Maya hanya melihat Syed Dazrin yang sedang berdiri di hadapan cermin sambil meletakkan gel rambut.Maya yang penat duduk di birai katil,terus berdiri sambil menghampirinya.
"Wahai Syed Dazrin.Berapa lama masa yang awak perlu ambil untuk siap ha?"Kataku geram.Siap bercekak pinggang lagi.
"Wait for a while please.Saya kenalah jaga imej saya tahu tak?"Maya mencebik.
"Grr..But awak siap hampir sejam!Cepatlah.Dah pukul 12 dah ni."Ngomelnya.
"Lambat is better.Takde lah kita perlu mandi matahari,ye tak?"
"Ouh ye?Meh sini saya tolong awak."Laju Maya menarik lengan Syed Dazrin ke arah meja soleknya.Krim BB UV protection diambil sebelum penutupnya dibuka.
"Awak nak buat apa ni?"Soal Syed Dazrin sambil ke belakang.
"Apa?Saya nak tolong awak lah ni.Biar save sikit muka awak dari kena burn."
"No,tak payah.Buat malu je lelaki pakai benda alah tu."Maya mengecilkan matanya sebelum menahan Syed Dazrin dan laju menyapu krim itu di muka lelaki itu.
"Duduk diam-diam."Marah Maya.Terdiam lelaki itu dibuatnya.'Aku suami ke dia yang suami ni?'Getus hati Syed Dazrin sebelum mencebik.Maya sengih.'Nasib hang lah dapat bini cenggini.'
"Siap.Kan comel muka suami saya ni."Kata Maya sebelum tergelak berguling-guling.Jambu mak aih!
"This is seriously annoying tahu tak?"Kata Syed Dazrin geram.
"Annoying tak annoying.Dah cepat.Kita dah lambat ni."Kata Maya sebelum menarik lengan lelaki itu.Berat bebenor punggung tu nak bangun.
Akhirnya,Dazrin bangun sebelum mereka sama-sama bergerak menuruni tangga.Kemudian,Maya terdiam.Aduh,aura ni.Macam kenal je ni.Macam mana lah aku lupa ada lagi makhluk ni kat sini.
"Maya,Dazrin,kamu nak pergi mana ni?"Sergah Mak Long.Dari mana ntah makhluk ni datang.Haduyai.
"Nak pergi datinglah Mak Long."Ujar Dazrin selamba.Maya terkejut.Haduyai ini orang!Tak gheti cover betul.Kalau nak straight to the point tu pun agak-agaklah.Tak tahukah kekanda bahawa ini makhluk tak suka kalau kita rapat?
"Keluar?Ha,eloklah tu.."What?Elok?Seyes arr??
"Boleh bawak si Fasuha tu sekali.Bosan dia kat KL ni tak keluar jenjalan."Lolipop betul!Baru nak bersangka baik.Ada udang di sebalik batu rupenye.
"Ha?Mana boleh macam tu Mak Long.Kalau macam tu,tak kira datinglah."Ujar Dazrin.Maya da hela nafas lega.
"Siapa cakap?Kamu dating je lah tapi bawak Fasuha ni.Bukannya dia nak kacau kamu berdua pun.Tolonglah Dazrin,kesian Mak Long tengok si Fasuha tu terperap je kat rumah ni."Mak Long dah start berlakon.Maya dah bosan.Nak lawan kang,dikira kurang ajar.
"Tapi... "Dazrin dah serba-salah.
"Ajaklah Fasuha tu Daz.Sian mummy tengok budak tu."Tetiba Puan Sri Hajah bersuara.Okey.Dah tahu apa akan jadi.Dazrin pandang Maya,Maya angkat bahu.Yang bermaksud,tak tahu dan terserah kat awak.
"Baik mummy.Tapi mana Fasuha nya?"Soal Dazrin.
"Kat sini!I'm ready!Jom!"Kata Fasuha.Teragkat kening Maya dibuatnya.Haik?Macam dah rancang je ni?
"Okey,Jom."Ajak Dazrin sebelum kami menyalami tangan mummy dan makhluk tu..hoho.
Keluar je dari rumah,Si Minah tu selamba je nak duduk depan.Aku pandang Dazrin.
"Fasuha,duduk belakang.Hormat isteri Abang Rin."Arahnya.Fasuha terus dengar arahan.Dazrin terus buat isyarat mata yang menyuruh aku duduk di hadapan.
Aku senyum.Well,lantaklah si Fasuha tu nak cakap aku ni apa pun yang penting,tempat aku,jangan nak kebas.Suami aku pun!Tak kesahlah apa pun,Nama pun suami.Selagi Dazrin masih suami aku,jangan haraplah aku bagi chance orang untuk ngorat dia.Takde orang yang sanggup bermadu okay!
Sampai je dekat Zoo Negara,aku nampak Si Fasuha ni dah mengeluh.Apa?Tak best ke pergi Zoo Negara?Dapat jumpa banyak haiwan tahu?Time ni lah aku bagi chance si Fasuha ni nak berkenalan dengan kaum sejenis dia..Hoho.
"Jom!"Aku terus tarik Dazrin.Terlebih excited pulak daaa.Lagi-lagi dapat tengok cacing kepanasan.
"Abang Riz!"Panggil Fasuha.Aku turut menoleh.Tengok tu.Comel kan?"Kata Fasuha sambil menunjukkan ke arah penguin.
"Haah."Jawab Dazrin.
"Jom ambil gambar!"Ajak Fasuha sebelum menarik lengan Dazrin.Terkejut jugak muka laki tu.Terlerai sudah genggamanku.Ni nak naik hangin ni.Pantang aku orang pengan tangan suami aku.Kalau adik beradik boleh ah.
"Akak amekkan gambar kitorang boleh?"Tanya Fasuha.Aku pandang dengan muka baiknya aku balas..
"Boleh.Tapi dengan syarat.Lepaskan tangan suami akak tu.Pastu jarak sikit.Tolong jaga batas siket.Awak tu bertudung.Tak takut dosa ke?"Ha,hamek kau.Merah membahang terus.Syed Dazrin pulak memang mengikut arahan.Alhamdulillah.
" Dah cepat.Satu..dua tiga."Kataku sebelum klik! Fuh..Senyum jugak minah ni.Tapi bila tengok muka Dazrin,macam tak rela!Senyum pun tak!Aku pulangkan kamera gadis itu.
"Okey.Dah.Fasuha pulak amek gamba abang Rin dengan Kak Maya."Arah Dazrin sebelum menarik aku berdiri di sebelahnya.Kamera yang tergantung di lehernya ditarik sebelum diserahkan kepada Fasuha.
Okey,reaksi si Fasuha tu memanglah memuncung sambil pandang aku tak puas hati,tapi aku ni ha.Keras kejung dibuatnya bila Dazrin tarik aku rapat sambil memeluk bahuku.Erk!
"Say cheese!"Kata Dazreen.Yaaa..Cheese!
Lama-lama,Maya mula rasa selesa sebelum tangannya laju mengeluarkan handphone.
"Awak,pandang sini."Panggil Maya sebelum mereka berselfie.This is what people called as sweet!
Fasuha yang dari tadi duk memerhati lama kelamaan menjadi geram.Ini tak boleh jadi!Rosak plan aku!Bisik hatinya.Kemudian,fikirannya terlintas sesuatu.
"Abang Riz,Fas nak pergi beli air kejap ea?"Soalnya.Dazrin angguk.
Kemudian,Fasuha berpura-pura tersadung.
"Auch!"Jeritnya.Maya dengan Dazrin terus menoleh ke arah suara itu.Terangkat kening Maya.Haik?Tersadung ke?Tetibe je ni.Lakonan apa pulak kali ni!
"Fas okey ke?"Soal Dazrin.
"Kaki Fas.Rasanya macam terseliuh je ni.Abang Rin tolong papah Fas boleh?"Soalnya.Maya dah membulatkan mata.Haik ni dah melampau.Budak ni menjatuhkan imej orang bertudung je lah!Tak perlu nak tunggu lama,Maya terus bantu untuk papah.
"Biar akak yang tolong.Abang Rin tak boleh.Dia bukan mahram Fas.Kalau akak yang terseliuh takpelah jugak.Tak payah nak suruh Abang Rin papah.Dengan sukarelanya dia dukung akak."Kan aku dah bagi ceramah lagi.
"Eh.Susahkan akak je."
"takdenya menyusahkan.Setakat Fasuha yang kurus keremping ni.Tak susah pun."Balas Maya selamba.
"Sayang,jom kita balik je lah ea.Kesian Si Fasuha ni."Kata Maya pada Dazrin.Terkedu Dazrin dibuatnya.Maya dah senyum.Haih,terkejut ke?Kemudian,Dazrin mengangguk sebelum mereka bergerak keluar dari Zoo.
Sampai je dekat depan rumah.Maya membantu Fasuha untuk masuk ke dalam rumah.Terseliuh la sangat!Nampak macam sihat wal'afiat je aku tengok.
"Ni kenapa dengan Fas ni?"Soal Mak Long laju.
"Dia tersadung je rasanya.Nak cakap terseliuh macam pelik pulak.Takde bengkak ke apa.Nak pergi klinik tak nak.Dia kata nak Mak Long urut dia."Balas Dariz dari belakang Maya.
"Hmm..Sini biar Mak Long yang papah Fasuha."Kata Mak Long sebelum mengambil anaknya masukke bilik mereka.Maya pandang Dazrin dengan muka penat plus sedih.
Laju Dariz menarik tangannya ke bilik mereka.Masuk-masuk je terus Maya ke katil sebelum meniarap.Muka da selamat disembam ke bantal.Dazrin dah bercekak pinggang.
"Kenapa pulak ni?"Soal Dazrin.Maya diam sebelum dia berpusing dan duduk bersila.
"Saya sedih plus penat.Kita dekat Zoo tadi tak sampai sejam pun awak tahu tak.Saya sedih.Penat dengan lakonan Fasuha.Awak pun tahu dia berlakon kan?"Kata Maya.
"Ye,saya faham.Tapi kita tak boleh buat apa kan."Maya mengeluh.Tudung dibuka sebelum dia kembali berbaring.
"Esok saya nak start kerja okey?"Pinta Maya.
"Okey."Balas Dazrin.Dia bergerak ke birai katil.Jam tangannya dibuka.
"Awak kerja tak esok?"Soal Maya.Syed Dazrin menoleh.
"Mestilah saya kerja.Isteri saya kerja takkan saya nak duk kat rumah mummy ni."Katanya.Maya sengih.Buk!ADOI!Ada satu bantal dihempuk perlahan ke muka nya.
"Gi mandi la busuk."Ujar Syed Dazrin.Maya mengangkat bantal tersebut.Grr..Bertuah punya suami.
"Tak nak mandi.Orang wangi lagi la.Bukannya kita keluar lama sangat."Balas Maya sebelum dia berpusing nak tidur.
"Bangun mandi!Kalau tak,saya geletek awak sampai jatuh katil,nak?"
Maya bangun.
"Mana boleh.Saya penat lah.Lagipun kita kan dah solat Asar kat RnR tadi.Bagilah saya tidur."
"No.Tak elok tidur Asar.Bangun cepat."Maya menggeliat.
"Awak mandi lah dulu.Lepastu bru saya ea."
"Fine.Saya mandi dulu."Kata Syed Dazrin sambil mencubit pipi Maya geram sebelum masuk ke bilik air.Maya mengusap pipinya perlahan sebelum berbaring semula.
Syed Dazrin membuka pintu bilik air nya semula."Jangan tidur!"Katanya sebelum menutup pintu.
Terduduk tegak Maya dibuatnya.Haduyaiii!
Esoknya,memang pukul 7pagi Maya dah bersiap nak keluar ke tempat kerja.Syed Dazrin pun ikut sama walaupun dia pelik.Yelah.Ofis masuk pukul 9.Yang awal sangat dah kenapa?
Bila ditanya kenapa..Dijawab..
"Saja,dah lama cuti lah katakan."Last-last dia pun siap awal.
"Saya pergi dulu."Ucap Maya sebelum menyalami tangan Syed Dazrin.
"Pergi dengan saya kan senang."
"Takpelah.Saya nak pergi tempat lain dulu."
"Pergi mana?"
"Gi makan sarapan la of coz.Takde maknenya saya nak pergi ofis pukul 7 pagi."Syed Dazrin tepuk dahi.Dah agak da!
"So,naik kereta saya"
"Takpelah,saya lebih selesa pergi kerja dengan kereta saya."KataMaya yang mula melangkah ke luar bilik.
"Awak tak kisah ke nanti kalau ada perempuan nak tumpang kereta suami awak ni nanti?"Maya berhenti melangkah.Dia menoleh memandang ke arah suaminya.
"Tapi takkan lah awak nak tumpangkan?"
"Mana tahu.Tak elok kita menolak orang yang meminta bantuan kan."Maya mengecilkan matanya sebelum dia berundur.Kunci kereta Syed Dazrin diambil dan diberi kepada lelaki itu.Kunci kereta dia?Dibiarkan je dalam handbag.
"Dah cepatlah jom!!"Kata Maya sebelum menarik tangan lelaki itu.Nak tak nak,terpaksalah dia pergi dengan lelaki ini.Mana boleh perempuan lain ngorat!It's dangerous.
Tepat pukul 8.57 pagi,dia selamat punch in card.Syed Dazrin?Entahlah sebab mereka berbeza aras.Jadi lepas menghantar Maya,dia terus tekan butang untung naik ke tingkat atas.
"Oit pengantin baru!Cepatnya kau masuk kerja!"Sergah Jiah.Terkejut Maya dibuatnya.Haduyai ini budak!Tak sempat nak duduk panaskan punggung pun terus kena terjah!
"Heisy kau ni.Kus semangat!Nak apa pagi-pagi ni terjah bilik aku?"Soal Maya.
"Saja nak tanya khabar."Jawabnya sambil tersengih.
"Maya!!"Jerit Hani dengan Nina.Maya dah tepuk dahi.
"Kitorang rindu kau!"Maya senyum..Ye,ye.Rindu sangat!
"Kau orang nak apa sebenarnya?Cer terus terang."
"Takdelah.Kitorang tengok kau dengan encik Dazrin tadi sweet semacam je.Kau dah jatuh chenta ke dengan dia weh?"Soal Jiah.
"Mana ada.Kitorang biasa-biasa je."Jawab Maya.
"No lah,korang macam pasangan bercinta tahu tak?Bukan macam orang yang kahwin tak rela."Celah Nina.
"Yup.Biasanya mana ada orang kena paksa kawen macam tu.Biasanya mesti gaduh."Tambah Hani.
"Entahlah korang.Aku pun pelik.Maybe sebab dia sangat baik and caring kut!"
"Yup.Itu semestinya.Lagi satu yang buatkan kau cintakan dia sebab kau tak pernah bercinta."Kata Jiah.
"Hoho..Tu memang betul.Tapi sekarang ni memang aku suka dengan hidup aku sekarang."Walaupun ade banyak penghalang2.Sambung Maya dalam hati.
"Tapi aku doakan kau orang bahagia till Jannah yek."Kata Hani.
"Kitorang pun!"
"Dan..Kalau Si Dazrin tu buat kau sedih.Jangan risau.Kitorang always ade untuk kau!"Ucap Jiah..Maya senyum.
"So sweet."Balas Maya sebelum mereka sama-sama ketawa.
"By the way,lunch nanti dengan siapa?"Soal Hani.
"Sorry korang.Aku kena lunch dengan Encik Dazrin harini."Kata Maya.Mereka senyum.
"Dah agak dah!"
Tepat waktu lunch,Maya terus bergerak ke tingkat atas di mana terletaknya bilik Syed Dazrin.Nak guna lif VVIP?Uh,takpelah.Kirim salam je lah..Tak ramai yang tahu aku dah kawen and tak ramai yang tahu syed Dazrin kahwin dengan siapa.Tadi pagi pun sebab terpaksa naik sekali dengan mamat tu.
"Hai,Maya."Sapa seorang lelaki.Maya senyum sebelum tunduk sikit.Siapa dia?Cumalah seorang staff yang bekerja sama aras tingkat dengannya.
"Awak nak naik atas ke?Nak jumpa siapa?"Soalnya.
"Nak jumpa dengan kawan."Balas Maya.Simple!Aku memang nak jumpa kawan.Adam tu kawan aku.Tapi tujuannya nak jumpa bos.Hhehe..Kang jawab bos nanti banyak pulak soalannya.Dan akhirnya.Lif pun terbuka sebelum Maya masuk dengan beberapa orang.Yelah,siapa je yang nak naik time lunch?Kafeteria pun kat bawah.So,yang ni kebanyakannya orang yang nak hantar kerja yang perlu dihantar ngan orang yang nak jumpe someone contohnya adalah aku.
Sampai je kat tingkat atas,dah nampak dah kelibat Si Adam tu khusyuk buat kerja.Ini yang macam nak tumbuh tanduk ni.Laju kakinya mendekati meja lelaki itu sebelum.
"Bha!"Terkejut Adam dibuatnya!Naseb tak melatah!
"Maya!"Marah lelaki itu.Marah-marah pun dalam nada perlahan.
"Hehe.Peace yow.Bos ade?"Soal Maya.
"Ada meeting dengan klien.Kejap lagi habislah ni."Kata Adam.Maya angguk.
"Kau tak lunch lagi ke weh?"
"Tak.Tunggu laki kau habes meeting."Maya dah besarkan mata.Dah mula da mamat ni.
"Lolipop betul.Kat ofis,sila panggil bos bukan laki aku okey?"
"Yelah.Kau nak jumpe dengan bos kenapa?Nak lunch ea?"
"Yup.Asal ?Nak join?"Soal Maya.
"Haah.Macam best je."
"Boleh blah.Tak yah nak sibuk orang nak date."Kata Maya selamba.
"Fuh.Dating.Da berani kau ngaku skang ea?"Maya sengih.
"Well.You know me."Kemudian,pintu bilik dibuka dari dalam.Terus laju Maya duduk di sofa sambil menutup mukanya dengan majalah.Mata mula intai.What the???
Habis je klien tu pulang,Maya turunkan majalah.Nak lari pun tak boleh sebab Syed Dazrin dah nampak dia.
"Dah lama tunggu ke?"Soal syed Dazrin.
"Takdelah.Baru je."Jawab Maya.
"Bos!Maya jeles tu!"Kata Adam.Lolipop punya kawan!!
"Ha?Jeles?Itu klien saya je lah.Kan ada seorang lelaki jugak."
"Awak tak cakap yang awak dah kahwin ke?"Soal Maya.Geram jugak dia bila perempuan tu pandang laki dia lama-lama.Siap nak tepuk-tepuk laki kita pulak tu!
"Takkan lah saya tiba-tiba nak cakap kalau dia tak tanya."Jawab Syed Dazrin.
"Okey.Jom."Ajak Maya.
"Nanti saya letak gambar kahwin dalam ofis saya yek.Besar punya!"Ujar Syed Dazrin.
"Tak yah mengada!"
"Sukahati sayalah!"Jawab Syed Dazrin.Tangannya menggenggam tangan Maya.
"Bos,nak join boleh?"Soal Adam.Heisy budak ni!Maya dah geram.
"Sorry,kalini cannot!"Jawab Syed Dazrin sebelum menarik Maya memasuki lif untuk turun ke lobi.Maya dah jelir lidah dekat Adam.Padan muka.Aku dah kata cannot,still nak tanya suami aku pulak.Haduyaii.
No comments:
Post a Comment