Nazrul menampal plaster luka besar pada pipi kiri Hanna selepas dia menapu losyen aloe vera.Hanna mengaduh sedikit.Punyalah kuat minah tu tampar dia.Baru jumpa terus nak tampar orang!Lain kali buatlah surat jemputan ke hape kalau nak ajak gaduh.Dengan relah hati aku boleh tinju perempuan tu macam punching bag.
"Sorry.Saya pun tak tahu dia kena sawan apa sampai tampar awak."Kata Nazrul selepas selesai menampal plaster.Aku sengih.Minah tu memang ada sawan!Sawan gilakan cinta.Huh!Cinta manusia bukannya semestinya kekal.Yang dia sampai nak rebut Fahmie tu apasal?Nak ambek,ambek je lah.Ingat aku heran?
"Grr.Dia tu mental kut."Kata Hanna Geram.Nazrul gelak.
"Yelah kot!!"Kata Nazrul selamba.
"Hanna!Kenapa dengan kau ni?"Soal Yasmin sambil menghampiri Hanna.Hanna diam.Takkan nak ngumpat pasal minah yang tampar aku?Tak pasal-pasal nanti Nazrul ingat aku jahat.
"Tunang sepupu aku tampar Hanna."Jawab Nazrul bagi pihak Hanna.
"Whut?Tunang sepupu kau tu ada masalah mental ea?Cer bagitahu aku,siapa yang berani tampar kawan aku ni?"Soal Yasmin tak puas hati.
"Em,namanya Fatiha tak silap aku.Sepupu aku tu namanya Fahmie."Kata Nazrul.Yasmin dah melongo.Dia pandang Hanna.Hanna geleng sambil membuat isyarat mata yang bermaksud 'Don't you dare says that you knew him.'.Yasmin diam.
"Haih.Sewel betul.Kalau aku jadi kau Hanna,dah lama aku bagi penampar maut."Kata Yasmin sambil berpura-pura tidak kenal Fahmie.Hanna sengih.
"Aku dah buat pun.Kan?"Soal Hanna pada Nazrul.Dia senyum.Yasmin gelak.
"Tapi kenapa dia nak tampar awak ea?Bukan ni kali pertama dia jumpa awak ke?"Soal Nazrul pelik.Hanna senyum sambil mengangkat bahu.Bukan pertama kali.Dah dua kali dah.
"Mungkin dia jeles yang awak dengan saya?"Soalnya sambil angkat kening.Hanna mencubit lengan lelaki itu.
"Haih.Tak yah nak berangan sangat okey!Dia tu dah ada tunang.Awak tu jangan nak perasan."Kata Hanna.
"Hurm,yelah.Sakitlah.Tak sangka yang awak ni ketam yang berbisa."Kata Nazrul sambil mengusap lengannya.Hanna gelak.
"Saya boleh jadi lagi berbisa tahu?Jadi labah-labah berbisa pun boleh."Kata Hanna selamba.Nazrul buat muka geli membuatkan Hanna pelik.
"Eii.Jadi selama ni awak makan serangga ea?Ewww!!"Kata Nazrul sebelum sekali lagi Hanna memberi cubitan berbisa.
"Jangan nak merepek lah!"Kata Hanna.Yasmin tergelak.
"Wow!Apa yang lawak ni?"Soal Fakhrul yang baru tiba.Hanna jeling geram.
"I rasa baik you diam kalau tak nak bahaya."Bisik Yasmin pada Fakhrul.
"Ops!Okay!By the way,your family is here,Nazrul."Kata Fakhrul.Hanna terkedu.Alamak!Bakal mertua datang,aku punya muka bertampal.
"Jom!"Ajak Nazrul sambil menarik lengan baju Hanna.Hanna apa lagi?Redha dan tawakal lah.
"Ibu,ayah."Panggil Nazrul.Hanna hanya mengekor dari belakang.
"Naz!Ya Allah!Kenapa dengan muka Hanna ni?"SoalTengku Nadia apabila melihat pipi Hanna.
"Ermm."Nazrul kelihatan serba-salah.Hanna hanya diam sambil menjeling Fatiha yang menunduk.Heisy,sibuk je kat sini.
"Takde apa,Aunty.Siket je ni."Kata Hanna.Tengku Nadia mendekati Hanna.
"Kesiannya dia.Nak pergi klinik tak?"Soal Tengku Nadia.Hanna senyum sambil menggeleng.Hurm,kalau minah tu tak tampar aku sampai terluka pipi aku,sah-sah pipi aku tak kena tampal.Kau kira baik lah aku tak tampar kuat sangat.Jadi setakat merah and sekarang tak perasan langsung.
"Tak nak lah Aunty.Erm,Mana Nazmi?"Soal Hanna menukar topik.Dia masih memanggil ibu Nazrul dengan panggilan Aunty kerana dia masih tak selesa.
"Budak tu malas nak ikut.Katanya nak konvoi dengan kawannya."Kata Tengku Nadia.
"Dia tu memang.Ibu,ayah.Cepat jom!Ambil gambar!"Kata Nazrul pula.Tengku Nadia senyum sambil memeluk tangan Hanna.
"Jom Hanna!Fahmie ajak tunang kamu sekali.Kita ambil gambar sekali."Ajak Tengku Nadia.Hanna hanya bersetuju.Yes!Aku lebih penting dari minah poyo tu!
"Laaaa.Rul macam mana?"Soal Fakhrul tiba-tiba.
"Aku ada buah hati kan?"Kata Tengku Nadia mengusik.Hanna gelak.
"Betul tu."Kata Hanna.
"Tak naklah dua orang je aunty.Tak bestlah dengan mmat ni je."Kata Yasmin membantah.Fakhrul mencebik.
"Ceit.Mentang-mentang parents I tak boleh datang,you tak nak layan.Fine!"Kata Fakhrul merajuk.
"Eleh.Merajuk lah kat sana.Takde siapa yang nak pujuk tahu?"Kata Yasmin.
"Dah.Kita semua ambil gambar sama-sama.Jom!"Kata Tengku Nadia.
Hanna masuk ke dalam bilik tetamu untuk dia dan Yasmin.Malam ini dia terpaksa bermalam di sini iaitu di kondo milik Nazrul atas desakan Nazrul dan dia punya parents.Beg bajunya ditarik dan diletakkan di sebelah katil.Yasmim pula sedang tidur.Penat sangat katanya.Hanna mandi dan menukar bajunya kepada baju t-shirt hitam lengan panjang dan seluar trek.Tudung pula hanya simple pakai bawal.Jam di dinding bilik itu dipandang.9 malam.Hanna menunaikan solat sebelum dia keluar dari bilik itu.
"Aunty.Nak Hanna tolong masak tak?"Tegur Hanna pada Tengku Nadia yang sedang memotong bawang di dapur.Tengku Nadia toleh.
"Eh,Hanna.Tak payah lah.Hanna kan tak sihat.Aunty cuma nak masak tomyam sebab Nazrul tu nak sangat makan tomyam.Nasib bahan semua ada."Kata Tengku Nadia.
"Alah,Hanna cuma sakit pipi je.Bukannya tangan.Hanna tolong ea?"Kata Hanna sebelum terus membantu mencuci carrot dan tomato sebelum memotongnya.
"Ei,budak ni.Degil ye dia?"Kata Tengku Nadia.Hanna sengih.Tiba-tiba dia nampak Fatiha masuk ke dalam dapur itu.Heisy!Menyemak je.Pasal bilik Fatiha?Awal-awal lagi Fahmie asingkan tempat tidur minah ni dari aku.Takut perang dunia ketiga lah tu.Nasib kondo ni jenis pent house 2 tingkat.
"Aunty nak Tiha tolong apa-apa tak?"Soal Fatiha.Hanna mencebik.
"Takpe lah Tiha.Hanna dah tolong Aunty dah ni."Kata Tengku Nadia acuh tak acuh.Hanna tersentak.Asal Aunty macam tak suka Fatiha?Pelik!
"Ala,Tiha boleh tolong.Tiha potong bawang ea?"Kata Fatiha sebelum menuju ke arah bawang yang tergendala itu.Tapi dia sangat cuai bila tangannya terkena sedikit pisau membuatkan dia mencampak pisau itu ke arah Hanna.Hanna tak sempat elak.
"Wooo.Woo.Woo."Sampuk Nazrul sambil menghalang pisau itu dengan tudung saji sebelum dia meletakkan pisau itu ke dalam sinki.Fuh.Hanna terduduk.Rasa macam nak mati je tadi.
"Tiha kenapa?Kalau pisau tu terkena Hanna macam mana?"Marah Tengku Nadia.Fatiha buat muka kesian.
"Jari Tiha terkena pisau."Kata Fatiha membuat alasan.Hanna mencebik.Tak puas hati dengan aku cakap!
"Mana jarinya.Bagi Aunty tengok."Soal Tengku Nadia geram.Fatiha menunjukkan jarinya lambat-lambat.
"Ini sikit je.Ya Allah.Ni calar je.Tak dalam pun.Darah pun takde,"Kata Tengku Nadia.
"Aunty,kenapa ni?"Sampuk Fahmie yang baru tiba ke dapur.Semua mata memandang Fahmie.
"Aunty pun tak tahu nak cakap ape,Fahmie.Sikit lagi pisau nak terkena Hanna."Kata Tengku Nadia sambil memgang kepalanya.
"Aku pun tak tahu nak cakap apa dah Mie.Tadi pagi Tiha tampar Hanna and now?Dia boleh terbaling pisau pada Hanna.What is her problem?"Kata Nazrul agak marah.Fahmie sudah memandang Fatiha tajam.Minah tu?Pandang lah lantai tu lama-lama.
"What?Tiha tampar Hanna?Kenapa Tiha tampar Hanna?"Soal Tengku Nadia terkejut.Hanna tepuk dahi.Alamak!Dia pandang wajah Nazrul yang selamba derk.
"Tiha tak sengaja Aunty tertampar Hanna.Tiha cuma geram bila ada nyamuk kat muka Hanna."Kata Fatiha.Hanna hanya mengajuk kata Fatiha dalam diam.
''Nyamuk pulak?"Tengku Nadia geleng kepala perlahan.
"Tiha masuk bilik dulu ea?"Kata Fatiha sebelum berlalu keluar dari dapur itu.
"Jumpa aku kat ruang tamu jap,Mie."Kata Nazrul sebelum berlalu.Fahmie mengikut dari belakang.Hanna mendekati Tengku Nadia.
"Aunty gi rehat.Biar Hanna yang masak ea?"Kata Hanna sambil menyuruh Tengku Nadia berehat.
"Eh.Takpe.Aunty boleh."
"No.Gi rehat.Nanti kalau Aunty sakit,siapa susah?Hanna jugak yang susah hati.Gi rehat ea?"Kata Hanna sambil membawa Tengku Nadia keluar dari dapur sebelum dia masuk ke dapur.Okey.You can do it,Hanna.Alah,tomyam ni kacang je!
Setelah hampir satu jam,Hanna menghidangkan makanan itu di atas meja setelah di siap masak dan kemas dapur.Dia bergerak ke arah bilik Tengku Nadia.Pintu itu diketuk.
"Aunty,Hanna dah siap masak.Nanti keluar ye."Kata Hanna sebelum dia pergi ke biliknya.Yasmin dikejut.
"Mak cik!Keluar makan cepat!"Kata Hanna.
"Ha?Okey-okey!"Kata Yasmin sambil bangun dan berlalu ke arah bilik air.Hanna keluar dari bilik itu.Bilik Fatiha yang berada di sebelah bilknya hanya dipandang sebelum dia menuju ke tingkat atas di mana bilik utama yang sedang dihuni 3 orang lelaki dan ada satu bilik kerja.Pintu bilik itu diketuk.Baru Hanna nak berkata sesuatu,bilik itu dibuka dari luar.Terkejut Hanna melihat Fahmie.
"Mana Naz?"Soal Hanna malas.Dia nampak Fakhrul masih lena.
"Dia kat tandas.Kenapa?"Soalnya.
"Nanti semua turun makan."Kata Hanna sebelum berlalu ke arah tangga.Hanna sampai ke meja makan sebelum Tengku Nadia dan Tengku Zam sampai ke meja makan,Kemudian Hanna nampak Yasmin keluar dari bilik.Nazrul,Fahmie dan Fakhrul juga turun.Fatiha juga.Setelah penuh satu meja,baru doa dibaca.
"Emm,sedap lah bau masakan Hanna ni.Aunty rasa ye."Kata Tengku Nadia sambil tangannya menggapai senduk besi itu.
"Wait!"Kata Yasmin membuatkan semua memandang Yasmin.
"Jangan makan.Fatiha masukkan garam lebih dalam tu."Kata Yasmin.Wajah Fatiha yang sedikit pucat dipandang.
"Hey!Jangan pandai nak tuduh orang,okay!"Marah Fatiha.
"Okey,kalau tak nak mengaku.You try rasa makanan ni dulu."Cabar Yasmin pada Fatiha.
"Huh!Entah-entah you yang letak garam."Tuduh Fatiha.Semua yang berada di situ sudah pening.
"Aku bagi kau peluang.Kau nak ngaku ke tak?"Kata Yasmin yang sudah hilang sabar.
"What/.Kau ada bukti ke?"Soal Fatiha bongkak.
"Fine.Aku ada bukti."Kata Yasmin selamba.Fatiha cuak.
No comments:
Post a Comment