Tuesday, September 22, 2015
Cerpen To:Mr.Ego (Part 4)
"Hanna!!"Panggil Yasmin sambil menepuk bahu Hanna yang masih termenung.Hanna tersentak.
"Ya Allah!Hanna,please wake up!Kau masih ingatkan dia eh?Dah setahun dah Hanna,Dah setahun"Soal Yasmin.Hanna mengeluh.
"Yas,aku da malas nak fikir pasal die.Dah takde makna dah pun."Kata Hanna lemah.Ye,dah setahun.Dah satahun perkara tu berlaku.Masatu Hanna duduk di Melbourne selama 6 bulan di universti dan pulang untuk berjumpa dengan ibu bapanya.Saat itu,dia dapat berita bahawa Tengku Fahmie baru bertunang.Patutla da sebulan lelaki itu tidak menghubunginya.Rupa-rupanya lelaki itu sudah ada yang lain.Alangkah sakitnya hati Hanna bila mengetahui bahawa Tengku Fahmie curang padanya.Kini,dia pulang ke Melbourne untuk sambung pelajarannya.Ibu bapanya suruh dia menghabiskan terus pengajiannya di sini dan bekeja selama beberapa tahun di negara luar ini.Hanna pula akan pulang setiap kali dia dapat cuti semester.Kini,sudah 3 tahun perkara itu berlalu dan Hanna meneruskan pengajiannya.Dia bertekad untuk tidak mempercayai lelaki.Biarlah hatinya terbuka sendiri.
"Hanna,aku faham.Takpe,kau jangan risau.Aku kan ade.By the way,lagi ssehari je kita nak balik Malaysia.Yahoo!!Tak sabar kot.."Kata Yasmin teruja.
"Yelah wei,dah pukul 10 malam ni.Barang dah prepare blom?Esok pagi nak terus nak pergi Airport.Aku da ready dah."Kata Hanna.
"Ceit,aku dah siap lama da wei.Dah aku nak tido!Haha..bye..Goodnight!"Ucap Yasmin sambil terus berlalu ke biliknya.Hanna hanya menggeleng perlahan.
KLIA..
"Yahoo!!Dah sampai!!Rindunya Malaysia!"Jerit Yasmin keriangan.Selepas hampir lapan jam dok kat kapal terbang ,akhirnya!Freedom!! Troli begnya dan beg Hanna dihentikan.Hanna memandang Yasmin geram.
"Oit anak dara.Awak tu perempuan.Tak malu ke jerit kat khalayak ramai ni.Ish,aku tak ngaku kawan.bye!!"Ucap Hanna sambil berlalu meninggalkan Yasmin yang mencebik.Majok lah tu.Bisik hati Hanna.Dia berdiri sambil mencari fon di dalam beg tangannya.Tiba-tiba bahunya dilanggar membuatkan dirinya jatuh teduduk.Adoiii!!Sakitnya!Lelaki mana yang tolak bahu aku ni.Bahu batu ke apa.
"Hey,buta ke?"Soal lelaki itu.Amboi,suara memang tak boleh tinggi lagi lah kan.Dia yang langgar aku,dia pulak yang panas.Ni yang nak join panas gak ni.Biar sama-sama panas.Baru adil!Hanna bangun.
"Hey!Amboi-amboi,die yang langar orang,dia pulak kecoh.Agak la!!"Marah Hanna.Wajah lelaki itu dipandang geram.Hanna terkedu.What on earth is this?Aku dah sewel ke apa?Ke mata aku ada problem?Asallah aku jumpa mamat ni..Apa ke malang la naseb aku jumpa die.Lelaki itu juga terkedu.
"Hanna?"Soal Tengku Fahmie.Adoi!Dia ingat pulak nama aku.Disaster betol!Hanna buat muka selamba.Apa?Ingat aku suka kau lagi?Memang dalam mimpi laa..
"Ouh,kau.Ni aku nak cakap siket,Lain kali,jalan pandang depan.Bukan main fon."Kata Hanna dengan selamba.
"Hanna!Jom!Pak Hussein dah tungu kat luar."Panggil Yasmin tiba-tiba.Yasmin!Kau lah hero ku.Dapat gak aku lari dari mamat sewel ni.
"Jom!"Aku menarik lengan Yasmin sambil menolak troli yang Yasmin tolak sebelum ini.
"Hanna!"Panggil Tengku Fahmie.Aku toleh.
"Pahal?"Soal Hanna lagak gengster.
"Boleh kita jumpa?"Soal Tengku Fahmie.
"Boleh!Takde masalah.Boleh boleh boleh dalam mimpi!"Balas Hanna sambil terus berlalu membiarkan lelaki itu memanggilnya berkali-kali.Lorh,dah ada makwe tu panggil la makwe kau.Eh salah.TUNANG.Yang panggil aku pahal.Aku tahu la aku lagi lawa..Kwang kwang kwang.Hanna terengih-sengih.Di luar lapangan terbang,dia sudah nampak pemandu keluarga Yasmin dengan kereta vellfire hitam.Yasmin sudah selamat sampai ke sana dengan troli.Aku,on the way.Gila nak lari cam kanak-kanak ribena macam Yasmin tu?Huh,tak nak den.Malu aku dibuatnya.Hanna menggeleng kepalanya sambil berjalan menuju ke kereta Pak Hussein.Tiba-tiba..'Buk!'
"Arghh!!"Jerit Hanna perlahan.Mata ditutup.Tak nak jatuh lagi!Tiba-tiba dia rasa ada tangan yang menarik lengannya untuk stabil.Alhamdulillah!Naseb tak jatuh!Hanna memandang wajah yang telah menyelamatkan nya dari jatuh.Waghh!Hensem sehh.Mat saleh mana yang hensem sangat nih?Dah la mata memukau.Warna biru.Bercahaya-cahaya gitu.ARGHH!!CAIRR!
"Sorry."Ucap Hanna perlahan sambil menundukkan kepalanya.Lelaki itu mengangguk.Hanna lega.
"Emm,next time,hati-hati."Balas lelaki itu sebelum berlalu.Hanna hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.Wargh!Cakap bahasa Melayu lah!Jadi lelaki ni Malay la?Hehe.Dahlah hensem.Baik pulak tu cakap ngan aku.Hanna meneruskan langkah tapi,terhenti apabila lelaki tadi memanggilnya.
"Wait!"Panggil lelaki itu.Hanna menoleh.Lelaki itu bergerak mendekatinya dan berkata sesuatu.
"By the way,lain kali,jalan pandang depan,bukan termenung ye,cik kak."Perli lelaki itu dan terus berlalu.Hanna kaku.Okeh,aku tarik balik kata-kata aku yang lelaki tu cakap baik je dengan aku sebab tadi tu perli.Wargh!Semua lelaki sama.Huh,boleh blah!Hanna terus memasuki ke kereta apabila melihat Yasmin memanggilnya dengan isyarat tangan.Aduh!Nak kena citer kat minah ni ke?Hadoilahh..
Di rumah Hanna...
Kereta Pak Hussein berhenti di hadapan rumah Hanna.Hanna pandang Yasmin.
"Nak join buka puasa kat umah aku tak nanti?"Soal Hanna pada Yasmin.
"Of course nak!Parents aku da la tak ada kat rumah sebab gi Mekah."Jawab Yasmin.
"Yelah,jangan tak datang sudahh."Kata Hanna.
"Baik,Puan!!"Kata Yasmin sambil buat tabik.
"Siapa Puan?"Soal Hanna.Matanya dijengilkan.
"Opss!Tersilap sudahh!Baik Miss!"Ulang Yasmin.Hanna hanya menggeleng perlahan.
"Assalamualaikum."Satu suara garau garau memberi salam.Wajahnya mengukir senyuman manis tatkala melihat wajah si ibu.
"Wa'alaikum salam."Nyahut si tuan rumah lalu terkejut saat terlihat wajah si anak yang telah pulang setelah setahun di luar negara.
"Nazrul!!Ya Allah!Kenapa balik tak cakap?Kalau tak,boleh ibu suruh Pak Ali amik kamu kat airport."Ucap Tengku Nadia sambil memeluk anak terunanya itu dengan erat.
"Ala,Nazrul saja je nak buat kejutan.Ayah mana ibu?"Soal Tengku Nazrul.Kelibat ayahnya masih tiada.
"Ouh,ayah kamu kejap lagi baliklah tu.Dah.Pergi naik atas mandi pastu boleh berbuka sama-sama."Jawab Tengku Nadia.Tengku Nazrul mengangguk sambil mengangkat begasinya ke tingkat atas.
"Fahmie?Kenapa ngan anak mummy ni sayang?Balik-balik masam je."Soal Tengku Ratna pada Tengku Fahmie yang baru pulang dengan wajah yang muram dna tidak ceria seperti biasa.
"Mana ada mie.Fahmie senyum je ni.Cuma penat siket la mie."Balas Tengku Fahmie sambil mengukir senyuman hambar.
"La,yeke.Takpe.Fahmie pergi mandi pastu nanti turun masa berbuka nanti ye?Mummy ade banyak cerita nak bagitahu kamu."Kata Tengku Ratna yang risaukan anaknya.Fahmie mengangguk lemah lalu naik ke tingkat atas.
Di biliknya,Tengku Fahmie terbaring di atas katil sambil merenung siling biliknya.Mindanya terawang-awang mengingati pertemuannya dengan Hanna di airport.Ntah kenapa hatinya susah melepaskan Hanna sedangkan dirinya sudah bertunang dengan Fatiha.Dia keliru.
"Hanna,kenapa aku masih tak dapat lupakan kau?Semasa enam bulan kau kat Australia,Fatiha semakin rapat dengan aku dan buatkan aku lupakan kau.Hanna,kenapa kau muncul?"Kata Tengku Fahmie perlahan.Sekarang,die tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Hanna,apa yang aku harus lakukan?
"Uhuk!"Tersedak Hanna dibuatnya.Adoi,sapa yang kutuk aku dalam diam ni.Perit tekak aku dibuatnya.
"Hanna,cuba makan elok-elok.Kan dah tersedak."Tegur Puan Qaseh.Hanna hanya mengangguk kerana tekaknya masih perit.
"Ntah-ntah ada yang minat kat Hanna ni sampai sebut nama Hanna ni kut aunty.Tu yang tersedak tu."Usik Yasmin sambil menghulurkan segelas air masak pada Hanna.
"Diam ah kau."Kata Hanna sambil minum air yang Yasmin beri.
"Nasib baik aku dapat air,kalau tak,aku hempuk je kepala kau ngan pinggan ni."Bisik Hanna pada Yasmin.Yasmin hanya tersengih sambil membuat isyarat 'peace'.Puan Qaseh dan Tuan Adam hanya menggeleng perlahan melihat telatah Hanna dan Yasmin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment