Saturday, May 14, 2016

Hello,Incik Jodoh! (Part 6)(ending)

untuk pengetahuan semua,ini adalah ending cerpen hello incik jodoh .Maaf kalau agak bosan dan maaf kalau agak laju sebab saya agak kurang pandai dalam nak endingkan satu cerita.Semoga korang happy membaca karenah Faisal dan Leeya yang agak ngek2 ni.Childish pun ada.Sekejap okey,sekejap tak.Hehe.Moga terhibur!





Syurah menutup sebelah telinganya sambil tersengih memandang adik ipar kesayangannya yang sedang meraung macam orang putus cinta.Dia pandang telefon.Haih,mana suami aku nih?Orang tengah mengandung,penat muntah semua,tetiba adik iparnya datang dengan beg besar.Dia dah garu kepala.Ni kalau dah lapan bulan,mahu terberanak terus bila tengok muka Leeya macam hantu masa datan umah.Haihlah adik ipar..
  "Huaaaa!!Akakkk,Dengar tak Leeya citer?Leeya malu ni kak.Malu giler!Huaa..Macam mana ni?Akak janganlah diam je."Kata Aku geram.Sempat pulak kakak ipar aku ni berangan!Air mata dikesat kasar.
  "Leeya,rileks.Akak ada idea.Belajar luar negara nak tak?Lupakan Faisal,lupakan semua yang Leeya cakap pasal dia.Kat sana,Leeya jangan pulak jatuh cinta dengan mana-mana laki.Dah degree nanti,Leeya balik and baru fikir pasal lelaki okey?"Pujuk Syurah.Dia memang dah lama bincang dengan Zulfan kalau-kalau perkara ni terjadi.Ni semua si Faisal tu punya pasal.Macam mana Leeya boleh suka mamat tu dalam masa tak sampai sebulan?
  "Hah?Luar negara?"Aku terdiam.Luar negara?
  "Itupun kalau Leeya nak sebab mulai next week,kan Abang Zulfan kamu kena merantau ke London sebab nak jaga syarikat kat sana.Jadi kamu boleh tinggal dengan kami,nak?"Soal Syurah.
  Aku dah senyum lebar.London!Belajar kat sana?Yippie.Dapatlah lupakan Faisal dengan mengembara kat sana.
  "Okey.Deal!"Kataku laju.Kak Syurah terkejut.
  "Biar betul.Tak nak fikir dulu?"Aku geleng.
  "Leeya gerak esok pagi.Leeya tak nak amek masa kat sini lama takut terserempak dengan Faisal.Don't worry sebab Leeya pandai jaga diri and ada kawan kat sana.Okey lah.Leeya nak pergi mandi and call mama ngan ayah."Kataku sebelum berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik tetamu sambil mengankat begasiku.
  Syurah yang terdiam hanya geleng kepala.Perangai sebiji macam Zulfan!










"Leeya.Meh turun sarapan!"Jerit Syurah.
  "Baik!Nanti Leeya turun!"Jeritku semula dari tingkat atas.
  Syurah duduk di meja makan berhadapan Zulfan yang sedang melihat jadualnya di telefon pintar.
  "Beria betul budak tu nak duduk London."Kata Zulfan.Syurah angguk.
  "Tulah.Hal universiti dia kat sana macam mana?"Soal Syurah,
  "Don't worry.Dah settle sebab abang memang dah agak semua ni akan jadi bila Leeya tu nak jadikan Faisal tu calon dia.Abang tahu yang Leeya tak akan main-main dengan apa yang dia kata."Syurah angguk setuju.
  "Bila dia boleh start?"
  "Minggu depan.Tak sangka cepat betul Leeya jatuh cinta kat Faisal tu.Dalam 2 minggu je. pelik."Kata Zulfan buat Syurah tergelak.
  "Haih,abang ni.Dia ikut awaklah.Dulu awak jumpa saya tak sampai 2 minggu terus dah fall in love kan?Nampak sangat yang saya ni terlampau lawa."Kata Syurah sambil tersengih.
  "Sorry siket ea?Orang tu yang selalu paksa kite buat apa yang dia nak.Ngada-ngada sungguh!"Usik Zulfan.Syurah mencebik.
  "Whatever!Yang penting,harap baby janganlah ikut perangai ayah ye,cepat sangat fall in love."Kata Syurah sambil perli suaminya.
  "Hey,Sorry siket ea.Dengan mama baby je ayah senang fall in love.Ada orang yang ngorat ayah baby dari sekolah menengah pun ayah baby tak layan tau!"Syurah sengih.
  "Ikutlah perangai mummy yang terlampau baik ni yek."Sambung Syurah lagi.Zulfan buat aksi nak muntah.
  "Janganlah ikut perangai mummy yang diktator!"Katanya.Syurah angkat kening.
  "Habistu?Kalau bukan ikut perangai awak dan saya,dia nak ikut perngai siapa?"Soal Syurah.
  "Ikut perangai aunty dia yang cantik and digilai ramai."Kataku selamba sambil menuruni tangga.Mulut dah tersengih-sengih.
  "No!Tolonglah jangan!"Kata Zulfan dan Syurah serentak.Aku mencebik.
  "Fine!"Kataku sebelum mereka tergelak.
  




Aku senyum.Setelah beberapa jam di dalam pesawat,akhirnya sampai jugak dekat London City Airport ni.Aku masuk ke dalam satu taxi dan memberitahunya satu alamat.Setelah 40 minit di dalam taxi,akhirnya destinasi yang ingin dituju tiba.Aku senyum.Grosvenor House Suites.Tempat tinggalku dalam masa seminggu.Yesza!Kawan?Terpaksa bohong sunat.Selepas check in,aku mandi,solat bum!Tidur!Hampir Lima belas jam dalam flight,giler tak penat.Jam pun dah pukul 12 malam.Pengsen den!
Pukul 9 pagi terus siap-siap keluar dan pergi ke restoren halal yang berdekatan.Masa untuk isi perut!Yippie!



  Aku tersentak apabila namaku dipanggil.Aku dongak.Makanan yang tinggal separuh aku biarkan.Wajaha ku dongak sebelum tersentak.Lelaki catering!
  "Leeya kan?"Soalnya sambil tersenyum.
  "Yup,.Awak boss katering tu kan?"Soalku.Dia senyum sebelum duduk di hadapanku setelah kerusi ditarik.
  "Ha'ah.Zaryan.Gembira dapat jumpa awak dekat sini.Apa awak buat kat sini?"Aku sengih.
  "Makanlah.Takkan nak karoke pulak."
  "Yelah.Betul-betullah.Apa awak buat kat london ni?"
  "Sambung study.Awak?"
  "Ouh.Saya lupa yang awak 21 kan?Saya sambung business siket kat sini."Aku terkejut.Mamat ni bukan baru 
  "Yup.Awak sambung business kat sini?Wow!Serius ah.Awak chef ea?"
  "Boleh dikatakan macam tu lah.Tapi saya bukak restoren makanan malayu and halal okey."
  "Oh ye?Apa restoren awak?Boleh saya try makanan kat sana nanti."Zaryan senyum.
  "Ni lah restoren saya.Sedap?"Soalnya.
  "Seyes ah?Patutlah sesedap rasa macam masa wedding haritu."Kataku jujur.
  "Iye?Tapi kalau awak rasa masakan saya konfem terus melting tahu?"Aku tergelak.
  "Tolonglah.Saya datang sini untuk belajar.Bukan bercintan cintun okey?"Kataku jujur.
  "Okey.Tapi apa kata mulai sekarang,kita jadi kawan.Hurm?"Soalnya sambil mengangkat kening.Aku senyum.
  "Yes.Kawan."Dia senyum.Hati ku dah berbungan mendapat kawan.Ehek!





2 Tahun  kemudian,..
Aku lihat kawasan di dalam KLIA itu yang sudah berubah sedikit.Aku senyum.Malaysia!I am back.
  "Leeya,ready?"Soal Kak Syurah.Aku angguk sebelum mendukung Syahmi  Zullhaq yang berumur 1 tahun setengah.Pipinya aku cium geram.
  "Sayang,kita dah sampai Malaysia!"Kataku gembira.
  "Hah.Happy nampak!"Tegur Zulfan sambil menolak troli bagasi ke arah aku dan Kak Syurah.
  "Of coz lah.Dah lama tak jumpa mama ngan ayah,Yang datang convo pon adik beradik je.Mana syok."Kataku.Habis covo degree je aku terus nak terbang balik.Kerja?Nanti lah.
  "Haik?Bukan ada pakwe datang sekali ke?"Aku mencebik.
  "Just friend,okay?Not more than that."Kataku.
  "Hati masih berkunci ke dik?"Aku jeling abangku ni geram.
  "Diamlah."Kataku sebelum berjalan keluar.'Faisal..kenapa saya susah nak lupakan awak..'






"Leeya dah bertunang?"Soalku terkejut.
  "Yup.Dengan anak kawan mama.Leeya kenal and mama tahu Leeya mesti setuju,.Bulan depan korang kahwin."Kata mama.Aku dah berkerut kening.Takkan Zaryan?Walaupun dia pernah melamar aku,aku selalu tolak dan kata yang aku dah ada pilihan hati kononnya lah kan.Jadi,siapa yang pinang?
  "Siapa ma?"
  "Faisal."Bila mama sebut je nama tu.Aku terus pengsan.Nasib aku tak dukung baby.




Aku buka mata perlahan-lahan apabila terasa wajahku dipercik air.
  "Leeya.Ha,dah bangun pun kamu."Kata Kak Ikha.Aku kerut kening sebelum bangun.
  "Ha?"Soalku pening.
  "Yelah.Tadi Leeya dengar nama Faisal tunang Leeya,terus blackout!"Kata Kak Ikha buat aku hilang ngantuk.
  "Ha?Apa citer ni Kak Ikha?Tetibe Faisal jadi tunang Leeya?Sejak bila Leeya ada hubungan apa-apa dengan Faisal?"
  "Leeya jangan tanya akak.Sehari selepas Leeya ke London,keluarga Faisal datang meminang tau.Akak pun terkejut.Lepastu mama bagitahu lah yang Leeya lari bawak hati yang duka ke London.Hehe.Tapi mama terima pinangan tu and mula-mula Faisal nak pergi jumpa Leeya kat London but abang Zulfan kata tunggu Leeya habis degree.So,macam nilah jadinya and cincin yang akak bagi dulu kononnya semua adik0beradik dapat tu,tulah cincin tunang kamu.Kalau nak tahu lebih,pergi tanya tunang kamu sana."Aku dah terkebil-kebil sambil memandang cincin di jariku.
  "Tak naklah Leeya malu lah nak jumpa dia."Kataku sambil menunduk.
  "Leeya masih sukakan Faisal kan?"Aku angguk.Memey ar.Kalau tak,dah lama aku terima lamaran si Zaryan.Biar menangis Faisal dibuatnya.
  "Oh yeah?Pergi mandi dan siap cepat.Busuk!Berjam-jam dalam flight,tak mandi.Tu Faisal tengah tunggu dekat ruang tamu bawah tu."Kata Kak Ikha.Terus laju aku bangun,ambil tuala dan berlari masuk ke dalam tandas!Zalikha tergelak.
  "Excited ler tu nak jumpa buah hati!"Jeritnya sebelum keluar dari bilik itu.





Aku lihat cermin.Aku santai memakai dress peach kain lembut tanpa lengan.Kemudian aku sarung baju  stail jaket warna peach corak bunga warna merah,kain lembut juga sebelum menyarung selendang simple warna merah.Aku senyum.Muka hanya berbedak tipis dan sedikit lipstik warna merah-merah pink yang tak terang untuk elakkan dari menarik perhatian.Jam aku pandang.Pukul 3.Solat zuhur dah,semua dah.Tak sangka aku siap mandi dalam 15 minit.Ish-ish ish.
  Aku ambil sling bag warna peach milikku sebelum turun ke tingkat perlahan-lahan.Aku usyar sedikit untuk melihat ke arah ruang tamu bawah.Aku tersenyum bila wajah Faisal yang sedang memangku kanak-kanak lelaki yang rasanya seusia dengan Syahmi.Mungkin anak Kak Zuhra.Sedang ralit memandang anak teruna orang,tiba-tiba mata lelaki itu bergerak memandang ke arahku yang sedang terbongkok di tangga atas.Alamak!Kantoi!Macam mana lelaki itu boleh nampak dia?Terus aku berdiri tegak.Pipi dah merah padam semasa lelaki itu senyum.
  Haih,jantung!Janganlah mendurhaka dengan tuanmu.Dah lah 2 tahun tak jumpa.Makin hensem dan matang pulak lelaki tu!Dengan perlahan,kaki aku atur menuruni tangga.Janganlah menggeletar!
  "Ha,Leeya.Turun pun  kamu.Dah lama Faisal tunggu.Sampai tertidur si Ariz ni."Kata Mama.Aku menggaru kepala yang tak gatal.
  "Yang lain semua mana mama?"Soalku.
  "Semua keluar kejap.Malam ni mama ada buat jamuan.Kamu balik jangan lambat ye.Make sure masa jamuan nanti,muka kamu dua orang ada.Ingat,kamu dua ni darah manis tahu?"Pesan mama.Aku angguk.
  "Baik,ma.Leeya pergi dulu."Kataku sambil menyalami tangannya sebelum berlalu keluar dan menyarung kasut tumit 2 inci.Kemudian Faisal keluar dengan mendukung Ariz yang sudah tertidur di bahunya.
  "Kenapa bawak baby?Kesian dia."Kataku sambil pandang ke arah laman.
  "Kak Zuhra busy harini so dia suruh tolong jagakan.Lagipun dia kata tak elok 2 orang.Nanti ada yang ketiga.Aku mengangguk sebelum bergerak ke arah kereta buggati veyron warna putih milik lelaki itu.
  "Leeya,help me."Panggil Faisal dari belakang.Aku toleh.
  "Pegang Ariz.I have to drive."Kata Faisal sambil menghulurkan Ariz.Aku mengambilnya.Faham yang kereta ni cuma ada dua seat.Tadi mungkin Faisal letak Ariz di seat sebelah tak pun dengannya kerana Ariz dah pandai berdiri dan mungkin masatu Ariz masih terjaga.





Di dalam kereta senyap.Senyap kalah dekat tanah perkuburan.Bunyi radio pon yilek.Yang kedengaran cuma bunyi kereta yang lancar meluncur di atas jalan raya.Mungkin sebab tak mahu Ariz terjaga,Faisal tidak mahu membuka radio.Masalahnya aku yang kekok!At least boraklah.Dah lah 2 tahun tak jumpa.Kemudian,Ariz menangis.Memang terkejut aku namun laju mengambil botol susu yang tersedia di tepiku sebelum aku sumbatkan dalam mulutnya lembut.Well,dah biasa jaga si kecil Syahmi.
  Kemudian,suasana diam semula.Botol susu yang sudah kosong itu aku ambil dan letakkannya di tempat tadi semula sebelum aku menepuk-nepuk belakang Ariz lembut.Terasa diri macam dipandang,aku toleh ke sebelah.Tepat mata Faisal ke arahku sebelum dia pandang ke arah jalan semula.Aku pula yang menunduk.Senget punya laki!Asal aku pulak yang malu ni.Leeya,kau dah 23!Be matured okay.
  "Can I ask you something?"Kataku memecah kesunyian.
  "Sure."
  "Where are we going?"
  "Pavillion?"Katanya seperti menyoal.
  "I don't wanna go to a shopping mall.There is nothing that I wanna buy there.Can we go to another place that is more relaxing?I am too tired right now.Can we?"Soalku,Ni lah padah bila 2 tahun kat negara orang plus gementar tak hingat!Habis terus speaking.
  "Of course we can.Where do you wanna go?"
  "You know that we have a baby right now so.."
  "We have a baby?"Soal Faisal.Aku mencebik.
  "What I mean is..Ariz.So,the right place is Tasik titiwangsa.He must be happy when we get there.I missed that place so much."Kataku jujur.Faisal tersenyum.
  "Ariz or Leeya?"Aku kerut kening.
  "Huh?"
  "You or Ariz yang nak pergi tasik titiwangsa?"Aku dah malu sendiri.Laju aku menggerakkan sedikit tangan Ariz yang masih lena itu.
  "Of course lah dua-dua kan Ariz?"Kataku sebelum Faisal ketawa.Aku tunduk lagi.Adui!Spontan!
  "Okay.Because I love both of you.Tasik titiwangsa,here we come!"Kata lelaki itu.Kalini aku bukan tunduk je.Dengan muka-muka sekali merah padam.Love lah sangat!





Aku pandang Faisal sambil menggeleng.Never.
  "No lah.Malu lah orang tengok!"Kataku.Ariz pula tayang muka happy.
  "Cepatlah.Ariz suka naik buai.But biasanya kena ada orang pegang.Tak kesian kat Ariz ke?"Aku cebik.
  "Takpe.Awak yang pegang dia eh?"Kataku sambil menghulurkan Ariz.
  Faisal bergerak ke belakang.Aku geram.
 "Hey!He is your nephew!"Bentakku.Faisal senyum.
  "Ariz,nak main buai laju-laju tak?"Soal Faisal pada Ariz.
  "Naaa..."
  "Then,pujuk aunty Leeya."Kata Faisal.Aku dah jengilkan mata sebelum Ariz menarik tudungku lembut.
  "Yes,sayang?"Soalku.Ariz buat muka comel sambil menunjukkan tangannya ke arah buaian sebelum senyum manja.Aku senyum pahit.Ni yang aku kalah ni.
  "Okay fine.Let's play with Aunty Leeya okay?"Kataku sambil duduk di atas buaian dengan Ariz di atas peha.
  "Get ready..One..two..three..!"Kemudian,Faisal terus menolak besi buaian tu membuatkan aku tutup mata.Sebelah tangan pegang rantai besi,sebelah pegang Ariz.
  "Hey,janganlah tolak kuat sangat!"Jeritku perlahan.Nasib taman ni bising dengan suara budak.Kalau tak,konfem dia jadi perhatian.Faisal gelak.
  "Kata nak release tension kan.."Kata Faisal sambil menolak buaian itu lagi sedikit kuat membuatkan Ariz dan aku tergelak.Biasanya baby lain takut buai.Ni suka pulak budak ni.





Aku melepaskan lelah.Penat nak layan karenah si kecil.Bila nampak aiskrim,dia pandang Faisal.Aku pun apa lagi?Pandang lah sekali sebab nak ngepaw aiskrim gak.Nak tak nak,Faisal yang kena beli.Dah tu,Ariz makan comot.Salin baju.Kemudian,menangis.Tengok pampers,dah ada hadiah!Kemudian nak susu,nak main itu,nak main ini.Last-last aku surrender.Biarlah pak ciknya yang layan.
  "Leeya,jom balik.Dah pukul 6 petang dah ni.Solat asar pun belum."Kata Faisal yang datang ke arahku sambil mendukung Ariz.Aku mengangguk sebelum beg kecil milik Ariz aku angkat sebelum kami bergerak ke arah tempat letak kereta.
  "Faisal!Is that you?"Soal satu suara buat kami menoleh serentak.Aku hampir je nak tumbuk muka perempuan itu.Haih,minah ni lagi.Boring.
  "Wow.Rindunya I kat you.Dah lama tak jumpa.Bila I ajak jumpa pun you tolak kata busy."Kata Marisa.Aku dah mencebik sebelum pandang Faisal.Nasib dia tak layan perempuan tu sangat.
  "Sorry,Marisa.I am with family right now."Kata Faisal membuatkan Marisa tersentak.Aku dah sengih jahat.
  "Ouh.Ni anak you ke?Comelnya dia."Kata Marisa sambil cuba mencuit pipi Ariz sebelum laju aku mengambil Ariz.
  "Maaf lah cik.Tapi kami harus balik sekarang.Gembira bertemu."Kataku sambil menunduk sebelum berlalu.Sempat aku menarik lengan baju Faisal.Berani lah dia duduk sembang ngan perempuan tu.Aku cancel wedding terus!
  Masuk je dalam kereta,Faisal terus memandu keluar dari tempat itu.
  "Marah?"Soalnya.
  "Bolehlah."
  "Tak perlu nak marah.Saya sayang awak je."Katanya lagi.
  "Grr..Kalau saya nampak perempuan tu kacau awak lagi,memang dia dah sedia nak dikapankan!Kalau awak berani nak duakan saya,cakap dengan saya.Memang saya tunggu depan rumah sambil asah pisau.Nak?"Kataku.Faisal terdiam.
  "Takpe.Saya masih sayang nyawa lagi."Kata Faisal.Aku senyum.








Majlis yang diadakan sangat meriah.Aku gembira bila kawan-kawanku yang lain sanggup datang dari jauh untuk meyambut kepulanganku.
  "Leeya."Panggil satu suara.Aku pusing ke belakang sebelum tersenyum.
  "Zaryan!Bila awak balik?"Soalku sebab setahu aku,takde katering malam ni.Semua masak sendiri.
  "Baru sampai dalam 5 petang tadi lepastu Abang Zulfan call saya dan jemput saya datang."
  "Lah.Dah makan belum?Pergi lah makan."Kataku.Dia senyum.
  "Tulah.Awak tak nak teman saya?"Aku gelak.
  "Banyaklah teman.Nanti tunang saya marah lah."Kataku.
  "Ha?Bila awak tunang?"
  "2 tahun lepas tanpa pengetahuan saya.Pilihan keluarga dan sekarang saya happy bila tahu siapa tunang saya."Kataku sambil tersenyum.
  "Haih.Memang takde chance lah saya kan?"Aku angguk mengiakan.
  "Boleh saya tahu siapa tunang awak?Siapa yang bertuah dapat awak tu?"Aku geleng.
  "Pergi makan dululah.Time kahwin baru saya tunjuk."Aku sengih.
  "Haha..Yelah.Kedekut bebenor ye.Saya pergi makan dulu lah ye."Katanya sebelum berlalu.Aku hanya pandang ke arah khemah yang dipenuhi tetamu selama beberepa minit.Kmudian,aku pusing ke belakang untuk masuk ke rumah.Punyalah terkejut nampak Faisal dengan muka garang.
  "Hisy awak ni.Terkejut saya!"Marahku.
  "Apa hubungan awak dengan lelaki tu?"Soal Faisal straight.Takde belok-belok.Aku senyum.
  "Kenapa?Jeles ke bang?"Soalku.
  "Just answer me."
  "My friend time kat London.Time orang tu sakitkan hati kita,"Kataku membuatkan wajah Faisal berubah.
  "Leeya.I am sorry for being jealousy."Aku gelak.
  "Takpe.Cemburu tandanya sayang."Kataku sambil mengenyitkan mata.Dia senyum.
  "Nak tahu satu benda?"
  "Apa dia?"Soalku pelik.
  "Jangan kenyit mata dengan lelaki bukan muhrim kalau awak tak nak kumpul dosa."
  "Ha?"Aku blurr.
  "Sebab awak kenyit tu buat saya jatuh cinta kat awak.Remember.Kita belum kahwin.Mana boleh goda lelaki!"Aku gelak.
  "Baiklah encik Faisal!"Usikku.Dia gelak.
  "Awak tahu tak rumah saya dekat mana?"Soalnya.
  "Ha?Tahulah sebab saya pernah tumpang rumah awak."Kataku lurus.
  "Rumah saya itu milik awak jugak dan hati saya pun milik awak.Jangan ragu dengan hati saya ye?"Katanya buatkan aku tersenyum.
  "Jangan main chia-chia lah!"Kataku geram sambil cuit lengannya yang berlapik.
  "Walaupun cubitan di tangan saya sakit,saya lebih rela sakit kerana hati saya gembira bila awak cubit."Aku geram.
  "Faisal!"Jeritku geram.
  "Sebutlah nama saya lagi sebab setiap kali nama saya awak sebut,sejuk je hati saya mendengarnya."
Kata Faisal sambil main kening.
  "Awak ni memang nak kena kan!!"Jeritku sambil mengambil satu piring yang berada di atas meja berdekatan sebelum mengejar Faisal yang dah lari ke dapur.Memang salah orang lah nak buat ayat acah sweet tu sebab aku memang bagi makan piring terus!Bila sampai di hujung dapur,Faisal angkat tangan surrender  .Kak Syurah dan Kak Ikha yang berada di dapur hanya membiarkan kami.
  "Awak nak tahu tak beza awak dengan Ariz?"Soalku tetiba.Faisal kerut kening,
  "Ariz tak boleh kena pukul,awak memang patut kena pukul!"Kataku sambil melangkah mendekati Faisal.Faisal lari ke luar.Aku?Huh.Takde masa.Ambek selipar.Cari target dan pap!Menangis lah hang sensorang kat luar tu.Aku kunci pintu dapur sambil tergelak.Pandai-pandai lah hang tawaf ke hadapan ye cik Faisal!Kemudian,saat mama panggil tolong kemas,aku keluar je terus pap!Kek kat muka.Aku pandang Faisal,dia sengih.Lari!Memang haritu marathon satu laman sampai akhirnya Faisal tergelincir masuk kolam.Apalagi?Amek kamera,rakam momen terindah!Memori yang takkan dilupakan.





2 tahun kemudian,

  "Sayang ni degil tau.Due awak tu minggu depan.Kenapa degil nak shopping barang baby lagi?Time macam nilah dia nak shopping.Kat rumah tu dah banyak barang baby tahu?"Bebel Faisal sambil membantuku masuk ke dalam kereta.
  "Ish,abang ni.Rileks lah.Minggu depan okey.Lama lagi."Kataku.Faisal membantuku memakai seatbelt sebelum dia duduk di tempat pemandu.Kereta mula dipandu.
  "Yolah.Kalau nak beranak nanti,padan muka tahu?Abang dah bagi amaran."
  "Ceh.Nak beranak nanti pergi lah hospital apa susah?"
  "Eksyennya dia.."Aku sengih
  "Takdelah.Tak mungkin.."Aku terhenti saat terasa perutku sakit.
  "Tak mungkin saya.."Argh..Sakit.
  "Sayang?"Panggil Faisal.
  "Tak mungkin saya nak beranak.."Argh.
  "Saya nak beranak!Baby dah nak keluar!"Jeritku.Faisal tesentak.
  "Ha?Nak keluar?Tahan sayang.Tahan."Kata Faisal.
  "Ha?Air ketumban dah pecah.Saya nak push ni!"Kataku resah.
  "Ha?Pecah?Push?Eh.Jangan push!Tunggu dulu!"
  "Macam mana saya nak tunggu!Abang ni!Bawaklah kereta laju siket!"Arahku. Boleh pulak nak suruh tunggu!
  "Hua..Janganlah.Takut abang!Rileks.Tarik nafas,hembus!Tarik.."Aku pukul lengan Faisal sebelum ketawa kecil.
  "Abang ni,saya yang nak beranak,abang yang nervous!Argh!"Jeritku sambil memandang Faisal yang masih fokus memandu.Setelah sampai,aku terus masuk ke wad kecemasan dan dalam 3 jam,aku selamat melahirkan.Faisal?Hampeh.Tak leh nampak darah langsung!Nasib dia boleh bertahan untuk mengazankan baby dan beri baby itu kepadaku sebelum dia pengsan.Tapi bagi aku,lawak!Memori indah tu!
  Faisal,hanya dengan perkenalan singkat selama 2 minggu dan berpisah selama 2 tahun buatkan kitorang bakal berkahwin.Siapa sangka,jodoh aku adalah orang yang aku baru berjumpa selama tak sampai 2 minggu dan bila 2 tahun tak berjumpa dan aku ingat kami tak berjodoh,kami ditemukan juga dan benarlah.Kalau dah jodoh,tak ke mana.Lari sejauh mana pun kalau dah jodoh,akan bertemu juga.Semoga hubungan ini kekal selamanya dengan keredhaan Allah.



No comments:

Post a Comment