Tuesday, September 22, 2015

Cerpen:Qaisya Suraya (Part 3)

                 "Shira!!Cepatlah!Dah lambat dah ni.."Jerit Qaisya Suraya di tingkat bawah banglo miliknya itu.Dia sudah bercekak pinggang sambil menunggu Shira turun ke  bawah.Mereka mesti bertolak ke kolej kerana jarum jam sudah meunjukkan waktu 7.15 pagi.Kelas mereka bermula pada pukul 8 pagi.Perjalanan mereka ke sana mengambil masa 30 minit.Athia pula hanya dudukdi dalam bilik.

                  "Kejap!!"Shira berlari turun dalam keadaan  tergesa-gesa oleh kerana dirinya yang sudah terlewat bangun dan bersiap.Dia hanya mengukir senyum saat melihat wajah Qaisya yang sudah masam.

                   "Dah,jom!"Qaisya terus keluar menuju ke kereta Audi TT  Coupe miliknya yang bewarna silver setelah menyarung kasut converse yang bewarna  hitam putih.Setelah tiba di sisi keretanya,dia ternganga.'Grr..ni mesti kerja mamat ni punya.'

                    "Khai Khalid!!!!"Jerit Qaisya kuat.Shira yang baru keluar dari rumah tersentak.

                    "Apa ni,bising-bising?Sawan ea?"Kata Khai dengan selamba.Pagar rumahnya dibuka dengan menggunakan remote.Dia buat muka tanpa riak walaupun dia tahu apa yang dia sudah lakukan.

                     "Sawan ea?Asal kau pancitkan tayar kereta aku?"Marah Qaisya.Dia menjeling tajam ke arah Khai.Ingat dia tak  tahu?Khal boleh je masuk ke laman rumahnya melalui pintu kayu kecil yang menyambungkan laman rumahnya dan rumah Khal.Ini semua idea Puan Khaleeda aka umi aka ibu Khai.Dia kata kalau terjadi apa-apa nanti senang.

                      "Eh,mana ada!Tak elok main tuduh-tuduh tau."Nafi Khai.Tulah,buat aku marah lagi.Terima la akibatnya.Khai gelak dalam hati.Berani gelak kuat-kuat?Mahu kasut yang dipakai Qaisya itu kene mukanya.

                      "Ouh,takde ye.."Qaisya menahan geram.Kalau mamat tu jawab,memang mintak sarapan kasut pagi-pagi ni.

                      "Takde takde takde.."Jawab Khal selamba mengikut rentak citer upin dan ipin.Jap.Asal rasa aura sejuk lak tetiba nie..Jangan jangan..A.L.A.M.A.K!!

                      "Ni kau nye takde"Qaisya mencabut kasutnya lalu membaling ke arah Khai.Malangnya,Khai dapat elak dan membuat kan Qaisya geram lalu membaling kasutnya yang lagi satu.Kasutnya  terbang laju ke arah  Khal.Khail sempat elak dan kasut tu..

                       "Apa yang..Adoii!!"Encik Khairis yang baru keluar rumah terkena serangan kasut daripada Qaisya.Sakitnya..Khal terkedu.Dia tahu mesti sakit sebab balingan Qaisya bukan biasa-biasa.Mahu bengkak seminggu.Lagi-lagi kalau kat kepala..urghh..Ngerii.Khal pandang Qaisya.Qaisya sengih sambil tunjuk peace.

                        "Ayah!!"Jerit Qaisya sambil berlari masuk ke laman sebelah rumahnya melalui pintu kayu.Dia menerpa ke arah Encik Khairis yang sudah terduduk menahan kesakitan. Alamak!Ayahhh. ..Qaisya, Qaisya..Apalah yang kau dah buat ni.Tak pasal-pasal ayah dah kene benjol kat kepala.

                       "Ayah,sorry...Qaisya tak sengaja."Kata Qaisya sambil meminta maaf sambil kedua-dua tapak tangan nya  dirapatkan.

                        "Sorry,sorry!Sorry naik lori lah.Kau tahu tak kau dah baling kasut kat ayah?Kejamnya kau..ishishish."Khal menggeleng kepalanya beberapa kali.Ayah nya hanya diam.

                         "Blahla kau!Semua salah kau!Siapa suruh kau elak.Ikutkan hati,aku macam nak lumur je muka kau dengan taik kucing sebelah rumah tu!"Balas Qaisya geram.Teroknya pak cik!Aku sepak-sepak kaki tu kang baru tahu.

                         "Bla.Bla,Bla,ek eleh,nak bagi aku taik konon!Nak pegang kucing pon takot.Baik takyah!"Balas Khal.

                        "Eiii..kau ni  kan..Biarlah.Tangan aku.Bukan pakai tangan kau!"Marah Qaisya..Grrr.Nak tambah apa  lagi ni..

                        "Ek elehh..kau tu.."Tak sempat Khal nak balas,Puan Khaleeda sudah menyampuk.

                        "Ya Allah!Budak dua orang ni kan.Ayah tengah sakit boleh pulak kamu gaduh ye?Bertuah betullah budak-budak ni.Aku kahwin kan dua orang ni kang.."Bebel Puan Khaleeda yang baru keluar dari rumah setelah mendengar suara orang bergaduh.

                       "Umi!Maaf umi!Ni ha..Khal yang start dulu.Lagi satu,mi.Qai tak nak lah kahwin ngan mamat sengal ni,mi!Asyik cari pasal  je.Boleh gila den dibuatnya."Kata Qaisya.

                       "Apa kau cakap?Mamat sengal?Hei,aku ni jejaka malaya yang terlampau hensem tau tak.Kalau kau tak nak kahwin ngan aku,aku pun seribu kali tak naklah ngan minah yang banyak cakap,mulut macam mak nenek.Aku  kalau petik jari,ramai awek-awek yang datang tau?"Balas Khal panjang lebar.

                      "Ek eleh.aku banyak cakap konon!kau tu ha yang banyak.Kalah moyang punya moyang tau?Kalau kau kata sekali petik,ramai awek-awek yang datang,try lah petik  jari.Aku nak tengok jugak awek mana yang ada masalah mata sampai nak kat kau ni.Mana tahu,sekali petik,yang bapok lak datang."Kata Qaisya.Ha!Hambek!Apa?Ingat aku tak laku ke?

                        "Eh,kau!Cakap elok-elok sikit ea.Aku ni,straight okeyy.Takde belok-belok."
     
                       "Ouh ye?Aku tak cakap pon yang kau ni 'belok-belok'.Tapi,tak tau la kalau kau  tu..ehem.."Balas Qaisya sinis.Muahahaha..Qaisya ketawa kuat.

                        "Eii..Kau ni kan.."

                       "Dah!Cukup!Tengok ayah tu."Potong Puan Khaleeda.Dia mendekati  suaminya yang sudah terdiam.Mana tak diamnya.Budak dua orang ni gaduh tak henti.Banyak pula idea mereka nak lawan cakap.Poning den dibuatnya aihh.

                       "Hehe..sorry ayah."Kata Qaisya.Khal hanya mengangguk.

                       "Takpe,kalini aku maafkan.Lain kali jangan buat lagi."Kata Khai.Qaisya di sebelah sudah membulat matanya.Dia menyiku Khai.

                       "Aku tak cakap ngan kau la,mangkuk!"Marah Qaisya.

                       "Dah-dah.Takpe Qaisya.Sikit je ni.Qai ni takde kelas ke?Dah pukul berapa dah ni."Kata Encik Khairis.Qaisya tersedar sesuatu.Lantas jam tangan nya dipandang.What the..Dah pukul 7.30!!


                       "Alamak!Ayah!Qai dah lambat ni!Khal!Hantar aku cepat!"Arah Qaisya.Tangan Puan Khaleeda disalamnya.

                       "Aik?Asal aku kene hantar kau pulak?Kereta kau mana?"Tanya  Khai tanpa rasa bersalah.

                      "Ahh,kau!Dah pancitkan tayar kereta aku!Cepat!Aku dah lambat ni!"Qaisya menolak badan Khai.
                      "Ye.Ye.Sabar boleh tak?bye Umi!Ayah!"Kata Khai sambil laju menuju ke arah kereta mercedes benz warna putih miliknya.

                      "Bye umi!Ayah!Shira!Kau buat apa tercongok kat situ!Jom cepat!"Panggil Qaisya.Shira yang dari tadi berdiri macam patung terus berlari ke arah Qaisya.
.45
                      "Bye ,makcik,pak cik!"Laung Shira.Kemudian dia duduk di tempat duduk belakang manakala Qaisya duduk di bahagian  sebelah tempat pemandu.








"Woi Khal,laju lah siket!Bawak macam kura-kura la kau."Marah Qaisya.Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi.Khai hanya buat tak dengar.
     
            "Eii,mamat ni!Aku sembelih karang!"Kata Qaisya lagi.Dia mendengus apabila Khai masih buat muka mintak penampar die tu.Terus wajahnya ditoleh ke belakang untuk memandang Shira.Huh!Cakap ngan Shira lagi bagus.

            "Weh,pagi tadi Athia ada keluar bilik tak?"Soal Qaisya pada Shira.Shira pandang Qaisya lalu menggeleng perlahan.

             "Takde lah wei.Dia masih tidur kot.Ala,ko kan da tampal kertas memo kat fridge yang kita gi kolej."Balas Shira.Khai memandang Qaisya.

             "Qai,aku rasa budak tu pelik la.Kau orang tak rasa ke dia pelik?"Soal  Khai tiba-tiba.Qaisya jeling.Tadi masa aku pot-pet kat kau,kau buat bodo,skang nak tanya aku lak.

             "Apa jeling-jeling?Aku tahulah aku hensem."Kata Khai selamba.Qaisya mengecilkan matanya.

             "Huh,kalau setakat muka cam kau.Senang je nak cari."Balas Qaisya

              "By the way Khai,asal kau kata Athia tu pelik?"Soal  Shira curiga.Dia juga curiga tentang gadis itu.Mana taknya.Duduk kat taman dengan beg-beg besar,lepastu senang-senang je cakap yang dia nak tinggal dengan Qaisya.

               "Yelah,kau tau kan yang dia jumpa kita je terus kata nak tinggal kata rumah kau orang atau aku.Okeh,dia kata dia kene halau.Dia takde saudara mara yang lain ke?Lepastu,kenapa dia tak duduk kat rumah anak yatim?Biasanya,kalau orang tu dah takde keluarga,mesti akan ada yang akan hantar die ke rumah anak yatim.Tak pelik ke?"Jawab Khai panjang lebar.Shira hanya mengangguk mengiakan kata Khai.Qaisya terdiam.

                "Lagi satu,Kau orang ada tanya pasal dia tak?Keluarga dia?Saudara mara die?"Soal Khai.Shira diam.Qaisya tersengih.Khai pandang Qaisya.

               "Jangan cakap korang tak tanya apa-apa kat dia langsung?"Bingo!Soalan Khai betul-betul tepat.Qaisya tunduk.Habislah pasni aku kene bebel kaw-kaw.Tak caya?Kita tunggu jelah.

              "Aku nak tanya tapi Qai ni ha yang tak kasi.Katanya nak biarkan budak tu rehat."Kata Shira pula.Qaisya menjengilkan matanya pada Shira yang membawa maksud,'Yang kau bagi tahu pasal tu pahal?'.Shira pula menunjukkan sengih sambil membuat isyarat yang bermaksud,'Aku tak nak kene bebel dengan Khai.'.Qaisya mengetap giginya.Habislah.

                 "Apa?Qai,kau tahu tak itu bahaya.Mana tahu kalau dia orang jahat?Entah-entah dia tipu yang mak bapak die dah meninggal.Apa cuainya kau Qai.At least,kau kene tanya umur dia,asal-usul dia,nama  mak bapak die.Asal kau ni cuai?Kau tahu tak yang sekarang kau ni jadi tumpuan sebab kau pemegang saham terbesar syarikat bapak kau?Walaupun ayah aku CEO syarikat tu,dia hanya tolong sampai umur kau 25 tahun sebab lepastu kau yang kene handle syarikat tu."Kata Khai panjang lebar.

                 "Ala,sorry la.Nanti aku tanya dia ek?Lagi satu,pasal syarikat tu,bukan aku cakap yang aku dah bagi ayah kau terus?Aku memang tak boleh handle."Kata Qaisya.
               
                "Qai,kau tau kan mak kau cakap apa masa mak kau tengah nyawa-nyawa ikan?Ayah aku dah cakap kan?Sebab tu sekarang ni kau amek bidang  keusahawanan."Kata Khai.Qaisya mengeluh.Dia masih ingat lagi kata Encik Khairis a.k.a ayah Khai.


                "Qai,dengar sini.Sebelum mama Qai menghembus nafas terakhir,dia ada cakap sesuatu pada uncle."Kata Encik Khairis pada Qaisya yang masih menangis di atas kerusi hospital.Qaisya memandang Encik Khairis.

                 "Mama cakap ape,uncle?"Soal Qaisya dengan suara yang serak akibat terlalu banyak menangis.

                 "Mama Qai setuju untuk menjadikan Qaisya CEO syarikat ayah Qaisya dan mama Qai tak nak Qai jadi doktor psikiatri."Kata Encik Khairis.Qaisya terkedu.

                "Tapi,bukan uncle ke yang uruskan syarikat tu?"Soal Qaisya.

                 "Ye,tapi uncle ni hanya jalankan tanggungjawab.Ayah Qai memang suruh uncle buat macam ni bila Qai dah besar.Tapi mama Qai kata dia nak Qai pilih kerjaya Qai sendiri.Tapi sekarang,mama Qai suruh Qai yang amik alih syarikat tu sebab mama Qai tak nak Qai jadi macam mama Qai."Terang Encik Khairis.

                 "Tapi Qai tak tahu apa-apa pasal syarikat."Ujar Qaisya jujur.

                 "Jangan risau.Uncle ade.Qai tahu kan Qai adalah pemgang saham terbesar?dan sekarang ni Khal  adalah pemgang saham kedua terbesar dan uncle pula pemegang saham ketiga terbesar.Semua ini telah dibuat oleh arwah ayah dan mama Qai."Terang Enik Kahiris lagi.Qaisya hanya mengangguk lemah.


                "Qai,oh Qai?Qai?Qaisya Suraya?Qaisya Suraya!Oi."Qaisya tersentak bila Khai mengetuk kepalanya.Dia memandang Khai.

               "Adoi!Sakitlah!Kau ni kenapa?"Marah Qaisya.

                "Heisy ,dah bangun dah tuan puteri?Kita da sampai ni.Tuan puteri tak nak turun?Ke nak suruh patik bukakkan pintu?"Perli Khai.Qaisya terkejut lalu terus keluar dari kereta dan menarik Shira yang dari tadi menunggunya di luar kereta.

                 "Cepat wehh..Dah lambat!!"Kata Qaisya pada Shira lalu menarik tangan kawannya untuk ke kelas sampai terlupa tentang Khai.Khai menggeleng kan kepalanya.

                  "Sama-sama."Kata Khai perlahan lalu meneruskan pejalanan ke tempat kerjanya.
                        




"Hello."Jawab si gadis.Suara di hujung sana kedengaran tegas.

                       "Ye.Boleh sabar tak?Jangan call lagi.Kalau tak gagal."Kata si gadis tegas.

                       " Ye.Sabar jelah."Kata di gadis lagi sebelum matikan talian.Rumah banglo yang tersergam indah di depannya di pandang.Dia tersenyum.'Kau tunggu  je lah.Jangan ingat kau boleh hidup senang-lenang.'Bisik hatinya jahat.




"Qai,nak balik ke nak lepak library?"Soal Shira pada Qaisya.Mereka baru habis kelas.Qaisya tengok jam.Dah pukul 3 petang.Dia pandang Shira.

                     "Huh.Aku rasa better pulang.Badan aku dah berlengas ni."Kata Qaisya.Shira hanya mengangguk.

                     "Tapi kau dah call Khal ke belom?"Soal Shira lagi.Qaisya pelik.

                     "Apasal lak aku kene call die kalau aku nak balik?"Tanya Qaisya.Shira ketuk kepala Qaisya.

                    "Apa ke nyanyuk la kau ni Qai.Kan die yang hantar kita gi kolej pagi tadi."Jawab Shira.
 
                    "Alamak!Aku lupa la.Jap.Aku call die."Kata Qaisya lantas mendail nombor Khai.Tuut..tutt..

                     "Hello."Jawab Khai senada.Matanya masih menatap skrin laptop miliknya.

                    "Khal,amek aku.Aku nak balik."Cakap Qaisya lembut.Khai diam sambil melihat jam tangannya.

                   "La,nak balik.Baliklah.Sejak bila aku jadi driver ko ni."Soal Khai pelik.

                  "Hei,atok!Kau lupa eh yang kau da bocorkan tayar kereta aku?"Kata Qaisya.

                  "Ouh.Aku busy la Qai.Banyak kerja ni."Jawab Khai.Dia memang sangat sibuk pada harini.

                 "Khal,amek aku skarang.Kerja tu kan boleh tinggal.Aku ni ha lebih penting."Kata Qaisya.

                   "Haha..baliklah sendiri.Kerja lebih penting k?"Balas Khai selamba.Qaisya mendengus.

                "Ah,takde.I say,by hook or by crook,amik aku skarang!SEKARANG!kalau tak,aku report kat umi dan ayah."Ugut Qaisya.Khal mencebik.Suka pakai umi ngan ayah.

                "Yelah-yelah.Lagi 1 jam aku sampai"Jawab Khal.Qaisya terkejut.

                "Apa?Takde.Office ngan kolej ni bukannya jauh sangat.I give you 30 minutes."Putus Qaisya.

               "Ye.Ye.Kejap lagi aku gerak."

                "Masa start dari skarang.Kalau lambat,putus kawan!"Ugut Qaisya lagi sambil tersengih.

                "Hesy,yelah."Kata Khai lalu memutuskan talian.Qaisya seyum sambil memandang handphone nya.

                "Oit.Senyum sampai ke telinga nampak.Happy sangat dapat gaduh ngan pakwe."Sampuk Shira yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.

                "Banyak la kau punya pakwe.Dah jom.Nanti kalau lambat,tak pasal-pasal aku kene bebel dengan atok tu."Kata Qaisya sambil berlalu.

                  "Suraya!!"Jerit satu suara garau.Qaisya menghentikan langkah dan menoleh ke belakang semula.Di kolej,orang memang menggelarkan die suraya oleh kerana  panggilan Qaisya khas tuk orang tertentu.Qaisya mengeluh saat melihat wajah lelaki yang popular di kolej itu.Akmal.Huh.Lelaki playboy tahap gaban.Hensem th memang hensem.Ayat memang manis dan senyumannya memang buatkan gadis-gadis kolej di situ tapi memang taklah aku cair dengan die.Huh.Khal yang menyakitkan hati tu pon lebih hensem dari die.Kata Qaisya dalam hati.

                 "Awak dah nak balik ke,Su?"Soal Akmal pada Qaisya.Qaisya hanya mengangguk mengiakan.Shira disebelahnya dipandang.'Cis,hampeh punya kawan.Bukan nak tolong aku lari dari mamat ni tapi sibuk main dengan fon dye tu.'
                 "Awak balik naik apa?Nak saya tumpangkan?"Tanya Akmal lagi.Walaupun dia playboy,dia memang berminat dengan Suraya dari first semestar lagi.Tapi,bila dah last semestar baru die berpeluang berbual dengan gadis yang dingin itu.

                   "Ouh,takpe.Saya balik ngan kawan saya.Kejap lagi dia sampai."Kata Qaisya sambil senyum paksa.
 
                  "La,yeke.Kalau kawan awak lambat lagi,saya bileh hantarkan."Tawar Akmal lagi.Qaisya menarik nafas perlahan.Heisy,mamat ni tak faham bahasa melayu ke?Kang kalau aku tak sabar sangat,da lama mamat nimakan kasut ni kang.
 
                "Ha?Takpe-takpe.Kawan saya da nak sampai tu..."Kata Qaisya terhenti akibat fonnya yang berbunyi bermaksud ada panggilan.Qaisya tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.Khal!kau la hero aku.muahahha.Qaisya menjawab telifon.

                 "Helo Khal!Ha,ye.Jap agy orang keluar la.Tunggu jap ea."Kata Qaisya sebelum mematikan talian.Sengaja nama Khai disebutnya kuat biat lelaki depannya ini dengar.

                "okelah Akmal .Kawan saya da sampai.Shira.Jom!"Kata Qaisya sambil menarik lengan Shira meninggalkan Akmal yang terpinga-pinga.Lantaklah!Ada aku kesah.Kata hati Qaisya.Dia lebih risaukan pasal Khai yang menunggunya di dalam kereta.Habislah kene bebel lagi.Ni semua mamat playboy tu la.Adoii.

No comments:

Post a Comment