Bab 3
Aku perhati je Fawwaz dari jauh.Macam mamat takde
life.Punyalah macam monyet bertenggek dekat depan pagar.Aku ni rileks je
tunggu dekat dalam kereta sambil main fon.Apa lah yang Abang Riesh ni
pun satu!Cepatlah siket.Aku ukir senyuman saat kereta Abang Fariesh
menghampiri kami.Fawwaz bangun memberikan laluan.Pagar dibuka sebelum
kereta BMW milik Abang Fariesh laju masuk ke dalam pagar rumah.Aku
mematikan enjin kereta dan menuju ke arah Kak Fiazz.
"Akak,Fian balik dulu ea?"Kataku sambil menyalami kakakku.
"Aik?Jomlah masuk.Jangan mengada nak lari.Meh sini."Aku tak boleh nak
buat apa saat Kak Fiazz sudah menarik tanganku.Ahh,tak nak!Ada mamat
pilot plus monyet tuh!
"Entah Fian ni.Tak payah malu-malu.Mak ayah abang Riesh sporting."Aku hanya tersengih pada Abang Fariesh.
Selepas
makan tengah hari,aku terus berlari ke arah tandas.Si Fawwaz tu pun
sibuk nak pergi tandas macam dah takde tandas lain.Mulalah sesi
pergaduhan..
"Stop!Aku nak masuk dulu!"Aku jeling.
"Boleh blah lah!Aku sampai dulu!"
"Bagu lah aku masuk dulu.Aku dah tak tahan ni."Aku pandang dia yang sedang memegang perutnya.Aik?Nak membuang ke?
"Ah,takde.Takde.Kau ingat kau sorang je nak membuang?Aku pon nak jugak
tahu?"Balasku.Padahal aku takde lah sampai nak membuang air besar!Tapi
bila pasal mamat ni,memang taklah aku akan mengalah!
"Weh,tolonglah.Aku dah tak tahan sangat ni."Katanya terdesak.
"Tak tahan apa?"
"Aku...peiiiiittt.."Aku tahan gelak sebelah memberi laluan.
Dia dengan muka merahnya terus masuk ke dalam tandas sebelum aku
berlari naik atas dan menghamburkan gelak.Sumpah lawak!Boleh pulak dia
melepaskan angin yang busuk tu depan aku?Haih,nasib aku tak pengsan
dengan bau petai tu!Tulah,len kali jangan banyak sangat makan petai,kan
dah kentut pun bau petai!
Aku pandang Fawwaz.Dia pandang aku.Aku gelak.
"Gelak ah.Gelak!Biar sampai pecah perut tu."Aku terus terdiam.Tangan aku laju memukul lengannya.
"Kau,mulut jaga ea!Aku bagi tahu semua orang kang!"Ugutku.Nasib dekat
ruang tamu ni takde orang,kalau tak,memang aku tak dapat pukul mamat
ni.Dah lama simpan ni.
"Apa?Nak bagi tahu apa?"
"Nak
bagi tahu lah,ada mamat pilot ni.Jalan terbongkok-bongkok macam nenek
kebayan!Cu..cu..Nek nak membuang ni Cu.."Kataku sambil
terbongkok-bongkok ke arahnya.
"Eii...Blahlah!"Kata Fawwaz sambil menjauhiku.Aku gelak.Fawwaz aku dekati.
"Cu..jangan lari,Cu!"
"Janganlah weh!"Kata Fawwaz sebelam kakinya laju berlari.Aku kejar.Memang marathon satu ruang tamu.
"Fian!!"Jeritnya.
"Fawwaz!!Hahahaha!"Aku jerit jugak.Ingat dia sorang je boleh jerit?Memang kirim salam lah!
"Fian!Fawwaz!Ni kenapa ni?"Soal Kak Fiazz yang baru keluar dari dapur dengan Abang Fariesh.Serentak Fawwaz brek.Aku pun brek!
"Takde kak!Ni ha..Sakit belakang.Kak Fiazz..Abang Riesh.."Aku sambung
lakonanku.Dengan terbongkok-bongkok,aku mendekati mereka.Mereka undur.
"Fian ni kenapa?"Kepala aku dipukul.
"Sakitlah kak!Orang main-main je kot!Tak yah la marah!Sakit ahh."Rungutku.
"Main-main lagi!Dah!Pergi balik sana!Mama dah seru suruh balik!"Aku ternganga.
Aik?Apa mimpi mak dia main seru-seru ni?Bukan mama busy ke?Sejak bila
dia pandai suruh aku balik?Selama ni,mama memang busy sangat!Papa
pun!Jangan nak kata ada orang pinang sudah!Memang aku reject awal-awal!
"Eh,tipu ah kak!Mama busy okay!"
"Takde maknanya akak nak tipu Fian!Mana tahu mama ada calon untuk
Fian?Habislah Fian!Akak tak nak tolong!"Aku pandang kakak aku geram.
"Eii.Nasiblah Akak ni Kakak Fian.Kalau tak.."
"Kalau tak apa?"
"Kalau tak..Apa kau!"Kataku sambil menumbuk angin ke atas gaya Emma
Maembong dalam The House episod 7.Eceh,Well.Kak Fiazz ajar tengok citer
tu..Aku follow lah!
"Ceit.Tak yah poyo sangat.Dah pergi
balik.Mana tahu,hujung tahun ni akak dapat makan nasi minyak?"Kak Fiazz
sudah mengangkat-angkat keningnya.
"Ha'ah.Kalau nasi minyak,akak
nak esok pun Fian boleh bagi.Tak susah pun.Suruh Mak Jah masak
nasi,Fian letak minyak.Akak nak minyak banyak mana?Banyak sampai satu
lori minyak pun boleh.Akak cakap je."Aku sudah loyar buruk.
"Ha'ah.Sebelum akak cekik kau,baik kau balik sekarang."
Aku terkekek-kekek ketawa sebelum berlari menuju ke arah keretaku.Ibu
bapa Abang Fariesh?Tengah berehat lah kut.Malas den nak ganggu.Lebih
baik den lari daripada kena cekik dengan kakak puntianak tuh!Haih.Kakak
pontianak,adik langsuir.Tak ke hebat tu?Nanti suami aku pulak
vampire.Hebat tak?Hehehe.
Aku memakirkan
keretaku ke dalam garaj.Aik?Kereta siapa kat depan rumah ni?Kawan mama
ke?Kalau kawan mama,biasalah,Puan Sri dan dtin-datin bermeeting.Malas
nak masuk campur!Kaki aku langkah ke pintu utama sebelum pintu itu aku
buka.
"Fian!Dah balik pun.Ni mama nak kenalkan.Kawan papa dengan
mama.Tan Sri Rahman dengan Puan Sri Waheeda.Ini pulak anak lelaki
tunggal diorang,Qazrief."
Aku hanya senyum paksa apabila mama
memperkenalkan kawannya dengan anak kawannya sekali.Nampak sangat nak
suruh aku kahwin dengan mamat ni.Tengok muka memanglah hensem.Jangan
cakap dia bakal mewarisi syarikat ayah dialah,CEO lah,aku dah
bosan.Sebab itu yang mama beria nak kenalkan tuh.Kalau setakat kerja
biasa,konfem mama tolak.Si Fawwaz yang pilot tu pun mungkin mama akan
tolak.Mesti punyalah!
"Hye,I'm Qazrief.Just call me Rief."Sapa lelaki itu sambil menghulur tangannya.Aku sambut.
"Assalamualaikum.Saya Fian."Kataku sambil menarik tanganku semula.Sempat aku sindir mamat ni.
"Wa'alaikumsalam.Jomlah duduk sekali dengan semua orang"Jawab lelaki itu sambil mempelawaku.
"No thanks.Saya penat and nak rehat."
"Fian,Come and join us."Kata papaku dengan suara yang sedikit geram.
"Sorry pa,ma,Uncle,Auntie,Rief.Fian penat sangat and I want to rest in my room right now.I am sorry."Kataku sambil menunduk.
"Ouh,pity you.Mesti Fian penat kan?Sebab mesti schedule Fian
penuh.Never mind.Fian rehatlah ye."Kata kawan mama itu.Aku dah tesenyum.
"Thanks Auntie."Kataku sebelum berlalu ke tingkat atas.
Schedule? Aku harini sibuk dekat airport tahu?Banyak lah aku punya
busy.Cuma penat and malas nak melayan tetamu.Something fishy betullah
diorang tu.Berani cubalah nak kenenkan anak diorang dengan aku.Memang
aku akan buat diorang menyesal.Ni Fianlah.Aku paling tak suka
dipaksa.Kak Fiazz akan jadi my hero tahu?
Aku menoleh ke arah pintu saat pintu bilikku itu diketuk.
"Come in."Terjengul wajah mama yang baru masuk ke dalam bilikku.Hair
dryer terus capai untuk mengeringkan rambutku yang telah 'disental'
terlebih dahulu dengan tuala.
"Fian.Mama nak cakap something."Kata mama sambil duduk di birai katil milikku.
"Yup.Fian tahu.Kalau tak,mama takkan jejak langsung ke dalam bilik Fian ni."
"Mama nak Fian kahwin dengan anak kawan mama tadi."Kata mama straight forward.
Aku tersentak.Laju aku mematikan hair dryer sebelum mataku tajam memandang mama.
"No!Fian tak nak kahwin.Kenapa pulak Fian nak kena kahwin dengan lelaki itu?"
"Fian mesti!Tahu tak dia tu anak tunggal dan bakal mewarisi semua harta
keluarga dia.Takkan Fian nak lepaskan?Dia jugak sukakan
Fian.Hey!Peluang keemasan di depan mata!"
"No!Mama tak boleh
paksa Fian.Apa tak cukup ke harta yang kita ada ni mama?Harta bukannya
tiket untuk masuk syurga dan bukannya membawa kebahagiaan ma.."Kataku
cuba memujuk.
"Apa?Memang lah harta kita dah banyak tapi Fian tu
langsung tak nak masuk campur hal syarikat.At least Fian dapat lelaki
kaya!Hey,tak payah nak agama sangatlah Fian!Kamu tu bukannya pakai
tudung pun!Tak layak nak cakap pasal syurga pun!Selama ni,kalau tak
disebabkan kekayaan,kamu takkan dapat semua ni!Kamu ingat,kamu boleh
hidup mewah?Nak sangat ke hidup merempat?"
"Ma,Fian tak nak ma.."
"No.By hook or by crook,Fian kena kahwin jugak."
"Tak nak.Mama takde hak nak paksa Fian!"
"Takde hak?Kamu ingat sikit ea?Kamu tu anak mama.Kamu kena dengar cakap
mama.Syurga?Kamu lupa ke yang syurga seorang anak itu di bawah tapak
kaki ibu?Kamu jangan nak menderhaka dengan mama."
Aku sudah
menangis teresak-esak.Kenapa mama jadi macam ni?Dari kecik sampai
besar,mama selalu paksa Fian.Kenapa?Soalku dalam hati.Lirih.
"Mama tolonglah bagi Fian pilihan yang lain."Mohonku.
"Baik.Kamu kena cari lelaki yang kaya dan bakal mewarisi syarikat
keluarga mereka.Of coz lah CEO macam si Qazrief tu dan abang Riesh kamu
tu.Tak pun,yang lagi pangkat tinggi dari itu.Kamu boleh ke?Boleh kamu
cari?!"
Aku tersentak.
"Fian tak nakkk..."
"Ada
mama kisah?Mama beri kamu masa lima bulan dari sekarang.Kalau tak,kamu
kena kahwin dengan Qazrief."Kata Mama sebelum berlalu meninggalkan
aku.Aku terduduk di atas lantai.
Apa yang harus aku
lakukan?Kahwin?Itu kerja gila!Aku takkan sesekali kahwin paksa.Aku harus
siasat siapa lelaki itu.Kakak!Fian perlukan kakak!Hanya kakak yang
boleh tolong Fian sekarang!
Kejam gilos ibu Fian.Mata $.Hahaha..wujud lagi upanya manusia macam ni.Anyway, I like it sis! Terbaik ah...Mohon lah Fian x kawin ngan mamat ceo tu.
ReplyDeleteSenarnya mmg wujud.Tu yg sis buat citer cam ni.In sya allah bkan dgn ceo tuh
Delete