"Hello,bro!Apa cer?"Kata Haikarl.
"Karl,lepak kedai mamak jom malam ni?"Kata Nazmi di hujung talian.
"Ok,no prolem.Kedai mamak tu kan?"Soal Haikarl.
"Yup!Datang ah wei!Aku ada benda nak citer malam ni."
"Ok bro!Jumpa malam ni."Haikarl mematikan talian.
"Hanna,esok kamu jangan nak pergi mana-mana eh.Kamu pun Yas."Kata Puan Qaseh pada Hanna.Hanna dan Yasmin pandang sesama sendiri.Aik?
"Kenapa ma?Dengan Si Yas ni pun kena stay?"Soal Hanna pelik.
"Mama nak suruh korang dua orang tolong mama masak esok."Kata Puan Qaseh.Yasmin sudah mengangkat kening.
"Siapa nak datang aunty?"Soal Yasmin pula.
"Kawan rapat Auntie.Kamu dua jangan pergi mana-mana ye esok?"Kata Puan Qaseh.Hanna dan Yasmin mengangguk.
"Karl mana ma?"Soal Hanna.Makanan nya sudah habis.
"Adik kamu tu tadi keluar kata nak gi jumpa kawan dia."Jawab Puan Qaseh sambil mengemas meja makan.
"Lorh budak tu.Asik keluar je.Perangai siapa la yang diikutnya."Kata Hanna sambil menjeling Yasmin.Mata Yasmin membulat.
"Hey!Bukan perangai aku ok!"Kata Yasmin.Hanna angkat bahu.
"Aku ta kata pon kau.Kau yang ajar dia selalu keluar ea?"
"Ceit!Kau basuh lah sorang-sorang."Kata Yasmin.
"Apa?Kau nak basuh sensorang?Ok!No problem."Usik Hanna.
"Grr,,kau ni kan."Yasmin sudah geram.
"Hanna,cuba jangan usik Yasmin tu."Tegur Puan Qaseh.
"Baik mama."Hanna menjeling Yasmin yang sedang menunjukkan thumbs up padanya.
"Siap kau."Kata Hanna.Yasmin hanya ketawa sambil membantu Hanna membasuh pinggan mangkuk.
"Hanna,kau rasa kan,siapa kawan mak kau tu ea?"Soal Yasmin pada Hanna yang sedang baring di sebelahnya.Dia memandang siling.Teddy bear coklat dipeluknya.
"Entah.Kau ingat aku kenal?"Kata Hanna.Dia pun sedang memeluk teddy bear putih miliknya sambil cuba untuk menutup mata.
"Mana tahu ada udang di sebalik batu."Kata Yasmin membuatkan mata Hanna terbka.Dia memandang Yasmin.
"Maksud Kau?"Soal Hanna ingin tahu.Matanya sudah tidak boleh lelap.
"Well,kau tahu kan,dalam nove,selalunya kalau mak kita cakap ada kawan rapat nak datang je.."Yasmin membiarkan ayatnya tergantung.Mata Hanna sudah membulat.
"Mak aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?"Soal Hanna.Yasmin angguk.
"Yup.Habestu,buat apa mak kau suh kita stay sekali tolong masak bagai."Kata Yasmin.
"Giler.Aku baru 23 okey?"Kata Hanna.
"Alaa,lek ah.23 tu dah boleh kahwin tau tak?Zaman sekarang ni,umur 18 pon ada yang dah kahwin."Kata Yasmin.
"Tak nak ah beb.Aku nak habes kan belajar lagi 2 tahun agi."
"Tapi tak semestinya kau kena kahwin masa umur ni.Mana tahu kau tunang dulu."
"Tapi aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal."
"Habestu?Kau nak bercinta dengan lelaki yang kau suka?Lepastu kalau kau terlampau busy,And dia jumpa orang lain?Kau nak patah hati lagi?"
"Tak nak."Jawab Hanna.
"Sebab tu lah.Aku rasakan pilihan ibu bapa lagi tepat."
"Tapi kalau laki tu pon sama macam laki laen macam mana?Malas lah nak heart broken lagi."
"Kalau dia buat perangai,Aku letak julap dalam minuman dia setiap kali dia nak jumpa makwe dia ."Hanna gelak.
"Giler jahat."
"Well,kala dia berani buat kawan aku sakit hati."
"Wargh!Sayang kau!"Kata Hanna sambil memeluk Yasmin erat kemudian dia melepaskan pelukan.
"Tapi kan.."Kata Hanna.Yasmin angkat kening.
"Tapi apa?"
"Aku harap apa yang kau kata tu tak betul."
"Asal pulak?"Soal Yasmin pelik.
"Yelah!Aku tak nak kahwin or tunang or whatever sebab aku nak enjoy dulu!"Kata Hanna.
"Kalau esok kawan mak kau pinang kau macam mana?"Yasmin provok Hanna.
"Mulut kau.Jaga siket.Aku harap takde."Kata Hanna.
"Hahha.Kalau ada macam mana?"Provok Yasmin lagi.
"Aku nak tido!"Kata Hanna menarik selimutnya dan memejamkan matanya.Tak nak!Tolonglah apa yang Yasmin cakap tu cuma andaian saja.Kalau tak,mau dia lari rumah kang!
"Karl,aku ade cer ni."Kata Nazmi pada Haikarl.Haikarl angkat kening.
"Apo die?"
"Esok mak aku nak datang meminang kat umah ko."Haikarl tersedak Air milo nya.
"Mak kau nak minang sape?Aku?Kau ada adik perempuan ke?"Soal Haikarl.Nazmi tumbuk bahu Haikarl perlahan.
"Tak kuasa mak aku nak pinangkan adik aku kat kau.Sejak bila pulak aku ada adik perempuan?"Kata Nazmi.
"Dah tu?"
"Mak aku nak pinang kakak kau Hanna tu."Kata Nazmi jujur.Terbatuk-batuk Haikarl dibuatnya.
"Whut?Kau minat kakak aku ke hape?Wei.Kau tu baru 18 ok?"Kata Haikarl.Nazmi geram.
"Sengal.Pinang untuk abang aku la!Pinang untu aku buat apa?"Jawab Nazmi.Haikarl angguk.
"Abang kau umur berapa?"
"26.Doctor-to-be."
"Wau,bakal abang ipar aku doctor tuu.Aku terima abang kau."Jawab Haikarl semangat.Yelah,siapa tak nak abang ipar doctor kan?
"Ceh,yang kawen dengan abang aku tu kakak kau.Jadi tunggu balasan kakak kau la.Dia terima ke idak"
"Okeh,Aku akan paksa kakak aku terima abang kau."
"Kejam kau.Tapi kan,abang aku pon tak kenal kakak kau."
"Whut?Dahtu?"
"Mak aku asik suh abang aku cari calon.Tapi abang aku kata dia busy dengan study dia.Last2 dia suh mak aku carikan.Tapi dia kata tunang dulu sebab dia nak kahwin umur 27 ke 28.Dia nak kerja dulu,baru kahwin."Jelas Nazmi.Haikarl angguk.
"Bagus ah tu.Biar dia ngorat kakak aku dulu.Lagipon kakak aku pon agi 2 tahun dia habes la study kat Australia tuh."Kata Haikarl sebelum mereka menukar topik pasal bola pula.
PART 7
Yes!Siap!Hanna dan Yasmin mengeluh lega.Tepat jam 11.30 pagi,mereka sudah siap memasak dan mengemas dapur.Sekarang masa untuk diorang mandi!Hanna dan Yasmin berlumba naik ke bilik air.Sape cepat,dia mandi dulu!Puan Qaseh awal-awal lagi sudah keluar katanya ada hal.Jadi memanh Hanna dan yasmin yang memasak.Naseb baik ada incik google."Hanna.Mak kau dah balik lah."Kata Yasmin yang sedang mengintai luar rumah dari tingkap bilik Hanna.
"Biarlah mak aku balik."Kata Hanna sambil menyikat rambutnya yang baru kering.
"Masalahnya beb,ade 2 kereta lain."Jelas Yasmin.
"Whut?Kereta ape?Kereta Haikarl kot."
"Kereta BMW dengan kereta Audi."Bagitahu Yasmin pada Hanna.Hanna pergi ke arah tingkap biliknya.Terbeliak matanya melihat orang keluar dari kereta BMW tapi orang dari kereta Audi masih tak keluar.
"Kawan mak aku lah tu."Kata Hanna.
"Entah-entah dorang nak hantar rombongan meminang tak?"Usik Yasmin.Hanna menyiku perut Yasmin.
"Kau jangan.Mulut tu masin kang.Aku paksa kau yang kahwin."Ugut Hanna.
"Eh.Aku tak kesah kalau bakal suami aku tu kaya,hensem,bekerjaya,baik.Konfem aku tak tolak."Hanna mencebik.
"Oit.Kalau camtu,aku pun tak nak tolak.Dengan hati yang Ikhlas aku terima."Kata Hanna.
"Ceit.Aku pun nak."
"Tapi kan Yas.Aku rasa macam nak lompat bintang pulak.Kau tengok betul-betul.Takde sorang pun bawak dulang.So,bukan rombongan meminang lah."Kata hanna gembira.
"Ceit.Ok fuin"Jawab Yasmin.Pintu bilik itu dibuka dari luar.Hanna dan Yasmin toleh.
"Hanna.Yasmin.Jom turun.Tetamu dah sampai tu.Cepat."Kata Puan Qaseh sebelum berlalu turun ke tingkat bawah.
Hanna laju menyarung selendang instant warna hitam miliknya.Yasmin pula mengikat rambut nya simple.Stail pony tail.
"Hanna,malu lah."Kata Yasmin malu-malu.
"Ceit.Sejak bila kau malu-malu nih?"Soal Hanna.
"Hehe.Sejak ada tetamu datang.Tapi kan,kalau dia bawak satu famili die pun bagus gak.Kalau ada anak teruna sorang dua pun..emm..lagi bagus!!Hahaha."Hanna menyiku Yasmin.
"Gatal kau ea.Dah jom turun."Ajak Hanna.Mereka berdua menuruni tangga.Sampai je tingkat bawah.Kedua-duanya terus berdesup masuk dapur.Nasib baik ruang tamu dihadang dengan dinding ruang makan.
"Ma,nak kita orang tolong apa-apa tak?"Soal Hanna pada Puan Qaseh.
"Ha,pandai kamu dua orang masak.Mama dah hidangkan semuanya tadi kat meja.Kamu dua pergi bawak jag air sirap ngan oren tuh.Mama dah letakkan cawan kat meja makan."Kata Puan Qaseh.Dia berlalu ke ruang tamu untuk menjemput tetamunya makan.
Hanna dan Yasmin mengambil jag yang disediakan sebelum membawanya ke meja makan.Sampai je,meja makan sudah penuh dan memang tinggal dua tempat sahaja.Hanna dan Yasmin meletakkan jag air tersebut di atas meja dan menyalami Kawan Puan Qaseh sebelum Hanna duduk di sebelah Puan Qaseh dan Yasmin duduk du sebelah Hanna.
"Nad,ni ha anak aku,Hanna,sebelahnya kawannya,Yasmin dan sebelahnya lagi tu anak lelaki aku,Haikarl"Kata Puan Qaseh.Hanna dan Yasmin menunduk.
"Ouh.Lawa dan hensem betul dorang.Ni anak aku,Nazrul.Sebelahnya anak sedara aku,Fakhrul.Hujung tu pulak anak bongsu aku,Nazmi."Tengku Nadia memperkenalkan anaknya pula.Hanna angkat wajahnya.Pandangan nya kaku saat lelaki di hadapannya itu memandangnya.
'Whut?Mamat nih?Adoi.Asallah dia boleh muncul kat rumah aku nih.Nak lari boleh tak.?'Kata Hanna dalam hati.Lelaki itu pula senyum padanya.Oh my!Jangan lah senyum-senyum.Sepak muka tu kang!Hensem sangat lah.Tergugat iman den.Perlahan-lahan Hanna membalas senyuman Tengku Nazrul sebelum dia tunduk.Malu wooo.
Selepas sahaja Hanna dan Yasmin habes basuh pinggan.Yasmin kata dia nak melepak kat taman sementara Puan Qaseh dan tetamunya duduk di ruang tamu.Sempat pulak tuh minah tu suruh buatkan milo ais.Nasib aku rajin.'Bisik hati Hanna.Dia membawa dua gelas berisi air milo melalui jalan luar rumah.Takkan nak redah ruang tamu kot.Bila sampai kat taman je Yasmin sudah ade teman.
'Whut?Fakhrul dengan Yas?Homai.Berita sensasi..Huhuhuhu..cepat je minah tu tarik perhatian Fakhrul.Nampaknya dia kawen dulu lah jawabnya.Hanna sorok di belakang dinding.So sweetnya dorang sembang.Duduk berhadapan pastu senyum-senyum.Jeles I.
Tiba-tiba bahunya dicuit.Hanna menggerakkan bahunya.Ei..orang tengah syok usyar nih.Jangan lah kacau.
Bahunya dicuit lagi.Hanna bengang.Dia tolehke belakang.
"Ei..boleh tak jangan kacau.."Ayat Hanna tergantung.Dia terkejut melihat Nazrul yabg sedang tersengih di hadapannya.Alamak.Dia nampak aku skodeng ke tadi?Malunya.
"Emm..awak nak ape ye?"Soal Hanna ingin menutup malu.
"Takde.Saya saje je nak lihat pemandangan kat luar nih.Tak sangka pulak boleh nampak orang tengah busy mengintai."Kata Nazrul selamba.Terangkat kening Hanna dibuatnya.Pandai kau mengata aku ea.
"Lorh.Saya ingat awak tengah nak intai anak dara orang."Kata Hanna selamba.Nak main sangat kann.
"Mana ada.Takde masa ok."Nafi Nazrul.
"Ok.Kalau takde apa-apa saya nak cau dulu."Kata Hanna.
"Hanna."Panggil Nazrul.Hanna pusing.
"Nak apew?"
"Esok.Awak terima tau."Hanna mengecilkan matanya.
"Ha?Terima ape?"Soal Hanna.Lelaki itu hanya senyum.Hisy.Senyum plak dia.Lempang karang.
"Terima je lah ea."Kata Nazrul sebelum berlalu.Namun dia berhenti saat Hanna memanggilnya.
"Nah.Amik lah."Kata Hanna sambil menghulurkan segelas air milo pada Nazrul.Nazrul mengambilnya dalam teragak-agak.
"Jangan risau.Saya tak letak racun dalam tuh.Kalau ada racun..saya pun mati jugak."Kata Hanna sambil menunjukkan gelasnya sebelum dia berlalu masuk ke dapur.Hehehehehe..Comel larh Nazrul tuh.Nak jadikan suami boleh?
"Hana..Hanna.Bangun."Kejut Puan Qaseh.Hanna membuka matanya.
"Kenapa ma?"Soal Hanna dengan suara serak.
"Hei..bangun mandi cepat.Dah pukul 7 pagi ni."Kata Puan Qaseh membuatkan Hanna terus terduduk.7 pagi?Biasanya pukul 5 Hanna sudah bangun.Ni semua salah mamat tuh.Aku mimpi dia punya pasal sampai tak boleh nak bangun.Ish ish ish.Nasib harini period.Kalau tak..terbabas subuh.
"Hanna.Dengar ni.Pukul 8 nanti kawan mama datang.Dia nak merisik kamu untuk Nazrul.Nak tak?"Soal Puan Qaseh.Hanna terus memandang ibunya.
"Ma..biar betik.Tiba-tiba je nak pinang ni ape kes?"Soal Hanna pelik.Puan Qaseh senyum.
"Nak buat macam mana kalau anak dia dah terpikat dengan anak gadis mama yang lawa nih."Kata Puan Qaseh sambil mencuit hidung anaknya.Hanna menunduk.Mama ni..puji lebih-lebih pulak.
"Hehe..mama ni.Nak terima ke?Hanna ikut mama."Kata Hanna..Well..pilihan ibu bapa lagi okey..Macam dalam novel.Ihik.
"Mama ok je.Lagipun dia anak kawan mama..Kalau dia buli Hanna nanti,Hanna repot je dekat mama.Nanti mama smack down dia."Hanna gelak.
"Emm..Bagus juga tawaran mama tuh.Nanti Hanna pun nak join ack down dia lah.Ok ke idak?"Sokong Hanna.
"Eh..kamu mana boleh bile kamu da jadi isteri dia.Syurga di bawah tapak kaki suami faham?"
"Faham ma.Sayang mama."Kata Hanna sambil memeluk ibunya erat.My mother is the best mother ever!
Sebulan kemudian..
"Hanna,dah siap ke?"Kata Yasmin sambil masuk ke bilik Hanna.Hanna toleh.
"Dah.Aku takut lah Yas."Kata Hanna.Yasmin memdekatinya.
"Alarh.Kau tak payah takut sangat.Ni dah lawa gilos dah ni."Kata Yasmin sambil membetulkam tudung Hanna.
"Kau memang.Kau bila lagi nak tunang.Aku rasa perhubungan kau dengan Fakhrul pun dah macam love birds daa."Yasmin memcebik.
"Aku tak sedia lagi lah.Aku nak tengok usaha dia nak tackle hati mak bapak aku tuh.Masalahnya..mak bapak aku selalu outstation."Kata Yasmin.Hanna agguk.
"Aku sebenarnya pun takut gak.Kita lepas nih dah nak balik Australia.Si Nazrul tu pun nak balik mesir and dalam 3 bulan lagi dia dah graduate PHD.Tapi aku tak sure boleh pergi ke tak."
"Aik.Pasal ape plak?Bukan parents dia da tempah tiket tuk kau sekali?"Soal Yasmin pelik.
"Yelah.Tapi tengok schedule kita jugak.Kalau aku free,boleh la aku pergi.Kalau tak,kirim salam jelah."Kata Hanna selamba.
"Hanna..ni ibu Nazrul nak sarung cincin ni."Kata Puan Qaseh sambil masuk ke bilik Hanna.Hanna senyum.
"Teet..teet.."Hanna pandang handphonenya.Ada mesej dari nombor yang tak dikenali.
Assalamualaikum.Sye dkt ruang tamu rumah awk ni.Turun lah.Kn sye ada suruh Yasmin bg tau awk yg harini kita jln2.Mungkin dia lupa sbb dia pon bru nak otw ke sni.Cpt ye! -Your fiancee
Hanna senyum.bertuah punya Yasmin.Macam mana dia boleh lupa nak bagitahu aku pasal benda nih.Nasib aku dah siap mandi and keringkan rambut.Hanna menarik baju t-shirt lengan panjang warna kuning,Seluar jeans putih dan selendang putih bunga2 kuning.Settle.Nasib kurus.Kalau tak..payah la nak padankan baju.Hanna turun ke bawah.
Turun2 je Hanna nampak Yasmin,Fakhrul dengan Nazrul sudah berada di ruang tamu.Hanna sengih bila dia nampak Nazrul memakai baju t-shirt polo dengan seluar jeans putih.
"Hanna..Wow.Macam mana boleh sedondon ni?"Usik Yasmin bila dia nampak Hanna.
"Sengal punya kawan.Tahu2 pagi-pagi aku dapat mesej ajak keluar tau tak?"Kata Hanna sambil menyiku kepala Yasmin apabila dia sudah duduk di sebelah Yasmin.
"Auch.Sakitlah.Ala..past is past.Jom makan.Lama aku tunggu kau sampai perut aku da kebulur tahu tak?"
"Yelah..yelah.Jom makan."Kata Hanna sambil menarik lengan Yasmin.
"Eh.Hanna.Kau tak nak ajak future husband kau makan sekali ke?"Soal Yasmin.Hanna terhenti.Dia toleh pada Nazrul.
"Emm.Awak.Makan jom.Jangan malu-malu.Buat macam rumah sendiri."Ajak Hanna.Nazrul angguk.
"Haah Naz.Buat je macam rumah sendiri.Bila dah kahwin nanti pun mesti kau selalu duk rumah ni.Tak dapat lah aku lepak dengan Hanna lagi."Seloroh Yasmin.Nazrul hanya senyum manakala Fakhrul dan ketawa tahan perut sebelum dia terhenti bila melihat wajah bengang Nazrul.
"Emm.Kita kat mana ni?"Soal Hanna apabila mereka sudah tiba di destinasi.Nazrul pandang Hanna.
"Kita dah sampai kat tempat yang selalu saya dan Fakhrul lepak.Jom."Ajak Nazrul sambil membuka pintu kereta.Fakhrul yang duduk di tmpat sebelah pemandu juga turut keluar.
Hanna pandang Yasmin sambil mengangkat kening.Yasmin angkat bahu tanda tak tau.Pintu tempat Hanna dan Yasmin dibuka dari luar.
"Hanna..Jom"Ajak Nazrul.Hanna senyum sebelum keluar dari kereta.
"Tuan puteri..Tak nak keluar ke?"Tanya Fakhrul.Yasmin senyum jahat.
"Kalau tak nak macam mana ek?"Soal Yasmin.
"Tak nak jawabnya you kena duduk dalam kereta je lah.I nak masuk sana.Bye."Usik Fakhrul sambil berlalu.
"Pegh.Tak romantik langsung!"rungut Yasmin sambil keluar dari kereta.
"Sape tak romantik ha?"Soal Fakhrul sambil menutup pintu Yasmin.Yasmin mencebik.
"You lah.Tengok Nazrul tu lagi sweet dari you.Tou ni sour tau tak."Jawab Yasmin.Nazrul senyum.
"Haha..contohilah aku ni Rul.Sweet tu.Kau ada?"Soal Nazrul.Hanna toleh.
"Awak sweet ke?"Soal Hanna tak percaya.
"Awak tak tahu..saya ni sweet,romantik,caring and setia tau."
"Boleh caye ke?"
"Of coz boleh.Jom kita masuk dulu."Ajak Nazrul.Hanna akur.Kita tengok yeeee.
Hanna terkesima.Horse!Homai!!Banyaknya kuda.Dia pandang Nazrul.
"Harini kita akan tunggang kuda."Kata Nazrul.Hanna senyum gembira.
"Seriusly?"Soal Hanna tak percaya.Nazrul angguk.
"Pandai tunggang kuda?"Soal Nazrul.Hanna geleng.
"Naik lepastu orang tarik pernah la.Kalau tunggang sendiri tu..payah gak.Pernah nak blajar,tapi takde masa."Terang Hanna jujur.Nazrul senyum.
"Takpe..saya ajar ea."Kata Nazrul.Hanna angguk.Yes.My fiancee ajar tunggang kuda.So sweet.
Setelah beberapa jam belajar..Hanna sudah mahir menunggang kuda.Yasmin pulak awal-awal surrender.Punyalah Fakhrul beria-beria mengajak tapi Yasmin tetap menolak.Last2 Fakhrul tunggang kuda sensorang pastu ramai awek usyar sampai Yasmin bengang.Pastu,dengan selambanya dia panggil Fakhrul pastu suh ajar dia tunggang kuda tapi tak sampai setengah jam..Yasmin surrender.
Hanna menurunkan kaki kirinya untuk memijak tempat pijak itu tapi nasibnya malang bila dia tersalah pijak dan terjatuh.
"Argh."Hanna mmengerang kesakitan membuatkan Nazrul yang baru turun dari kuda terus menerpa ke arah Hanna.Dia membuka kasut Hanna perlahan-lahan.
"Auch!Sakitlah."Marah Hanna.Nazrul memeriksa kaki Hanna.Terseliuh ni.
"Boleh jalan tak?"Soal Nazrul.Hanna geleng.
"Memang tak ah."Kata Hanna spontan.Nazrul terus mencempung tubuh Hanna.Hanna terkejut.Whut?Dia dukung aku?
"Awak?"Panggil Hanna.
"Takpe.Ni darurat.Takkan nak suruh Yasmin angkat awak.Dah.Saya bawak ke klinik jom."Kata Nazrul sambil menuju ke arah keretanya.Hanna diam.Walaupun malu..Dia terpaksa!!Fakhrul dan Yasmin pula hanya akur.
PART 8
Hanna menutup begasi miliknya.Esok dia akan kembali semula ke Melbourne setelah seminggu dia terkurung kat hospital.Bosan kot!Nasib ada Nazrul selalu datang melawat.Kadang-kadang dia siap tidur kat hospital.Sweet kan?Serius macam nak sakit lagi.Punyalah caring sampai setiap masa tanya nak makan apa,Ok ke tak bilik tu kalau tak dia boleh tukar bilik lain.Masatu rasa macam happy giler.Yang paling terharunya bila Lelaki itu sanggup membatalkan flightnya ke Mesir kerana sepatutnya lelaki itu harus pulang ke Mesir sehari selepas tunggang kuda.
Tapi disebabkan Hanna terseliuh,dia sanggup membatalkan flightnya dan selepas Hanna sembuh semalam dan dia harus pulang ke Melbourne harini,Nazrul juga membeli tiket flightnya pada hari yang sama cuma destinasinya berlainan.
"Hanna!!"Jerit Yasmin yang baru masuk ke dalam bilik Hanna.
"Ye,kau kenapa?"Soal Hanna.Dia meletakkan beg-begnya di sebelah pintu sebelum dia terbungkang di atas katil.
"Kau tahu tak yang Fakhrul dengan Nazrul join kita esok?"Kata Yasmin.Hanna pelik.
"Maksud kau?"
"Aku,kau,Fakhrul dengan Nazrul satu kereta gerak ke KLIA.Famili yang lain tak ikut.Dorg bagi kita supaya lebih mengenali kot dengan jejaka2 malaya tu."Kata Yasmin sambil berbaring di sebelah Hanna.
"Malunya!Aku rasa aku dah Fall in love lah."Kata Hanna.
"Pegh.Giler hebat penangan cinta Si Nazrul tu sebab dapat buatkan kawan aku nih jatuh cinta."Kata Yasmin.
"Well,Dia baik giloss.Kau rasa dia akan setia tak?"Soal Hanna.Yasmin toleh.
"Kau rasa?"
"Ntah.Lelaki bukan boleh percaya pun."Kata Hanna.
"Kau kena tahu,dalam percintaan,percaya tu paling penting.Kau banyakkan lah berdoa supaya kau berjodoh ngan dia ye."Nasihat Yasmin.Hanna angguk.
"Emm.Ok.Kau doakan aku dapat sweetdream."Kata Hanna sambil memeluk bantal.
"Aku doakan kau mimpi nightmares punya"Kata Yasmin.
"Kuang ajo punya kawan.Dah gi tutup lampu."Arah Hanna.Yasmin tutup lampu.
Mereka tiba di KLIA tepat jam 8 pagi.
"Awak okey dah ke?"Soal Nazrul.
"Saya okay la.Bukan apa pon.Setakat terseliuh je."Kata Hanna.Nazrul senyum.
"Kalau masih sakit,pergi klinik."Kata Lelaki itu lagi.Hanna senyum.Caring nya.
"Awak nak kena tinggal ke?Flight awak skejap lagi ni.Pergilah."
"Awak pasti awak ok?"Soal Nazrul lagi.
"Awak tahu tak kalau orang lain,mungkin dia terus ajak awak nikah tau supaya dorang boleh ikut awak ke Mesir.Awak terlapau caring tau tak?Nanti saya makin mengada pulak."Gurauku.Nazrul gelak.Ape?Betul ape?Kalau aku tanya orang lain pon,mesti sama.
"Takpelah.Awak kan my future wife."Kata lelaki itu.
"Yelah.Tapi lagi 2 tahun.2tahun tu apa benda pon boleh jadi tahu tak.Mana tahu awak jumpa orang lain yang lagi perfect dari saya."Kata Hanna perlahan.
"Jangan risau.In sya Allah.Kalau kita berjodoh,tak kemana betul tak?"Kata Nazrul.Hanna angguk.
"Ni,jaga cincin tunang kita ni.Lepastu,nah."Kata Nazrul sambil menghulurkan satu beg plastik.Hanna ambil sebelum dia mengeluarkan isinya.Shawl?
"Shawl ni special tau!Ada nama saya.Tu maksudnya,Awak saya punya.Pakai shawl ni masa saya punya majlis graduasi nanti ye?"Kata Nazrul.Hanna senyum sambil angguk.
"Ala,saya takde hadiah pulak.Macam mana ni?"Soal Hanna.
"Awak bagi hati awak jelah."Usik Nazrul.Hanna ketawa.Sengal punya mamat.
"Dah.Pergi cepat."Arah Hanna.Kalau kena tinggal flight,padan muka.Jangan salahkan eden pulak!
"Yelah,nak pergi lah ni.Bye!"Kata Nazrul sambil menghadiahkan flying kiss pada Hanna sebelum pergi.Hanna hanya menggelengkan kepalanya.
3 bulan kemudian..
"Mana satu ek Yas?"Soal Hanna pada Yasmin saat mereka di tempat yang menjual bunga untuk budak-budak graduate pada hari itu.
"Yang ni?"Tunjuk Yasmin pada sejambak bunga ros merah dan ditengah-tengahnya pula ada 2 teddy bear kecik.Masing-masing pegang separuh hati yang mencantumkannya sebagai satu hati.1 teddy bear pulak pakai topi graduasi tu.
"Emm.Aku nak yang ni la."Kata Hanna sebelum dia membeli bunga itu.Dia pusing.Yasmin sedang membeli bunga ros putih yang ditengah-tengahnya ada bear yang memegang love?
"Oit.Kau beli untuk sape tuh?"Soal Hanna pada Yasmin.
"Adalah.Sibuk je.Jangan risau.Aku bukan nak bagi your fiancee ok!"Kata Yasmin selamba.Hanna mencebik.
"Kau curang ea?Bagi tahu Fakhrul!"Kata Hanna.
"Oit.Mana ada lah!Kau just look and see."
"Apa?Lihat dan lihat?"Kata Hanna.Yasmin menampar mulutnya.
"Eh,eh.Wait and see lah!"Kata Yamin geram.
"Ok.Look and see ea."Kata Hanna sebelum berlalu.Yasmin kejar.
"Kuang asam punya kawan!"Kata Yasmin.
"Eh,aku selalu makan asam tahu tak?Dah la,mana my fiancee nih?"Soal Hanna.Dah la ramai giler orang kat luar nih.
"Kau ni.Fiancee sendiri pon tak nampak.Tu,your lovely,fiancee tu."Kata Yasmin sambil menunjuk ke arah Nazrul.
"Emm,tajam mata kau.Jom!"Ajak Hanna.
"Eh,aku kena pergi tempat lain lah.Nanti kita jumpa k?Bye!"Kata Yasmin sebelum berlalu.Hanna mengangkat bahu sebelum berlalu ke arah Nazrul.Jambangan bunga itu diletakkan di hadapan Nazrul yang sibuk dengan telefon bimbit.Nazrul terkejut.Dia angkat wajah.
"Ha,asal lambat?"Soal Nazrul sambil mengambil bunga di tangan Hanna.
"Sorry lah.Ini pun orang dari Melbourne terus ke sini tau tak?Nasib your family dah tempahkan tiket awal-awal.Lepastu bukan nak jemput orang kat airport."Bebel Hanna.Yelah.Orang dah datang dah kira bagus tahu tak?Nazrul senyum.
"Alorh,takkan saya pergi airport dengan jubah graduasi ni?Mahu jadi hot topic."Kata Nazrul.Hanna senyum.
"Awak stay berapa hari?"Soal Nazrul.
"Saya stay sehari je.Lepas ni saya baliklah."Kata Hanna.
"Eleh.Tipu je tahu.Awak balik esok kan?"
"Eh.Mana awak tahu?"Soal Hanna.
"Sebab saya yang tempah tiket untuk awak.Kalau ikut saya,saya tempah untuk seminggu terus.Boleh jalan-jalan.Tapi disebabkan awak busy dengan assignment awak,saya jadikan 2 hari je."Kata Nazrul.
"Wargh,baiknya awak!Terharu saya.Untung dapat tunang yang prihatin nih."Usik Hanna.
"Tapi mana family awak?"Soal Hanna.
"Ouh,diorang masih on the way.Katanya jam.Nasib ada kazen saya tolong amek gambar semua.Heheh."
"Larh,awak tak gamba dengan saya lagi."Gurau Hanna.
"Haah ek?Nanti saya suruh sedara saya amekkan."
"Eh,saya main-main jelah."Kataku.
"Ada saya kesah."Kata lelaki itu.Sabar je lah Hanna.
"Emm,Nampak Yasmin tak?"Soal Hanna sambil matanya melilau mencari Yasmin.
"Eh?Tu bukan Fakhrul ke?Dia pun graduate PHD?"Soal Hanna terkejut.
"Yup.Dia sama umur dengan saya lah."Kata Nazrul.Hanna mengangguk.
"Ouh.Habestu siapa yang amek gambar?"Soal Hanna.
"Sedara saya yang lain."Hanna mengangguk faham.
"Alamak!Saya lupa nak mesej mak saya yang saya dah sampai sini."Kata Hanna sambil mengeluarkan Handphonenya dan menaip mesej untuk ibunya.
"Ehem."Fahmie yang baru tadi berada di situ berdeham.Nazrul toleh.Hanna masih busy menaip.
"Ha,Mie.Kau pergi mana tadi?"Soal Nazrul.
"Ni,Tiha tadi ajak beli bunga untuk kau.Nah."Kata Fahmie sambil menghulurkan sejambak bunga.Nazrul ambil.
"Ni siapa?"Soal Fahmie pada Nazrul.Dia tahu itu Hanna cuma saja dia ingin pura-pura tidak kenal.Menyampah pula dia rasa apabila melihat Hanna banyak senyum apabila dengan Nazrul.Fatiha di sebelahnya pula terkesima menampak Hanna.Dia kenal dengan Hanna masa sebelum dia bertemu Fahmie lagi.
"Oh,lupa pulak nak kenalkan.Ni Hanna,Tunang aku."Kata Nazrul.Fahmie dan Fatiha terkedu.
"Hanna."Panggil Nazrul.
"Emm,jap ea."Kata Hanna.Dia menekan butang send sebelum dia memandang Nazrul.
"Ye,saya?"Kata Hanna lembut.
Ni saya nak kenalkan,sedara saya.ni Fahmie.Dan yang ni pulak tunang dia,Fatiha.Hanna memandang 'Saudara' Fahmie.Dia terkedu sebelum dia pura-pura tidak mengenali lelaki itu.
Hanna senyum."Hai.Saya Hanna.Tunang Nazrul.Gembira berkenalan."Katanya sambil tunduk hormat.Dia menghulurkan tangannya pada Fatiha dan Fatiha menyambutnya dengan muka monyok.Kalau ikut Hanna,dia panggil muka Fatiha tu macam muka minta penampar.Nasib aku dah ada Nazrul.Takyah berlagak sangat lah sebab kau dah rampas Fahmie.Ingat aku heran?
"Awak,saya gi toilet ea?Awak sembanglah dengan saudara awak ni ea?"Kata Hanna meminta izin.
"Ok,jangan sesat ea?Kalau sesat,awak call saya ok?"Kata Nazrul.Hanna angguk.
"Okey!Ni Hanna lah."Kata Hanna sebelum berlalu.
Masuk je dalam tandas,Hanna membetulkan tudung dah make-up nipis nya.Dia pandang cermin.Emm,Asallah aku perlu hadap muka mamat sakai tu.Haih,nasib-nasib.Kata Hanna dalam hati sambil membasuh tangannya sebelum dikeringkan.Dia mengambil beg tangannya.
"Kau ingat,kau boleh rampas tengku Fahmie ke ha?"Sergah Fatiha.Hanna terhenti.
"Apa maksud kau ha?"Soal Hanna malas.
"Kau saja je nak rapat dengan Nazrul sebab kau nak rampas Fahmie kan!"Tengking Fatiha.Hanna mengurut dadanya.Aih,perempuan nih.Ada yang keluar menangis nanti karang!
"Apa lah yang kau merepek ni.Aku bersyukur dapat jumpa Nazrul kau tahu?Dia lagi baik daripada Fahmie tu.Kalau kau nak sangat Fahmie tu,ameklah.Aku tak kesahlah."Kata Hanna.
"Heh,kau ingat aku bodoh ke ha?Nampak sangat kau nak rampas Fahmie aku kan?Dasar perempuan perampas!"Hanna tergelak.Apa?Perampas?Homai!Nak gelak boleh tak?
"Tolonglah Tiha.Kau cermin lah diri kau tu.Bukan kau ke yang rampas Fahmie dari aku?Stop lah.Bosan aku tengok lakonan kau ni.Meluat tau tak?"Kata Hanna sambil berlalu keluar.Fatiha terdiam.
"Kau.."Kata Fatiha.Dia mengejar langkah Hanna.Hanna sudah keluar dari tandas itu.Dia ingin menuju ke tempat Nazrul.Boleh mereng dia layan perangai minah sewel nih.Nasib takde ramai orang kat sini.Tiba-tiba tangannya ditarik ke belakang membuatkan dia terpusing dan pipinya pijar akibat ditampar Fatiha.Dia memegang pipinya.
"Fatiha!"Laung satu suara.Mereka toleh.Nazrul meluru ke arah mereka.
"Berani kau tampar tunang aku?Apa masalah kau ni ha?"Marah Nazrul.Bila Hanna terlalu lama pergi ke tandas,dia membuat keputusan untuk mencari gadis itu dan dari jauh,dia dapat melihat Fatiha menarik tangan Hanna dan menampar gadis itu kuat.
"A..aku..a..aku.."Fatiha tergagap-gagap.
"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Hanna ha?"Marah Nazrul.Hanna hanya diam.Pipinya sakit.
"Naz!Kenapa ni?"Soal Fahmie yang baru sampai.
"Kau ajar sikit tunang kau ni supaya beradab.Apa salah Hanna sampai dia nak tampar Hanna?"Kata Nazrul tak puas hati.Fahmie terdiam.Dia memandang Fatiha.Gadis itu hanya diam.
"Emm,aku minta maaf dari pihak Tiha.Hanna,saya minta maaf."Kata Fahmie.Hanna tersenyum sinis.Tangannya naik sebelum laju dia menampar Fatiha.Semua orang terkedu.Fatiha memegang pipinya.
"Kau,jangan berani cari pasal dengan aku.Kali ni aku maafkan kau."Kata Hanna.
"Jom,Hanna.Saya rawat luka kat pipi awak tu."Ajak Nazrul sambil menarik lengan baju Hanna.Hanna akur.Puas hatinya dapat menampar pipi gadis itu.Selamba je tampar pipi orang lepastu nak suruh aku maafkan?Dah la orang lain yang minta maaf.Memang dia bagi penampar sekali baru adil.
No comments:
Post a Comment