Wednesday, October 21, 2015

Qaisya Suraya(part 4)

                 Qaisya dan Shira berlari-lari anak ke arah kereta mercedes benz yang bewarna putih milik Khai yang sudah terpakir di tepi jalan.Qaisya sengih sebelum masuk ke dalam kereta Khai bersama Shira.

                "Olla!"Tegur Qai ceria.Khai jeling.Minah ni memang tak makan saman betul la.
     
                 "Lain kali aku tak nak amik kau lagi.Baiklah jalan kaki.Baru padan muka tuh."Bebel Khai.

                 "Alaaa..kau kan baik.."Kata Qaisya.Dia tahu Khai tak marah sangat pun.

                 "Lantak.Tak nak hantar.Tak nak hantar."

                  "Huh.Tak nak hantar.Tak nak hantar."Ejek Qaisya.

                  "By the way Qai,bersedia eh minggu depan.Aku tak tahu nak buat cam mana.Tapi,kau tunggu je la ea?"Kata Khai.Qaisya bingung.

                 "Apa-apa lah Khallll.."Jawab Qaisya.Khai hanya senyum.Seminggu je lagi.






Seminggu kemudian..

                 "Kak Su!Kak Shira!Mak cik datang!Ramainya orang!!"Jerit Athia memanggil Qaisya dan Shira.Berlari dua orang tu dibuatnya.Last-last,sume dok intai dari celah tingkap.Bukan tau nak bukak pintu.Maklumlah,anak dara lah katakan.Kemudian,mereka nampak Puan Khaleeda masuk ke halaman rumah lalu mengetuk pintu.Qaisya bukak pintu sedikit.

                  "Kenapa ni umi?"Soal Qaisya perlahan.

                 "Qaisya pergi tukar baju.Umi bawak rombongan meminang ni nak minang Qaisya untuk Khal.Umi dah bagi tahu mak su Qai tapi,mak su Qai kata dia tak nak ada apa-apa hubungan dengan Qai.Jadi,umi terus ingat nak pinang Qai sekarang.Qai okey?"Kata Puan Khaleeda pada Qaisya.Qaisya tercengang.Athia dengan Shira dah happy sampai terlompat-lompat.

                  "Ahh..Ah?Pi..pi..pinang?O..Oke..Okehh..Qai..pe..per.gi ..tukar..ba..baju dulu..umi..masuk laa.dulu.."Kata Qaisya lalu berlari naik atas diikuti Shira dan Athia.Masuk je bilik.Qaisya tutup pintu.Dia pandang Shira dan  Athia.Dia senyum.

                   "Arghhh!!Khal pinang aku!Eiiiii..Yessss!!"Jerit Qaisya perlahan.Walaupun seteruk mana dia gaduh dengan Khal,suka tetap suka weii!Shira dengan Athia hanya menggeleng kemudian mencarikan Qaisya baju yang sesuai.Baju yang sesuai?Eceh..Diorang dah bersepakat dengan jiran sebelah untuk menyuruh Qaisya memakai baju yang telah 'jiran' sebelahnya beli.Siapa lagi kalau bukan Khai Khalid!




Disebabkan pinangan secara mengejut sekali dengan bertunang,membuatkan Qaisya senyum lebar.Mulutnya tak boleh berhenti senyum!Qaisya duduk di kerusi di laman rumahnya sambil melihat bintang yang berada di atas langit.Argh!Macam mana la nak berhadapan dengan Khal esok.Malunya.Qaisya bangun untuk masuk ke dalam rumah apabila jam pun sudah menunjukkan pukul  9 malam.Pusing je..

                 "Mak!!"Qaisya terduduk bersimpuh kat atas rumput.Kurang asam belacan punya Khal!Marah Qaisya dalam hati.Eh?Ada ke asam belacan?Lantak la..Tapi kalau ada..Ugh,mesti rasa dia..eii..jangan fikir!!

                "Oit,tu pun nak jerit.Dah bangun.Aku nak cakap siket ni."Kata Khai lalu duduk di kerusi di hadapan Qaisya.Qaisya mencebik sebelum bangun lalu duduk di kerusi yang bertentangan dengan Khai.Bila ternampak cincin di jari Khal,terus merah muka Qai.

                 "La,malu pulak!Sejak bila kau jadi pemalu ni,ek?"Usik Khai.Berubah terus muka Qaisya.Giginya diketap dan ..'Pap!'Tangan nya mengetuk kepala Khai kuat.

                  "Sakitlah mak cik!"Marah Khai.Qaisya mengangkat keningnya.Bermaksud ada aku kesah?

                   "Yang kau gatal-gatal datang rumah anak dara lawa malam-malam ni apa pasal?"Soal Qaisya.

                   "Ceh.Lawa sangatttt."Jawab Khai sebelum mengelakkan kepalanya daripada dipukul.

                  "Ni,umi ada tanya tak yang masa tunang tu,nak ajak kengkawan rapat?"Soal Khai.Qaisya hanya mengangguk.

                  "Dah tu?Asal tak nak ajak kawan?"Soal Khai pelik.Qaisya menarik nafas perlahan sebelum ada tanduk jahat dikepalanya.

                   "Ok.first of all,kau tahu kan yang kawan rapat aku cukuplah Shira dan Athia.Aku tak ajak kengkawan yang lain sebab aku tak nak tau aku tunang ngan kau."Jelas Qaisya.

                   "So,kau sebenarnya terpaksa ke terima aku?"Soal Khai lemah.Qaisya sembunyi senyum.

                   "Bukan lah Khai.Aku sebenarnya tunggu kau petik jari supaya aku nak tengok mak nyah mana yang datang."Jelas Qaisya sebelum dia ketawa terkekek-kekek melihat wajah Khai yang cemberut.

                   "Kau ni kan.Serius sikit boleh tak?"Marah Khai.Qaisya mengangkat bahu.
   
                  "Ish,yelah.Aku mana rapat sangat dengan budak yang lain sebab kau jugak yang tak kasi kan?Dan,cukuplah Athia dengan Shira je yang ada."Jawab Qaisya dengan nada serius.

                  "Hehe.Bukan apa Qai,ini semua untuk kebaikan sebab hanya kau waris kepada harta bapak kau."Kata Khai pula.Qaisya mengeluh.

                  "Boleh tak aku bagi separuh harta aku kat rumah kebajikan?"Soal Qaisya.Dia memang sudah penat untuk memikirkan tentang wang itu semua.

                  Khai memandang Qaisya."Qai,boleh tu boleh.Kalau kau nak derma,kau derma je.Lagipun memang selama ni kau banyak menderma dengan duit kau tapi kau kena jalankan amanah mak ayah kau yang nak kau uruskan syarikat."Ujar Khai panjang lebar.

                 "Syarikat?Alah Khai.Kau je lah yang uruskan.Aku tak nak.Lagipun lagi 2 bulan kita kahwin kan?Itu maknanya syarikat itu milik kau."Kata Qaisya.

                 "Walau apa pun,aku tak nak ambil alih tugas kau.Aku hanya akan bantu kau.Tu dah kira okey tahu tak?"Kata Khai.

                 "Kau sebenarnya takut dianggap sebagai pisau cukur kan?"Qaisya pandang Khai.Khai menganguk lemah.

                "Ha?Khai,kau tahu kan yang aku percaya kau?Selama ni,keluarga kau yang jaga aku.Jadi apa masalahnya?Lagipun,keluarga kau pun cukup kaya.Kau jangan ingat yang aku tak tahu,sebenarnya duit yang selama ni kau belanja aku semua duit kau kan?Kau tahu yang aku tak berapa suka untuk menggunakan duit kat bank tu so,kau belanja aku dengan mengatakan itu duit aku.Khai,tolong lah simpan duit kau.Dan ingat,bila kita kahwin nanti,aku tahu.Duit kau,memang duit aku but duit aku pun duit kau."Ucap Qaisya panjang lebar.

                 Khai terkedu.

                 "Ok.Fine.Tapi apa yang kau merepek?Duit kau tu duit kau lah mak cik.I have enough money okay."Qaisya mencebik.

                 "Yelah-yelah.Tapi!Satu hal lagi"Kata Qaisya.Khai mengangkat kening bertanya.

                 "Barang hantaran,aku nak kita yang cari sendiri and!!Barang hantaran untuk kau,aku nak pakai duit aku sendiri."Ucap Qaisya.Mata Khai membesar.

                 "No!Kau tak payah keluarkan duit.That's enough.Understand?"Tetap Qaisya.Khai mencebik.

                  "Yelah queen control."Jawab Khai.Tiba-tiba..

                  "Ya Allah.Khal!Buat apa kat rumah anak dara orang malam-malam ni?"Terjah Puan Khaleeda dari belakang.Mereka terperanjat.Terkejut mak!!

                  "Umi ni buat Khal terkejut je.Jom kita balik ye."Kata Khai sambil mengurut dadanya.Puan Khaleeda menggeleng-geleng kepalanya sementara Qaisya hanya terengih.

                 "Ha,sebelum umi lupa,esok khal dengan Qai pergi beli barang hantaran ea.Senang nanti umi ngan mak cik-mak cik kamu tu nak gubah.Supaya tak kelam kabut nanti.Ye?Ajak Shira dengan Athia sekali sebab kamu berdua ni bukan boleh berdua.Tak elok.Faham?"Pesan Puan Khaleeda.

                 "Ok.Qai,esok pukul 9  pagi aku tunggu depan rumah.Suh budak-budak tu siap cepat sikit."Kata Khai pada Qaisya.Qaisya hanya mengangguk sebelum Puan Khaleeda dan Khai masuk ke rumah mereka.

                Tanpa mereka sedari,ada seseorang yang memerhati dari bilik yang berada di tingkat atas.Telefonnya diambil lalu jarinya mendail nombor seseorang.

                "Helo,ni aku.Diorang akan keluar esok.Tempat aku bagitahu kau esok.Ingat.Jangan sampai terkantoi.Kalau tak,our deal is off."Katanya sambil mematikan talian.Tanpa dia sedari,ada seseorang yang mendengar perbualannya dari luar bilik.








Pagi itu,tepat 6.30 pagi,Qaisya memasuki bilik Shira.Kelihatan Shira sedang berbaring di atas katil sambil bermain telefonnya.

             "Oit,mak cik!"Sergah Qaisya.Shira mengangkat wajahnya.

              "Cepat siap!Kita akan pergi shopping barang hantaran aku.Jom!Khal kata kul 9 dia tunggu kat luar.Kalau kau tak nak kena bebel,pastikan kau siap pukul 8.59 pagi .hehe."Kata Qaisya sambil terus berlalu ke bilik Athia tanpa mendengar jawapan Shira kerana dia pun mahu bersiap.

            Masuk ke bilik Athia,Qaisya tersenyum.Athia baru habis mengerjakan solat subuh dan sedang berdoa.Habis Athia berdoa,Qaisya memberitahu perkara yang sama dia beritahu kepada Shira.Kemudian Qaisya menyiapkan dirinya.




Tepat 9 pagi,bunyi hon kereta kedengaran.Ketiga-tiga gadis itu keluar dan masuk ke dalam kereta mercedes benz milik Khai.

           "Nak gi mana ni,Khal?"Soal Qaisya.

           "Nak gi mana eh?Kita gi KLCC je la eh?"Balas Khai sambil tersenyum memandang ke arah Qaisya yang manis berbaju blouse longgar bewarna putih bercorak bunga kecil warna merah dengan kain kembang warna merah sedondon pula tu dengan dia yang memakai baju t-shirt polo dan memakai seluar slek warna putih.

             "Ok gak tu.Boleh shopping banyak-banyak.Hehe.Korang ok kan?"Soal Qaisya pada Shira dan Athia  yang sedang bermain dengan telefon mereka.

            "Okey!!!"Sahut mereka serentak.








Tamat membeli barang,mereka membawa barang-barang yang telah dibeli ke tempat letak kereta sebelum memasukkannya ke dalam bonet kereta.

               "Ada apa-apa lagi yang tertinggal?"Soal Qaisya pada Shira.Khai pula berpatah balik untuk pergi ke tandas.Shira melihat list barang.

                "Emm..Alamak Qai!Bunga!Adoi!Macam mana kita boleh lupa ni?"Kata Shira tiba-tiba.Qaisya tepuk dahi.

                  "Kalau camtu,jomlah kita masuk balik.Bunga je kan?"Kata Qaisya.

                   "Apa kata kita suh Khal je?Bahaya la kalau kita pergi sendiri."Balas Shira.Pada saat itu,Athia memandangnya tajam tanpa disedarinya.

                     "Apalah kau ni,Shira.Macam la kita tak biasa datang sini sendiri."Kata Qaisya sambil tergelak kecil.

                      "Tak de lah Qai.Aku cuma rasa tak sedap hati je."Balas Shira.

                       "Dah,tak payah nak risau sangat.Jom!Athia,jom.Kunci kereta aku pegang."Ajak Qaisya.Athia hanya menurut.Qaisya dan Shira berjalan di hadapan Athia.Tiba-tiba kaki Shira tersadung batu dan membuatkannya terjatuh.Athia yang tidak sempat membrek kakinya,terlangar badan Shira.Qaisya pula berjalan terus kerana tidak perasan akan Shira.Dia lebih risau akan barang yang belum dibelinya.

                       Tiba-tiba ada kereta yang meluncur laju ke arah Qaisya.Qaisya terkedu.Badannya beku tidak boleh bergerak.Shira dan Athia memandang Qaisya dengan riak terkejut.

                      "Qai!!!"Jerit Shira.

                      "Kak Suu!"Jerit Athia pula.
 
                     "Arghhh.!!!"Jerit Qaisya apabila ada seseorang menarik tubuhnya ke hadapan sebelum kereta itu memandu laju melarikan diri.

                       "Qai,are you okay?"Soal Khai pada Qaisya yang masih diam sambil memeluknya erat.Qaisya tidak beriaksi sebelum pemandanannya kelam dan gelap!Qaisya pengsan.

                       "Qai,bangun.Qai!!!.."Hanya itu yang Qaisya sempat dengar.







Di tandas wanita di hospital...

                     "Kau memang bodoh!Tadi perempuan tu sorang yang kau lambat langgar dia tu apasal!Tak,kau jangan nak melampau.What!Rancangan lain?Kau dah gila ea?Ok fine.Tapi kau kena ingat!Kau jangan berani call aku sebelum aku call kau.Faham?"Kata seseorang sebelum talian dimatikan.Dia geram.Asal perempuan tu tak kena langgar?Argh!
                

2 comments:

  1. Best lah...Dan misteri..Agaknya sia yang jahat tu yer???

    ReplyDelete
  2. Best lah...Dan misteri..Agaknya sia yang jahat tu yer???

    ReplyDelete