"Athia spy?"Soal Qaisya tak percaya.
"Yelah.Arwah bapak kau yang upah dia."Kata Khai.Bekerut kening Qaisya dibuatnya.
"Aik?Kiranya dari kecik Athia jadi spy?Ish ish ish."Kata Qaisya sebelum kepalanya diketuk.
"Bukanlah!Arwah ayah kau upah ayah Athia.Bila ayah dia meninggal,dia lah yang ganti jaga kau dari jauh."Kata Khai.Qaisya mengangguk.
"Lain kali cakap lah awal-awal.Tapi Athia tu umur berapa?"Soal Qaisya.Khai angkat kening.
"Kau rasa?Umur dia lagi tua dari kau."
"Biar betik?Muka muda seh.."
"Yup.Umur dia 22."
"Kau ni memang dah lama tak makan kasut ea?"
"Apa?"Soal Khai dengan muka tak bersalah.
"Aku pun 22 lah!!"Qaisya geram.Sengal punya Khai!Memang aku rasa macam nak goreng je kau.Bagus gak tu.
Qaisya pandang Athia yang baru masuk ke dalam rumahnya.
"Thia.."Athia menoleh sebelum tersenyum.
"Macam mana?Dah settle?"Soal Qaisya.
"Dah,kak."
"Tak payah akak.Panggil Qai je.Kita sama umur kan?"
"Hehe.Okeylah.Qai.Erm.Aku ambil barang aku dulu ye?"Qaisya kerut kening.
"Aik?Kenapa pulak?"
"Hehe.Takkan lah aku nak duk rumah kau ni."
"Ah.Janganlah.Stay lah dengan aku.Nanti aku dah takde kawan."Qaisya memujuk.Dah lah Shira dah ambil barang dia dan keluar dari rumah ni.Sekarang Shira pulak.Tak nak aku duduk rumah ni sensorang.Mengerikan kot.
"Alah..Kau kan dah nak kahwin."
"Lek ah.Aku kahwin nanti...Kau duduk rumah ni.Aku pindah rumah sebelah."
"Kau ni biar betul?"
"Betullah.Kalau aku sorang,memang aku tinggalkan rumah ni.Jangan tanya kalau aku duduk rumah Khal."
Athia tergelak.
"Okay.Okay.Aku stay."Qaisya senyum.Athia dipeluknya erat.Tiba-tiba dia senyum jahat.
"Kau ni kenapa?"
"Ermm..Kau ni spy kan?Mesti kau dah biasa dengan satu kerja ni."
"Kerja apa?"
"Heheheheh...kita sabotaj Khal."
"Kau biar betul?Dah malam kot."Kata Athia.Sekarang dah pukul 11 malam.
"Rileks.Malam lah masa yang terbaik."Kata Qaisya.Athia hanya akur.Ikut jelah.Qaisya senyum.Tengoklah esok.Konfem ada yang menjerit pada pagi-pafi buta.
"Qaisya Suraya!!"Jerit Khai dari luar rumahnya.Qaisya yang sedang buat air,ketawa terkekek-kekek.Terkejut Athia yang baru turun ke dapur.
"Apa pasal tu?"Soal Athia.Qaisya senyum.
"Biasalah tu.Kalau dah perasan 4 tayar dia bocor."Kata Qaisya selamba.Siapa suruh masatu bocorkan tayar aku?Padan muka.Nasib aku cuma bocorkan tayar kereta audi.Kalau kereta ferrari dia tu?Konfem mati aku!
"Aku tak nak masuk campur ye,Qai."Kata Athia.
"Yelah.Janganlah risau."Kata Qaisya.Biar padan muka dia.Masatu dia kacau aku,sekarang biar dia yang kena.
Aku keluar dari rumah.Nak tengok jugak keadaan kat luar tu.pintu yang memisahkan laman rumahnya dan Khai dibuka.
"Ye saya?"Soal Qaisya.Saja nak cari pasal.
"Qai..kau memang nak kena kann.."
"Apa?Lek ah.Kereta Audi je pon!Bukannya kereta ferrari kesayangan kau tu."
"Grr.Fine!Kosong kosong ea.Dah tu,sekarang ni kau hantar aku gi tempat kerja."Terangkat kening Qaisya dibuatnya.
"Aik?Pahal pulak?Pakai je lah kereta ferrari kau tu."
"Tak nak aku.Takde kerja nak bawak kereta tu pergi kerja."
"Tak nak!Ada aku kisah?"Qaisya terus tutup pintu kayu itu sebelum menguncinya.Takpe..nanti dia balik kerja aku masak sedap punya!
"Umi,macam mana ni?"Soal Qaisya pada Puan Khaleeda.Tangannya sibuk memegang penutup kuali.
"Haha,Qai.Okeylah.Jangan takut sangat.Kalau terpercik pun,tak sakit sangat."Tegur Puan Khaleeda.Qaisya menurunkan 'shield'nya .Tiba-tiba minyak terpercik.
"Umi!!"Jerit Qaisya sebelum terdiam.
"Takde lah sakit sangat."Kata Qaisya lalu meletakkan penutup periuk itu di tepi sinki.Puan Khaleeda gelak.
"Kamu ni.."
"Ok,umi.Lepas tu nak buat apa?"Soal Qaisya.
"Okey,kita biarkan ketam ni sekejap,kita pergi buat sambal tempoyak pulak."Mata Qaisya bersinar.
"Sambal tempoyak?Alamak umi,dah meleleh air liur Qai ni,tahu?"Usik Qaisya.
"Banyak lah meleleh.Dah,jom kita buat sambal tempoyak."
"Jom!!"Sorak Qaisya.Tunggulah kau,Khal.Aku masak sedap tahu!Siap kau kalau cakap makanan aku bawa maut.Aku pancung terus.Baru namanya bawak maut!
Qaisya menunggu Khai untuk pulang.Tak sabar nak tunjuk bakatnya.Dia tersenyum saat mendengar deruman enjin kereta milik Khai.
"Khallll!"Jerit Qaisya.Khal yang baru masuk,terkejut.
"Ish.Kau ni.Nak suruh aku kena serangan jantung ke apa?"Rungut Khal.Qaisya sengih.
"Lek ah.Tu pun dah nak serangan jantung bagai.Meh sini duduk.Aku masak hari ni spesial untuk kau tahu?"Kata Qaisya.Khal melangkah ke belakang sambil menggeleng.
"Tak nak!"
"Asal pulak?"Soal Qaisya pelik.
"Masakan kau menakutkan tahu?"Kata Khai.
"Merepek lah kau ni.Makanlah!Bukannya aku letak racun pun."Kata Qaisya geram.
"Memang lah tak letak racun sebab benda yang kau masak macam racun tahu?"Kata Khai selamba.
"Kh..Kh...Khalllll..."Qaisya sudah mengenggam penumbuk.Berani dia kata masakan aku seteruk racun?Dulu memang lah!Sekarang ni sedap,tahu?
Khal sudah berundur.Alamak!Taufan Qaisya suraya bakal meletus.Baik cabut!Khai lari.Qaisya kejar.Siap kau Khal!Sampai lubang cacing aku cari kau.
"Qai,khal?"Soal Puan Khaleeda yang baru keluar dari dapur,terpinga-pinga.Dia pandang Athia yang sedang membaca buku di ruang tamu.
"Diorang keluar aunty."Kata Athia selamba.
"Aik?Diorang pergi mana?"
"Khal buat Qai marah,Aunty."Puan Khaleeda tersengih.Habislah Khalll.
"Khal!Kau turun sekarang!"Marah Qaisya.Terjerit-jerit dia macam orang gila kat bawah pokok ni.Nasib tak ada orang.
"Tak nak lahhh.Kau ni janganlah kejam sangat."Kata Khal yang berada di atas pokok.Disebabkan Qai,dia yang tak pandai panjat pokok pun pandai panjat.Qai ni ibarat singa lapar tahu?
"Aku kira sampai tiga,kau tak turun.Siap kau!"Khai berfikir.
"Satu..dua..ti.."
"Okey.Okey!Aku turun."Khai mengalah.Qaisya pandangnya.
"Turun lah."Kata Qaisya.Khai tersengih.Gila aku nak turun?Khal pandang bawah kemudian dia menutup mata.Tinggi!Kenapalah aku tak fikir masa aku naik tadi?
"Tak boleh lah Qai.."
"Apa!?"Kening Qaisya terangkat.
"Wuu..aku tak tahu macam mana nak turun."Qaisya tercengang.What?Qaisya terdiam.Dia berdeham.
"Jangan main-main,Khal."Qaisya tahan gelak.Yang menggedik panjat pokok tu apa pasal?
"Betullah."Kata Khai geram.Qaisya bantai gelak.Sumpah lawak!Buat malu je.Pandai panjat,tak pandai turun!
"Grr..Tolonglah aku Qaiiii.."Qaisya sengih.Dia duduk di atas bangku berhadapan pokok itu.
"Padan muka kau.Cakap lagi masakan aku macam racun.Kau duduk lah situ sampai minggu depan."Qaisya duduk.Dia berlari ke arah motor aiskrim mat kool yang bergerak.
"Aiskrim!"Panggil Qaisya.Motor itu berhenti.Qaisya membeli satu aiskrim cornetto.
"Nah,cik."Dia menghulurkan duit.
"Cik adik.Apa yang itu abang buat?"Soal penjual aiskrim itu.
"Dia tengah berlatih menghilangkan gayatnya."Kata Qaisya selamba.Orang aiskrim itu mengangguk sebelum berlalu dengan motornya.Qaisya duduk di atas bangku semula.
"Baik kau pura-pura duduk dekat atas pokok tu.Kalau tak..buat malu je."Kata Qaisya selamba sambil menjilat aiskrimnya.
"Emmm..Sedapnya aiskrim ni Khal!Lain kali jaga mulut tu ye."Kata Qaisya selamba.Khai mengetap gigi.
"Grr..Kau ni kejam!Tolonglah aku!"
"Apa?Tolong?Kau tunggu aku habis makan aiskrim baru aku tolong."Kata Qaisya selamba.
"Cepatlah Qai.Dah pukul berapa ni?Dah nak maghrib ni."Kata Khai geram.Qaisya tengok jam tangannya.
"Lek ah.Baru pukul 6.17 petang."Kata Qaisya sambil memakan aiskrimnya.Nasib dia bawak duit dalam poketnya.
"Gr..cepatlah Qai."Qaisya buat derk.Pukul 6.30,Qaisya habis makan aiskrim.
"Dah.Cepatlah.Kalau aku jatuh macam mana?"
"Kau jatuh,padan muka."
"Tolonglah Qai..Please.."Rayu Khai.
"Nak tolong apa?Takkan nak suruh aku tangkap kau?Dah lah kau berat.Sekali kau lompat atas aku,Mahu aku yang masuk ICU."Kata Qaisya selamba.
"Qai..cepatlahh."
"Kalau kau janji yang kau akan makan masakan aku,baru aku tolong."Khai telan liur.
"Ha?Nak ke tak nak?Berani cakaplah tak nak.Memang aku bakar pokok ni."Ugut Qaisya.Giler nak bakar pokok?Dia pun tak berani.Mencemarkan alam sekitar je nanti.
"Ye!ye!Cepatlah!"Kata Khai.Qaisya sengih.
"Okey.Tunggu jap!"
"Kau nak pergi mana?!"Jerit Khai.
"Kau duduk je situ diam-diam.Aku nak pergi ambil emergency kit!"Kata Qaisya sebelum berlari anak menjauhi Khai.Khai terdiam.Emergency kit?Dia nak suruh aku lompat lepastu kalau aku cedera,dia rawat ke apa?Takkan nak bawak tilam?
"Cubalah senyum sikit,Khal."Usik Qaisya.Khai yang baru masuk ke dalam rumah hanya mencebik.Kurang asam punya Qai.Emergency kit lah sangat!Dia bawak Emergency people adalah!Habis mak ayah nya pun datang dengan tangga.Malu kot!Qai pulak sedap hati dia je amik video!
"Lain kali,dah tahu tak tahu nak turun,jangan menggatal nak panjat pokok.Dah lah pokok tu tinggi.Masa panjat tu,tak fikir ke?"Bebel Puan Khaleeda.Dari taman,sampai lah ke rumah.Mulutnya asik bergerak.Marah pada Khai punya pasal.
"Dah Qai kejar.Nak fikir macam mana?Matilah Khal kalau Qai tangkap Khal.Mahu kena belasah cukup-cukup.Lagipun semua ni salah Qai."Gumam Khal.
"Dah.Kamu yang salah.Boleh kamu cakap masakan Qai macam racun?Punyalah dia berusaha nak masak untuk kamu.Kalau ibu,memang ibu dah kejar kamu dengan parang.Tahu?"Kata Puan Khaleeda.Qaisya tahan gelak.Betul tu.Nasib dia tak kejar dengan parang!
"Dah.Jom makan!"Ajak Qaisya.Khai menelan liur.Matilahhh..
Qaisya pandang Khai sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
"Sedap kan?"Soalnya.Khai berdeham.
"Ermm..Boleh lah."Jawab Khai selamba.Qaisya angkat kening.Boleh lah?Kalau boleh lah je,takdennya kau nak tambah sampai 2 kali.Kalau sedap tu,cakap je lah!
"Ye,sedap.Ibu,Khal naik dulu lah."Kata Khai sebelum berlalu ke tingkat atas.
"Aik?Dia lari camtu je?Kesian Qai."Kata Athia.Qaisya sengih.
"Dia gi Mini Gim kat atas."Jawab Puan Khaleeda.
"Aik?Buat apa?"
"Dia gi senam lah..Lari atas treadmills lah tu.Kan dia makan banyak tadi.Dia takut gemuklah tu.Gedik!"Kata Qaisya pula sambil tergelak.Athia melopong.
"Pulak!"
2 bulan kemudian...
"Umi..Mana Khal umi?Semua orang dah tunggu budak tu."Soal Qaisya yang sedang duduk bersimpuh dengan pakaian pengantin.
"Qaisya tenang ea.Tadi Khal cirit-birit."Kata Puan Khaleeda.
"Seyes ah umi?Kenapa dia salah makan ke?"Soal Qaisya.
"Dia nervous lah tu."Kata Puan Khaleeda.
"Ermm..Qai pergi call dia dululah ea umi?"
"Bagus jugak.Lagi satu,kalau Khal cakap yang dia belum gosok baju,jangan percaya sebab umi dah gosokkan baju dia awal-awal.Jadi,dia mesti dah lencunkan baju dia dengan peluh dia."Kata Puan Khaleeda.
"Serius lah umi?Sampai macam tu sekali?"Qaisya tahan gelak.
"Ye.Budak tu memang tak boleh nervous..mula lah peluh satu badan.Dah,pergi call dia cepat."Qaisya mengangguk sebelum berlalu keluar dari masjid itu sebelum mendail nombor telefon Khai.
"Helo?"Jawab suara di hujung talian.Mesti si Aqmal,sepupu Khai.
"Helo.Khal mana?"Soal Qaisya.
"Oh,dia kat tandas.Jap ea."Qaisya menunggu.
"Oi,Khall!Bukak lah!Tunang kau call."Kata Aqmal sambil mengetuk pintu bilik air.
"Ha?Jap!"Qaisya tergelak dalam hati.Sewel lah dorang ni.
"Helo?Qai!"Kata Khai.
"Oi,Khal!Cepatlah!Kau kat mana ha?Orang dah mereput tunggu kau dekat masjid ni.Kau jangan cakap nak cancel akad nikah pulak!Aku belasah kau nanti!"Qaisya berkata di hujung talian.Dah setengah jam semua orang tunggu pengantin lelaki.Pengantin perempuan dah jadi singa ni!
"Oi,Qai!Aku lambat sikit!"
"Asal pulak?"Soal Qaisya.
"Pegh..perut aku meragam weh..takut punya pasal."
"Argh..Takde,tekde.Kau datang sekarang jugak!"Ugut Qaisya.Sewl punya Khal.Akad nikah je kot.Dengan aku je pun!Bukannya aku suh nikah dengan lembu!
"Kau gila?Kau nak aku terbuang dekat masjid ke ape?"
"Alah,lek ah.Kau sampai sini,Kita akad nikah,and then kau lari je lah ke tandas masjid.Apa susah?"
Kan?Buat apa masjid ada tandas kalau tak digunakan?
"Ha?Yelah,yelah!"
"Ok.Bagus.Cepat sikit."
"Eh,.Qai!"Panggil Khal.
"Amende?"
"Aku tak gosok baju melayu lagi."Qaisya tepuk dahi.Dah agak dah!Mesti dia berpeluh sangat sebab nervous bak kata umi.
"Khai Khalid!!By hook or by crook..Kau datang sekarang!Pakai baju tu je.Tak kesah la basah ke,apa ke.Pakai t-shirt pun aku tak kisah!Kalau tak,aku tarik kau ke sini dengan kain batik nanti!!"Jerit Qaisya geram.
**************The End********************
Note:Maaf sebab cerita ni mungkin agak laju sebab saya tengah kering idea nak panjangkan cerita ni.Sorrryyyy..Moga terhibur dengan cerita ending ni!
No comments:
Post a Comment