Sunday, January 31, 2016

Hello,Incik Jodoh Part4 (New Update)

 "Haih.Leeya..."
  "Apa?Oh,bila klien awak yang pegang,takde pulak nak kesah pasal air wudhu'?"Potong ku tanpa smpat Faisal berkata.
  "Takdelah.Saya main-main je.Saja nak tengok mood awak.Awak ni memang baran kan?"Soal Faisal selamba.
  "Haha.Nak tengok mood?Okey.Ini sifat saya yang sebenarnya.Memang saya baran.First day kerja dah buat hal dengan klien lawa awak tu kan?"
  "Oh.Klien saya tu lawa ke?Baru saya tahu.Lagi satu,mana gelaran Encik Faisal huh.Saya bos awak tahu?"Aku ketap gigi.Dia ni ..
  "Tak lah.Dia tak lawa langsung.By the way,saya tak perlu nak panggil awak encik lagi sebab saya nak berhenti!"Marahku.
  "Aik?Nak berhenti?Nak berhenti apa ek?Ada banyak tau.Berhenti jumpa saya?Berhenti ngorat saya?Berhenti nak cari pasal dengan saya?"Aku terdiam.
  "Argh!Berhenti semuanya!Saya tak nak jumpa awak langsung!Huh.Ramai lah lelaki lagi hensem dan kaya dari awak yang nak kat saya!"Aku terus mengatur langkah untuk turun tangga.Panggil Faisal langsung aku tak nak dengar.
  "Hey,Leeya.Stop!Stop right there!"Jerit Faisal sebelum aku terasa lenganku ditarik ke belakang membuatkan aku berundur menaiki tangga sampai hampir terjatuh.Sampai je di hadapan Faisal,aku pusing.
  "Awak ni gila ke apa ha!Nak bunuh saya ke apa?"Hamburku.
  "Ada saya kisah?Bila saya panggil awak,jangan buat tak dengar!"Marah Faisal.Aku tersentak.Huargh!Kakak!Dia marah Leeya.
  "Biarlah.Saya dah tak nak jumpa awak langsung.Saya menyampah tengok awak.Awak sama je macam lelaki lain.Awak sama je.Saya ingat awak lain.Awak langsung tak layan perempuan.Rupanya saya salah.Saya lupa yang lelaki hensem dan kaya ni memang playboy!"Hamburku lagi.Mata dah berair.
  "Ada saya kesah?"Soal Faisal.Aku tersentap.
  "Look.Awak tahu yang kita dekat ofis kan?So,hormat saya.Pasal berhenti kerja,awak ingat awak boleh berhenti macam tu je?What about your contract with my company?"
  "Bla..bla..bla..Yup.Saya akan hormat ENCIK FAISAL!By the way,saya takde sign apa-apa kontrak okey!"Kataku geram.Kontrak?Huh.
  "What.Tak mungkin!"
  "Ianya mungkin sebab Kak Zuhra cakap saya kerja just untuk sementara and saya boleh caw!Kalau awak buat masalah!Huh!"
  "No way!Takde sorang pon yang boleh buat macam tu.Awak ingat ni syarikat awak?"
  "Yes way lah brader.Saya seorang je yang boleh buat macam tu.By the way,ini syarikat bapak awak.Takkan tak tahu?"
  "Ah,lantaklah.Jom ikut saya pergi site."Ajak Faisal.Terangkat kening aku dibuatnya.
  "Eh.Ewah-ewah.Ingat senang je nak ajak orang macam apa.Encik Faisal,adakah encik lupa bahawa saya sudah berhenti?"Soalku/
  "Tak.Untuk makluman awak juga,tahukah awak yang saya tak approve request awak untuk berhenti."
  "Eh.Mana awak boleh buat macam tu!"
  "Boleh aje.Dah jom!"Ajak Faisal.Aku keraskan diri.
  "Tak nak ah."
  "Cepat.Kalau tak,saya beritahu mak awak yang awak baru sehari bekerja,terus nak berhenti.Syarikat saya pulak tu.Lepastu tak sign contract.Nak?"
  "No way!Berani buatlah."
  "Berani aje.Jap saya call mak awak."Kata Faisal selamba sambil mengeluarkan handphonenya dari poket seluarnya.Aku rampas.
  "Jangan harap awak boleh call mak saya!"
  "Okey.Saya pergi rumah awak."Kata Faisal selamba sambil ingin mengatur langkah.Aku menarik lengan kemejanya.
  "Eiii..Saya sembelih awak sat gi,baru tahu!"Ujarku geram.
  "So,jom kerja!"Aku mendengus geram sebelum mengikutinya dari belakang.Eii..mamat ni.Kalau lah aku chucky,dah lama aku tikam-tikam je dia ni.Tangan sudah aku gerakkan seperti gaya chucky.
  "Jangan harap awak berjaya tikam saya."Kata Faisal tiba-tiba.Aku tersentak sebelum mencebik.
  "Nak tahu sebab apa?Sebab saya lelaki most wanted.Terlampau hensem,kaya dan baik."Kata Faisal sambil menoleh ke arahku.
  "Oh ye?Nak tahu apa lagi yang most wanted?Awak terlampau perah santan!Sadis!"Kataku sambil melaluinya.
  "Ha?Perah santan?Apa tu?"Soal Faisal.Aku hanya laju menuruni anak tangga.
  " Awak nak cakap saya terlebih perasan ea?Ha?Leeya!Sampai hati awak!"Jerit Faisal sambil berlari menuruni anak tangga.Aku gelak.
  "Hahhaah..Sampai aje hati saya ni!"Kataku sambil laju menuruni tangga.Keluar je dari pintu kecemasan tu,aku berhenti.Semua staff di tingkat 16 itu memandang ke arahku.Tiba-tiba Faisal melanggar badanku dari belakang.Memang jatuh terduduk lah jawabnya!
  "Auch.Grr..Encik Faisal.."Kataku dalam geram.Aku jatuh.Dia boleh stabil lagi.Tersengih pulak tu!
  "Leeya.Cepat ikut saya."Kata Faisal tegas tiba-tiba.Aku mendengus sambil jalan terbongkok-bongkok.Masuk je dalam lif.Line clear!Aku pandang Faisal sebelum laju mengetuk kepalanya dengan tapak tangan.
  "Hambek.Saya tak kesahlah awak nak marah saya ke apa.Tapi agaklah.Dah lah langgar orang!Tak reti minta maaf pulak tu.Huh."
  "Yelah.Sekarang dah Kosong-kosong kan?"Aku memandang wajah Faisal lama.
  "Memang tak ah.Belanja saya cool station time lunch nanti.Amacam?"
  "Ek eleh.Setakat cool station,petik jari jelah."
  "Serius?"Soalku.Dia pandang.
  "Kalau macamtu,petik jari sekarang.Cepat,saya tunggu nih."Habes je aku cakap,kepala aku kena siku.
  "Tak yah nak merepek sangat."
  "Lagi satu,lupa nak tanya."Kataku.Dia toleh.Aku sengih.
  "Mana sifat pemalu awak ea?"Soalku selamba.Alamak!Muka dia dah merah!
  "Biarlah.Dekat pejabat saya lain dari yang lain."Kata Faisal sebelum pintu lif terbuka.





"Bla..bla..bla.."Grr..Bosan tahap tak ingat!Boleh pulak Si Faisal tu suruh aku dok diam-diam?Memang tak ah!Huh..Nasiblah dia ada tetamu.Kalau tak,dah lama aku lepaskan geram.Orang bosan.Bagilah kerja.Ini tak,takut sangat orang kacau kerja dia.
  "Ehem."Aku dongak.Haih.Minah ni lagi!
  "Ye,cik?Nak apa lagi?"
  "Huh.I nak jumpa Faisal.I dah buat appoitnment."Aku semak jadual.Lorh.Nama perempuan ni Sally?Hahah.Patutlah perangai macam 'silly'.
  "Ouh.So,boleh duduk kat sana tu diam-diam ye cik."Ujarku sopan sambil menunjukkan ke arah sofa yang bertentangan.
  "Huh.Fine.I pon tak kuasa nak tengok muka u ni."Aku mencebik.Ceit.Ada aku kesah?Aku lagi muak nak tengok muka fake!Bedak tebal giler!Kalah mekap untuk pengantin.Haih.
  Kemudian,pekerja yang berada di dalam bilik Faisal pula keluar.Aku tekan butang interkom.
  "Encik Faisal,'Klien' encik Faisal yang saya baru tampar pagi tadi dah datang."Kataku selamba.
  "Leeya."Aku dengar Faisal agak menekankan suaranya.Aku apa kesah?Pandang perempuan tu..
  "Boleh masuk sekarang."Kataku selamba.Kemudian,dengarlah bunyi ketak-ketuk,ketak-ketuk.Hua!Apa nak buat ni?Ha!Gamba!Ole-ole!Jom ambil gambar sambil cuci mata ye,Leeya?
  Aku mengambil kamera millikku sebelum berlalu dari kawasan itu.Butang lif ditekan.Pintu lif terbuka sebelum aku masuk.Sampai je ke tingkat kafeteria,aku keluar.Kamera diangkat sebelum..Klik!
  Aku senyum.Yes!Dapat ambil gambar!Punyalah rajin diowang ni buat kerja sampai lunch pun nak bawak kerja sekali.Ish.Ish.Ish.Tapi Si Faisal t agi teruk!Time lunch,dia masih meeting..Lepastu,tengah syok amek gambar,tetibe ternampak muka si Mikail,kawan kak Ikha!Mak!Lari ah,apa lagi!Baru nak gerak,dah kena panggil pulak!
  "Leeya!"Aku toleh sebelum tersengih.
  "Awak buat apa kat sini?"Soalnya.
  "Saya?Tengah amek gambar.Tak nampak ke?"Kataku sambil menunjukkan kamera kesayanganku kepadanya.
  "Ouh.Saya pulak ada meeting lepas ni."Aku sengih lagi.Tak kisah pun!
  "Ouh.Ye?Baik awak pergi cepat.Kalau lambat nanti,susah pulak."Kataku separuh menghalau.
  "Eh,takpe.Lagi 15 minit.Lama lagi.Tak perlu risau lah.Awak dah lunch?"Soal Mikail.
  "Ermm..Saya puasa lah."Jawabku.Tipu sunat!Tak kisahlah mamat ni kawan kakak ke,apa ke,yang penting dia ni tetap stranger for me!
  "Yeke?Erm..Nak saya teman awak ambil gambar?"Soalnya lagi.Aku laju menggeleng.
  "Eh,takpe.Saya busy sangat sekarang ni.Jumpa lagi!"Kataku sebelum lintang-pukang lari ke dalam kafetria.Habislah kalau jumpa mamat tu lagi.Mahu aku tak dapat ambil gambar nanti!








Aku pandang laptop,pandang jam tangan.Dah pukul 1 petang nih.Bilanya orang nak rehat?Haih,bos aku ni.Kalau ikutkan hati,dah lama aku terima tawaran Kak Zuhra untuk lunch sama.Tapi disebabkan Si Faisal suruh aku tunggu punya pasal,terpaksalah aku tunggu.Haih.Malas bebenor rasanya.Ni meeting dengan sape pulak ntah sebab aku naik ke tingkat ni tadi,minah gedik tu dah lama menunggu turn untuk naik lif.Well,dah aku kongker lif VVIP,nak wat camne?Kwang kwang kwang.
  "Hahaha.Apa kata kita lunch sesama?"Tetiba aku terdengar ketawa dua orang lelaki yang baru keluar daripada bilik Faisal.Mahu nak pengsan aku bila nampak muka Faisal dengan Mikail!Kenapalah aku tak terfikir yang Mikail tu akan bermeeting dengan Faisal?Huh.Matilah aku!  "Boleh je.Saya pun belum lunch lagi ni."Balas Mikail.Kejap.Diorang masih tak perasan aku.Ni maksudnya,better I sorok!Hehehhe..Aku masuk ke dalam bawah meja.
  "Kalau macam tu,kita lunch sekali dengan P.A saya lah ye.Leeya,Leeya?"Kata Faisal sambil memanggil namaku.Aku dah tepuk dahi.Adoyai,pergi je lah lunch sana.Tiba-tiba aku nampak kaki Faisal sudah menapak ke hadapan tempat dudukku sebelum dia menyangkung.
  "Apa yang awak buat kat bawah ni Leeya?"Soal Faisal.Aku sengih.
  "Tadi ada fail jatuh,jadi saya kutiplah."Ujarku sambil menunjuk ke arah fail yang aku pegang.Nasib sempat tarik satu fail tadi!
  "Haih.Ada-ada je awak ni.Keluar cepat.Saya nak introduce awak dengan klien penting saya."Ujarnya.Aku sengih lagi.Saya dah kenal sangat dengan klien awak tuh!Tak yah nak introduce bagai lah encik Faisal!Aku laju bangun keluar dari tempat itu tapi masih membelakangi Mikail.
  "Hah,Mike.Ni P.A saya.Nama dia Aleeya.Leeya,ni Mike.Klien saya."Kata Faisal sambil memperkenalkan Mikail.Aku pula berpura-pura selamba sambil menoleh ke arah Mikail.Muka sengaja aku buat seperti terkejut.
  "Leeya?Awak kerja kat sini?"Soal Mike.Aku sengih.
  "Emm,macam tulah."Jawabku.Aku pandang Faisal.Macam ada yang tak kena je?
  "Ehem.Jom Leeya.Kita lunch sekali dengan klien saya harini."Ajak Faisal.
  "Eh.Bukan awak kata awak puasa ke,Leeya?"Soal Mikail membuatkan aku tersentak.Aduh,camne aku boleh lupa pasal ni.Aku pusing ke arah encik Faisal.
  "Haah Encik Faisal.Saya puasa harini.Encik lunch jelah sekali dengan Encik Mikail tanpa saya ye."Kataku sambil membuat isyarat mata.Kemudian,aku nampak Faisal tersenyum.
  "Okeylah Mike.Kita lunch dua orang jelah ye?"Kata Faisal.Mikail mengangguk.
  "Jumpa lagi,Leeya."Aku hanya tersengih sebelum mengangguk.Harap tak jumpa lagi!Selepas Mikail berlalu,sempat Faisal berbisik sesuatu.
  "I've saved you,Leeya.No ice-blended,okay?"Bisiknya sebelum berlalu.Aku jeling..Grrr..Berkira!

Friday, January 22, 2016

To:Mr Ego part 13

2 tahun kemudian....
  "Hanna!Yasmin!"Hanna menoleh ke arah suara itu.Dia tersenyum saat melihat wajah Tuan Adam, Puan Qaseh ,Tengku Nadia dan Tengku Zam sudah berada di balai ketibaan.
  "Assalamualaikum mama,abah,auntie,uncle?"Kata Hanna ambil meyalami tangan mereka kecuali Tengku Zam.Dia hanya tunduk hormat.Yasmin pun mengikut.
  "Hanna,Yasmin.Sorry.Budak dua ekoq tu tak dapat datang.Korang tahulah kan.Hari ni Isnin.Memang terperap kat klinik je lah memanjang.Yang korang ni pun satu.Kenapa balik harini and bukan semalam?"Soal Tengku Nadia.Hanna dan Yasmin sengih.
  "Hehe.Kitorang tahu budak dua ekoq tu takkan dapat datang.Dun worry lah.Lagipun Hanna dengan Yas ada plan lepas ni."Kata Hanna.Yasmin terkejut dalam diam.Ada plan?
  "Lorh.Patutlah kau orang kata tak payah amek.Rupanya dah ada plan ye?"Kata Tengku Zam.Hanna angguk.
  "Yelah.Rindu sangatlah tu.Okeylah.Mama dengan auntie nak pergi shopping dulu lah.Jom,Nad.Biar budak dua ekor ni jumpa kekasih hati masing-masing."Kata Puan Qaseh.
  "Habis tu,yang lelaki?"Soal Tuan Adam.
  "Yang lelaki jadi pembantu peribadi kami lah yek?"Usik Puan Qaseh.Tengku Nadia menyokong.
  "Yelah,Adam.Kita jadi bank bergerak jelah hari ni kan?"Tengku Zam pulak bersuara.
  "Dah.Jom.Hanna,Yasmin.Jaga diri ye?"Kata Tengku Nadia.Hanna dan Yasmin mengangguk.
  "Hanna.Ingat.Kamu tu darah manis tau!Lagi 2 minggu dah nak kahwin dah!"Kata Tuan Adam.
  "I know lah baba.Thanks tolong Hanna buat preparation wedding."Ucap Hanna.Ye,tahu-tahu dia dah nak kahwin lagi 2 minggu.Haih.
  "Yelah,abah pergi dulu."Hanna mengangguk sambil melihat mereka semua berlalu/
  Hanna menoleh ke arah Yasmin.
  "Haih.Dah agak dah.Diorang tu memang lah!Dah la kita graduate pun tak datang.Memang workaholic sungguh."Kata Hanna tak puas hati.Yasmin angguk setuju.
  "So,nak pergi mana dulu?"Soal Yasmin.Hanna berfikir sejenak.
  "Serbu klinik Nazrul?Kita kacau budak tuh yang berani tak datang masa graduate kita."
  "Kau gila?Kau  ingat senang  ke nak serbu-serbu ni?Lagipun bukan kau yang kononnya tak nak jumpa selama 2 tahun?"Soal Yasmin kurang percaya.Agaklah.Orang baru sampai KLIA,dah terus diajak pergi terjah orang.Tahu lah rindu!
  "Please.Harini kan hari isnin?Tak ramai sangat orang biasanya kat klinik tuh.Lagipun klinik dia kan ada empat orang doktor and,remember.Your boyfriend pun doktor kat situ,right?Lagi satu.Kita graduate minggu lepas.Remember?Dah 2 tahun okay!"Hanna mengangkat keningnya beberapa kali.
  "Okey lah kalau macamtu!"Yasmin terus setuju.
  "Ceit.Kau setiap hari berskype pon rindu ke?"Soal Hanna.Yasmin sengih.
  "Of coz lah.Jom ah.Ha!Tu pun Pak Hussein."Yasmin menarik lengan Hanna menuju ke kereta milik Keluarganya.
  "Yas,kau rasa Nazrul still the same ke?"Soal Hanna perlahan saat kereta sudah bergerak.Yasmin pandang Hanna.
  "What do you mean?"
  "Yelah.Mana tahu,dia sama je macam Fahmie?Lelaki,Yas.Aku takut sangat."
  "Relaks k?Fakhrul kata si Nazrl kau tu takde skandal dengan mana-mana perempuan sebab dia asyik berkepit je dengan si Fakhrul tu sebab Fakhrul pun solo je kan?"Kata Yasmin cuba membuat lawak.
  "Okay,let's see."Kata Hanna sebelum dia memandang ke arah luar tingkap.Yasmin pandang Hanna.Aku harap Nazrul tak curang,Hanna.Walaupun ada sesuatu yang aku tahu,aku tak boleh bagi tahu kau.Maafkan aku,Hanna.




Kereta berhenti di hadapan klinik yang bewarna putih bercorak biru itu.Hanna tersenyum.Lawa nya klinik nih.Dah macam hotel!Hiasan dia..mewah!
  "Jom!Hanna!"Yasmin mengajak.Hanna mengangguk sebelum mereka keluar dari perut kereta.
  "Pegh.Lawa seh,klinik nih."Ujar Yasmin.Mereka bergerak ke kaunter.Bagi nama,and then,amek nombor.Yasmin yang memberi namanya kemuadian mengatakan yang dia ingin dirawat oleh Dr.Nazrul.Kononnya sebab Nazrul tu Dr.Peribadi keluarganya.Sangat!
  "Betullah cakap kau Hanna.Tak ramai sangatlah patient hari ni."
  "Memey ar.Lagipun sekarang ni baru pukul 10 pagi.Kejap agi ramailah."Ujar Hanna.Kemudian,seorang nurse memanggil nama Yasmin sebelum mereka  masuk ke bilik yang tertera nama DR.NAZRUL.
  Hanna terkedu saat melihat wajah Nazrul yang sedang menulis sesuatu di kertas.Argh.Rindunya dia pada lelaki ini.Hanna merenung Nazrul lama.
  "Ye,cik Yasmin?"Ujar Tengku Nazrul sambil mengangkat wajahnya.Dia terdiam.Hanna?
  "Hai,"Sapa Hanna sambil tersengih.
  "What are you doing here?Are you hurt?"Soal Tengku Nazrul risau.Yasmin dah tahan gelak.
  "No lah.Just wanna disturb you with your work.Tak salah kan?"Kata Hanna selamba.
  "No.But.."Tengku Nazrul tak sempat nak menghabiskan ayatnya apabila ayatnya dipotong.
  "Huh.Awak ingat ni klinik ayah awak?Nak datang without a reason?Are you kidding me?Please lah.Ramai orang yang perlukan rawatan lah!"Sampuk nurse perempuan itu.
  Yasmin pandang gadis itu tajam.Huh.Ingat lawa sangat lah nak kurang ajar dengan orang?Hanna pula hanya diam kerana sentap.
  "Yeah,Hanna.I'm busy right now.You should not do this."Kata Tengku Nazrul lembut.Walaupun lembut.Hanna tetap terasa.Orang datang dari jauh,dia boleh kata aku tak patut buat macam ni?Hey!Aku tahu lah apa yang aku buat!Patient kat luar tak ramai pun!Kat sini ada 4 dokter kot!And bukannya pesakitnya cedera parah pun!Nurse ni yang menipu!Nazrul apa yang dia tahu?Dia sibuk dalam bilik dan tak tahu berapa ramai pesakit dia!
  "I should not do this?Okay,fine!Saya pun tak nak kacau awak kat sini.Tapi saya just nak tengok muka awak,just nak tahu kesihatan awak,tapi awak buat saya macam ni?Awak langsung tak rindukan saya?So,why kita kena teruskan perkahwinan kita?"Hanna terus berlalu sebelum dia berhenti saat Tengku Nazrul memanggil namanya.
  Hanna hanya diri kaku tanpa menoleh.Hati dia sakit.
  "Hanna..."Panggil Tengku Nazrul sambil berdiri.Dia ingin menuju ke arah Hanna tapi dihalang oleh nurse itu.
  "Maaf doc.But you ada ramai patient sekarang ni.You tak boleh tinggalkan your patient."Ujar Nurse itu.
  Yasmin hanya menggeram je sambil memandang nurse itu.Hanna pusing menghadap Tengku Nazrul.
  "Yeah.She's right.Awak rawatlah pesakit awak dulu.Mereka lebih memerlukan awak.Lepas dah settle semua,awak jumpa lah dengan saya."Kata Hanna perlahan sambil mengukir senyuman pahit sebelum berlalu.Yasmin ikut.
  Ye,walau apa pun,Nazrul seorang doktor,jadi lelaki itu harus merawat pesakitnya walaupun hati Hanna terluka dan memerlukan rawatan.Dia tak boleh pentingkan diri sendiri.





"Hanna,are you okay?"Soal Yasmin apabila mereka sedang melepak di satu restaurant.Hanna hanya diam sambil menghirup air jus oren miliknya.
  "I'm okay."
  "I'm sorry Hanna sebab tak bagi tahu kau satu perkara."Ujar Yasmin perlahan.Hanna mengangkat wajahnya.
  "Apa maksud kau?"Soal Hanna.
  "Fakhrul ada cakap kat aku.Kau akan ada masalah bila sampai kat sini."Hanna dah berkerut kening.
  "Nurse tadi,aku rasa,dia masalah kau.Maybe lagi teruk dari Fatiha."
  "Cuba kau bagi tahu aku betul-betul?"
  "Nurse tu suka gila kat Nazrul."Hanna tersentak.Maknanya...
  "Nurse tu mungkin sengaja buat macam tu sebab dia tak nak Nazrul dengan kau and boleh diketegorikan sebagai cemburu?"
  "Buat apa dia nak cemburu?Aku ni tunang Nazrul kau tahu?"Soal Hanna.
  "Yup.Tapi tak ramai yang tahu bahawa Nazrul tu dah berpunya.Yelah.Kau dengan Nazrul kan tak jumpa 2 tahun.Cincin pulak,maybe tak ramai yang perasan."
  "Yas."
  "Yup?"
  "Kalau sekalipun kau kata dia masalah aku,aku tetap nafikan sebab,masalah aku yang sebenarnya,Nazrul.Walau apapun yang perempuan tu buat,kalau Nazrul setia dan percaya aku 100 peratus,aku takde masalah nak gaduh dengan perempuan tu.Tak perlu aku nak peningkan kepala fikir pasal perempuan tu.Lagipun Allah kan ada?Kalau dah jodoh aku dengan Nazrul,seteruk mana pun perempuan tu cuba halang,dia takkan dapat pisahkan kitaorang.Lain lah kalau memang Nazrul tu bukan jodoh aku,aku terpaksa rela,Yas."Ujar Hanna.Yasmin terdiam sebelum mengakui kebenaran kata Hanna itu.





Hanna menghempaskan tubuhnya ke atas tilam katilnya yang empuk.Argh!Lega!Dah mandi,dah cuci  rambut.Tinggal tunggu rambut kering je.
  "Hanna."Hanna laju bangun saat mendengar Puan Qaseh memanggil namanya.
  "Ye,ma?"Sahut Hanna.
  "Hanna,turun kejap.Tolong mama kat dapur.Ada orang datang ni.Jangan lupa pakai tudung!"Kata Puan Qaseh.
  "Okey,ma.Lima minit.Hanna nak keringkan rambut jap."
  "Okey.Cepat sikit ea?"
  "Baik,mem!"Kata Hanna sebelum menuju ke arah meja solek.Hairdryer dicapai sebelum dihidupkan dan dihalakan ke arah rambutnya.Hanna kerling ke arah jam.Pukul 12 tengah hari.



Beberapa minit kemudian,Hanna turun.Dia hanya santai memakai kain labuh warna hitam,blouse labuh warna putih dan selendang chiffon warna hitam berbunga putih.Wajahnya pula hanya memakai bedak tipis dan memakai lip balm.Walaupun hanya dekat rumah,namun dia harus menjaga penampilan dirinya apabila rakan ibu bapanya datang.Hehehe.Mana tahu kalau Nazrul dengan dia tak jadi kahwin,boleh rembat mana-mana nak kawan mama.Semua good looking tau?Kalau Tengku Nazrul tahu dia puji lelak lain,memang mati lah dia!Hahahahah.
  Apabila kaki Hanna menjejak di tangga yang terakhir,dia berhenti.Aik?Mama kata ada tetamu?Tak ada pun?Hanna dah berkerut kening.Dia melangkah menuju ke arah dapur.
  "Ma,mana tetamunya?"Soal Hanna.
  "Ouh,tetamunya kat laman rumah kita ni.Yasmin pun ada.Nah.Hidangkan air milo ais ni kat depan sana."Kata Puan Qaseh.Hanna hanya mengangguk sebelum mengambil dulang yang berisi 3 cawan air milo ais itu.Dia menuju ke arah laman luar.Dia berhenti sebelum menyorok di belakang dinding yang berdekatan dengan kawasan rehat yang menempatkan Yasmin dan Fakhrul.Hanna senyum.
  Lorh.Tetamunya Fakhrul!Ingatkan kawan mama.Diorang ni,pandai betul nak cari tempat date!Rumah aku jugak jadi mangsa yek?Tapi,Hanna pelik.Dekat meja tu dah ada dua cawan air milo ais.Yang lagi dua ni?Tiba-tiba Hanna rasa bahunya dicuit.Dia menoleh.
  Hanna tesentak apabila pandangannya dihalang oleh sejambak bunga ros.Ye,sejambak bunga ros merah dan ditengah-tengahnya pula ada 2 teddy bear kecik.Masing-masing pegang separuh hati yang mencantumkannya sebagai satu hati.1 teddy bear pulak pakai topi graduasi tu.Kemudian,bunga itu diturunkan sebelum wajah Tengku Nazrul yang sedang tersengih berada di hadapan Hanna.
  "Nah.This is for you.Bunga untuk hari graduasi awak?Sama kan macam yang awak bagi kat saya.Saya tempah tau bunga ni.Khas untuk awak.Tapi yang ni cukup 26 batang menunujukkan umur awak."Jelas Tengku Nazrul Hanna hanya diam.Dia terharu tapi masih terasa hati.
  Sebenarnya nak gelak pun ada,tempat ni lah yang merupakan salam perkenalan secara baiknya antara dia dan Tengku Nazrul sambil dia menatang dulang.
  "Hanna,look.I am sorry.Bukannya saya tak rindukan awak.Cuma,saya cuma terkejut and awak tahu tugas saya macam mana kan?Kalau saya tak sayang awak,dah lama saya batalkan wedding,tahu?"Hanna tahan geli.Eiii..So cheesy lah!Gelissssss..
  "Eii..Awak ni cheesy lah!"Luah Hanna.Tengku Nazrul terpinga-pinga.
  "Ha?Cheesy?Apa tuh?Saya bau cheese ke?"Hanna tergelak.
  "No lah.Sweet semacam.Geli saya.Meremang tahu?"Tengku Nazrul ketawa.
  "Well.Saya memang sweet okay?"Kata Tengku Nazrul.Hanna senyum.
  "Maafkan saya ke tak ni?"Soal Tengku Nazrul.Hanna buat muka berfikir.
  "Kalau awak still tak boleh nak maafkan saya,saya sanggup beli satu lori bunga ros!"Hanna angkat kening.
  "Okey!Kalau awakbelikan saya satu lori bunga ros,baru saya maafkan awak.Cam mana?"
  "Ha?Awak jangan cabar.Saya buat betul-betul nanti."
  "Yelah.Cepatlah.Saya tengah cabar ni."Kata Hanna dengan muka bersungguh-sungguh.
  "Hehe.Takpelah.Kesian nanti orang lain nak beli bunga ros,tak dapat.Awak minta benda lain lah.Satu lori coklat?Yang tu boleh."Kata Tengku Nazrul sambil tersengih.Hanna gelak.
  "Takdelah.Saya main-main je lah.Saya dah maafkan awak.Tapi kalau awak buat hal lagi,saya cancel wedding!"
  "Serius?"Soal Tengku Nazrul.Hanna sengih.
  "Takdelah.Saya main-main je."Ujar Hanna.Tengku Nazrul lega.
  "Awak ingat saya main-main?Berani buat lah lagi!Memang saya cancel wedding terus!"Kata Hanna sudah bertukar karakter.
  "Yelah.In Sya Allah.Jomlah kita join diorang.Bunga ni awak tak nak ke?"
  "Awak nak saya pegang macam mana?Dah,awak pegang bunga tu dulu.Bila saya dah letak dulang kat atas meja,saya ambil."Ujar Hanna sambil berjalan menuju ke arah Yasmin.Dia duduk di hadapan Yasmin manakala Tengku Nazrul duduk di sebelah Tengku Fakhrul.
  "Wargh!Siap ada bunga!Mana aci!You!Mana bunga I?"Kata Yasmin tak puas hati terus menerjah Tengku Fakhrul.Tengku Fakhrul sengih.
  "Sowyy..Lupa nak beli."Yasmin memuncung.
  "Haih.Sian betullah aku ni,Hanna.Dapat boyfriend and bakal suami yang tak sweet!"
  "Amboi!Ni semua salah kau lah,Naz!Yang kau pergi beli bunga sape suruh?"Tengku Fakhrul pura-pura marah pada Tengku Nazrul.
  "Eh.Yang kau tak beli pahal?"Soal Tengku Nazrul pulak.Hanna gelak.
  "Ha,ni borak apa ni?"Sampuk Puan Qaseh sambil meletak sepinggan karipap sebelum dia duduk di antara Yasmin dan Hanna.
  "Takde apa-apa Auntie."Jawab Tengku Nazrul dan Tengku Fahmie.
  "Ha,ni mana boleh duduk dekat-dekat.Semua ni dah nak kahwin kan?Darah manis lagi."Usik Puan Qaseh.Hanna dan Yasmin pula laju menjauhkan kerusi mereka daripada Tengku Nazrul dan Tengku Fakhrul.
  "Entah awak ni.Kenapa duduk dekat-dekat ngan saya ni?"Kata Hanna mempersalahkan Tengku Nazrul.
  "Ha'ah you ni.Asal duduk dekat dengan I?"Kata Yasmin pula menyalahkan Tengku Fakhrul.
  "Yelah,Naz.Kita ni yang pergi duduk dekat dengan diorang kan?"Soal Tengku Fakhrul.
  "Ha'ah Rul.Macam lah kita ni pun bukan darah manis.Darah kita lagi advance kot.Bukan darah manis je.Darah sweet sour terus!"Habis je Tengku Nazrul berkata,semua bantai gelak.Hanna menggeleng.
  "Yelah,Darah sweet sour pun ada ye dokter?Nanti sila derma lah darah sweet sour tu.Konfem ramai nak beli!"Kata Hanna selamba.Tengku Nazrul sengih.
  "Ha,sebelum auntie lupa,Rul,Yas.Kamu bila nak langsungkan perkahwinan?Kata tak nak tunang,terus nak kahwin?Boleh auntie tolong uruskan apa-apa."Kata Puan Qaseh.
  Yasmin yang sedang minum air,tersedak.Manakala,Tengku Fakhrul yang sedang kunyah karipap,tercekik!
   "Auntie!Soalan sensetip tu!"Kata Yasmin sebelum semua tergelak.
  "Iyelah.Nanti jangan lupa bagi tahu auntie tarikhnya."
  "Baik,Auntie."Jawab Tengku Fakhrul pula.
  "Ha,Hanna,Nazrul.Makanlah Karipap ni.Sedap tau auntie masak."Kata Yasmin menukar topik.
  "Iye?Meh aku rasa."Kata Tengku Nazrul hanya melayan Yasmin.
  "Sedap awak?Saya yang buat tau.Khas untuk awak."Soal Hanna sambil menipu sunat pada Tengku Nazrul yang sedang mengunyah karipap.
  "Sedap.Pandai awak buat."Puji Tengku Nazrul Jujur.Yasmin dan Puan Qaseh tahan gelak.
  "Oh ye?Takde lah.Bukan saya yang buat.Mama yang buat.Saya pun baru balik tahu?"Kata Hanna selamba.
  Tengku Nazrul mengecilkan matanya memandang Hanna.Hanna sengih sambil mengangkat 2 jarinya membuat peace.
  "Peace!No war!"Ujar Hanna.Yang lain hanya tergelak dengan sifat kanak-kanak ribena Hanna itu.




**To be continued**Part 14** ^-^
 p/s:Akhirnya!Dapat jugak update part ni!

Sunday, January 17, 2016

Mr pilot vs miss popular bab 4

BAB 4
NOMBOR Kak Fiazz aku dail.
  "Hello?"
  "Hello,kak!"
  "Fian ni kenapa?"
  "Akak,akak kat mana?Fian nak jumpa sekarang jugak!"Gesaku.
  "Fian ni mengigau ea? Mamai?Ke hilang ingatan?Akak kat rumah lah.Kan mentua akak datang.Takkan akak nak keluar pulak malam-malam ni."
  Aku tepuk dahi.Macam manalah aku boleh lupa.Ni semua pasal hal kahwin tu lah.Dari petang sampai ke malam aku tercongok dekat lantai sebab fikir pasal semua tu.
  "Okey!Fian datang rumah akak sekarang jugak!"Kataku sebelum mematikan talian.
  Aku menyarung sweater doraemon bewarna kuning yang diletakkan di atas katil sebelum kunci kereta sport milikku aku capai.Masa untuk race!Aku menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Dah lah bilik aku tingkat empat.Kalau salah pijak tangga,mau terguling-guling aku dibuatnya sepanjang laluan.Nak naik lif?Malam-malam aku tak berani.Sekali terjumpa minaci dalam tuh?Mahu terkencing aku nanti!
  "Fian?Nak pergi mana malam-malam ni?"Soal Mama membuatkan aku terperanjat.Wajah mama yang sedang makan malam dengan papa aku pandang gerun.
  "Fian nak pergi rumah kakak sekejap.Ada barang tertinggal."Jawabku perlahan.
  "Tak yah mengada.Esok kan ada.Kamu tu nanti dah nak kahwin.Tak elok keluar malam-malam."Kata mama.
  Aku menahan diri daripada marah.
  "Ma,Fian dah bagi jawapan Fian kan?"
  "Apa?Kamu dah ada calon?Meh bawak jumpa mama sini.Mama nak tengok kekayaan dia."Aku mengeluh.
  "Ehem.Fian pergi cepat.Balik sebelum pukul 11."Sampuk papa.Aku tersenyum.
  "Ai.Ai!Papa!Fian pergi dulu!"Kataku sebelum berlalu.Lebih baik cabut sebelum rumah tu bergegar dengan suara orang bergaduh.Heisy.


AKU memakirkan keretaku dihadapan rumah Kak Fiazz.Kemudian,kelihatan Kak Fiazz keluar dari rumah.Enjin dimatikan sebelum aku keluar dari perut kereta.
  "Akak!"
  "Ni kenapa datang malam-malam ni.Tadi petang baru je datang."Soal Kak Fiazz.Aku tersengih.
  "Alah,baru pukul 8.Abang Riesh tengah buat apa kak?"
  "Ha?Abang Riesh?Fian demam ke?Yang gatal sangat nak datang rumah akak malam-malam ni sebab nak jumpa Abang Riesh?Macam gali kubur sendiri je.Dah sedia nak dikapankan ke?"Aku tergelak.
  "Apalah akak ni.Mana ada.Akak cakap dulu Abang Riesh mana?Nant Fian bagitahu perkara yang sebenar."
  "Heisy.Yelah.Abang Riesh kamu tengah duduk dekat bilik bacaan.Yang lain tengah duduk di bilik masing-masing sebab kejap lagi masa untuk makan."
  "Ha?Okey!Jom pergi bilik bacaan."Ajakku sambil menarik lengan kakakku.
  Sampai je di hadapan pintu bilik bacaan,pintu itu aku buka sebelum menarik Kak Fiazz masuk dan menutup pintu.
  "Abang Riesh!"Jeritku.Tersentak dia dibuatnya.Leka sangat wat homework lah katakan!
  "Aik?Fian kenapa?Nak bunuh orang ke hape?"Soal Abang Riesh.Aku sengih.
  "Abang Riesh ada tak kawan CEO yang masih single?"Terjahku.Straight to the point yo!
  "Jangan nak tanya apa-apa.Jawab je!"Arahku sebelum sempat Abang Riesh nak bertanya.
  "Ermm,yang umur macam Abang Riesh kebanyakkanya dah kahwin Fian.Kalau muda,ada kot sorang dua?Itu pun playboy.Fian nak ke?"Jawab Abang Fariesh.
  Aku ketap gigi.Aiseymen!Dah kahwin pulak!Yang belum kahwin pulak playboy!Ceit!Aku jadi playgirl nanti padan muka korang!
  "Mana boleh!Asal diorang kahwin?Kahwin dengan siapa?"Soalku.
  "Kahwin dengan kawan kakak lah!"Sampuk Kak Fiazz.
  "Heisy akak ni!Siapa suruh kawan akak kahwin dengan CEO!Sibuk je.Siapa kawan akak tu?"
  "Ha'ah.Kawan baik akaklah.Kakak-kakak kesayangan Fian tu!"
  Aku tepuk dahi.Macam mana aku boleh lupa ni?Semua pasal budak laki yang nak kahwin dengan aku punya pasallah!Heisy!Tengok!Aku dah salahkan dia lagi.Kesian dia asyik dipersalahkan.Hehe.Tapi ada aku heran?Siapa suruh kacau orang!
  "Adui!Lupa pulak!Tapi langung takde yang lain ke ek?"
  "Fian ni cuba cakap kat akak.Apa masalah Fian sebenarnya nih?Tetiba nak cari CEO?"Aku memandang Kak Fiazz sebelum mengeluh perlahan.
  "Mama.Dia nak jodohkan Fian dengan seorang lelaki.Budak tu CEO je pun.Bakal mewarisi semua harta mak bapak dia.Masalahnya,Fian tak nak.Sebab tu mama paksa Fian cari calon CEO atau seangkatan dengannya.Tapi kalau Fian dapat orang lebih kaya pun Fian terima tapi Fian mesti suka dia.Hehe."
  "Ha!Kalau macamtu,ada seorang CEO yang still single akak rasa and maybe bukan playboy."Kata Kak Fiaz.
  "Ha?Siapa?"
  "Budak CEO yang mama kenalkan kan tuh?"
  "Hahaha.Yang tu,out ea!"
  "Haih.Nanti lah.Pandai-pandai kamu cari sendiri.Akak tak nak masuk campur."Aku mencebik.
  "Fine.Orang boleh cari sendiri.Okeylah.Fian balik dulu!"Ujarku sebelum ingin mengatur langkah ke pintu keluar.
  "Eh,Fian!Makan lah dulu ye pon."Panggil abang Riesh.Aku geleng.
  "Takpelah,bang Riesh.Fian malas nak jumpa ngan jembalang malam ni."Jawabku selamba.
  "Aik?Kat rumah akak ada jembalang ke Fian?"Soal Kak Fiazz.Aku sengih.Aku berjengket-jengket berjalan menuju ke pintu utama.
  "Kau!"Aku tersentak.Alamak!Kantoi!Kepala aku pusing.Aik?Bercekak pinggang pulak mamat ni.
  "Kau buat apa ha kat sini?Mencuri ea?"Terangkat kening aku dibuatnya.Aku pulak bercekak pinggang.
  "Hai,dah lama hidup ke encik jembalang?Menfitnah je."
  "Jembalang tu kau!Masuk rumah orang macam pencuri."
  "Hey,sorry siket ea.Kak Fiazz yang bagi saya masuk!Dia mana tahu apa.Berdengkur je kat bilik tu."
  "Ha,dah tu buat apa lagi kat sini?Dipersilakan keluar ye.Ke nak tunggu sampai aku bentang red carpet baru nak keluar?"
  "Hey!Jembalang mintak dikuburkan!Mulut tu memang takde insurans!Aku tanam kau malam ni,baru kau tahu!Biar jadi jembalang betul-betul!"
  "Amboi-amboi,sesuki hati dia je nak kuburkan orang.Pergi tanam diri sendiri tu dulu!"Aku dah speechless.Bukan apa,aku rasa macam makin lama,makin merepek je.
  "Ah.Dah-dah.Saya cau dulu!Cakap dengan awak ni,mau mimpi ngeri saya malam ni.Ish,Gerun!"Aku terus melangkah keluar.Eh,jap-jap.
  "Ha!Lupa nak tanya."
  "Apa dia?"Soal Fawwaz kasar
  "Awak ada tak kenal mana-mana CEO yang single and available?"Soalku selamba.Tercengang mamat tu dibuatnya.
  "What??"Jerit Fawwaz.Aku sengih.
  "Haha..Takde apa.Bye!"





 Dalam kereta,aku memikirkan sesuatu.Hurm,Fawwaz is not bad.Walaupun dia pilot,dia anak orang kaya.Adik kepada seorang CEO kot.Okey apa?Tapi,siapa je nak mamat sewel tu?Malas den nak ngan jembalang tu.Boleh masuk hospital sakit jiwa.Dah la poyo tahap tak ingat.Haih.Nak cari siapa ek?




"Hello,bang Riesh.Ada apa call Fian ni?."Soalku
  "Helo,Fian.Tahu tak minggu depan hari apa?"
  "Minggu depan?Harini hari sabtu.Minggu depan,hari isnin lah!Ke sabtu?"
  "Hah.Fian lupa ke?Sabtu minggu depan kan birthday Kak Fiazz?"Aku tepuk dahi.
  "Alamak!Fain lupa pulak!Kenapa bang Riesh?Nak buat suprise party lagi ke?"
  "Yup.Tapi kali ni abang Riesh nak minta tolong Fian untuk arrange kan semuanya.Boleh tak?"
  "Ha?Boleh tu boleh.Tapi kenapa bang?"
  "Abang Riesh ada urgent meeting harini.Esok pulak Abang Riesh kena pergi Korea selama 5 ke 6 hari.Tapi abang bawak Kak Fiazz sebab kalini dia nak ikut.So,susah abang nak buat suprise untuk dia.Fian tolong abang boleh?"
  "Sudah tentu!Fian okey je."
  "Okey.Kalau macamtu,Fian datang rumah sekarang lah.Abang bagi kredit card satu."Aku sengih.
  "Takde upah ke bang?"
  "Yelah.Fian belilah apa yang Fian nak.Cepat sikit.Kak Fiazz kamu masih tidur tu."
  "Okey.Fian datang sekarang!"Talian dimatikan.Aku lihat ke arah jam dinding.Pukul 8 pagi.Akak masih tidur?Mentang-mentang hari cuti!Tengok adik dia ni.Pukul 8 pagi dah mandi and bersiap.
  Aku yang hanya memakai t-shirt hitam kosong lengan pendek dan seluar tracksuit warna hitam,terus mencapai sweater putih dan penutup mulut jenis kain warna putih.Inilah hidupku.Nak pergi memana kena pakai semua ni.Heheh.Kunci kereta sport aku capai.Yeay!Bawak laju-laju!





"Akak mana bang Riesh?"Soalku.
  "Tidur lagi.Nah.Kad kredit abang.Belilah apa-apa pun ea."Aku sengih..
  "Okey lah.Fian nak pergi oder kek dengan tempah tempat.Okey?"
  "Pasal tempat,Buat kat umah abang Riesh je.Nanti membebel kak Fian tu.Kan dia tak suka membazir?"
  "Ha'ah.Hurm.Fian pergi tempah kek dulu ah kalau macam tu.Lepastu Fian pergi beli barang-barang untuk majlis nanti,okey?"
  "Okey gak tu.By the way,disebabkan Fian sorang,Bang Riesh bagi bodyguard satu."
  "Ha?Serius?Hensem tak?"Soalku laju.Hhehhe.Bodyguard tu weh!
  "Hensem.Jangan risau.Kejap lagi dia datang.Ha,tu dia dah sampai."Ucap abang Riesh saat deruman enjin kedengaran.Aku tersentak.Kereta ni???!!Are you crazy?Aku hanya melopong melihat kereta koenigsegg ccx warna putih meluncur laju ke laman rumah abang Riesh.
  "Who is it?!!"Soalku teruja.
  Namun,hanya sekejap apabila pemandu kereta itu keluar dari perut kereta itu.Keluarlah seorang lelaki dengan t-shirt polo warna putih dengan seluar jeans hitam.Siap dengan cermin mata hitam kot.Poyos habes.Aku sudah buat muka menjengkelkan apabila aku macam tahu je siapa mamat ni.
  "Oho!Don't tell me that he is.."Aku tergamam.Mamat tu bukak cermin mata.No way!
  "Fawwaz?!"Jeritku.
  "Yup.Fawwaz akan teman Fian untuk pergi beli barang tu semua."Jawab Abang Fariesh selamba.Aku gelak.
  "Hahha.You gotta be kidding me,right?No way!Fian takkan pergi dengan mamat jembalang tuh."Tolakku.
  "Huh.Macam orang nak sangat pergi dengan dia."Balas Fawwaz.
  "Baguslah.So,tak payah sibuk nak ikut!"
  "No!Korang kena pergi sama-sama.Cuba lah fikir pasal kak Fiazz kamu tu.Cubalah kau orang ni bekerjasama hanya untuk seminggu?"Aku laju pandang Abang Riesh.
  "Okey!Fine!Just for a week"Putusku.
  "Hurm.Seminggu je Fawwaz akan dengan budak mentah ni."Aku menjengilkan mata.Berani dia panggil aku budak tak cukup umor?Aku 24 tahun lah!
  "Okey.Kalau macam tu,korang settle kan lah sendiri nak naik kereta siapa.Abang tak nak masuk campur.Bye!"Kata Abang Riesh sebelum menutup pintu utama rumah banglo itu.Aku tercengang.Fine!
  Aku melangkah ke arah kereta milikku sebelum bersandar di sisi keretaku.Aku pandang Fawwaz.
  "Apa yang awak tunggu lagi.Meh naik kereta saya.Saya bawak perlahan punya."Kataku selamba.Kening aku angkat beberapa kali.
  "Argh.Takde.Naik kereta aku."Bantah Fawwaz.Aku senyum.
  "Wargh!Terima kasih!Naik kereta awak,,,,Saya drive!"Putusku sambil memandang wajah Fawwaz tajam.Terkejut mamat tu dibuatnya.
  Aku faham.Walaupun kita ada kereta sport,tak semestinya kita tak takut pada kelajuan.Kalau jadi pemandu memang best.Tapi bila jadi penumpang,memang kecut perutla wei!!!
  "No way!"
  "Yes way!"Kataku sebelum laju masuk ke dalam tempat duduk pemandu.Aku pandang Fawwaz.
  "Tunggu apa lagi?Naik lah!"Arahku kalah diktator.Tapi diktator baik okey!
  "Grr..Kau tunggu lah nanti."Bentak Fawwaz sebelah masuk ke tempat duduk penumpang,
  Aku sengih.Takpe.Aku tunggu.Aku ada banyak rancangan lah kalau jumpa kau lagi.Jangan risau..aku akan buat kau menyampah gila kat aku.Baru syok!Marah la Fawwaz.Lagi kau marah,lagi aku suka.Ni Fian lah.Semua yang ,masuk dalam hidup aku akan susah nak keluar okey.Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya.Aku akan buat kau sedar yang aku perempuan paling jahat pernah kau jumpa.




Will be continued...Sorry because of the late update!
P/S:Fian akan tunjuk belang dia after rpat dengan Fawwaz.Heheh.

Friday, January 15, 2016

Hello,Incik Jodoh!(Part 3)

"Akak,are you sure?"Soalku dalam kepelikan.
  "Apa?"Soal Kak Ikha.
  "Serius ah.Pernah ke P.A bawak Kamera DSLR yang macam Leeya ni?Agaklah.Tak pernah Leeya nampak P.A abang Zulfan tu bawak kamera.Lagi-lagi kamera besar kesayangan Leeya ni.Kamera fon adalah!"
  "Leeya ni apa yang blur sangat?Leeya jadi P.A sementara and kan Leeya kononnya nak buat kerja fotografi Leeya tu?Apa yang peliknya?"Aku sengih.
  "Ops!Baru Leeya teringat lah kak!"
  "Kamu tu memang.Dah.Pergi ofis Si Faisal tu cepat.Nanti lambat,konfem kena pecat!"
  "Seyes ah?Alamak!Leeya cau dulu!"Kataku sebelum berlari keluar dari rumah itu.Kemudian,aku masuk semula.
  "Akak!"
  "Ha?Apa lagi?Kenapa tak pergi lagi?"Soal Kak Ikha.Aku sengih.
  "Faisal tahu tak siapa yang akan jadi P.A dia nanti?"Soalku.
  Yelah,mana tahu dia tak suka aku jadi P.A dia kan?Mampus aku nak kena hadap muka dia dengan menebalkan muka,mohon diberi kerja.
  "Hhehe.Tak.Yang dia tahu,dia akan dapat seorang P.A.Lagi satu akak nak cakap,Faisal tu bukan jenis yang nak fikirkan benda remeh macam nak tahu siapa dia punya P.A.Lainlah kalau hal kerja,jangan buat main.Dengan Kak Zuhra tu pun dia pernah marah tahu?"Aku telan liur.

  Aisey,betul ke dia pilihan aku?Atoyai!Lantak lah.Kita try usha dulu.Asal boleh cuci mata aku yang dah lama berhabuk sebab tak nampak lelaki sampai seminggu,pun boleh lah.Mana tahu,bersinar mata aku dibuatnya?Adui!Sengal nya aku ni!

  "Leeya.Pergi ofis sekarang!Kalau Leeya tak nak kena pecat lah."Jerit Kak Ikha.
  Aku?Dengar je arahan tu,berdesup lari masuk ke dalam kereta porche milikku yang bewarna hitam putih.Kasut?Tak yah citer ah.Memang dengan rajinnya aku aku capai kasut tinggi 2 inchi sambil membawanya kat tangan.Kaki?Memang berstokin lah!Kata orang,berkaki ayam!Nak buat macam mana?Mamat tu punya pasal,aku yang jadi macam tak terurus.Haih!




Aku memakir kereta miliiku di sebelah kereta Buggati veyron bewarna putih.Lawa seh!Setahu aku,Kak Zuhra kata,tempat aku ni,kat sebelah tempat parking Faisal.Wuyoo!Mamat ni ada taste gak ek?Ala,setakat kereta dia ni,konfem mamat tu boleh beli lebih daripada 10 biji!Well,anak tunggal lah katakan.

  Lainlah aku ni,kewangan dijaga rapi oleh abang kesayang iaitu abang Zulfan!Kesayangan sangat!Abang sulungku yang bernama Ziqran pulak,memang sangat pemurah dengan adik bongsunya yang comel ini.Bila duitku disekat oleh Abang Zulfan kejam tuh sebab aku buat salah,memang Abang Ziqran lah yang jadi bank bergerak aku.Hehehe.

  "Leeya?"Sergah satu suara.Memang bersilat jugaklah aku kat situ dibuatnya.
  "Hahah.Bersilat di pagi hari ye?"Soal Kak Zuhra.Aku sengih.
  "Akak ni.Terkejut Leeya,tahu?"
  "Takdelah.Dah akak tengok Leeya ni termenung je?"
  "Takdelah kak.Tengah fikir pasal masalah negara sekejap."

  "Banyak lah kamu punya masalah negara.Ni,akak rasa,baik kamu pergi naik sekarang.Leeya cuma ada lagi 5 minit tahu?Faisal akan masuk lagi enam minit.So,better hurry!"Aku melongo.Lima minit?Marathon!
  Langkah harimau aku ambil sebelum menekan butang lif.Adui!Lambatnya nak bukak!Tapi yang peliknya,asal tak ada orang yang nak join aku naik lif?Tak kerja ke apa?Argh!Laantak lah!Lif dah bukak,aku masuk!Butang nombor 16 aku tekan.Sampai je ke tingkat 16,aku nampak semua orang sedang tekun buat kerja.Serius ah?Baru pukul 8 suku pagi beb!Laju aku punch kad milikku sebelum masuk ke dalam satu ruangan ofis yang luas tapi tidak ramai pekerja.Macam eksklusif pun ada!

  Jumpa satu lagi pintu kaca,aku tolak sebelum melopong.Bilik besar gila!Pastu boleh ada pintu lagi?Tapi tak tertulis CEO lah.Just tulis Chief Architect lepastu ada nama Faisal.Ceit.Orang mesti fikir,alo,ketua arkitek je pun.Masalahnya,dia Chief Architect Of ZF Architecture Holdings kot!Dalam bangunan ni ada beribu arkitek yang hebat!Tapi bukan semuanya arkitek lah.

  Walaupun namanya Architecture,dia ada penambahan.Ada 4 tingkat untuk pekerja dalam bidang interior designer.Dan 10 lagi memang tingkat khas untuk arkitek dan mestilah satu tingkat kafeteria yang berada di tengah-tengah iaitu di tingkat 9.Tingkat 17 pula ialah ofis Kak Zuhra dan P.A nya serta 4 orang pekerja.Manakala di tingkat 18 pula  memang tempat untuk release tension.Tempat peribadi milik Faisal.Tak leh blah kan?Semua ni Kak Zuhra yang bagi tahu secara detail.Heheh.

  "Leeya?"Tegur satu suara garau membuatkan aku spontan berdiri.Aiseyman!Aku rasa baru seminit aku sempat duduk,dah si Bos baru aku ni masuk!Patutlah semua awal-awal dah buat kerja!Faisal ni memang tepati masa betul!
  "Ye,saya!"
  "Apa awak buat kat sini?"Soal Faisal pelik.
  "Saya saja nak jumpa awak kat sini.Tak boleh ke?"Kataku selamba.Berkerut kening mamat tu dibuatnya.
  "I'm serious.Apa awak buat kat sini?"Soalnya.Kali ini lebih tegas.
  "Saya buat apa kat sini?Takkan tak tahu?Of coz lah saya nak timba ilmu!Salah kew?"
  "What?Don't tell me that you are.."
  "Yup!Tak yah speaking sangatlah.Saya lah P.A awak.Cantikkan P.A awak?Muda lagi."Potongku selamba.
  "Ouh.So,mulai sekarang.Panggil saya Encik Faisal.No more awak saya.Understand?Sekejap lagi saya kena pergi tengok site dan you!Must follow me.Understand?"Aku tersentak.Terkelip-kelip mata aku dibuatnya.
  Lepastu Faisal terus masuk ke dalam pejabat dia.What?Itu Faisal ke?Ke jelmaan dia?Huargh!Tak nak!And then,awal pagi dah kena pergi site?Pelik!Bukan orang pergi waktu tengah hari kew?Dalam novel aku baca,selalunya time tengah hari.Ah,lantaklah.Bagus jugak!Tak payah lah aku nak kena tadah muka dekat matahari yang panas terik bila waktu tengah hari.Tapi,Malaysia ni,pukul 8 memang dah terang-bederang dah!

  "Hello?Excuse me?"Soal satu suara.Aku toleh.
  Fulamak!Siapa perempuan nih?Lawa beb!Tapi seksi gila.Kain sendat!Paras lutut!Pastu terbelah sampai peha!Baju pulak.Baju kemeja lengan tiga suku.Tapi sendat!Tengok aku ni.Punyalah simple pakai kemeja warna biru cair.(Sama dengan Faisal sebab pagi-pagi lagi aku tanya Kak Zuhra pasal warna baju mamat tu hari ni.)Seluar slek warna hitam and tudung shawl lilit simple warna hitam kosong!Heisy.Leeya!Jangan kutuk orang!
  "Yes,miss?"
  "Who are you?Setahu saya,Faisal takde P.A."Aku sengih kelat.Sukahati dia lah nak ada P.A!
  "In that case,I am so sorry.Sebab saya P.A Encik Faisal."Jawabku selamba.
  "Ugh.I tak kisah pun sebab you ni I rasa cuma perempuan biasa and nothing special.Jadi,I tak perlu nak heran sangat sebab Faisal takkan suka perempuan macam you ni.Boring.Tak seksi.But,baguslah kan?"Kata gadis atau wanita itu.
  Aku senyum geram.Minah ni.Selamba badak je dia cakap aku perempuan biasa?Hey!Aku ada ijazah kau tahu?Cuma saja nak amek bidang fotografi and jadi P.A sementara.Tunggu lah kau!Kalau aku rajin.aku sambung tros amek master tros!Heisy.
  "Ouh.By the way.I nak cakap sikit.Faisal tu adalah I punya.Ada faham.Jadi lupakan lah niat you tu untuk nak try Faisal and untuk pengetahuan you.I ni.Marisa binti Dato'Mail.Sesuai dengan Faisal kan?"Aku senyum.
   HAHAHA.Mari gelak beramai-ramai sebab ada pesakit mental di sini.Agaklah.Ini kali pertama jumpa and then,dia terus cakap Faisal tu dia punyalah,apa lah.Tak nak cakap Faisal tu haiwan peliharaan dia ke?Satu lagi,anak Dato'?Sorry lah beb!Anak Dato' je pun!Salah orang lah ni.Aku anak Tan Sri weh?Nak lawan?Haih,lawak-lawak!
  "Okey.Satu je yang saya nak cakap ye miss.Setahu saya,Encik Faisal tu memang single and avaible.Jadi tak salah kan kalau saya nak Cucuk jarum.Dah lah kaya.Hensem pulak tu.Siapa je yang tak nak?"Ujarku sinis.
  "Hey perempuan.Orang jenis macam kau ni,layak duduk dekat tepi jalan tu je."
  "Oh ye?Habistu,Miss ni pulak kat mana ea?Dekat longkang?"
  "Kau jangan nak cari pasal dengan aku ea?Mesti mak bapak kau tak ajar kau betul-betul kan?"
  "Jangan cakap pasal mak ayah saya."Kataku dalam geram.
  "Asal?Mak ayah kau paksa kau jual diri kat sini ke?"Sinis Marissa.
  "Kurang ajar!"Pap!Aku terus menampar pipi gadis itu kuat.Nasib pintu kaca ni hanya orang dalam nampak orang luar.Kalau tak,memang huru-hara.
  "Kau tak layak nak cakap apa-pun pasal mak ayah aku!Mulut tu jaga!"Tengingku perlahan.
  "Ugh.Apa?Salah ke aku cakap?Habistu?Jadi apa?Pelacur?"
  "Takguna!"Baru aku nak layangkan satu lagi penampar.Faisal sudah menyuruh aku berhenti.
  "Stop!What are you doing ha,Leeya?Baru first day,dah berani tampar klien saya?"Aku laju memandang Faisal tajam.Perempuan tu?Awal-awal sorok belakang Faisal,Huh.
  "For your information,saya mempunyai baran yang sangat tinggi dan paling pantang orang  cakap pasal mak ayah saya.Tak kesahlah orang tu siapa pun!Kalau berani,cakaplah perkara buruk pasal mak ayah saya.I will kill them!"Kataku keras.Saja gertak.Terkejut muka Faisal dibuatnya.
  "Awak jangan jadi gila!Kenapa?Sebab darjat awak lagi tinggi?Macam tu?"Aku tersentak.
  "Awak pun sama je!"Marahku sebelum keluar dari pejabat itu.Pintu kecemasan aku buka.Baik turun guna tangga!Lif lembab!Boleh rosak lif tu aku tumbuk kalau lembab sangat.
  "Tak guna punya Faisal.Lelaki semuanya sama je.Darjat?Huh.Cakap je lah yang dia tu pertahankan perempuan tu sebab perempuan tu lawa,seksi,gedik,semua ada!Dasar lelaki."Bebelku geram sambil mendaki tangga ke tingkat atas sekali.Ada aku kesah tu tempat Faisal ke apa?Aku nak tenangkan diri.Aku punyalah suka gila dekat dia,rupanya dia tu kaki perempuan!Huh!Fail!Harini jugak aku letak surat letak jawatan.
  Tengah seronok membebel,aku terasa aku terpijak salah tempat membuatkan aku terkebelakang.Mata aku tutup.Kemudian,aku rasa kedua-dua bahuku di tahan sebelum aku berdiri stabil.Wajah penyelamat aku pandang.Hesy.
  "Encik Faisal nak apa lagi?"Soal ku kasar.
  "Sorry siket okay?Saya nak pergi tempat rahsia sayalah.Dah lah orang selamat kan dia."
  "Ouh.Terima kasih selamatkan saya."Balasku acuh-tak acuh.
  "Hurm.Batal air wudhu' saya."Aku melopong.Batal air wudhu'?
  "Kalau takut sangat batal wudhu',Tak payah nak tolong saya.Biar je saya jatuh.Paling teruk pun patah pinggang je kan?"Kataku geram.Faisal hanya diam membuatkan aku makin geram.Badanku pusing untuk turun tangga.Nak naik,tak boleh.Mamat ni dah nak kongker awal-awal!
  "Wait!"Panggil Faisal membuatkan aku berhenti sebelum berpusing.
  "Awak ni jenis apa ek?"
  "Apa?"
  "Yelah.Jenis najis mutawassitah ke,mughallazoh ke,muhaffafah ke?Sebab tadi saya pengang bahu awak."Aku melongo.Najis jenis apa?
  "Awak  memang sengaja ea?Hey!Awak ingat saya ni apa ha?Lagipun berlapik kot!Dan darurat okey!Sebab awak selamatkan saya!"
  Faisal hanya angkat bahu.
  "Habistu?Awak nak buat apa?Basuh tangan dengan benda kesat?Air mutlak?Ke nak saya cakap benda kesat?!"Marahku.Melampau lah dia ni!

Note:Sorry sebab tak dapat memanjangkan lagy entry ni sbb saya tak sempat and busy giler.Saya akan cuba sedaya upaya untuk update novel and cerpen secepat yang mungkin setelah hal saya selesai. Sowwy!!!

Friday, January 8, 2016

To:Mr Ego part 12

Tiba di airport,Hanna pandang Tengku Nazrul.
  "Ni apahal muka macam ayam berak kapur?Termakan julap eh pagi tadi?Saya rasa saya takde letak julap masa sarapan tadi."Usik Hanna pada Tengku Nazrul.
  "Ceit.By the way,betul ke kita tak boleh berjumpa selama 2 tahun?"Hanna senyum.
  "Biarlah.Tu je cara untuk saya uji kesetiaan awak.Kalau awak curang,serta-merta saya putus tunang.Tak pun,saya bag penumbuk sebiji ke,penendang maut ke,okey gak tu kan?"
  "Ha'ah.Banyak lah penumbuk,penendang.Habistu kalau awak yang curang.Ha?"Hanna sengih sambil mengusap dagunya.
  "Kalau saya curang,apa susah.Putus je lah.Apa susah?Dah kalau saya curang,kiranya saya dah tak sayang awak dah.Takkan tu pun tak tahu."Kata Hanna selamba.
  "Amboi,selamba dia je nak putus.Lepastu,tunang,pastu putus,tunang,putus,tunang.Macam tu?"
  "Eh.Salah lah.Kalau lah saya ni ,memang jenis yang curang,akhir ayatawak tu perlu ditukar.Konfem putus.Takde masa nak kekal je kalau dah curang.Takkan tu pun tak tahu?"
  "HAHA.Lawak sangat.Memang dah rancang nak curang ke apa?Dah buat jadual atau nota untuk curang ke apa ni?Meh sini saya bakor semuanya."Hanna gelak.
  Jadual?Nota?Sorry okey!Kalau orang nak curang,tak perlu nak rancang bagai.Curang depan mata tunang secara terang-terangan lah kalau berani!Apsal nak sorok-sorok?Takde masa okey!
  "Entah lah.Macam nak buat lah pulak.Cara-cara untuk curang.Okey tak?"Usik Hanna.
  "Haih,dah lama hidup ke cik kak?Orang punya setia,dia nak curang bagai.Ada yang nak kena kang!"Kata Tengku Nazrul geram.Hanna bantai gelak.
  "Lorh.Setia ke cik abang?Macam tak je."
  "Takpe.Kita tunggu 2 tahun.Alah,2 tahun tu bukannya lama sangat."
  "Alamak!Tak cukup lama ek?Kalau macam tu,kita panjangkan ke tempoh 3 tahun lah.Amacam?"Soal Hanna.Keningnya sudah diangkat-angkat.
  "Ha'ah.Daripada 3 tahun,baik 30 tahun terus.Bukannya lama sangat kan?"Perli Tengku Nazrul.Hanna sengih dalam hati.
  "Ha'ah kan.Boleh dipertimbangkan."Usik Hanna lagi.
  "Nur Hanna!Heisy,ada yang tak dapat balik Melbourne nanti."Kata Tengku Nazrul geram.
  "Alamak.Daripada tak dapat balik,baik saya cau dulu.Bye Encik Tunang yang tak tahu setia ke idok!"Kata Hanna sambil berlari ke arah Tengku Nadia.
  Tengku Nazrul?Hanna lari,dia kejar.Biasa ah tu.Hanna?Tengku Nazrul kejar,memang dia lari.Tu pun biasa.Tapi lari sekeliling Tengku Nadia lah jawabnya.Dekat tengah-tengah kawasan balai berlepas!Memang kanak-kanak ribena tak cukup umur!
  "Haha.Tak dapat,tak dapat!"Ejek Hanna gembira.Sekejap ke kanan,sekejap ke kiri.Pening kepala Tengku Nadia dibuatnya!
  "Ha!Hantu kat belakang!"
  "Hahah.Ingat orang akan percaya ke?Saya ni bukan kanak-kanak ribena okey!"Kata Hanna sambil jelir lidah.Tengku Nazrul senyum membuatkan Hanna pelik.
  "Ha!Ni hantu kau!"Terjah satu suara dari belakang Hanna sambil mencucuk pinggang Hanna.Serta-merta,secara spontan,Hanna terduduk sambil menangis!Punyalah terkejut!
  "Hanna.Oi!Janganlah nangis kat tengah-tengah alam ni weh.Kau kenapa?Peod ke?"Soal Yasmin gelabah.Tengku Fakhrul gelak.Tengku Nazrul?Gelabah wei!
  Hanna sambung nangis.Ada dia kesah?Malu letak tepi.Bukannya dia meraung ke apa.Dia cuma duduk nangis diam-diam.Lepastu Tengku Nadia,Tengku Nazrul,dan yang lain dah tutup dia.Apa lagi?Berlakonlah!
  "Hanna.Janganlah buat macam ni.Malu lah Hanna."Pujuk Tengku Nazrul pula.
  "Hanna,tunggu sampai Naz cakap dia sanggup buat apa saja.Pastu Hanna paw lah dia."Bisik Tengku Nadia tetiba.
  Hanna pandang Tengku Nadia sambil tersenyum dalam hati.Pandai mak mertua aku nih.Eh.Bakal okey!Lakonan disambung.
  "Hanna,Okey!Saya janji.Saya akan buat apa saja yang awak suruh okey?Just stop nangis.Okey?"Kata Tengku Nazrul.Serta-merta Hanna diam.Dia mengukir senyum sebelum bangun.Wajahnya dilap dengan sapu tangan yang berada di poket baju coat miliknya.
  "Okey!Deal!Lepas dua tahun nanti saya akan cakap apa yang saya nak.Mana tahu kereta sport sebiji ke?Satu shopping mall ke?Card credit awak ke."Kata Hanna selamba.
  "Woi!Berlakon kau ea?!"Kata Yasmin.
  "Well,I ni memang berbakat tahu?"Kata Hanna.
  "Mana adil!"Bangkang Tengku Nazrul.
  "Kesah?Dah janji,haruslah ditepati,ye tak?"Hanna mengangkat keningnya berkali-kali.
  "Ceit.Fine!"
  "Ni kenapa buat block tengah jalan ni?Ada yang tak nak balik ke?"Perli Fatiha tiba-tiba.
  Dia dan Tengku Fahmie yang baru tiba.Kononnya nak tunjuk baiklah konon sampai nak teman Hanna dan Yasmin sebelum berlepas ke Melbourne.Padahal saja nak tengok Hanna pergi jauh dari Fahmie.Takut sangat tunang kesayangan dia kena rampas lah tu!Kecoh!.
  Semua menoleh ke arah Fatiha dan Tengku Fahmie.Hanna mencebik.Ceit.Menyemak je minah ni.Kalau ada yang tak nak balik,tu mestilah yang tukang cakap tuh.Takut nak berpisah dengan tunang kesayangan.Eheh!Kalau Hanna tahu macam ni,awal-awal dia berkomplot dengan Tengku Nazrul sekali lagi untuk letap julap dekat sarapan pagi minah tu.Baru aman sikit takde minah ni dekat airport.Ingat lagi Hanna tentang peristiwa pagi tadi.

Hanna yang sedang mengeringkan rambutnya,terkejut apabila pintu biliknya dibuka kasar sebelum Fatiha masuk dan menutup pintu itu.Hanna mendengus geram.Grr,patutnya aku kena terkejut sambil baling apa-apa barang kat minah tu.Baru dia tahu erti salam!
  "Kau nak apa terjah bilik orang pagi buta?"Soal Hanna.Yasmin ni pulak masih terbungkang dengan penutup telinga bagai.Minah ni kalau tido,memang orang kata tido mati!Tambah dengan penutup telinga,memang K.O ler.
  "Aku tahu.Kau mesti nak Fahmie sakit macam aku sekarang ni kan?"Soal Fatiha.
  "Apa?Apa yang kau merepek pagi-pagi buta ni?Tolonglah.Ni mamai ke apa?Pergi basuh muka tu semua.Ni bangun-bangun terus serang orang.Mental problem ea?"Serang Hanna pula.
  "Ceh.Ingat aku tak perasan?Semalam,kau yang buat air,kan?Sebab Fahmie tak nak kat kau,kau nak balas dendam dengan letak sesuatu dalam minuman dia supaya dia sakit perut macam aku,kan?Macamlah aku tak tahu.Heisy,kalau orang dah tak nak,tak payah lah sedih sampai nak balas dendam!Nasib aku yang minum.Jadi kau tak dapatlah nak sorak gembira kan?Kau tu..kalau bla bla bla.."
  Hanna hanya diam sambil mendengar bebelah Fatiha.Layankan jelah dengan sewel minah ni.Kalau tak layan karang,kesian pulak kalau pagi ni ada yang masuk wad gila kan?Dah la merepek cakap nasib baik dia yang minum!Dia tak tahu ke yang dia sendiri yang cari pasal?Orang memang nak kena kat dia,dia pun tolong laksanakan misi.Punyalah cerdik!
  "Ouh.Eemm..ahh..Ooo.."Jawab Hanna sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.Kononnya mengerti!
  "Kau ni dengar ke tak ha?"Marah Fatiha geram.
  "Ha?Apa?Aku tengah dengar lah ni.Kenapa?Dah habis ke?"Perli Hanna dengan muka selamba.
  "Gr..kau!Kurang ajar!"Kata Fatiha sebelum keluar dari bilik Hanna.Hanna tutup pintu dan kunci.
  "Heisy,aku ke yang kurang ajar?Bukan dia ke yang tiba-tiba terjah bilik orang?Ish ish ish..Mental problem lah tu.Kesian.."Kata Hanna sendirian.




"Oit!Hanna!Mengelamun kau ea?Dah jom!Nanti kena tinggal flight pulak!"Tegur Yasmin membuatkan Hanna kembali pada realiti.
  "Ha?Okey,jom.Bye,auntie."Kata Hanna sambil menyalami tangan Tengku Nadia.
  "Okey.Nanti balik Malaysia jangan lupa jenguk auntie ye."Hanna sengih.
  "Boleh je auntie.Asal kan mamat sebelah auntie ni takde sebab kenalah tepati janji.Dua tahun ye awak?Bukan dua bulan.Semoga setia ye."Kata Hanna sambil sempat mengusik Tengku Nazrul.Mencebik budak tu dibuatnya.
  "Yelah.2 Tahun.Saya tak nak terima sebarang permohonan untuk memendekkan masa 2 tahun tu ye atas sebab orang tu rindu ke apa ea?"Usik Tengku Nazrul.Hanna pulak yang mencebik.
  "Ceit!Saya tak rindu punyalah.Takpe.Tunggu dan lihat ea?Bye!"Kata Hanna sebelum menarik Yasmin.
  Dari jauh,Tengku Fahmie hanya pandang Hanna dengan pandangan yang bercelaru.Pada sudut pandangan Hanna,dia resah,gelisah.Boleh ke Tengku Nazrul setia?Mungkin ke nanti Tengku Nazrul akan mengulangi kesilapan Tengk Fahmie?Hanna pening.Haih,2 tahun.Hanna,redha dan tawakkal atas segala yang akan kau hadapi lepas 2 tahun nanti.Tarik nafas,hembus!




**To be continued**Part 13**
Note:Maaf atas kelewatan mengupdate cerpen nih.Sorry sangat sebab saya sangat busy pada tahun iniSegala kekurangan saya dalam menulis,harap dimaafkan dan jika saya ada salah,maaf.
p/s:Saya akan update secepat yang mungkin untuk next entry.In sya Allah.Semoga Allah permudahkan segalanya.
*****Next n3,Mr.Pilot vs Miss Popular bab 4 atau Hello,incik jodoh part3?Mana satu dulu ek?**