Bunyi handphoneku berbunyi mengganggu ketenteramanku.Siapa pulak la
yang rajin call orang pagi-pagi ni!Perlahan-lahan aku mengambil handphoneku di
atas meja.Qazrief?
"Hello Assalamualaikum."Jawabku.
"Wa'alaikumsalan.Siap cepat.Pukul 10 nanti aku datang ambil kau."Aku terkejut.
"What?Apa?Untuk apa?"Soalku laju.
"I bet kau lupa apa yang aku cakap minggu lepas.Beli barang hantaran.Remember?"Aku dah tepuk dahi.
"Oh saya lupa."
"Tapi sekarang kau dah ingat kan?Cepat siap.Aku takde masa lain.Harini je aku free."Kata Qazrief.
"Okey."Jawabku sebelum talian dimatikan.Aku tengok jam.8.15!Oh
selamat.Nasiblah kau call aku awal 2 jam.Kalau sejam?Kau tunggu lah
sampai aku siap.Hoho.Laju tanganku mencapai tuala sebelum bergerak ke
tandas.
Aku pandang Qazrief di sebelah yang
sama-sama berjalan denganku.Dia yang perasan dipandang terus menoleh ke
arahku.Dia angkat kening bertanya.
"Apa kata kita pergi
makan? I'm hungry.Lagipun kita dah settle beli barang hantaran
kan?"Kataku dengan muka kesian.Tangan Qazrief yang penuh dengan beg-beg
kertas yang berjenama aku pandang.
Aku? EMPAT! Empat sahaja beg
kertas yang aku dapat pegang. Tu pun berisi baju kemeja,minyak wangi, jam
tangan,dan cermin mata hitam dan semestinya berjenama! Why? Sebab Qazrief
belikan hantaran aku semua barang branded!Takkan aku nak bagi barang
murah. Memang tak lah.Dia bagi mahal, aku bagi lagi mahal. Well, nama pun
Fian. Lebih-lebih lagi bila my dad bagi kad kredit tanpa had. Muahaha.
"After kita letak barang dalam kereta. Senang sikit." Kata Qazrief.
"Tapi takut tak selamat! Orang boleh curi senang-senang je nanti tau."Kataku.
"Apa yang kau merepek.Kita letak jelah. Kereta aku tu bukan
sembarangan. Tempat yang kita pergi ni pun bukan sembarangan, and kalau
hilang, beli je lah lain. Tu maksudnya takde rezeki kita." Jawab Qazrief
selamba. Aku melongo. Biar betik! Nak beli semua ni balik? Huh.Memang aku
pas kat P.A aku je terus. Settle!
"Lagi satu, tolong fikir
positif! Jangan nak fikir yang negatif je." Sambung Qazrief lagi dan aku
hanya mengikut dia masuk ke dalam lif.
Setelah memasukkan barang
ke dalam kereta, kami masuk semula ke dalam shopping mall itu dan menuju
ke surau dahulu memandangkan sekarang sudak pukul 3. Ikutkan
Qazrief,memang dia suruh aku tunggu kat dalam shopping mall ni dan dia
pergi menyimpan barang kat dalam kereta. Tapi memang aku tak sampai hati
lah.Walaupun aku just tolong pegang empat beg sahaja,aku boleh tolong
bukak bonet kereta. Ye tak? Aku pun bukannya kejam sangat! Kemudian,kami
sama-sama mencari makanan. Kebulur! Rasa macam nak telan orang.
Tiba-tiba Qazrief menggenggam tanganku membuat aku terdiam sambil laju
menoleh ke arahnya.Muka dia tegang.Membuatkan aku hanya akur dan malas
nak melawan. Perut pun dah lapar. Malas nak lawan. Ikutkan hati memang aku
dah tarik tangan. Tapi entah kenapa aku dapat rasa sesuatu yang tak kena.
"Qazrief! Wait!" Panggil satu suara membuatkan aku tertoleh dan terekjut
apabila perempuan itu menarik lengan Qazrief. Qazrief laju menarik
lengannya semula.
"What do you want?"Soal Qazrief kasar namun tertahan. Aku hanya.diam.
"Qaz,I..." Dia terdiam apabila ternampak wajahku. Aik?
"Wow. Tak sangka pulak you dengan Fian. I ingat.." Percakapan wanita itu terhenti kerana Qazrief laju memotong.
"This is none of your business." Kata Qazrief sebelum menarikku untuk
sambung berjalan. Aku hanya ikut. Perut dah lapar ni. Namun, aku terkejut
saat perempuan itu tarik lenganku kuat.
"Hei Fian.Kenapa kau ni
bodoh sangat and suka ambil kekasih orang,ha?" Soal perempuan itu
membuatkan aku terdiam. Dia kenal aku? Bodoh? What the..berani dia panggil
aku bodoh?
"Riya!"Marah Qazrief.Tapi suara masih dijaga disebabkan ramai orang.
"Kejap.Wait a minute!Fian,you tak ingat I? OMG jangan cakap you lupa ingatan selepas kemalangan tu?"Aku dah geram!
"Oh really?Nak tahu sebab apa I diam?Sebab you are wasting my time. Kau tak penting pun dalam hidup aku and you know what? I'm hungry. Totally hugry! Jangan sampai aku telan kau hidup-hidup! Aku tak suka tengok muka kau so move! Jangan muncul lagi dekat depan aku!" Balasku kasar sebelum menarik tangan Qazrief yang jelas tepinga-pinga.
"Kau tunggu!" Kata perempuan itu. Aku dah mencebik. So what? Macam aku takut je. Entah macam mana, minah tu tersalah langkah dan terpeleot! Aku berhenti melangkah. Aku
dah tahan gelak. Tak leh tahan beb. Lepas je minah tu cau dengan muka merah-merah mungkin menahan malu, terus aku
hamburkan ketawa yang sejak tadi kutahan.Hahaha.
"That is not funny."Kata Qazrief membuatkan ketawa ku terhenti. Aku memandangnya pelik.
"Why you said so?For me,it is totally funny."
"Tak elok gelakkan orang. Tak elok malukan orang di depan khalayak." Aku dah mengeluh.
"Saya tak malukan dia. Dia yang nak jadi public seekers. Nak perhatian semua orang. Saya gelak pun after dia pergi. Itu pun dengan kadar perlahan dan tak kuat sampai orang lain dengar. Adakah saya tetap memalukan dia?" Jelasku tak puas hati membuatkan Qazrief terdiam.
"But.."Sebelum Qazrief banyak cakap, aku dah tarik tangan dia untuk pergi ke retoren. Makan!
"I'm hungry!I need food!" Kataku selamba. Tolonglah jangan nak berceramah! Kang ada keluar surat khabar penyanyi terkenal, Fian Kayla berdebat dengan tunangnya di khalayak ramai kerana ketawa! Mengarut!
"Fian, do you know her?You remember something?" Soal Qazrief setelah kami duduk di satu restoren. Pesanan telah aku buat.
"Of course no! Dia siapa? Your ex?" Soalku. Walaupun aku sedikit pelik dengan soalannya.
"Nope.She is troublemaker. Sebabkan dia, tunang aku kemalangan dan disebabkan dia, aku kehilangan orang yang aku cinta." Kata Qazrief perlahan. Entah kenapa aku rasa sesuatu dengan pandangan sayu lelaki ini. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
Aku hanya diam. Kemalangan? Baru aku teringat dengan cerita Kak Safina tentang tunang Qazrief mengalami kemalangan. Tapi kenapa perempuan tadi puncanya? Apa yang berlaku? Wait! Lupa ingatan lepas kemalangan? Wajah Qazrief aku pandang.
"I need an explanation. Awak nak kahwin dengan saya bukan sebab harta or nak jaga kedudukan or taraf but sebab muka saya kan? Muka saya sama dengan tunang awak,betul?" Soalku sedikit gusar.
Aku nampak reaksi Qazrief seperti terkejut membuatkan andaianku seperti benar belaka.
"No need to know. Lepas kahwin, aku sendiri aku bagi tahu semuanya pada kau." Jelas Qazrief.
"Habistu perkahwinan kita macam mana? Awak memang takkan cintakan saya sebab your heart belongs to your fiancee! Berapa lama awak ingat perkahwinan ni akan kekal?" Soalku lirih. Mula-mula aku tak kisah. Tapi lama-lama aku kisah. Ini tentang kahwin! Bukannya perkara yang boleh dibuat main!
"You are my fiancee."Aku mengeluh mendengar jawapannya.
"Macam nilah.Selama ni mungkin saya tak serius tapi sekarang saya dah fikir masak-masak lepas
semua yang terjadi,saya perlukan masa.Masa untuk menerima awak.Saya tak nak kahwin dengan stranger.I'm sorry.But saya perlukan 6 bulan.Masatu pandai-pandai lah awak pikat hati saya.Saya takkan kahwin dengan orang yang cintakan orang lain."Luahku panjang lebar.
"I undertand.I give you five months and you'll be mine."Kata Qazrief yakin membuatkan aku terdiam mengangguk.Iye iye aje.Hoho.Tapi game ni best.Ni Fian lah.Aku pun boleh buat kau jatuh chenta hokay?
"Fian,betul ke apa yang mama dengar ni?Fian tangguhkan selama sebulan?Are kidding me?"Soal Mama sebaik sahaja aku masuk ke pintu utama.Nasib takde heart attack!
"Yup ma.Mana mama tahu ni?"Soalku malas.Cepat betul berita tersebar!
"Daripada mummy Qazrief la!Fian biar betul.Fian sepatutnya akad nikah lagi two weeks tahu tak?Kenapa buat kerja gila ni?"
"Mama paksa Fian kahwin dengan orang yang Fian tak kenal dan Fian setuju cuma tambah lima bulan je.Please let me know him better before kahwin.Fian tak nak kahwin dengan stranger.At least biar Fian kenal dulu hati budi dia.Is it okay?"Kataku sebelum melangkah naik ke atas.
Barang-barang hantaran aku serahkan kepada Bibik Sari dan bibik Tini.Malas nak fikir dah!Huargh!Lima bulan tu tak lama je Fian!What I am going to do next?Ugh!Idea!I need some idea!
Langkah kuatur dengan penuh geram ke arah restoran secret recipe.Wajah Fawwaz dan Layla yang sedang enak menikmati kek aku pandang.
"Kau orang berdua memang kawan yang kejam."Kataku laju selepas mengambil tempat di sebelah Layla.
"What?Terkejut tahu kitorang tetibe kau nak jumpa.Bukan patutnya kau tengah sibuk buat persiapan perkahwinan ke?"Soal Fawwaz selamba seperti tak bersalah.Aku dah jeling macam nak telan.
"Haish.Kau lah.Asal tak backup aku?Selama ni kan aku selalu backup kau?Hampeh punya kawan!Bukannya aku ajak kahwin betul-betul."Marahku laju.
"Lek ah.Kalini aku memang takleh nak tolong sebab memang nenek aku dah carikan aku jodoh awal-awal."Kata Fawwaz sebelum tersengih.
"Haish.Orang suruh main-main je..Bukannya aku suruh kau akad nikah terus,pak cik!By the way,siapa yang nenek kau berkenan.Kau ni bukan boleh caye sangat.Kau spesies aku.Kahwin dengan stranger?Not in list!"
"Aku tak boleh nak tolong kau sebab abang aku pun ada kat situ plus nak buat camne.Nenek aku tu memang dah tak dapat aku nak tolak."Kata Fawwaz.
"Fian,aku rasa Qazrief tu memang baik lah.Tak tipu.Korang serasi gitu."Kata Layla menyampuk.
"Haa,kau.Tak yah nak serasi sangat.Macam mana ku boleh berkomplot dengan famili aku ni?Patutlah tetibe balik Malaysia!"Ujarku geram.
"Hehe.Aku terpaksa sebab semuanya demi kau.Kitorang semua nak kau bahagia.Pilihan mak bapak selalunya betul."Balas Layla.Aku dah mengeluh.
"But aku tak nak kahwin dengan stranger.Aku perlukan masa untuk kenal hati budi dia baru aku akan setuju nak kahwin dengan dia."Balasku lemah.
"Fian,kau ada masa lagi dua minggu.Kau kenallah dia cukup-cukup."Kata Layla.Fawwaz hanya mengangguk setuju.
"Nope.Aku ada lima bulan lagi!"Kataku sambil tersenyum lebar.
"Hah?"Fawwaz dan Layla serentak bertanya.
"Aku dah discuss dengan Qazrief.Kita extend lagi lima bulan.Hoho."
"Kau biar betul?Dia setuju?Are you sure?"Soal Layla.
"Ha'ah.Biar betul?Kau ugut dia ke apa?"Soal Fawwaz.Aku dah jengilkan mata.
"Ah sudah.Kau orang ni memang tak sayang aku kan?Macam ni la kawan kan."Kataku sebelum
bersandar pada kerusi.Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Aku nak kau orang jujur dengan aku satu benda."Kataku dengan nada serius.
"Apa dia?"Jawab mereka serentak.
"Berapa lama kau orang dah kenal dengan Qazrief?"Soalku sambil mata tajam memandang dua
orang manusia di hadapanku ini.Wajah mereka berubah.
"Err.."Fawwaz tak terkata.
"Apa maksud kau?"Soal Layla memotong kata-kata Fawwaz.
"Please.Tell me the truth."
"Tapi kenapa tiba-tiba?"Soal Layla.Aku diam.Tak tahu nak jawab.Siapa tunang Qazrief yang
sebenarnya?
"Give me answer.Kalau korang betul-betul kawan aku.Layla.You know me.Aku akan dapatkan apa yang aku nak dengan apa cara sekalipun."Tegasku.Layla mengeluh.
"Fine.Aku dah kenal dia sejak zaman uni."Jawapan Layla membuatkan aku terkejut.Ingin sahaja hati ini menyoal siapa tunang lelaki itu tapi hati melarang.
"Fawwaz?"Soalku sambil beralih pada Fawwaz.
"Er..8 bulan."Aku terdiam.Dia kenal Qazrief pada waktu yang sama dengan dia kenal aku?Aku bangun.
"Okay.Aku nak pergi tenangkan fikiran."Kataku sebelum kaki laju melangkah keluar daripada kawasan itu.Selama ni diorang cuma jadikan aku macam boneka?Merancang semuanya?
Aku lihat nama yang tertera di atas kad itu sebelum aku pandang
bangunan 4 tingkat di hadapanku ini.Wow.Not bad.Tak setinggi yang
kusangka tapi besar and nampak mewah.Laju kaki kulangkah ke arah pintu
utama.Kaunter pertanyaan yang terdapat dua orang gadis aku tuju.
"Maaf.Boleh saya jumpa dengan Encik Qazrief?Your CEO?"Soalku.
"Cik ada buat appoinment dengan Encik Qazrief?"Aku geleng.
"Takde tapi boleh bagitahu dia yang tunang dia datang?"
"Oh.I'm sorry miss.Wait ya.Apa nama miss ye?"
"Fian."Jawabku sebelum gadis itu laju menghubungi seseorang.
"Miss boleh naik ke tingkat empat.Nah miss.Ini kad untuk miss gunakan untuk naik lif."Katanya sambil memberikanku satu kad yang diikat dengan tali yang bewarna biru.
"Okey thank you."
"Erm,miss."Langkahku terhenti apabila gadis itu memnggilku.
"Boleh saya dapat tandatangan miss?"Aku turunkan cermin mata hitamku sebelum menandatangani
buku itu.
"Thank you miss.Saya minat sangat dengan lagu-lagu cik Fian."Aku hanya senyum sebelum kembali memakai kaca mata hitamku dan menuju ke lif.
"Sampai sahaja di tingkat empat,ada beberapa pekerja di meja masing-masing,khusyuk dengan kerja mereka.
"Cik Fian?"Tegur seorang lelaki muda.Aku toleh.
"Saya P.A Encik Qazrief.Cik boleh ikut saya."Katanya sebelum bergerak.Semasa berjalan,aku perasan banyak mata menoleh ke arah kami.Over sangat ke pakaian aku ni.
Baju casual lengan panjang bewarna kelabu dengan seluar jeans bewarna biru.Rambut yang terlepas bebas dengan beanie bewarna kelabu kecoklatan.Wajah pula hanya solekan tipis dan cermin mata hitam untuk menutupi mata.
"Cik boleh tunggu di dalam bilik Encik Qazrief.Encik Qazrief ada meeting sekarang ni."Katanya sambil membuka pintu bilik lelaki itu.
"Coffee,miss?"
"It's okay."Balasku sebelum lelaki itu keluar dan menutup pintu.Sofa yang bewarna putih itu aku
duduk sebelum mata laju meliarkan di sekeliling ruang pejabat itu.Penuh dengan kaler hitam putih je.Meja kerja lelaki itu aku pandang lama.tiba-tiba muncul idea jahat.
Kaki laju aku langkah ke arah meja kerja bewarna putih.Kerusi beroda yang bewarna putih dan hitam aku duduk.Pegh,empuk giler!Terus aku pusing-pusing kerusi itu macam kanak-kanak ribena sebelum berhenti saat mataku tertancap pada bingkai gambar di atas meja.
Bingkai gambar itu aku ambil sebelum keningku berkerut.It is me!Totally me!Tapi gambar macam dekat zaman universiti.Me and Qazrief?Ha!Ni la tunang Qazrief!Pegh!Giler sebiji!Terus aku letak gambar itu di atas meja semula.Sia-sia je nanti kalau Qazrief nampak.Tak pasal-pasal kena marah lagi.Jam tangan Swarovski milikku aku tilik.Dah 10 minit ni aku tunggu!
Mulalah aku main pusing-pusing kerusi sebelum merehatkan kepala di atas meja.Mulut dah menguap,mata dah kuyu,lama-lama terus terpejam dan tertidur!Mana taknya,dua minggu sibuk dengan photoshoot dan konsert.Siap terbang ke sana dan ke mari!Ni pun semalam baru balik dari China.Entah kenapa tiba-tiba muncul idea nak kacau kerja encik Tunang!Rindu ke?Entahlah nakkkk.
Bangun-bangun je aku dah baring kat atas sofa empuk dengan selimut!Mata terus terbuka besar sebelum bangun duduk.Terus mataku tertancap pada Qazrief yang sedang sibuk dengan kerjanya di meja kerja yang aku sedap melepak sampai tertidur.Kepala laju mengingati apa yang berlaku.Rasanya tadi aku tertidur kat situ!Mata terus terkebil-kebil memandang lelaki yang sedang khusyuk membuat kerja.
"Miss me?"Soalan itu terus membuatkan aku terkejut.Mata masih mengamati wajah lelaki itu yang
masih tenang membuat kerja.
"Huh?"Soalku.Mata terus bersabung dengan mata lelaki itu apabila lelaki itu mengangkat wajahnyaa daripada kertas yang banyak di atas meja.
"I said,do you miss me?"Ulang lelaki itu.
"Hah?"Terus aku rasa blur.Apa pahal mamat ni tetibe macam sweet semacam?Mimpi ke ni?Lelaki itu sudah membuat muka toya.Mungkin bengang dengan sikapku yang blur!Orang baru bangun tidur memang lah blur!
"Baru tak jumpa aku dua minggu takkan dah hilang deria pendengaran kot."Kata lelaki itu sebelum bangun dan bergerak ke hadapan mejanya sebelum duduk di sofa putih di hadapanku.
"Grr.Orang baru bangun tidur memanglah blur!"Terus bengang.Berani dia cakap macam tu.Tapi betul gak,time lelaki itu cakap sweet,kau pulak yang huh,hah.Sekarang padan muka kau,Fian!
"Kau tak rasa pelik ke.Tadi kau sedap tidur dan buat peta kat tempat kerja aku lepastu bangun-bangun dah ada atas sofa empuk siap dapat selimut lagi pulak tu!"Kata lelaki itu selamba.Terus aku rasa malu.Malu sebab perkataan 'peta' tu.Orang tidur elok la!Takde air liur basi la!
"Saya tahu awak dukung saya.Thanks for that.Tak sangka awak prihatin jugak dekat saya."Kataku perlahan sambil tersenyum jahat.
"Sorry?Aku dukung kau.Please lah.Awal-awal lagi aku minta tolong P.A aku bawakkan wheelchair!Nak dukung memang taklah!Jangan perasan sangat okay?"Kata lelaki itu sebelum bangun dan menuju ke tempat meja kerjanya semula.
Muka aku dah memerah.Tak tahu nak malu ke nak mengamuk balik fail kat lelaki ini.Hampeh punya tunang!Terus aku bangun dan bergerak ke pintu.Beg tangan aku biarkan je di atas meja.
"Where are you going?"Soal Qazrief.
"Pantry.Nak sejukkan hati!"Kataku tanpa meoleh ke arahnya.Pintu bilik aku buka kasar.Lalu je meja P.A lelaki itu,aku bagi senyuman hambar apabila lelaki itu menegurku.
Langkahku terhenti di hadapan pantry apabila mendengar nama encik tunang disebut.Laju aku menyorok di sebalik dinding.
"Encik Qazrief tadi sweet giler kot.Kecoh satu ofis!"Kata salah seorang staff yang tengah berehat di pantry.Aku lihat jam tangan sudah hampir habis waktu rehat.
"Lah,tak habis lagi ke cerita ni.Dari tadi lagi aku dengar kau ulang benda sama."Kata orang lain.
"Yelah.Aku peminat nombor satu Encik Qazrief kot.Mana tak sedih hati aku bila nampak dia dukung seorang perempuan dari kerusi dia terus ke sofa.Untung giler perempuan tu kot!Aku rasalah.Kalau aku tertidur kat kerusi bos kita tu.Mahunya kena pecat terus!"
"Serius lah?Mana kau tahu?"Soal staff yang ketiga.
"Tadi aku nak bagi fail dekat encik bos kita tapi ternampak pulak adegan tu.Kau orang pun tahu kan,dinding bilik ofis Encik Qazrief tu kaca dan semua orang boleh nampak.Sebab tu lah bilik ofis dia memang khas kena lalu tempat PA dia dulu.Lepastu bila aku tanya Si Daniel tu rupanya tu tunang bos.Haih.Tak sangka muda-muda bos kita dah ada yang punya."Kata staff nombor satu.
"So,suka hati tunang dia lah nak tertidur kat meja kerja dia.Entah-entah dia penat tunggu Enciik Qazrief meeting tadi sebab aku pun join meeting tadi memang lama.Moral of the story,jangan sibuk hal bos kita.Buat kerja betul-betul kalau tak nak kena pecat."Kata staff nombor dua sebelum berlalu keluar dari pantry.Naseb ada dinding plus pokok pasu bunga yang besar ni jadi tak kantoi!
"Entah kau ni.Asyik gosip je pasal bos kita.Dah,pergi cari lelaki lain.Jangan sibuk cari yang poket tebal dan hensem je.Kita ni kena ukur badan kita jugak.Sedar diri."Kata staff yang ketiga.
"Yelah-yelah.Aku cuma minat je.Bukan suka lebih -lebih."
"Dah.Jomlah.Dengar dek tunang dia ke bos kita ke.Nahas je nanti.Lagipun waktu rehat dah habis ni."
"Jom."Mereka pun beredar.Aku dah tersengih-sengih.Tak sangka mamat kerek tu pun ada orang minat!Yang penting,aku tahu yang mamat kerek tu dukung aku.Hoho.Pakai wheelchair sangat.Auta je lebih!Lantas aku masuk ke pantry dan menekan butang air sejuk sebelum menghabiskan segelas air.Cawan aku basuh dan letakkan semula ke tempatnya sebelum menuju ke bilik encik tunang.Hilang rasa marah dan merajuk.Merajuk?Oh please lah!
Pintu bilik lelaki itu aku buka sebelum laju bergerak duduk di atas kerusi hitam yang berada di hadapan meja kerja lelaki itu.Dia dongak.
"Yes?May I help you?Dah lega dah?"Soalnya.Aku senyum.
"Yes."
"So,apa mimpi kau datang ofis aku tiba-tiba tanpa bagitahu aku dulu?"Soalnya sebelum bersandar.
"Awak dah lunch?"Tanyaku.
"Aku tak lapar."Jawapannya buat aku mengeluh.Patutnya dia tukar ayat tu jadi 'Belum sebab malas nak kejut kau bangun or tak sampai hati nak kejutkan kau or belum sebab aku tunggu nak lunch ngan kau.'
"Tapi saya lapar."Kataku dengan mimik muka sedih.
"So pergi la makan."Katanya sambil angkat kening.
"Jomlah lunch dengan saya."
"Lunch hour da tamat,cik Fian."Katanya bersahaja sebelum kembali khusyuk dengan kerjanya.
"Encik Qazrief.."Panggilku.Dia buat donno.
"Awakkkkkk.."Panggilku lagi dengan gaya perlukan perhatian sangat.Hahahaha.Tapi berjaya!Dia pandang aku.
"Kau nak apa?"Katanya.Aku senyum.
"Jom."
"Jom?"Soalnya pelik.
"Jom pergi dating!"Kataku ceria.
"Datingg???"Soal dia terkejut.Muka memang tak payah citer la.Terkejut habis!Macam dengar berita orang curang je lagaknya.
Bila nak sambung? Tak sabar nak baca kesudahan kisah Fian
ReplyDeleteSambung please..
ReplyDeleteUpdate please
ReplyDelete