Saturday, October 17, 2015

To:Mr.Ego Part 5

                         "Hanna,jom kita pergi jalan-jalan ronda satu KL nak?"Tanya Yasmin pada Hanna yang sedang memasak sarapan pagi.Terkejut dia melihat Yasmin yang tiba-tiba berada di dalam rumahnya.

                         "Kau ni kan,tak beri salam,tak bagi apa,tau-tau da ada kat dalam rumah.Ni apasal tiba-tiba tercegat kat rumah aku awal pagi ni?Sejak bila kau dah pandai bangun awal nih?"Soal Hanna kepelikan.Jarang sahabatnya ini bangun awal pagi masa cuti.Pelik nih.

                       "Heheh..Nak ajak kau jalan-jalan punya pasal lah ni.Gi Mid Valley yok!"Ajak Yasmin.Dia sungguh teruja untuk jalan-jalan di Malaysia.Hanna mematikan api dapur gas lalu mengambil mangkuk kaca sederhana besar dan memasukkan nasi goreng kampung ke dalamnya.Mangkuk itu diletakkan di atas meja makan sekali dengan semangkuk keil ikan bilis goreng.

                       "Hanna,jomlah.."Pujuk Yasmin.Hanna menoleh.

                       "Nak pergi bile?"Soal Hanna.Senduk nasi diambil dan diletak di dalam mangkuk nasi goreng tadi.

                       "Kita pergi kul 12 tengah hari jelah sebab kau dah masak breakfast.Lagipun kau tak payah masak lunch kan sebab mak ayah kau kerja and adik kau kita angkutlah sekali.Dia pun tengah tunggu surat dari universiti kan.Jomlah."Ajak Yasmin lagi.Hanna hanya mengangguk sebelum berlari naik tangga untuk menegejutkan adiknya dan sekaligus mengajak ibu bapanya untuk bersarapan sekali.Yasmin pula tunggu di ruang tamu dan duduk di sofa sambil menonton tv.Ini lah hobi orang single!hehe..





Hanna mengetuk pintu bilik ibu bapanya.

                   "Ye?Masuklah."Puan Qaseh menyuruh Hanna masuk.Hanna masuk ke dalam bilik itu.Kelihatan Puan Qaseh dan Tuan Adam baru bersiap dengan pakaian kerja.

                   "Mama,abah.Sarapan dah siap.Jom turun makan.Yasmin yang penyibuk tu pon ada."Kata Hanna.Perkataan Yasmin disebut kuat agar sahabatnya dengar.Sengaja.

                   "Oi!Aku dengarlah!"Jerit Yasmin dari bawah.Hanna sengih.Telinga lintah betul kawannya sorang tuh.

                  "Apalah Hanna ni.Diakan dah dikira sebagai keluarga kita jugak."Tegur Puan Qaseh lembut.

                  "Ala,Hanna gurau je mama.Jomlah turun makan."Ajak Hanna lagi.

                  "Kejap lagi abah ngan mama turun.Hanna masak apa?"Soal Tuan Adam.

                 "Hanna masak nasi goreng kampung.Nanti turun ea?Hanna nak kejut Haikarl plak."Kata Hanna lagi.Ibu bapanya mengangguk dan Hanna terus berlalu ke bilik adik lelaki nya.Tanpa mengetuk pintu,Hanna terus menerpa masuk  ke dalam bilik Haikarl.Dah agak dah.Masih berselubung lagi dengan selimut.

                  Hanna mendekati Haikarl dan menggerakkan kaki Haikarl yang berselimut itu dengan lembut.Orang kata,kalau nak kejut orang tu,kena kejut lembut-lembut supaya rohnya tak terperanjat.

                "Haikarl,bangun."Panggil Hanna.Dia menunggu adiknya itu untuk menyahut.Haikarl bergerak sedikit.

                 "Emm.."Gumam Haikarl sebelum menarik selimut menutup wajahnya.Hanna sengih,tapi,kalau rohnya dah sedar sikit,bolehla kejut betul-betul.Hanna mengundur sebelum berlari dan menindih adiknya yang masih berbungkus.

                "Haikarl!!"Kejut Hanna.Terbangun terus Haikarl dibuatnya.Hanna terguling ke tepi.Nasib katil king.Kalau katil single,memang dah sah tergolek jatuh katil.bisik hati Hanna.

                "Akak!Terkejut Karl dibuatnya."Marah Haiqarl.Kakaknya dipandang tak puas hati kerana telah mengganggu tidurnya.Hanna mengangkat kening.

                 "Ha,tahu terkejut.Akak nak tanya ni,Karl subuh ke tak pagi tadi masa akak kejut bangun untuk solat subuh?"Soal Hanna.Haikarl hanya mengangguk kerana dia masih mengantuk.

                 "Lepastu?Tidur balek?"Soal Hanna lagi.Haikarl mengangguk lagi.

                 "Dah,pergi bangun mandi lepastu turun sarapan cepat!Dah pukul 8 pagi dah ni.Nak ikut akak keluar tak?"Kata Hanna.Membulat terus mata adiknya.

                 "Nakk!Akak nak pergi mana?"Soal Haikarl teruja.Bukan apa,dia jarang keluar rumah kerana ayahnya selalu mengajaknya ke pejabat.Namun,harini dia tidak mengikuti ayahnya dan kalau keluar dengan kakaknya,bolehla dia paw duit kakaknya.Jimat duit poket den.

                 "Gi Mid Valley.Tengah hari nanti akak dah nak gerak.Dah cepat bangun!Karl nak makan dulu ke nak mandi dulu?"Soal Hanna pula.

                 "Yeay!Okok.Karl nak makan dululah."Kata Haikarl sebelum bangun dari katil dan menuju ke pinti biliknya.Hanna mengambil bantal Haikarl lalu membalingnya kat kepala adiknya itu.

                 "Adoi!!"Jerit Haikarl.Kepalanya diusap-usap sebelum menoleh ke arah kakaknya dengan muka tak puas ati.

                  "Agak lah Karl,Gosok lah gigi tu dulu.Basuh muka tu dulu.Kak Yas pun ada kat bawah tu.Tak malu ke?"Kata Hanna.Haikarl menghentak kakinya sebelum masuk ke dalam bilik air. Hanna menggelengkan kepalanya sambil mengemas tempat tidur adiknya lalu keluar dari bilik itu untuk turun ke bawah.





"Ma,abah."Panggil Hanna setelah mrereka sekeluarga selesai makan.Puan Qaseh dan Tuan Adam mangangkat kepala.

                   "Hanna lepas ni nak keluar boleh?"Soal Hanna.Dia memandang wajah ibu bapanya.

                   "Hanna pergi ngan siapa?Yasmin?"Soalan Hanna dibalas dengan soalan oleh Puan Qaseh.

                  "Ha'ah ma."Jawab Hanna.

                    "Karl ikut kakak skali,ma."Sampuk Haikarl tiba-tiba.

                   "Hmm,baiklah.Tapi jangan balik lewat malam.Abah amanah kan Karl untuk jaga kak Yas ngan kak Hanna ni   and make sure balik sebelum  pukul 9 malam,faham?"Pesan Tuan Adam.Haikarl mengangguk.Hanna dan Yasmin buat hi-5.

                   "Jangan happy sangat.Ingat  pesan abah tu,balik sebelum 9 malam."Kata Puan Qaseh.Serta-merta Hanna dan Yasmin menunduk dan mengangguk tanda faham.Haikarl menahan tawanya melihat kakak-kakaknya itu menunduk.Terus Yasmin dan Hanna menjeling Haikarl.Terdiam Haikarl dibuatnya.

                    "Okelah,mama ngan abah gerak dulu.Dah lambat dah ni."Kata Puan Qaseh sebelum Hanna,Yasmin dan Haikarl menyalamnya.Tuan Adam mengangguk sebelum Hanna dan Haikarl menyalaminya lalu Tuan Adam dan Puan Qaseh begerak ke tempat kerja masing-masing.

                    Tinggal Hanna,Yasmin dan Haikarl di rumah itu.Hanna memandang Haikarl.

                    "Haikarl gi mandi cepat.Kol 12 kalau Karl tak siap agi,akak tinggalkan Karl."Arah Hanna.Adiknya ni bersiap kalah perempuan!Yasmin mengangguk setuju.

                    "Baik mem."Kata Haikarl sebelum berlari naik tangga ke tingkat atas.





Tengku Fahmnie bersiap-siap untuk keluar.Dia turun dan masuk dapur.Kelihatan Tengku Ratna sedang menyediakan makanan untuk makan tengah hari.

                    "Mummy,Fahmie nak keluar kejap ea?"Kata Tengku Fahmie sebelum menyalami tangan ibunya.

                    "Aik?Nak pergi mana?Fahmie kan baru balik.Rehatlah dulu."Ujar Tengku Ratna.

                   "Heheh..nak keluar la mummy.Dengan Si Nazrul.Ala,Fahmie saja nak amik udara segar."Kata Tengku Fahmie.

                   "Ha?Nazrul dah balik dari mesir?"Soal Tengku Ratna.Rindu sungguh dia dengan anak saudaranya itu yang belajar bahagian medic di mesir.

                   "Ha'ah.Tapi seminggu je sebab nanti dia nak balik ke sana semula."Terang Tengku Fahmie.

                   "What!Abang nak jumpa dengan Abang Naz?Nak ikut!"Tengku Fariena yang baru sampai ke dapur terus menyampuk.Tengku Fahmie toleh.

                    "Argh,sebok.Jangan harap abang nak bawak riena skali."Jawab Tengku Fahmie.

                    "Alaa..abang.Bolehlaa..Riena bosan lah duk rumah.Sementara Riena blom masuk uni,abang bawaklah Riena eh?"Pujuk Riena.Tengku Fahmie mencebik.

                     "Yela..tapi abang bagi 5 minit je.Lambat tinggal."Putus Tengku Fahmie sebelum keluar untuk pakai kasut.Fariena terus berlari tak cukup tanah untuk bersiap manakala ibunya hanya menggeleng perlahan.






"Haikarl!!!"Jerit Hanna kuat.Yasmin awal-awal lagi dah tutup telinganya.

                       "Ye!kejaplahhh!!"Jerit Haikarl pula dari tingkat atas.Hanna melihat jam tangannya.Dah pukul 12.15.Dia terus keluar untuk menyarung kasut heels 2 inchi miliknya.Malas nak pakai kasut tinggi.Yasmin mengikut langkah Hanna.Sebelum itu...

                       "Lambat tinggal,Haikarl..byeee.."Perli Yasmin.Haikarl yang takut untuk ditinggalkan terus turun sambil mencapai topi bewarna hitam miliknya.
 
                       "Kejaplah akak!!" Jerit Haikarl sambil menyarung kasut sneakers hitamnya lalu masuk ke dalam kereta mini cooper Hanna yang bewarna hitam putih.

                      "Kalau lambat sikit je lagi,akak tinggalkan je kau sorang-sorang .Padan muka.Siap mengalahkan perempuan."Kata Hanna sebelum memulakan perjalanan ke Mid Valley.Haikarl mencebik.

                       "Whatever!Yang penting..Mid Valley..here I come!!"Jerit Yasmin gembira.






"Haikarl,jom pergi old town coffee!!"Ajak Yasmin.Haikarl menoleh memandang Yasmin dan Yasmin membuat isyarat.Haikarl mengangguk faham.

                      "Akak,jom gi old town."Pujuk Haikarl sambil memegang lengan Hanna.Hanna meencebik.

                       "Yelah.yelah.Bodek je tau."Balas Hanna.Yasmin dengan Haikarl tersenyum.

                       " Yeayy.."Sorak mereka lalu terus menuju ke arah lif elevator untuk naik ke tingkat atas.
 
                    "Ha,yes!Aku da jumpa Old Town Coffee!!Jom."Ajak Yasmin sambil menarik lengan kanan Hanna manakala Haikarl menarik lengan kiri Hanna.Mereka duduk di meja yang berdekatan.

                    "Ha..nak makan ape?"Soal Hanna.
   
                    "Nak tom yam noodles soup dengan ice lemon tea."Oder Yasmin.Dia pandang Hanna.

                    "Emm..Bbq chicken soup egg noodles with fried wanton and hot chocolate."Hanna memesan dan pandang Haikarl yang masih sibuk memandang menu di tangan.

                    "Hurmm..hurmm..I want bbq dry cury egg noodles with cold enriched chocolate."Pesan Haikarl sebelum waiter itu berlalu.

                  "Aku rasa nak pergi jalan-jalan jap lah ea.bye"kata Hanna sebelum beredar.Dia ingin mencari sesuatu.Matanya melilau mencari kedai olympus.Gotcha! I found it! Hanna terus masuk ke kedai itu untuk membeli sebuah kamera bewarna merah.





Setengah jam kemudian,Hanna berjalan keluar dari kedai itu bersama sebuah beg yang mengandungi kamera yang baru dibelinya.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Hanna menjawab telefon.

                   "Hello..heheh..sorry..Sabarlah..aku da keluar dari kedai ni.Kejap lagi aku datang.yeye.."Jawab Hanna sebelum mematikan talian.Tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang.Nasib baik dia tak jatuh tapi telefonnya terlepas dari tangan.oh my phone.Hanna terus mengambil phone nya sebelum memandang ke arah orang yang telah melanggarnya.

                  Hanna terkedu.Wait a minute.Cam pernah aku jumpa lelaki ini.Lelaki itu pun terkedu.Macam pernah kulihat wajah perempuan ini.Tapi di mana ya?Haaaaa!!

                  "Awak yang langgar saya masa kat airport tu kan?"Soal Hanna dan lelaki itu aka Tengku Nazrul serentak.

                   "Ha?" Tengku Nazrul pelik.Hanna mencebik.

                   "Ok fine.Awak yang SAYA langgar tu kan?"Soal Hanna sekali lagi memperbetulkan soalan nya tadi.

                   "Ha.Tu baru betul."Kata Tengku Nazrul sambil tersengih.Hanna mengetap giginya geram.Mamat ni memang mencabar kesabaran aku betullah.

                   "Ok.Kiranya kita kosong-kosong la ye.Sebab semalam saya yang langgar awak dan harini awak yang langgar saya.So,kosong-kosong la ye."Kata Hanna sebelum pergi meninggalkan lelaki itu.Tapi,tiba-tiba Hanna berpatah balik.

                    "By the way,lain kali jalan pandang depan,bukan pandang tempat lain."Kata Hanna apabila dia berdiri di hadapan lelaki itu.

                      Kemudian Hanna terus berlalu meninggalkan Tengku Nazrul tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa.Tengku Nazrul terkedu sebelum perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.Peliknya perempuan tu..ish ish ish..

                    Tengku Nazrul menggeleng sebelum bergerak perlahan ke tempat pertemuannya dengan Tengku Fahmie.








"Oit."Tegur Hanna pada Yasmin dan Haikarl sebelum dia duduk di kerusi sebelah Haikarl.

                      "Ha..baru sekarang muncul?Kau buat apa lama sangat?"Soal Yasmin pada Hanna.Hanna hanya tersengih sebelum menunjukkan beg kecil berjenama olympus kepada Yasmin.Yasmin hanya mengangguk sebelum dia memulakan suapan pertama.

                       "Aik.Kau baru nak makan?Kau tunggu aku ke?"Soal Hanna pada Yasmin sebelum dia pun memulakan suapan yang pertama.

                        "Ha'ah.Adik kau ni je yang sampai-sampai terus ngap makanan dia sampai licin."Balas Yasmin sambil menunjukkan jarinya ke arah Haikarl yang sedang bermain handphonenya.Haikarl hanya tersengih sebelum menyambung bermain handphonenya.Hanna hanya memandang adiknya.

                        Setelah habis makan,Hanna memandang adiknya lagi."Karl,mesej ngan makwe ke?Tak citer kat akak pun."Kata Hanna.Haikarl menoleh sebelum tersengih.

                        "Mana ade la kak,Haikarl mesej ngan kawan je.Haikarl nak kerja dulu.Haikarl lelaki.Kalau akak takpe lah..cekup je mana-mana laki kaya..heheh..lagipon akak da 20 tahun ok."Bebel Haikarl panjang lebar.

                        "Oit.Pandai kau cakap akak ea.Akak muda lagi eh."Kata Hanna.

                         "Ala,kak.Sekarang citer novel semua kawen awal tau tak?"Kata Haikarl lagi.

                         "Ouh..kalau camtu,Karl suruh kak Yas ni ha kawen dulu..dia lagi tua dari akak tau tak."Kata Hanna mengenakan Yasmin.Yasmin tersedak.

                          "Aik.Asal aku pulak?Aku tak masuk campur ea.By the way,Aku tua satu bulan je dari kau ea."Kata Yasmin.Hanna dan Haikarl hanya gelak sakan.Yasmin memuncung.

                           "Haha..okok..kita tukar topik ea.Lepas ni nak pergi mana?"Soal Hanna pada mereka berdua.

                         "Pergi converse!!"Kata Yasmin bersemangat.Haikarl setuju.Dia pun nak beli kasut.Yes...kosongkan duit akak.

                         "Yeay!Akak dengan kak Yas nak belanja kasut!"Sorak Haikarl pula.Hanna dan Yasmin memandang Haikarl.

                         Haikarl terdiam.Dia membuat muka comel."Alaa,Karl kan nanti nak pergi Uni.Nanti susah nak jumpa akak dua orang nih."Kata Haikarl dengan nada sedih.

                         Hanna dan Yasmin hanya senyum sebelum ketawa."Eleh,sedih konon.Berlakon je tau."Kata Hanna."Yolah Karl,kitorang belanja.Don't worry ok?"Kata Yasmin pula.

                         "Sayang korang!!"Jerit Haikarl kuat dan gembira sambil memeluk Hanna.Mana boleh peluk Yasmin.Bukan mukhrim.Hehe.Tiba-tiba dia terdiam.Semua orang di restoran itu memandang nya.

                         "Akak-akak sekalian.Kita gerak sekarang la..Haikarl da malu tahap gaban da ni."Kata Haikarl sebelum berlalu keluar dari tempat itu menuju ke kedai converse.

                          Hanna dan Yasmin hanya mengikut.Nasib baik mereka sudah selesai membayar.Tak lama kemudian mereka gelak gila-gila mengenangkan Haikarl yang merah mukanya menahan malu.

                        Namun,tanpa mereka sedari,merka telah diperhatikan oleh 3 orang manusia.Iaitu Tengku Fahmie,Tengku Fariena dan Tengku Nazrul.

                        Dalam fikiran Fahmie,'Siapa lelaki tu?Kekasih baru Hanna ke?Tapi apa kaitan dengan Yasmin pula.?'Dalam hati Tengku Fahmie penuh dengan rasa geram melihat perlakuan lelaki itu yang sesuka hati memeluk Hanna.

                          Dalam fikiran Tengku Nazrul pula.'Aik?Tu bukan perempuan tadi ke?Dah ada pakwe ke?Tak mungkin la.Mungkin suaminya atau adiknya.Tengku Nazrul tergelak dalam hati dengan andaian nya sendiri.

                          Manakala dalam hati Tengku Fariena pula..'Haikarl!!'Lelaki idamannya sejak dia berada di sekolah menengah namun dia tak berani untuk menegur lelaki itu.Tapi,argh.Dia dah ada makwe ke?Harap-harap bukan.please la..Harap perempuan yang lelaki itu peluk adalah kakak lelaki itu sendiri sebab dia tahu lelaki itu amat nenjaga batasannya.

                         Dahi Tengku Fariena berkerut.Tapi macam aku pernah  nampak muka dua orang gadis itu.Tapi bila?lepastu dekat mana?Argh..Tengku Fariena pening kerana tak dapat menjawab teka-teki yang membelenggu dirinya.
                     
 



OLDTOWN BBQ Chicken Soup Egg Noodles with Fried Wanton - See more at: http://oldtown.com.my/index.php/menu/food/#sthash.4aSfgaZc.dpuf
OLDTOWN BBQ Chicken Soup Egg Noodles with Fried Wanton - See more at: http://oldtown.com.my/index.php/menu/food/#sthash.4aSfgaZc.dpuf
OLDTOWN Tom Yam Noodles Soup

No comments:

Post a Comment