Tuesday, December 12, 2017

cerpen:To Mr Ego part 20 (the end)

Hanna menyediakan minuman sebelum menghidangkannya di ruang tamu.Wajah Fahmie dipandang sekali imbas.Motif mamat ni nak datang sini?Tak de kerja ke apa.Memang nasiblah dia terperuk kat luar sekali Nazrul belum balik.
  
  "Ehem.Apa hal yang kau datang sini tanpa beritahu ni,Fahmie?"Soal Tengku Nazrul.Wajah Fahmie yang selamba itu dipandang.
  "Nothing.Aku just nak minta maaf kat kau orang atas apa yang aku buat sebelum.Aku minta maaf dan pasal Fatiha,jangan risau.Aku dengan dia dah putus tunang."Jawab Tengku Fahmie.Muka nya tidak menunjukkan sebarang riak.
   
  Hanna dah terkejut.Haik,apa pasal sampai nak putus bagai?Nak cakap si Fatiha tu selalu mengganggu,tak jugak.Dah lama minah tu menyepi.Sebab ni ke?Tapi Fahmie putuskan hubungan sebab?
  "Boleh aku tahu apa sebab kau putuskan pertunangan korang?"Soal Hanna.Rasa ingin tahu tak dapat untuk dihalang.
  
  "Sebab aku tak nak dia ganggu kau lagi,Hanna."Hanna terdiam.Perlahan-lahan mulutnya memberikan senyuman sinis.Nak elak dia dari ganggu aku?Mustahil.Aku bukan baru kenal dia.Lagi-lagi apabila aku dengar cerita daripada Yasmin tentang lelaki itu dah ada orang lain.Mudahnya.Macam tukar baju je kan?

  "Sebab aku?Kau jangan nak buat aku gelak la.Kalau betullah kau cintakan dia,kau akan jaga dia and bantu dia untuk berubah.Bukannya dengan cara putuskan tunang.Dia ganggu aku?Dia akan berhenti ganggu aku if kau tunjukkan yang kau sayangkan dia!Fikirlah Fahmie.Alasan kau tak munasabah tahu tak.Kiranya kau putuskan tunang sebab aku?And then,what do you expect?dia akan happy dan cau?Just like that?Are you kidding me?Mebe sekarang dia tengah marah and fikir yang aku suruh kau putuskan pertunangan."Hanna sudah hilang sabar.Wajah Tengku Fahmie dipandang tajam.Nampak lelaki itu sedikit terkejut.

  Tengku Nazrul di sebelah dah mulakan tindakan.Tangannya laju memeluk bahu Hanna sambil mengusapnya lembut."Tarik nafas,hembus.Relax,sayang.Nanti terkejut baby kat dalam tu.Kang dia protes nak keluar sebab mak dia garang sangat."Bisik Tengku Nazrul.Hanna menjeling suaminya.Dia ni kan!Orang tengah geram,pergi buat lawak pulak.Nasib tak tersembur je ketawa ni ha.

   "Aku nak tanya kau something.Kau dah ada pegganti Fatiha bukan?"Soal Hanna kepada Tengku Fahmie.Lelaki yang diam tadi terus mengangkat muka.Hanna dah senyum.See?
  "Jawab soalan aku.Yes or No."Desak Hanna.
  
  "Yes.That's true.Aku dah jumpa orang lain."Jawab Tengku Fahmie perlahan.Rahsia yang ingin disembunyikan akhirnya kantoi jugak akhirnya.

  "Senang je kan?Kau buat perempuan ni macam tukar baju je kan?Kau tak rasa bersalah ke weh?"Soal Hanna bengang.Walaupun sejahat-sejahat Fatiha,dia tahu gadis itu mencintai Tengku Fahmie sepenuh hati dan dia pun pernah rasa sedih atas perbuatan curang.Sekarang,Tengku Fahmie dah cari orang lain.Inikah yang orang cakap,what you give,you get back?

   "Cool,sayang."Tengku Nazrul masih cuba meredakan kemarahanku.Aku pandang dia.Hampir tersenyum pun ada.Rileks sayang,I cuma nak bagi tazkirah saja kat mamat ni.

  "I'm sorry."Ucap lelaki itu.Wajahnya sudah ditundukkan.Ikutkan hati Hanna,nak saja dia bagi tazkirah panjang-panjang.Biar brain wash betul-betul.Tapi disebabkan suami kat sebelah ni asyik suruh cool down-cool down,terpaksa lah stop.Nafas ditarik.
   
  "Sukahati kau la Fahmie.Aku tak nak kacau hal peribadi kau.Cuma satu aku nak cakap,you must change.Cari orang yang kau betul-btul cinta and get married.Jangan ganggu hidup aku lagy.Dan!kau kena berterus terang dengan Fatiha punca kau putuskan tunang dan aku maafkan kau.Itu aje."Kata Hanna sebelum air jus oren diteguk.Selamba je dia minum.Tak ajak tetamu langsung.

  "Baiklah.Thanks sebab sudi maafkan aku.Aku minta diri dulu."Kata Tengku Fahmie.Sebelum berangkat,dia menghabiskan  segelas jus oren yang telah dihidangkan apabila Tengku Nazrul menjemputnya minum dahulu.Hanna?Dah sedap habiskan segelas air.Bila Tengku Nazrul memandangnya,dia mengangkat kening sebelah.Apa?Tadi suruh orang cool down.Ni nak cool down la ni.
  
  "Apa pandang-pandang?Tahulah hensem.Nak I cair ke apa?"Bisik Hanna.Terbit senyuman kecil di bibir Tengku Nazrul.Pipi Hanna yang sedikit tembam dicubit geram.Nakal sangat budak ni sekarang.

  "Auch.Mana boleh cubit pipi orang!Tak elok dera isteri yang tengah mengandung plus comel ni."Bebel Hanna sengaja mengusik suaminya.Bukan sakit mana pun!Hehe.

  "Apa?Dera?Abang tak dera awak sayang.Abang geram je lah."Kata Tengku Nazrul sambil mencubit lagi pipi isterinya.

  "Yelah.Sayang tahu.Apa?Abang?"Soal Hanna pelik.

  "Yelah.Patutnya sejak dulu lagi sayang dah panggil abang,abang tahu.Ni asyik awak-awak je.Ingat sweet?"Kata Tengku Nazrul sebelum tergelak.Hanna sengih.

  "Tapi awak kan lagi sweet.Abang tu macam,saya tak biasalah awak."Ujar hanna jujur.Tengku Nazrul menggeleng.

  "No.Panggil ABANG.Okey?Baru nampak macam up sikit.Heheh.Abang teringin nak dengar sayang pangggil abang,abang.Plis sayangggg."

   "Kalau tak nak?"Soal Hanna sambil sengaja mengangkat-angkat keningnya.

   "Kalau tak nak,sayang tidur luar!Humph."Rajuk Tengku Nazrul.Terkejut Hanna dibuatnya sebelum ketawanya terletus.

  "Awak ni cute la!Biasanya isteri la yang cakap macam tu."Kata Hanna sebelum mengelap air mata sedikit yang keluar kerana ketawa dengan belakang tapak tangannya.Tengku Nazrul mencebik.Mula berjauh hati.Dia ingin bangun tetapi ditahan oleh isterinya.

  "Ala..Sorry la.Okey saya panggil awak abang ok?Plis..aw..abang..Jangan lah merajuk.Sayang minta maaf okey?"Pinta Hanna sebelum memeluk suaminya.Naseb tak tersasul panggil awak.Kalau tak,mahunya makin panjang muncung encik suami.Sejak akhir-akhir ini,mudah saja Tengku Nazrul merajuk.Naseb senang pujuk!

  "Abang.."Panggil Hanna apabila suaminya masih diam.Tengku Nazrul hanya diam walhal dalam hatinya dah kembang setaman apabila isterinya memanggilnya dengan gelaran abang.Namun,dia hanya biarkan Hanna memujuknya.

  "Auch."Hanna laju memegang perutnya membuatkan Tengku Nazrul terkejut lantas memegang bahu dan perut isterinya.

  "Sayang okey ke?Sakit kat mana?"Soal Tengku Nazrul risau.Jelas terpampang kerisauan di wajahnya.Hanna terus tersenyum tidak dapat menahan lucu.

  "Sayang gurau jelah.Sayang okey.Dah habestu abang buat donno je bila sayang panggil.Sayang jugak abang kat sayang kan.Hehehe."Ucap Hanna sambil memeluk lengan Tengku Nazrul.Tengku Nazrul tergamam.Penat-penat je dia gelabah tadi!Dia memandang wajah isterinya tajam.

  "Sayanggg!!"Haisy.Nakalnya isterinya ni!Hanna laju melambakkan ketawanya yang tertahan.I'm happy that you are mine.Bisiknya dalam hati sambil tersenyum memandang Tengku Nazrul.


























Tengku Nazrul yang baru pulang dari klinik Hanna sambut dengan senyuman.Beg lelaki itu diambil sebelum diletakkan di dalam bilik kerja.Tangan lelaki itu disalam sebelum pipinya dicium.Hanna senyum lebar.Hilang terus penat lelah dia masak tadi.

  "Macam mana dengan baby kita harini?"Soal Tengku Nazrul.Tangan Hanna ditarik dan mereka duduk di sofa.

  "Haik?Tanya baby je?Mummy ni tak tanya ke?"Soal Hanna Mulut dah dimuncungkan.Hormon okey,hormonNi namanya hormon tak stabil.Hehe.Tengku Nazrul tergelak.Hanna dibawa ke dalam pelukannya.

  "Yelah.Mana tahu,kalau baby ade naughty-naughty ke,kesian mama dia ni."Kata Tengku Nazrul lembut memujuk sambil sekali lagi pipi Hanna dicium.Hanna dah senyum sampai telinga.Adui,sweet overdose la pulak laki dia harini.Pipi pun dah membahang dah ni.

  "Abang,tunggu jap."Kata Hanna kepada Tengku Nazrul apabila dia teringat sesuatu.

  "Nah."Hanna menghulurkan satu sampul yang dia terima tadi daripada Yasmin.
 
  "Apa ni yang?"Soal Tengku Nazrul sambil membuka sampul tersebut.Hanna hanya senyum memerhati tingkah suaminya.

  "Seriously??!!"Tengku Nazrul terkejut.Hanna dah menghamburkan ketawa melihat reaksi suaminya.





"Kepak kepak kebum kebum kepak kepak kebum kebum."Hanna tersenyum mendengar paluan kompang yang dibunyikan oleh sekumpulan remaja.Pandangannya dialihkan pada wajah Yasmin dan Tengku Fakhrul yang berjalan beriringan dengan diiringi pengapit masing-masing.

  Dewan hotel yang mewah itu penuh dengan bunga-bunga yang cantik.Siapa sangka perkahwinan sahabatnya ini memerlukan paluan kompang?Biasanya kalau kat hotel,orang pasang lagu.Tapi disebabkan Yasmin nak suasana macam di kampung,nak buat macam mana?Tapi tu yang best!

  Teringat lagi beberapa minggu yang lepas di saat dia menyerahkan kad perkahwinan Yasmin dan Tengku Fakhrul.Punyalah terkejut beruk suaminya bila dapat tahu sepupunya bakal mendirikan rumah tangga pada hari ini dan yang lebih mengejutkan apabila suaminya diminta berucap untuk pengantin!Tu yang masam je orang sebelah ni!

  "Abang,cubalah senyum sikit."Tegur Hanna pada Tengku Nazrul.
 
  "Sayang,Fakhrul ni memang nak kena kan abang tahu.Dia tahu abang memang tak suka berucap kat depan tapi dia suruh juga abang buat.Macam mana nak senyum?"Kata Tengku Nazrul dengan wajah yang makin masam.Hanna tergelak.
 
  "Abang ni.Sekarang makin ngada-ngada ea?Sayang yang pregnant tp abang punya mood macam abang yang pregnant!"Kata Hanna sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

 "Sayang,siapa suami sayang ni?Abang ke Fakhrul?"Soal Tengku Nazrul sambil mengangkat kening.
 
  "Abang lah.Dah pergi sana.Giliran abang pulak bagi speech lepasni.Jangan malukan sayang dengan baby.Yakin sikit."Kata Hanna sambil memegang pipi suaminya.Tengku Nazrul senyum.
 
  "Orait.Abang pergi dulu.I love you."Kata Tengku Nazrul sebelum berlalu.
 
  Hanna tergelak gembira memerhati Tengku Nazrul yang mengenyitkan mata ke arahnya sebelum dia membalas denga flying kiss!Hanna gembira.Sangat gembira!Konflik rumah tangganya pun dah takde.Kalau ade pun just gaduh-gaduh sayang.Tentang Tengku Fahmie?Dia sekarang katanya sudah pun bertunang dengan seorang gadis.Tapi tak tahulah siapa.Fatiha pula,lagi ekspress.Dah kahwin dah dengan orang kaya.Tak kisahlah apa orang kata.Hanna hanya mendoakan kebahagiaan mereka.Tiada dendam.Kerana mereka,Hanna kenal erti sakit dicurangi dan kerana mereka juga,Hanna dapat kenal erti setia.

 Hanna mengusap-usap perutnya yang kian membesar.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah kerana memberikanku hadiah yang tidak ternilai dan memberikan aku seorang suami yang sangat baik.Hanna mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbitnya yang berbunyi.Mesej daripada suaminya dibuka.

  Sayang,jangan termenung.Focus on me!Kejap lagi abang nak naik pentas.Watch me okay?I need your attention!LUV U! -TENGKU NAZRUL

  Hanna sengih.I love u too my sweet husband!








*DENGAN INI,BERAKHIR LAH KISAH CERPEN TO MR EGO.Thank you so much untuk semua yang sudi membaca cerpen ini.Segala salah dan silap saya mohon maaf dan kalau cerita ini tak seperti yang diharapkan,saya juga minta maaf.Harap semua happy membaca!

P/S: IN SYA ALLAH,KALAU ADA MASA,SAYA AKAN BUAT SPECIAL ENTRY FOR TO MR EGO.Sekian,Assalamualaikum. :)





Tuesday, October 17, 2017

Mr.Pilot Vs Miss Popular bab 9

 Sorry 4the late update!I hope u gais love it~


 Aku terkedu.Speechless.OMG!Aku pandang Qazrief.
  "Saya rasa better awak masuk ke kereta dulu nanti saya menyusul."Kataku memberi keputusan.
  "Kalau aku tak nak?"Soalnya.Aku dah menjeling geram.Banyak songeh la pulak pak cik ni.
  "Please help me.Saya tak nak orang salah faham dengan hubungan kita.Dengan ada budak kecik lagi.Nanti lagi la orang fikir lain.Awak tahu kan orang zaman sekarang ni macam mana?"Terangku pnajng lebar.Kalau tak faham lagi aku pun tak tahu.
  "Aku tahulah.Aku bagi kau masa lima minit.Jumpa kat tempat letak kereta."Kata Qazrief sebelum berlalu dengan menolak troli dan safa yang duduk di atas troli.
  Aku sengih dalam diam.Ahaha..Comel je bila lelaki toloak troli dengan ada budak kecil.Dah macam ayah-ayah!Haih Fian!Stop it.Back to reality!Aku kembali memandang sekeliling.Hadui.Kecik sungguh dunia ni.Aliya.Yes Aliya.Seorang penyanyi yang selalu tak puas hati dengan aku!Entah apa-apa.Bajet kaya sangat!Pantang nampak orang happy!
  Aku terus melajukan langkah ke luar.
  "Fian!"Aku mendengus geram.See?Nasib aku sempat suruh Qazrief cau dulu.
  "Yes,Aliya.What do you want?"Soalku geram pada Aliya yang baru sampai ke hadapanku.
  "I just shock you ada kat tempat macam ni sebab setahu I tempat ni untuk orang kaya je.Eh I lupa you kan dah jadi penyanyi.Of coz la ada duit sikit kan.Lagipun bila fikir balik,tempat ni bukannya mewah sangat sampai you tak mampu kan?"Soalnya sambil tergelak sinis.
  Aku?Entah.Muka selamba je.Dah biasa.Entah lah.First time gak ni jumpa orang yang spesies macam ni.Selama ni tak jumpa lagi.Maybe wayar dia banyak sangat terputus kut.Maybe.Aku dah ketawa jahat dalam hati.Sejak aku masuk bidang nyanyian,tetiba minah pelik ni muncul.
  Kekayaan?Aku tak pernah bagitahu biodata penuh yang aku ni anak orang kaya ke apa.Takde masa!My father pun spesies tak menunjuk,apatah lagi kita.Yang kata tu my father,not me!
  "Oook..Ada apa-apa lagi?"Soalku takde perasaan.
  Aku namapak dia mendengus geram.
  "I nak tanya.You datang sini dengan siapa ea?Mana tahu you jumpa boyfriend kaya ke?"Aku dah senyum.
  "Kalau I dapat boyfriend kaya pun apa salahnya?I ada ganggu kehidupan you ke?Takde kan?So,boleh I pergi sekarang?Maaflah.I sangat busy."Kataku sebelum berlalu meninggalkan Aliya dengan mukanya yang masih terpinga-pinga.P.A dia yang baru sampai pun terkedu.Weirdo people!
  Sampai ke tempat parkir,laju aku mencari kereta Qazrief.Sampai sahaj,terus aku masuk dengan laju.Qazrief pandang aku sambil menjukkan jam tangannya.
   "It's already 10 minutes.Apa kau buat lama sangat?"Soal Qazrief.Dahinya sudah berkerut.Aku sengih.
  "Sorry.Terserempak dengan kawan tadi."Kataku memohon maaf sambil menunjukkan muka seposen.Aku nampak dia mengeluh sebelum mula memandu.
  "Gi rumah awakkan?"Soalku sambil memandang ke arahnya yang fokus memandu.Dia hanya diam.Aku dah peluk tubuh.Fine!
  Tapi aku perasan yang Qazrief ada memandangku sekejap sebelum kembali fokus pada pemanduan.Pigidahh.Serba salah ke cik abang?





My reaction?Awkward.Aku pandang rumah agam tu sebelum memandang wajah Qazrief di sebelah.
  "Your mom garang tak?"Soalku.Aku nampak dia senyum sedikit.Macam sinis je.
  "Why?Takut ke?Aku tak tahulah pulak orang macam kau ni tahu takut."Aku dah kecilkan mata.Dah bagak dah!Sia-sia kena perli.
  "Of coz la takut!Orang manusia.Bukannya robot yang takde perasaan macam orang tu."Kataku selamba.
  Dia hanya diam.Aku dah mencebik.Why tak lawan balik?Boring!Beku!Kalau Fawwaz,konfem dia balas kaw-kaw amd aku dapat buli dia.Yang ni?Aku nak buli pun susah!
  Oleh itu,aku hanya duduk diam sehinggalah kereta selamat masuk ke tempat parkir.Aku toleh kepada Qazriefyang terus keluar dan mengambil si kecil Safa yang sudah tidur sambil sebelah tangannya memegang patung beruang yang besar sedikit daripada Safa.
  Aku laju keluar dari kereta sebelum menghampiri Qazrief.Patung beruang itu aku ambil.Aku nampak Wajah Qazrief yang terkejut dengan tindakkanku.Aku pum ada perasaan simpati okey!
  "Let me help you."Ujarku apabila patung beruang sudah berada di tanganku.
  "Tak perlu.Aku boleh buat sendiri."Katanya sambil cuba mengambil semula patung itu.
  "Cubalah pegang Safa tu elok-elok!Dah jalan cepat!"Arahku garang.Baru nak ikut kata!
  Sampai sahaja di depan pintu..aku terus berhenti apabila pintu terkuak dari dalam.Kemudian,laju aku undur dan berdiri di belakang Qazrief.
  "Fian,masuklah.Kenapa berdiri kat belakang Qazrief?Jangan risau,umi tak makan orang."Kata seorang wanita yang mungkin sebaya dengan ibuku.
  Aku sengih sebelum memandang ke arah Qazrief.Huisy.Mak punya lah berbudi bahasa.Yang anak?ntah lah nak!Hahahahah
   Aku kemudian mengikut Qazrief untuk menyalami ibunya sebelum kami beriringan menuju ke meja makan.
  Di meja makan terdapat seorang lelaki yang agak berusia,berkemungkinan ayah Qazrief dan seorang perempuan yang mungkin tua sedikit dari aku.Qazrief pula meletakkan Safa di atas tilam lembut yang terbentang di karpet berdekatan ruang makan.
  "Thanks Rief.Tolong akak jagakan safa sekejap and sorry sebab ganggu awak dating."Ujar perempuan itu.Aku berfikir sejenak.Kiranya ni la sepupu Qazrief?
  "No hal lah kak.Macam tak biasa."Ujar Qazrief sebelum duduk di hadapanku.
  "Hai.Nama akak Safina.Sepupu Qazrief."Kata perempuan itu sambil menghulurkan salam perkenalan.Aku sambut.
  "Hai.Saya Fian."Balasku lembut.
  "Tunang Qazrief kan?Akak banyak dengar cerita pasal Fian.Cantik orangnya.Akak dah lama nak jumpa Fian.Yelah.Susah nak jumpa penyanyi terkenal."Aku senyum sambil mengucapkan terima kasih.
  Selesai makan-makan,kami bersiap-siap untuk solat dan Qazrief jadi imam.Ntah kenapa ,hati aku macam rasa sesuatu.Pelik.Kemudian,semua berkumpul di ruang tamu.Aku dibawa ke ruang tamu atas oleh Kak Sara manakala yang berada di bawah.Ibu Qazrief pula entah hilang ke mana.
  "Fian,ada apa-apa yang Fian nak tanya?"Soal kak Safina.Aku terkejut.
  "Kak Safina tahu?"Dia angguk
  "Dari riak muka Fian,akak dah dapat baca yang Fian ada banyak soalan."
  "Sejauh mana akak kenal Qazrief?"Soalku
  "Akak dah kenal dengan Qazrief lama dah.Sampai hampir kssemua rahsia dia akak tahu."Kata Kak Sara sambil ketawa perlahan.
  "Boleh Fian tanya,pasal cube puzzle dalam kereta Qazrief."Aku perasan riak wajah kak sara berubah
  "Kak Safina tahu siapa punya cube puzzle tu?Benda tu macam sesuatu yang istimewa buat Qazrief.Boleh Fian tahu kenapa?"Soalku yang dah mula melontarkan soalan yang berlegar di benakku.
  "Itu milik Qazrief.Itu hadiah pemberian daripada orang yang dia amat sayang.Mereka dah bertunang pun but one day,that girl mengalami kemalangan.Kereta yang dia pandu kena langgar dengan kereta lain.Sejak itu,Qazrief ibarat hilang arah.Cube puzzle tu dia jaga kerana itulah pemberian terakhir oleh orang yang dia sayang.Bila akak tanya,mana dia orangnya,Qazrief hanya menggeleng dan menunduk."Cerita Kak Safina.Aku hanya diam mendengar.Entah kenapa hatiku berasa sedih.
  " Makin hari,Qazrief semakin mula untuk ceria semula lebih-lebih lagi setelah dia jumpa Fian dan bertunang dengan Fian.Dia asyik senyum je.Sebab tu akak teringin nak jumpa Fian."Sambung kak Safina lagi.
  Aku senyum.Hanya mendiamkan diri daripada mengatakan tujuan sebenar Qazrief ingin mengahwiniku.Mungkin Qazrief kahwin dengan aku bukan sebab harta.Why?Keluarga dia dah cukup kaya and stabil.Syarikat pun takde masalah.Mungkin dia ingin kahwin denganku hanya untuk menunjukkan yang dia da move on? Tapi kenapa aku? Kenal pun tak!
  Di sebalik dinding,Qazrief sedang elok berdiri berdekatan tangga sambil mendengar butir bicara yang keluar dari mulut kak Safina.Dalam diam dia mengeluh sebelum fikirannya mula mengimbau kenangan lalu...

"Nah.Untuk kau."Kata Gadis itu sambil menghulurkan cube colour puzzle.Qazrief pelik tapi tangannya tetap mengambil hadiah pemberian gadis itu.
  "Tak yah pelik sangat.Kau kan pandai.Takkan nak solve kan problem ni pun susah.After kau dah dapat solve kan mende alah ni,aku nak kau pusing-pusingkan dia balik."
  "Maksud kau?"
  "Sebab,ni block special.Ada tulisan macam letter tapi guna block.After kau dah baca,pusingkan balik jangan bagi warna dia sama sebab aku takkan kasi orang lain main mende ni selain kau or baca apa yang aku tulis.Faham?"
  Qazrief senyum sambil mengangguk.
  "Kalau aku nampak mende ni kat tangan orang lain.Kita putus sebab tu maksudnya kau dah tak sayangkan aku lagi,okey?"
  "Baiklah budak gangster!"
  "Apa?Bagi bende tu balik!"
  "Mana boleh.This thing is very precious to me because this is from my love."Gadis itu tersnyum lebar.
  "Very sweet talker!!"

Qazrief mengeluh sekali lagi.'I just want my girl back.' Kata Qazrief perlahan sambil memandang Fian sebelum kakinya mula melangkah turun.

  "Tapi kan kak.Fian perasan cube puzzle tu ade huruf-huruf tapi ta teratur."Jelasku pada Kak Safina.
  "Yup.Tapi Fian kena solve the problem la.Pusing-pusing sampai semua warna complete tersusun and then Fian akan dapat jawapannya."Terang kak Safina.
  "Boleh Fian tahu apa yang tertulis?"Soalku ingin tahu.
  "I'm sorry Fian.Bukan akak tak nak bagitahu tapi akak memang tak tahu.Bila akak tanya,Qazrief laju menyimpan cube puzzle tu and cakap yang tu antara that girl dengan dia.Apa kata Fian pergi solve kan puzzle tu."
  Aku laju geleng.Memang tak lah.Mahunya aku kena sembelih!Nak sentuh pun dah kena pandangan maut!
  "Fian tak berani.Lagipun,Qazrief cakap,Fian boleh tahu pasal benda tu after kahwin je."Jawabku jujur.
  Kak Safina gelak.
  "Then tunggu la lepas kahwin.Confirm Qazrief cerita everything."
  "Akak!"Jeritku geram.
  "But satu je akak nak bagitahu.Qazrief love u so much.Akak kenal dia.Mungkin daripada pandangan kasar nampak macam dia dingin but actually dia sangat sayangkan Fian and akak harap Fian dapat cintakan Qazrief dan jaga dia dengan baik."Aku dah terdiam.
  "Qazrief takde simpan gambar tunang dia tu ke kak?"
  "Ada.Nak tengok?"Aku trus mengangguk laju sebelum terdiam apabila Kak Safina mengeluarkan handphonenya dan menangkap gambarku sebelum dia menujukkan ke arah ku.
  "Ni la tunang Qazrief."Kata Kak Safina Aku mencebik
  "Akak ni..yang ni saya tahu la.Maksud saya,tunang dia yang kemalangan tu?"
  "Yang tu akak tak tahu.Ask your fiancee la."Ujar Kak Safina sambil tergelak.Aku mencebik lagi.Memang tak lah!Tak berani!Tak sanggup!




Sunday, May 21, 2017

Mr.Pilot Vs Miss Popular bab 8



Maaf!Baru sekarang saya berpeluang untuk mengupdate blog.Kerana saya terlalu busy dengan hal-hal yang tak disangka..Semoga gembira membaca! :)

Baju yang berada di dalam almari aku tenung lama.Aduhai,nak pakai baju apa yek?Ikut aku,nak aje pakai sweater ada hoodie!Haha.Mampus aku dengan mama nanti.Yelah,Si Qazrief ngek-ngek tu ajak keluar.Huh!Boring!Harini hari ahad dan lagi tiga minggu aku bakal jadi isteri orang weh!Apa pasal laju je masa bergerak ni?
  “Fian,tak siap lagi ke?”Soal Kak Fiazz sambil masuk ke dalam bilikku.Aku mengeluh sebelum terlentang di atas katil.
  “Heisy,budak ni.Qazrief dah tunggu dekat ruang tamu tu.Dah pukul 10 pagi dah ni.Apa nak jadi dengan anak dara sorang ni.Akak ye ye lah datang nak tolong happy kan dia tapi dia tak siap lagi.”Bebel Kak Fiazz.
  “Grr..Happy ,mende nya kalau kena paksa keluar dengan mamat tu?Not fun!Fian pakai sweater hoodie je tak boleh ke akak?”Balasku sambil duduk di birai katil.Kak Fiazz dah bercekak pinggang.
  “Banyak cantik.Come on lah Fian.Lagi tiga minggu kamu dah nak kawin.Keluar date,mestilah lawa-lawa.Masa ni lah kamu nak kenal dia dengan mendalam.Dah dua-dua busy memanjang.”Kata Kak Fiazz sambil menyelongkar almariku.Kemudian,dia mengeluarkan sesuatu dan dicampak ke atas katil.Aku pandang lama.
  “Wear it now and put some make up.Tak yah nak tutup muka.Biar semua tahu tentang Fian dan Qazrief.”Kata Kak Fiazz sebelum berlalu keluar.Aku angkat bahu sebelum menyarung pakain itu dan melihat biasanku di cermin besar di dalam bilikku.
  Sehelai dress lengan panjang warna merah plain yang labuh sehingga paras lutut telah tersarung badanku dan dipadankan dengan skinny jeans hitam.Nampak elegan gitu.Memang takkanlah aku tak pakai seluar jeans!No way,okay!Nak berskirt dedah kaki aku,well,hilang style gangster aku nanti,hehe.Rambut perangku aku biarkan lepas sebelum aku duduk di hadapan meja solek.Pakai bedak,lipstick,celak,.blusher sikit dan siap!Aku menyebakkan rambutku ke belakang dan menyarung snow cap yang lembut warna hitam di kepala dan memakai spek hitam!Wajib!Kalau tak,mampus aku kena serbu dengan wartawan  nanti!
  Last,aku ambil beg silang warna merah dan turun ke tingkat bawah Qazrief sedang elok duduk bersembang dengan Kak Fiazz,Abang Riesh,mama dan papa.Aku pelik saat terpandang seorang budak dalam usia 2 tahun berada di pangkuan Kak Fiazz.Sejak bila pulak mak cik ni pregnant?Aku duk tahun bila ni?Tu kakak aku kan?Comelnya budak kecik tu!Putih!Mata coklat hazel.Kalau ada lesung pipit komfem comel overdose!Aku membuka spek dan menyangkutnya di leher bajuku sebelum menghampiri Kak Fiazz.
  “Hai,kak.Anak siapa ni?Sejak bila akak pregnant?Bak sini jap.”Kataku sambil mengambil kanak-kanak perempuan itu dari pangkuan Kak Fiazz dan duduk di sebelah Qazrief.
  Nak buat macam mana?Tu je tempat kosong yang tinggal di ruangan itu.Duduk je lah.Pandangan Qazrief langsung aku tak hiraukan.Ada wa heran?Usyar lah.Aku tahu aku lawa.Perasan!Budak kecik ni lagi comel untuk dipandang.Hehe.
  “Akak lempang kau sampai betul otak tu baru kau tahu.Tu anak sepupu Qazrief lah.Suka nampaknya budak tu dengan Fian.”Kata Kak Fiazz membuatkan aku yang sedang bermain dengan budak kecil itu tersentak.
  Anak sepupu laki ni?Homai!Mana nak sorok muka ni!Asallah aku tak fikir pasal perkara ni!Sengetnya kau ni Fian!Buat malu diri senndiri je,heh!Aku laju mengenakan spek mata hitam.Budak kecil itu sudah laju aku letakkan atas riba Qazrief.
  “Kan bagus tu,Fian.Dah ada ciri-ciri keibuan tu.”Kata mama sebelum semua tergelak kecuali aku dan Qazrief.Aku jeling sedikit.Lelaki itu sibuk melayan karenah si kecil.Cute!Tercair sikit lagi-lagi bila lelaki itu tersenyum.Lesung pipit!Fian!Jangan cair!
  “Okeylah.Kami gerak dulu.Dah pukul 11 ni.”Kata Qazrief sambil bangun.Budak kecil itu sudah dipimpin.Aku pun turut bangun.
  “Tak nak lunch dulu?”Soal mama.
  “Tak pelah aunty.Nanti lunch kat luar terus.”Kata Qazrief sambil menyalami tangan papa dan Abang Riesh.
  “Jaga anak uncle baik-baik ye.”Pesan papa.Qazrief angguk sebelum dia memimpin si kecil keluar.Aku nak menapak keluar,Kak Fiazz laju menghalang dan menarik spek mataku.
  “No spec.Kan lawa macam ni.”Aku mencebik.
  “Fine.”Kataku sebelum keluar dari rumah dan menuju ke arah kereta Qazrief.Qazrief sedang meletakkan si kecil di tempat duduk belakang di kerusi khas.Aku angkat bahu sebelum masuk ke tempat penumpang.
  “Nak pergi mana ni?”Soalku.
  “Lunch.”Balasnya sepatah.Aku dah geram.
  “After that?”
  “Rumah mummy.”Aku yang geram menjelingnya geram.
  “You’ve change a lot,huh?Dah tunang,baru nak tunjuk rupa sebenar?”Balasku sinis.
  “Nope.Because now,there is just you and me.So,nothing to hide and no acting anymore.”Aku tersentak.
  “I know it.So,awak setuju nak kahwin dengan saya atas paksaan juagak?Ke sebab harta?”
  “Nope.Atas satu sebab yang kau tak perlu tahu.”
  “Tapi saya nak tahu!”Bentakku.
  “After married.Then,I will tell you.”Kata Fawwaz sebelum diam.Radio dibuka.Aku bengang.Fine!Bila dah bosan,tangan aku tiba-tiba rasa gatal nak bukak dashboard lelaki itu,Bukak je,aku nampak ada kotak sederhana kecil.Perlahan-lahan aku ambil dan buka.Cube puzzle?Baru aje aku nak keluarkan ia dari kotak,cube itu dirampas.
  Aku pandang Qazrief.Dia menghentikan kereta di tepi jalan sebelum menyimpan semula cube itu.Aku pandang dia minta penjelasan.
  “Don’t you ever touch it.”Keras Qazrief berikan amaran.
  “Why?It just a toy.”
  “That is more than a toy.”
  “So,apa benda tu sampai saya tak boleh sentuh?”Soalku.
  “Not need to know anything about me.Lepas kahwin,aku sendiri yang akan biarkan kau cari jawapannya.”Kata Qazrief sebelum menyambung perjalanan.Aku dah berkerut kening.Tangan disilang dan aku sandar pada kerusi sambil menutup mata.
  ‘Mysterious guy!’Bisik hatiku.Grr..He makes me want to know more about him!Arh!Sooner or later,I will know your secret!Just wait!After married?Why?Soalan demi soalan terus berlegar di mindaku sehingga aku terlelap.


Aku buka mata saat namaku dipanggil.Sedar je kami dah dekat tempat letak kereta.Aku pandang ke arah Qazrief yang memandangku seketika sebelum dia mengalih pandangan ke arah tempat duduk si kecil di belakang.Kemudian,kami keluar dari kereta dan Qazrief mendukung si kecil yang masih tidur.
  “Takde bawak stroller baby?”Soalku pada Qazrief.Dia geleng.
  “Nanti bangunlah ni.Letak dalam troli je nanti.She is big enough to sit there.”Aku mengangguk faham sebelum kami masuk ke dalam shopping kompleks itu.Perkara pertama yang dia lakukan adalah mengambil troli.
  “Safa,wake up.We are here,sayang.Nak Pak Usu beli toys tak?”Kejut Qazrief.Aku hanya memandang.Sweet.Terkesima pun ada weh.Perlahan-lahan si kecil itu membuka matanya sambil menenyeh mata.Geram pulak kita menengoknya!
  “Aaaa...nnnak..”Balas si kecil,Safa.
  “So sweet of her.Jom kita pergi ke tempat permainan!”Ajakku bersungguh.Qazrief menoleh terkejut.
  “What?Let’s go,Safa.”Kata sambil menolak troli itu.Safa gelak.Suka kau ye,budak kecik.Qazrief hanya mengekor dari belakang.Sampai je ke tempat yang terlatak banyak mainan,aku terus menolak troli ke arah rak NERF.Yes!Tembak!
  “Safa,you want this?Pichu!Pichu!”Kataku sambil mengambil satu kotak yang ada pistol kecil dan peluru span yang agak banyak.Safa angguk.
  “Yes.This one?”Aku tunjuk pistol yang lain pula.Safa angguk.Yippie.
  “Stop.Keluarkan balik.She is a girl and a girl doesn’t play this thing.”Kata Qazrief.Aku mencebik.
  “Hello,everyone can play this thing.What is the problem?Tak semestinya dia perempuan,dia kena main,Barbie doll?What?Homai!No thanks.Dia kena jugak main benda ‘ganas’ ni supaya dah besar nanti orang takkan pijak kepala dia.Lagipun,this is just a toy,Rief.Just relax,okay?”Kataku panjang lebar.Hamek.Ingat kalau girl je kena main girl stuff ke?Oh,tolonglah.Aku tak nak Safa girly sangat.
  “Whatever it is,I’m not buying this thing.So,put it to it’s place,Fian.”Aku geleng.Never!
“Hey,ada wa heran?I have my own money.Safa pun suka mainan ni kan?”Soalku pada Safa.Safa angguk laju.
  “No,dia lebih sukakan barbie doll and princess thing.Wait a minute.”Kata Qazrief sebelum melangkah pergi.Kemudian,aku nampak dia datang dengan Barbie doll.Hehe.
  “Safa suka ni kan?”Safa angguk.Aku ambil pistol dan Barbie doll tadi.
  “Which one do you want,sayang?”Soalku.Safa sengih sebelum memeluk pistol!Yesza.Aku pandang Qazrief.
  “Mesti dekat rumah dia dah banyak Barbie doll sebab awak selalu belikan benda tu.So,apa kata kali ni kita beli lain siket?”Kataku sebelum Qazrief angguk.
  “Fine.Beli lah apa-apa mainan..”Balasnya lemah.Aku gembira.Rasa macam nak lompat bintang lah.Boleh tak?
  “Jangan happy sangat.Kali ni je aku bagi muka siket.”Aku angkat kening.
  “Oh,yeah?Tapi bukan selalu bagi muka kat saya ke?Sampai saya meluat nak tengok muka awak.”Kataku sambil menolak troli.Lari!Ada sesuatu tengah menggelegak!
  Kemudian,laju tangan aku mengambil pelbagai mainan.Cars,cooking stuff,Lorry,Pistol,Police game,dan macam-macamlah.Tapi banyak mainan ganas siket!Hehe.Orang kata tak elok membazir so,aku takde lah ambil banyak sangat.Adalah dalam separuh troli?Hahha..Not my money!Apa salahnya kita gunakan duit dia yang hensem tu untuk budak kecil sekali-sekala,kan?
  Aku berhenti di rak yang penuh teddy!Ada teddy bear,Doraemon!Detective conan!Minion!Spongebob!Alvin!Semua aku humban dalam troli!Penuh terus sebab semua tu sama saiz dengan badan Safa yang berumur 2 tahun.Safa memang happy habis lah jawabnya!
  “Stop right there,young lady.That is too much.Kau ni tak tahu maksud membazir ea?”Halang Qaszrief.Aku mencebik.
  “Lek lah.Tak perlu nak kedekut dengan budak kecik.”
  “By hook or by crook.Just one!.Ni untuk Safa tapi dia yang over.”Perli lelaki itu.Aku dah bengang.
  “No way.I will pay it.Don’t worry.”
  “Fian,just one.I warned you.”Aku mengeluh.Fine!Aku hanya pilih satu teddy bear and yang lain aku letak balik.Aku nampak  Safa dah nak nangis tetapi sekejap je lelaki tu pujuk.Huh.Walaupun begitu,wa takde tergugat lah.Ingat sweet ke kalau pandai jaga budak?Ni Fian lah.Hati teguh kalah batu bata.

Monday, March 20, 2017

Throwback Love Part2

Maya hanya melihat Syed Dazrin yang sedang berdiri di hadapan cermin sambil meletakkan gel rambut.Maya yang penat duduk di birai katil,terus berdiri sambil menghampirinya.
  "Wahai Syed Dazrin.Berapa lama masa yang awak perlu ambil untuk siap ha?"Kataku geram.Siap bercekak pinggang lagi.
  "Wait for a while please.Saya kenalah jaga imej saya tahu tak?"Maya mencebik.
  "Grr..But awak siap hampir sejam!Cepatlah.Dah pukul 12 dah ni."Ngomelnya.
  "Lambat is better.Takde lah kita perlu mandi matahari,ye tak?"
  "Ouh ye?Meh sini saya tolong awak."Laju Maya menarik lengan Syed Dazrin ke arah meja soleknya.Krim  BB UV protection  diambil sebelum penutupnya dibuka.
  "Awak nak buat apa ni?"Soal Syed Dazrin sambil ke belakang.
  "Apa?Saya nak tolong awak lah ni.Biar save sikit muka awak dari kena burn."
  "No,tak payah.Buat malu je lelaki pakai benda alah tu."Maya mengecilkan matanya sebelum menahan Syed Dazrin dan laju menyapu krim itu di muka lelaki itu.
  "Duduk diam-diam."Marah Maya.Terdiam lelaki itu dibuatnya.'Aku suami ke dia yang suami ni?'Getus hati Syed Dazrin sebelum mencebik.Maya sengih.'Nasib hang lah dapat bini cenggini.'
  "Siap.Kan comel muka suami saya ni."Kata Maya sebelum tergelak berguling-guling.Jambu mak aih!
  "This is seriously annoying tahu tak?"Kata Syed Dazrin geram.
  "Annoying tak annoying.Dah cepat.Kita dah lambat ni."Kata Maya sebelum menarik lengan lelaki itu.Berat bebenor punggung tu nak bangun.
  Akhirnya,Dazrin bangun sebelum mereka sama-sama bergerak menuruni tangga.Kemudian,Maya terdiam.Aduh,aura ni.Macam kenal je ni.Macam mana lah aku lupa ada lagi makhluk ni kat sini.
  "Maya,Dazrin,kamu nak pergi mana ni?"Sergah Mak Long.Dari mana ntah makhluk ni datang.Haduyai.
  "Nak pergi datinglah Mak Long."Ujar Dazrin selamba.Maya terkejut.Haduyai ini orang!Tak gheti cover betul.Kalau nak straight to the point tu pun agak-agaklah.Tak tahukah kekanda bahawa ini makhluk tak suka kalau kita rapat?
  "Keluar?Ha,eloklah tu.."What?Elok?Seyes arr??
  "Boleh bawak si Fasuha tu sekali.Bosan dia kat KL ni tak keluar jenjalan."Lolipop betul!Baru nak bersangka baik.Ada udang di sebalik batu rupenye.
  "Ha?Mana boleh macam tu Mak Long.Kalau macam tu,tak kira datinglah."Ujar Dazrin.Maya da hela nafas lega.
  "Siapa cakap?Kamu dating je lah tapi bawak Fasuha ni.Bukannya dia nak kacau kamu berdua pun.Tolonglah Dazrin,kesian Mak Long tengok si Fasuha tu terperap je kat rumah ni."Mak Long dah start berlakon.Maya dah bosan.Nak lawan kang,dikira kurang ajar.
  "Tapi... "Dazrin dah serba-salah.
  "Ajaklah Fasuha tu Daz.Sian mummy tengok budak tu."Tetiba Puan Sri Hajah bersuara.Okey.Dah tahu apa akan jadi.Dazrin pandang Maya,Maya angkat bahu.Yang bermaksud,tak tahu dan terserah kat awak.
  "Baik mummy.Tapi mana Fasuha nya?"Soal Dazrin.
  "Kat sini!I'm ready!Jom!"Kata Fasuha.Teragkat kening Maya dibuatnya.Haik?Macam dah rancang je ni?
  "Okey,Jom."Ajak Dazrin sebelum kami menyalami tangan mummy dan makhluk tu..hoho.





Keluar je dari rumah,Si Minah tu selamba je nak duduk depan.Aku pandang Dazrin.
  "Fasuha,duduk belakang.Hormat isteri Abang Rin."Arahnya.Fasuha terus dengar arahan.Dazrin terus buat isyarat mata yang menyuruh aku duduk di hadapan.
  Aku senyum.Well,lantaklah si Fasuha tu nak cakap aku ni apa pun yang penting,tempat aku,jangan nak kebas.Suami aku pun!Tak kesahlah apa pun,Nama pun suami.Selagi Dazrin masih suami aku,jangan haraplah aku bagi chance orang untuk ngorat dia.Takde orang yang sanggup bermadu okay!

Sampai je dekat Zoo Negara,aku nampak Si Fasuha ni dah mengeluh.Apa?Tak best ke pergi Zoo Negara?Dapat jumpa banyak haiwan tahu?Time ni lah aku bagi chance si Fasuha ni nak berkenalan dengan kaum sejenis dia..Hoho.
  "Jom!"Aku terus tarik Dazrin.Terlebih excited pulak daaa.Lagi-lagi dapat tengok cacing kepanasan.

"Abang Riz!"Panggil Fasuha.Aku turut menoleh.Tengok tu.Comel kan?"Kata Fasuha sambil menunjukkan ke arah penguin.
  "Haah."Jawab Dazrin.
  "Jom ambil gambar!"Ajak Fasuha sebelum menarik lengan Dazrin.Terkejut jugak muka laki tu.Terlerai sudah genggamanku.Ni nak naik hangin ni.Pantang aku orang pengan tangan suami aku.Kalau adik beradik boleh ah.
  "Akak amekkan gambar kitorang boleh?"Tanya Fasuha.Aku pandang dengan muka baiknya aku balas..
  "Boleh.Tapi dengan syarat.Lepaskan tangan suami akak tu.Pastu jarak sikit.Tolong jaga batas siket.Awak tu bertudung.Tak takut dosa ke?"Ha,hamek kau.Merah membahang terus.Syed Dazrin pulak memang mengikut arahan.Alhamdulillah.
  " Dah cepat.Satu..dua tiga."Kataku sebelum klik! Fuh..Senyum jugak minah ni.Tapi bila tengok muka Dazrin,macam tak rela!Senyum pun tak!Aku pulangkan kamera gadis itu.
  "Okey.Dah.Fasuha pulak amek gamba abang Rin dengan Kak Maya."Arah Dazrin sebelum menarik aku berdiri di sebelahnya.Kamera yang tergantung di lehernya ditarik sebelum diserahkan kepada Fasuha.
  Okey,reaksi si Fasuha tu memanglah memuncung sambil pandang aku tak puas hati,tapi aku ni ha.Keras kejung dibuatnya bila Dazrin tarik aku rapat sambil memeluk bahuku.Erk!
  "Say cheese!"Kata Dazreen.Yaaa..Cheese!
  Lama-lama,Maya mula rasa selesa sebelum tangannya laju mengeluarkan handphone.
  "Awak,pandang sini."Panggil Maya sebelum mereka berselfie.This is what people called as sweet!

Fasuha yang dari tadi duk memerhati lama kelamaan menjadi geram.Ini tak boleh jadi!Rosak plan aku!Bisik hatinya.Kemudian,fikirannya terlintas sesuatu.
  "Abang Riz,Fas nak pergi beli air kejap ea?"Soalnya.Dazrin angguk.
  Kemudian,Fasuha berpura-pura tersadung.
  "Auch!"Jeritnya.Maya dengan Dazrin terus menoleh ke arah suara itu.Terangkat kening Maya.Haik?Tersadung ke?Tetibe je ni.Lakonan apa pulak kali ni!
  "Fas okey ke?"Soal Dazrin.
  "Kaki Fas.Rasanya macam terseliuh je ni.Abang Rin tolong papah Fas boleh?"Soalnya.Maya dah membulatkan mata.Haik ni dah melampau.Budak ni menjatuhkan imej orang bertudung je lah!Tak perlu nak tunggu lama,Maya terus bantu untuk papah.
  "Biar akak yang tolong.Abang Rin tak boleh.Dia bukan mahram Fas.Kalau akak yang terseliuh takpelah jugak.Tak payah nak suruh Abang Rin papah.Dengan sukarelanya dia dukung akak."Kan aku dah bagi ceramah lagi.
  "Eh.Susahkan akak je."
  "takdenya menyusahkan.Setakat Fasuha yang kurus keremping ni.Tak susah pun."Balas Maya selamba.
  "Sayang,jom kita balik je lah ea.Kesian Si Fasuha ni."Kata Maya pada Dazrin.Terkedu Dazrin dibuatnya.Maya dah senyum.Haih,terkejut ke?Kemudian,Dazrin mengangguk sebelum mereka bergerak keluar dari Zoo.





Sampai je dekat depan rumah.Maya membantu Fasuha untuk masuk ke dalam rumah.Terseliuh la sangat!Nampak macam sihat wal'afiat je aku tengok.
  "Ni kenapa dengan Fas ni?"Soal Mak Long laju.
  "Dia tersadung je rasanya.Nak cakap terseliuh macam pelik pulak.Takde bengkak ke apa.Nak pergi klinik tak nak.Dia kata nak Mak Long urut dia."Balas Dariz dari belakang Maya.
  "Hmm..Sini biar Mak Long yang papah Fasuha."Kata Mak Long sebelum mengambil anaknya masukke bilik mereka.Maya pandang Dazrin dengan muka penat plus sedih.
   Laju Dariz menarik tangannya ke bilik mereka.Masuk-masuk je terus Maya ke katil sebelum meniarap.Muka da selamat disembam ke bantal.Dazrin dah bercekak pinggang.
  "Kenapa pulak ni?"Soal Dazrin.Maya diam sebelum dia berpusing dan duduk bersila.
  "Saya sedih plus penat.Kita dekat Zoo tadi tak sampai sejam pun awak tahu tak.Saya sedih.Penat dengan lakonan Fasuha.Awak pun tahu dia berlakon kan?"Kata Maya.
  "Ye,saya faham.Tapi kita tak boleh buat apa kan."Maya mengeluh.Tudung dibuka sebelum dia kembali berbaring.
  "Esok saya nak start kerja okey?"Pinta Maya.
  "Okey."Balas Dazrin.Dia bergerak ke birai katil.Jam tangannya dibuka.
  "Awak kerja tak esok?"Soal Maya.Syed Dazrin menoleh.
  "Mestilah saya kerja.Isteri saya kerja takkan saya nak duk kat rumah mummy ni."Katanya.Maya sengih.Buk!ADOI!Ada satu bantal dihempuk perlahan ke muka nya.
  "Gi mandi la busuk."Ujar Syed Dazrin.Maya mengangkat bantal tersebut.Grr..Bertuah punya suami.
  "Tak nak mandi.Orang wangi lagi la.Bukannya kita keluar lama sangat."Balas Maya sebelum dia berpusing nak tidur.
  "Bangun mandi!Kalau tak,saya geletek awak sampai jatuh katil,nak?"
  Maya bangun.
  "Mana boleh.Saya penat lah.Lagipun kita kan dah solat Asar kat RnR tadi.Bagilah saya tidur."
  "No.Tak elok tidur Asar.Bangun cepat."Maya menggeliat.
  "Awak mandi lah dulu.Lepastu bru saya ea."
  "Fine.Saya mandi dulu."Kata Syed Dazrin sambil mencubit pipi Maya geram sebelum masuk ke bilik air.Maya mengusap pipinya perlahan sebelum berbaring semula.
  Syed Dazrin membuka pintu bilik air nya semula."Jangan tidur!"Katanya sebelum menutup pintu.
  Terduduk tegak Maya dibuatnya.Haduyaiii!




Esoknya,memang pukul 7pagi Maya dah bersiap nak keluar ke tempat kerja.Syed Dazrin pun ikut sama walaupun dia pelik.Yelah.Ofis masuk pukul 9.Yang awal sangat dah kenapa?
  Bila ditanya kenapa..Dijawab..
  "Saja,dah lama cuti lah katakan."Last-last dia pun siap awal.
  "Saya pergi dulu."Ucap Maya sebelum menyalami tangan Syed Dazrin.
  "Pergi dengan saya kan senang."
  "Takpelah.Saya nak pergi tempat lain dulu."
  "Pergi mana?"
  "Gi makan sarapan la of coz.Takde maknenya saya nak pergi ofis pukul 7 pagi."Syed Dazrin tepuk dahi.Dah agak da!
  "So,naik kereta saya"
  "Takpelah,saya lebih selesa pergi kerja dengan kereta saya."KataMaya yang mula melangkah ke luar bilik.
  "Awak tak kisah ke nanti kalau ada perempuan nak tumpang kereta suami awak  ni nanti?"Maya berhenti melangkah.Dia menoleh memandang ke arah suaminya.
  "Tapi takkan lah awak nak tumpangkan?"
  "Mana tahu.Tak elok kita menolak orang yang meminta bantuan kan."Maya mengecilkan matanya sebelum dia berundur.Kunci kereta Syed Dazrin diambil dan diberi kepada lelaki itu.Kunci kereta dia?Dibiarkan je dalam handbag.
  "Dah cepatlah jom!!"Kata Maya sebelum menarik tangan lelaki itu.Nak tak nak,terpaksalah dia pergi dengan lelaki ini.Mana boleh perempuan lain ngorat!It's dangerous.





Tepat pukul 8.57 pagi,dia selamat punch in card.Syed Dazrin?Entahlah sebab mereka berbeza aras.Jadi lepas menghantar Maya,dia terus tekan butang untung naik ke tingkat atas.
  "Oit pengantin baru!Cepatnya kau masuk kerja!"Sergah Jiah.Terkejut Maya dibuatnya.Haduyai ini budak!Tak sempat nak duduk panaskan punggung pun terus kena terjah!
  "Heisy kau ni.Kus semangat!Nak apa pagi-pagi ni terjah bilik aku?"Soal Maya.
  "Saja nak tanya khabar."Jawabnya sambil tersengih.
  "Maya!!"Jerit Hani dengan Nina.Maya dah tepuk dahi.
  "Kitorang rindu kau!"Maya senyum..Ye,ye.Rindu sangat!
  "Kau orang nak apa sebenarnya?Cer terus terang."
  "Takdelah.Kitorang tengok kau dengan encik Dazrin tadi sweet semacam je.Kau dah jatuh chenta ke dengan dia weh?"Soal Jiah.
  "Mana ada.Kitorang biasa-biasa je."Jawab Maya.
  "No lah,korang macam pasangan bercinta tahu tak?Bukan macam orang yang kahwin tak rela."Celah Nina.
  "Yup.Biasanya mana ada orang kena paksa kawen macam tu.Biasanya mesti gaduh."Tambah Hani.
  "Entahlah korang.Aku pun pelik.Maybe sebab dia sangat baik and caring kut!"
  "Yup.Itu semestinya.Lagi satu yang buatkan kau cintakan dia sebab kau tak pernah bercinta."Kata Jiah.
  "Hoho..Tu memang betul.Tapi sekarang ni memang aku suka dengan hidup aku sekarang."Walaupun ade banyak penghalang2.Sambung Maya dalam hati.
  "Tapi aku doakan kau orang bahagia till Jannah yek."Kata Hani.
  "Kitorang pun!"
  "Dan..Kalau Si Dazrin tu buat kau sedih.Jangan risau.Kitorang always ade untuk kau!"Ucap Jiah..Maya senyum.
  "So sweet."Balas Maya sebelum mereka sama-sama ketawa.
  "By the way,lunch nanti dengan siapa?"Soal Hani.
  "Sorry korang.Aku kena lunch dengan Encik Dazrin harini."Kata Maya.Mereka senyum.
  "Dah agak dah!"







Tepat waktu lunch,Maya terus bergerak ke tingkat atas di mana terletaknya bilik Syed Dazrin.Nak guna lif VVIP?Uh,takpelah.Kirim salam je lah..Tak ramai yang tahu aku dah kawen and tak ramai yang tahu syed Dazrin kahwin dengan siapa.Tadi pagi pun sebab terpaksa naik sekali dengan mamat tu.
  "Hai,Maya."Sapa seorang lelaki.Maya senyum sebelum tunduk sikit.Siapa dia?Cumalah seorang staff yang bekerja sama aras tingkat dengannya.
  "Awak nak naik atas ke?Nak jumpa siapa?"Soalnya.
  "Nak jumpa dengan kawan."Balas Maya.Simple!Aku memang nak jumpa kawan.Adam tu kawan aku.Tapi tujuannya nak jumpa bos.Hhehe..Kang jawab bos nanti banyak pulak soalannya.Dan akhirnya.Lif pun terbuka sebelum Maya masuk dengan beberapa orang.Yelah,siapa je yang nak naik time lunch?Kafeteria pun kat bawah.So,yang ni kebanyakannya orang yang nak hantar kerja yang perlu dihantar ngan orang yang nak jumpe someone contohnya adalah aku.
  Sampai je kat tingkat atas,dah nampak dah kelibat Si Adam tu khusyuk buat kerja.Ini yang macam nak tumbuh tanduk ni.Laju kakinya mendekati meja lelaki itu sebelum.
  "Bha!"Terkejut Adam dibuatnya!Naseb tak melatah!
  "Maya!"Marah lelaki itu.Marah-marah pun dalam nada perlahan.
  "Hehe.Peace yow.Bos ade?"Soal Maya.
  "Ada meeting dengan klien.Kejap lagi habislah ni."Kata Adam.Maya angguk.
  "Kau tak lunch lagi ke weh?"
  "Tak.Tunggu laki kau habes meeting."Maya dah besarkan mata.Dah mula da mamat ni.
  "Lolipop betul.Kat ofis,sila panggil bos bukan laki aku okey?"
  "Yelah.Kau nak jumpe dengan bos kenapa?Nak lunch ea?"
  "Yup.Asal ?Nak join?"Soal Maya.
  "Haah.Macam best je."
  "Boleh blah.Tak yah nak sibuk orang nak date."Kata Maya selamba.
  "Fuh.Dating.Da berani kau ngaku skang ea?"Maya sengih.
  "Well.You know me."Kemudian,pintu bilik dibuka dari dalam.Terus laju Maya duduk di sofa sambil menutup mukanya dengan majalah.Mata mula intai.What the???
  Habis je klien tu pulang,Maya turunkan majalah.Nak lari pun tak boleh sebab Syed Dazrin dah nampak dia.
  "Dah lama tunggu ke?"Soal syed Dazrin.
  "Takdelah.Baru je."Jawab Maya.
  "Bos!Maya jeles tu!"Kata Adam.Lolipop punya kawan!!
  "Ha?Jeles?Itu klien saya je lah.Kan ada seorang lelaki jugak."
  "Awak tak cakap yang awak dah kahwin ke?"Soal Maya.Geram jugak dia bila perempuan tu pandang laki dia lama-lama.Siap nak tepuk-tepuk laki kita pulak tu!
  "Takkan lah saya tiba-tiba nak cakap kalau dia tak tanya."Jawab Syed Dazrin.
  "Okey.Jom."Ajak Maya.
  "Nanti saya letak gambar kahwin dalam ofis saya yek.Besar punya!"Ujar Syed Dazrin.
  "Tak yah mengada!"
  "Sukahati sayalah!"Jawab Syed Dazrin.Tangannya menggenggam tangan Maya.
  "Bos,nak join boleh?"Soal Adam.Heisy budak ni!Maya dah geram.
  "Sorry,kalini cannot!"Jawab Syed Dazrin sebelum menarik Maya memasuki lif untuk turun ke lobi.Maya dah jelir lidah dekat Adam.Padan muka.Aku dah kata cannot,still nak tanya suami aku pulak.Haduyaii.
































 

Thursday, January 26, 2017

To:Mr.Ego part19

Hanna duduk tegak.Matanya terus terbuka luas.
  "Kenapa ni Hanna?"Soal Tengku Nazrul di muka pintu.Hanna terkebil-kebil sebelum dia tepuk dahinya.Grr.mimpi ngeri!Dia pandang jam.Pukul 5 pagi,
  "Takde apa.Saya cuma mimpi ngeri.Mimpi awak sepahkan dapur."Kata Hanna perlahan.Dia memandang Tengku Nazrul.Riak wajah suaminya itu berubah.
  "Awak buat apa?Awat tak sepahkan dapur saya kan?"Soal Hanna.Matanya sudah dikecilkan.Tengku Nazrul sengih kelat.
  "Takkanlah saya berani sepahkan dapur kesayangan awak,Hanna.Dah awak tidurlah dulu.Banyakkan rehat ye.Saya akan pastikan dapur awak tak bersepah."Kata Tengku Nazrul.Hanna mengangguk
  Dia meletakkan semula kepalanya di atas bantal.Nasib baiklah dia tengah 'cuti'.Boleh dia sambung rehat.Padahal selalunya dia memang akan bangun terus pada pukul 5 pagi.Tapi memandangkan dia pun penat bertekak semalam,minda dia perlukan rehat.
  Kemudian,Tengku Nazru laju turun ke tingkat bawah sebelum melangkah ke arah dapur.Barang-barang yang telah dia keluarkan untuk membuat kek terus disimpan semula.Kalau Hanna nampak mahu mati dia nanti.Adoyai.Matilanak!





Hanna sudah bersiap dengan pakaian rumah.Yelah,mana leh pergi mana-mana.Bosan!Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.Time to cook breakfast!Hehe..Well,hari ni hari Ahad so Tengku Nazrul cuti.Masa tuk dating!
  "Awak basuh kereta?"Soal Hanna pada Tengku Nazrul yang sedang mengelap kereta.Dia dah berazam untuk lupakan tentang semalam.
  "Hmm."
  "Okey,saya pergi buat sarapan ye."Kata Hanna sebelum igin berlalu.Sentap lah jugak.Orang nak berbaik,dia jawab centu.Takpe,what you give you get back tauuu.
  "Hanna,sekejap."Panggil Tengku Nazrul membuatkan Hanna menghentikan langkah.Dia memandang suaminya yang menghampirinya  sebelum lelaki itu menarik tangan Hanna menuju ke taman mini.Hanna melabuhkan duduk di sebelah Tengku Nazrul.
  "Hanna,saya minta maaf tentang semalam.Maafkan saya.Saya tak berniat nak marahkan awak.Saya sayang awak,Hanna.Saya takut kehilangan orang yang saya sayang.."Ucap Tengku Nazrul.
  Hanna senyum sebelum tergelak.Tengku Nazrul dah berkerut kening.
  "Kenapa sayang gelak?"
  "Bukan.Awak nampak comel bila minta maaf.Oh my babyyyy."Kata Hanna sambil mencubi kedua-dua belah pipi Tengku Nazrul.
  "Hanna,orang tengah serius dia main-main pulak."Kata Tengku Nazrul.Tangannya sudah memegang tangan Hanna yang berada di pipinya.
  "Hanna tak kesah pun.Saya tahu,suami saya ni sayang saya sangat-sangat.Dia takkan marah saya lama-lama."Hanna sengih.Tangannya mengusap pipi TengkuNazrul.
  "Sebab suami awak ni cintakan isteri dia sangat-sangat sebab isterinya ni nakal sangat.Gewammm je."Tangannya laju mencuit hidung Hanna.
  "Bukanlah..Sebab,saya ni memang one in a million.Isteri yang baik gitu.Still je sayang kat hubby dia ni.Kalau perempuan  lain memang dah lari rumah tahu."
 "Mana boleh lari rumah kalau dapat lelaki hensem gilerr."Kata TengkuNazrul sebelum perutnya dicubit.
 "Choii..Bukanlah..Jawapannya sebab dapat lelaki kaya youuu.."Kata Hanna sebelum tergelak.
 "Apa dia?Kaya?Uish..Isteri saya ni nak kikis harta suaminya ye."
 "Memanglah.Rugilah kalau kahwin dengan laki kaya pastu tak kikis harta dia."Selamba Hanna.
 "Sayangggg!Kalau orang lain,mesti dia memang ingat awak nak kahwin semata-mata demi duit tahu."
  "Hehe..Habistu kalau awak?"Soal Hanna.Tengku Nazrul dah sengih.
  "Kalau saya,saya tak kisah sebab duit saya ada banyak.Tak salah nak share ngan isteri.Duit bukannya boleh bawak sampai mati.Nama pun sayangkan isteri.Bukan setakat duit,buah pinggang pun saya boleh bagi."Tengku Nazrul bagi ayat manyak manis maa...
  "Kalau tak sepadan?"UsikHanna.
  "Kalau tak sepadan maksudnya awak kena cari penderma lainlah."Seloroh Tengku Nazrul.
  "Ceittt!Baru ingat nak cair dengan ayat sweet..spoilll!"
  "Hhahaha..Takkan tak sempat cair kut."
  "Tak,baru nak proses peleburan,tapi tak jadi.Tu yang terus jadi pepejal balik"
  "Loyar buruk eaa."Kata Tengku Nazrul sambil menarik Hanna ke dalam pelukannya.Hanna dah senyum lebar.Siapa yang tak happy kalau kena peluk!






"Hanna sayang,dah siap ke belum?"Panggil Tengku Nazrul dari ruang tamu bawah.
  "Waittt.."Sahut Hanna sebelum dia menuruni tangga.
  "Dah.I'm ready!"Kata Hanna tak gembira.Mananya tak gembira?Nak gi fun fair kut.Macam mimpi!Sebelum ni memang Naz dah trauma dah.Kesian kan encik suami,dia tahan je lah rasa nak pergi fun fair lagi.Tup-tup tengah hari tadi Naz suruh bersiap nak gi fun fair!
  "Happy nya dia.Dah jom."
  "Jom!"Hanna senyum.Tangannya laju memaut tangan Tengku Nazrul sebelum mereka berjalan bersama menuju ke luar rumah.




Dari masuk fun fair ni lagi Hanna dah nampak Yasmin.Fuhh..Long time no see!
  "Hanna!"Panggil Yasmin sambil berjalan laju ke arah Hanna.Macam mana lah dia tak boleh Yasmin kalau dah macam tu reaksi Yasmin.Nasiblah minah tu tak berlari-lari.Kalau tak,aku hempuk jugak dengan beg tangan ni.Tak pun,paling kejam,terus cau buat macam tak kenal.Hehe.
  "Weh,rindu giler aku kat kau!"Hanna senyum.
  "Memanglah.Dah kau tinggalkan aku jauh-jauh."
  "Mana ada,aku gi abu dhabi selama 3bulan je kut."
  "Haah.Memang Abu Dhabi tu macam Jarak dari KL ke Negeri Sembilan pun kan?"Perli Hanna.Yasmin sengih.
  "Nak buat macam mana?Dah tugas aku.Nasib si Fakhrul tu tak main kayu tiga."
  "Memanglah sebab Fakhrul tu tak macam si Fahmie sakai tu"Tetibe Hanna dah rasa bengang.
  "Habistu sayang sedih sebab Fahmie tu main kayu tiga?"Soal Tengku Nazrul tiba-tiba.Hanna dah terkejut.Dia pandang Yasmin.Haduyai.Dia dengar lah pulak!
  "Awak jangan salah faham yek.Saya mungkin sedih,tapi sebab saya yang bodoh sebab cintakan dia dulu tapi sekarang saya bersyukur walupun dia curang dengan saya sebab kalau dia tak curang,saya mungkin tak dapat kahwin dengan lelaki hensem macam nih!"Kata Hanna.Tengku Nazrul dah melemparkan senyum.Lega Hanna.
  "Dah,jom kita pergi sana."Ajak Tengku Nazrul.
  "Wait,Fakhrul mana?"Soal Yasmin.
  "I'm here."Jawab Fakhrul yang baru tiba di belakang Yasmin.
  "Hoi.Tengah darah manis takyah nak senyum-senyum sangat!"Usik Hanna.Bahaya ni..heheh
  "Yola.Orang tahulah.So,nak pergi mana dulu ni?"Soal Yasmin.
  "Pergi sana."Kata Fakhrul sambil menunjukkan ke arah rumah hantu.Hanna dan Yasmin dah terdiam.No way!
  "Oh.Sana tu.Takpelah.Kau orang yang laki ni pergilah.Aku dengan Hanna nak pergi ke tempat lain."Yasmin dah bagi alasan.Tak nak dowhh.
  "Betul.Betul.Betul."Hanna sokong.Pergi sana memang tak sayang nyawa.
  "Apani,haritu kiorang ikut kehendak korang.Now,giliran kitorang."Kata Fakhrul tak puas hati.
  "Takkan sayang takut kut?"Bisik Tengku Nazrul.Ni yang Hanna tak boleh ni.Ego kena jaga weh.
  "Takdenya.Saya tak takut pun.Jom!"Kata Hanna.Yasmin dah geleng.
  "Aku nak cau.Bye!"Sebelum Yasmin pergi,Hanna dah tarik lengan gadis itu.
  "Kau jangan nak lari."Bisik Hanna.
  "Aku takut lah wei.Kalau kena heart attack macam mana?Aku lemah semangat kut."BisikYasmin pula.
  "Kau ingat aku berani sangat?"
  "Ala..Jomlah.Aku takleh la kalau ada orang cabar-cabar ni.Pantang kau tahu?"
  "Kau boleh lah.At least,kalau scary.Kau boleh peluk laki kau.Aku ni?Takkan nak peluk si Fakhrul tu?Sia-sia je dapat dosa."
  "Takpe.Kita duk sebelah-sebelah.Biar diorang duduk depan.Ala,benda tu macam roller coaster je.Kita tutup je mata okey?"Pujuk Hanna.Yasmin dah terdiam.
  "Lamanya berbisik.On ke tak ni?"Soal Tengku Nazrul.Hanna sengih.
  "On!Jom!"






"Ha?Mana boleh!"Protes Tengku Nazrul.
  "Apa yang tak bolehnya?Adil lah..Perempuan dengan perempuan.Lelaki dengan lelaki."Jawab Hanna.
  "Awak isteri saya.Mestilah duduk sebelah saya.Kalau awak takut,awakboleh je peluk saya.Tak salah pun."Jawab Tengku Nazrul takpuas hati.
  "Salah lah sebab takkan nak bagi Yas duduk ngan Fakhrul.Darah manis ni."Jawab Hanna.Tengku Nazrul dah mencerlung memandang Tengku Fakrul.
  "Asal lah kau tak kahwin lagi?"
  "Minggu depan lah."Jawab Tengku Fakhrul.
  Tengku Nazrul dah mengeluh.Choi!Baru ingat nak sweet-sweet ngan bini.
  "Dah.Jom naik!"Ajak Tengku Fakhrul.



Bila dah bergerak,Hanna denganYasmin dah laju tutup mata.Bismillahirrahmanirrahim!
  "Ahhhh!!"Jerit Hanna apabila membuka mata dan ternampak pelbagai jenis hantu.Laju tangannya spontan menepuk tangan Yasmin membuatkan Yasmin turut membuka matanya dann..
  "Huwaaa!!Makkk!!"
 Keluar je dari tempat tu,mereka lega.Hanna dan Yasmin dah macam mayat hidup. Dua-dua pucat.Jalan pun terhuyung-hayang.
  "Hanna,are you okay?"Soal Tengku Nazrul.Tangannya sudah memegang bahu Hanna.Risau juga melihat Hanna yang pucat.
  "Err..Arrr..."Terus Hanna pengsan.Yasmin?Terus tersedar.
 "Hanna!Hanna!"







"Kamu ni Naz,dah tau bini tu jenis yang lemah semangat,tetap juga nak usik.Kesian Hanna.Pucat lesi muka dia.Dah macam tak berdarah kamu tahu."Bebel Tengku Nadia.
  "Baik mem."Jawab Tengku Nazrul.
  "Cuba kalau apa-apa jadi dekat Hanna,macam mana?Tak sayang bini ke?"Soal Tengku Nadia.
  "Sayang."Jawab Tengku Nazrul.Dia lebih sanggup dibebel oleh mamanya sebab tudia bawa Hanna ke rumah mamanya.Kalau rumah mama Hanna?Habeslah title menantu terbaik~ Hehe..
  "Ni Yasmin cakap apa?"Soal Tengku Nadia.Memang lepas Hanna pengsan,memang terus dibawa ke kliniknya tapi Yasmin yang jadi dokter.Padahal si Nazrul ni pun doktor!Hadui.
  "Yasmin cakap Hanna okay dann.."Tengku Nazrul terdiam.
  "Dan apa?"
  "Dan..Hanna pregnant!"Jawab Tengku Nazrul sambil tersengih.Excited gila nak jadi ayah!
  "Serius?Berapa minggu?"
  "4 minggu."
  "4 minggu dah?Kenapa kamu tak boleh nak perasan?"
  "Sebab Hanna langsung tak menunjukkan macam orang pregnant.Jawab Tengku Nazrul.
  "Haisy..Lagi satu sebab kamu tu sibuk sangat dengan kerja.Mana kamu nak perasan?"
  "Okey mama.Lepasni,Naz akan cuba luangkan banyak masa untuk Hanna dengan baby okey?"
  "Jangan cakap cuba tapi buat.Ramai orang boleh jaga klinik kamu tu.Luangkan banyak masa dengan Hanna okey?"
  "Baik mem!"
  "Okey lah.Mama nak pergi masakkan bubur ayam sekejap.Kamu jaga Hanna baik-baik ye."
 "Okey mama."Selepas Tengku Nadia keluar,Nazrul merapati Hanna sebelum tangan Hanna diusap-usap.
  "Thanks sayang."Sebelum dahi Hanna dicium.







3bulan kemudian...
  Hanna mengambil handphone miliknya yang berdering dari tadi..
  MY HUBBY..
  Hanna tersenyum gembira sebelum menjawab panggilan tersebut.
  "Hello assalamualaikum."
  "Wa'alaikumsalam.Sayang saya buat apa tadi?Lambatnya angkat call."Jawab Tengku Nazrul di hujung talian.
  "Sayang tengah masak lah.Awak tengah buat apa?"
  "Kan saya dah kata kena banyak rehat.Jangan masak."
  "Hehe..Bosanlah sayang asyik duduk goyang kaki je. Eh tak,nak goyang kaki pun tak boleh..Kesian awak yang selalu kena masak."
  "Haish..Degilnya dia ni."
  "Hehe..alaa..Saya punya kandungan okey je.Awak je yang lebih."
  " Yelah.Saya baru je habis rawat pesakit yang terakhir sebelum nak pergi lunch.Nanti saya balik ea?"
  "Okay..Eh.Ada orang datanglah.."Kata Hanna apabila mendengar bunyi bell rumahnya.
  "Siapa?Jangan main bukak je Hanna.Tengok dekat interkom dulu."
  "Baik boss.."Jawab Hanna sebelum membuat apa yang disuruh.
  "Awak.."Panggil Hanna.Dia dah terkedu melihat tetamu yang berada di skrin.
  "Siapa yang datang sayang?"Soal TengkuNazrul yang dah taksenang duduk.
  "Fahmie.."Jawab Hanna





























  
  "