Friday, January 22, 2016

To:Mr Ego part 13

2 tahun kemudian....
  "Hanna!Yasmin!"Hanna menoleh ke arah suara itu.Dia tersenyum saat melihat wajah Tuan Adam, Puan Qaseh ,Tengku Nadia dan Tengku Zam sudah berada di balai ketibaan.
  "Assalamualaikum mama,abah,auntie,uncle?"Kata Hanna ambil meyalami tangan mereka kecuali Tengku Zam.Dia hanya tunduk hormat.Yasmin pun mengikut.
  "Hanna,Yasmin.Sorry.Budak dua ekoq tu tak dapat datang.Korang tahulah kan.Hari ni Isnin.Memang terperap kat klinik je lah memanjang.Yang korang ni pun satu.Kenapa balik harini and bukan semalam?"Soal Tengku Nadia.Hanna dan Yasmin sengih.
  "Hehe.Kitorang tahu budak dua ekoq tu takkan dapat datang.Dun worry lah.Lagipun Hanna dengan Yas ada plan lepas ni."Kata Hanna.Yasmin terkejut dalam diam.Ada plan?
  "Lorh.Patutlah kau orang kata tak payah amek.Rupanya dah ada plan ye?"Kata Tengku Zam.Hanna angguk.
  "Yelah.Rindu sangatlah tu.Okeylah.Mama dengan auntie nak pergi shopping dulu lah.Jom,Nad.Biar budak dua ekor ni jumpa kekasih hati masing-masing."Kata Puan Qaseh.
  "Habis tu,yang lelaki?"Soal Tuan Adam.
  "Yang lelaki jadi pembantu peribadi kami lah yek?"Usik Puan Qaseh.Tengku Nadia menyokong.
  "Yelah,Adam.Kita jadi bank bergerak jelah hari ni kan?"Tengku Zam pulak bersuara.
  "Dah.Jom.Hanna,Yasmin.Jaga diri ye?"Kata Tengku Nadia.Hanna dan Yasmin mengangguk.
  "Hanna.Ingat.Kamu tu darah manis tau!Lagi 2 minggu dah nak kahwin dah!"Kata Tuan Adam.
  "I know lah baba.Thanks tolong Hanna buat preparation wedding."Ucap Hanna.Ye,tahu-tahu dia dah nak kahwin lagi 2 minggu.Haih.
  "Yelah,abah pergi dulu."Hanna mengangguk sambil melihat mereka semua berlalu/
  Hanna menoleh ke arah Yasmin.
  "Haih.Dah agak dah.Diorang tu memang lah!Dah la kita graduate pun tak datang.Memang workaholic sungguh."Kata Hanna tak puas hati.Yasmin angguk setuju.
  "So,nak pergi mana dulu?"Soal Yasmin.Hanna berfikir sejenak.
  "Serbu klinik Nazrul?Kita kacau budak tuh yang berani tak datang masa graduate kita."
  "Kau gila?Kau  ingat senang  ke nak serbu-serbu ni?Lagipun bukan kau yang kononnya tak nak jumpa selama 2 tahun?"Soal Yasmin kurang percaya.Agaklah.Orang baru sampai KLIA,dah terus diajak pergi terjah orang.Tahu lah rindu!
  "Please.Harini kan hari isnin?Tak ramai sangat orang biasanya kat klinik tuh.Lagipun klinik dia kan ada empat orang doktor and,remember.Your boyfriend pun doktor kat situ,right?Lagi satu.Kita graduate minggu lepas.Remember?Dah 2 tahun okay!"Hanna mengangkat keningnya beberapa kali.
  "Okey lah kalau macamtu!"Yasmin terus setuju.
  "Ceit.Kau setiap hari berskype pon rindu ke?"Soal Hanna.Yasmin sengih.
  "Of coz lah.Jom ah.Ha!Tu pun Pak Hussein."Yasmin menarik lengan Hanna menuju ke kereta milik Keluarganya.
  "Yas,kau rasa Nazrul still the same ke?"Soal Hanna perlahan saat kereta sudah bergerak.Yasmin pandang Hanna.
  "What do you mean?"
  "Yelah.Mana tahu,dia sama je macam Fahmie?Lelaki,Yas.Aku takut sangat."
  "Relaks k?Fakhrul kata si Nazrl kau tu takde skandal dengan mana-mana perempuan sebab dia asyik berkepit je dengan si Fakhrul tu sebab Fakhrul pun solo je kan?"Kata Yasmin cuba membuat lawak.
  "Okay,let's see."Kata Hanna sebelum dia memandang ke arah luar tingkap.Yasmin pandang Hanna.Aku harap Nazrul tak curang,Hanna.Walaupun ada sesuatu yang aku tahu,aku tak boleh bagi tahu kau.Maafkan aku,Hanna.




Kereta berhenti di hadapan klinik yang bewarna putih bercorak biru itu.Hanna tersenyum.Lawa nya klinik nih.Dah macam hotel!Hiasan dia..mewah!
  "Jom!Hanna!"Yasmin mengajak.Hanna mengangguk sebelum mereka keluar dari perut kereta.
  "Pegh.Lawa seh,klinik nih."Ujar Yasmin.Mereka bergerak ke kaunter.Bagi nama,and then,amek nombor.Yasmin yang memberi namanya kemuadian mengatakan yang dia ingin dirawat oleh Dr.Nazrul.Kononnya sebab Nazrul tu Dr.Peribadi keluarganya.Sangat!
  "Betullah cakap kau Hanna.Tak ramai sangatlah patient hari ni."
  "Memey ar.Lagipun sekarang ni baru pukul 10 pagi.Kejap agi ramailah."Ujar Hanna.Kemudian,seorang nurse memanggil nama Yasmin sebelum mereka  masuk ke bilik yang tertera nama DR.NAZRUL.
  Hanna terkedu saat melihat wajah Nazrul yang sedang menulis sesuatu di kertas.Argh.Rindunya dia pada lelaki ini.Hanna merenung Nazrul lama.
  "Ye,cik Yasmin?"Ujar Tengku Nazrul sambil mengangkat wajahnya.Dia terdiam.Hanna?
  "Hai,"Sapa Hanna sambil tersengih.
  "What are you doing here?Are you hurt?"Soal Tengku Nazrul risau.Yasmin dah tahan gelak.
  "No lah.Just wanna disturb you with your work.Tak salah kan?"Kata Hanna selamba.
  "No.But.."Tengku Nazrul tak sempat nak menghabiskan ayatnya apabila ayatnya dipotong.
  "Huh.Awak ingat ni klinik ayah awak?Nak datang without a reason?Are you kidding me?Please lah.Ramai orang yang perlukan rawatan lah!"Sampuk nurse perempuan itu.
  Yasmin pandang gadis itu tajam.Huh.Ingat lawa sangat lah nak kurang ajar dengan orang?Hanna pula hanya diam kerana sentap.
  "Yeah,Hanna.I'm busy right now.You should not do this."Kata Tengku Nazrul lembut.Walaupun lembut.Hanna tetap terasa.Orang datang dari jauh,dia boleh kata aku tak patut buat macam ni?Hey!Aku tahu lah apa yang aku buat!Patient kat luar tak ramai pun!Kat sini ada 4 dokter kot!And bukannya pesakitnya cedera parah pun!Nurse ni yang menipu!Nazrul apa yang dia tahu?Dia sibuk dalam bilik dan tak tahu berapa ramai pesakit dia!
  "I should not do this?Okay,fine!Saya pun tak nak kacau awak kat sini.Tapi saya just nak tengok muka awak,just nak tahu kesihatan awak,tapi awak buat saya macam ni?Awak langsung tak rindukan saya?So,why kita kena teruskan perkahwinan kita?"Hanna terus berlalu sebelum dia berhenti saat Tengku Nazrul memanggil namanya.
  Hanna hanya diri kaku tanpa menoleh.Hati dia sakit.
  "Hanna..."Panggil Tengku Nazrul sambil berdiri.Dia ingin menuju ke arah Hanna tapi dihalang oleh nurse itu.
  "Maaf doc.But you ada ramai patient sekarang ni.You tak boleh tinggalkan your patient."Ujar Nurse itu.
  Yasmin hanya menggeram je sambil memandang nurse itu.Hanna pusing menghadap Tengku Nazrul.
  "Yeah.She's right.Awak rawatlah pesakit awak dulu.Mereka lebih memerlukan awak.Lepas dah settle semua,awak jumpa lah dengan saya."Kata Hanna perlahan sambil mengukir senyuman pahit sebelum berlalu.Yasmin ikut.
  Ye,walau apa pun,Nazrul seorang doktor,jadi lelaki itu harus merawat pesakitnya walaupun hati Hanna terluka dan memerlukan rawatan.Dia tak boleh pentingkan diri sendiri.





"Hanna,are you okay?"Soal Yasmin apabila mereka sedang melepak di satu restaurant.Hanna hanya diam sambil menghirup air jus oren miliknya.
  "I'm okay."
  "I'm sorry Hanna sebab tak bagi tahu kau satu perkara."Ujar Yasmin perlahan.Hanna mengangkat wajahnya.
  "Apa maksud kau?"Soal Hanna.
  "Fakhrul ada cakap kat aku.Kau akan ada masalah bila sampai kat sini."Hanna dah berkerut kening.
  "Nurse tadi,aku rasa,dia masalah kau.Maybe lagi teruk dari Fatiha."
  "Cuba kau bagi tahu aku betul-betul?"
  "Nurse tu suka gila kat Nazrul."Hanna tersentak.Maknanya...
  "Nurse tu mungkin sengaja buat macam tu sebab dia tak nak Nazrul dengan kau and boleh diketegorikan sebagai cemburu?"
  "Buat apa dia nak cemburu?Aku ni tunang Nazrul kau tahu?"Soal Hanna.
  "Yup.Tapi tak ramai yang tahu bahawa Nazrul tu dah berpunya.Yelah.Kau dengan Nazrul kan tak jumpa 2 tahun.Cincin pulak,maybe tak ramai yang perasan."
  "Yas."
  "Yup?"
  "Kalau sekalipun kau kata dia masalah aku,aku tetap nafikan sebab,masalah aku yang sebenarnya,Nazrul.Walau apapun yang perempuan tu buat,kalau Nazrul setia dan percaya aku 100 peratus,aku takde masalah nak gaduh dengan perempuan tu.Tak perlu aku nak peningkan kepala fikir pasal perempuan tu.Lagipun Allah kan ada?Kalau dah jodoh aku dengan Nazrul,seteruk mana pun perempuan tu cuba halang,dia takkan dapat pisahkan kitaorang.Lain lah kalau memang Nazrul tu bukan jodoh aku,aku terpaksa rela,Yas."Ujar Hanna.Yasmin terdiam sebelum mengakui kebenaran kata Hanna itu.





Hanna menghempaskan tubuhnya ke atas tilam katilnya yang empuk.Argh!Lega!Dah mandi,dah cuci  rambut.Tinggal tunggu rambut kering je.
  "Hanna."Hanna laju bangun saat mendengar Puan Qaseh memanggil namanya.
  "Ye,ma?"Sahut Hanna.
  "Hanna,turun kejap.Tolong mama kat dapur.Ada orang datang ni.Jangan lupa pakai tudung!"Kata Puan Qaseh.
  "Okey,ma.Lima minit.Hanna nak keringkan rambut jap."
  "Okey.Cepat sikit ea?"
  "Baik,mem!"Kata Hanna sebelum menuju ke arah meja solek.Hairdryer dicapai sebelum dihidupkan dan dihalakan ke arah rambutnya.Hanna kerling ke arah jam.Pukul 12 tengah hari.



Beberapa minit kemudian,Hanna turun.Dia hanya santai memakai kain labuh warna hitam,blouse labuh warna putih dan selendang chiffon warna hitam berbunga putih.Wajahnya pula hanya memakai bedak tipis dan memakai lip balm.Walaupun hanya dekat rumah,namun dia harus menjaga penampilan dirinya apabila rakan ibu bapanya datang.Hehehe.Mana tahu kalau Nazrul dengan dia tak jadi kahwin,boleh rembat mana-mana nak kawan mama.Semua good looking tau?Kalau Tengku Nazrul tahu dia puji lelak lain,memang mati lah dia!Hahahahah.
  Apabila kaki Hanna menjejak di tangga yang terakhir,dia berhenti.Aik?Mama kata ada tetamu?Tak ada pun?Hanna dah berkerut kening.Dia melangkah menuju ke arah dapur.
  "Ma,mana tetamunya?"Soal Hanna.
  "Ouh,tetamunya kat laman rumah kita ni.Yasmin pun ada.Nah.Hidangkan air milo ais ni kat depan sana."Kata Puan Qaseh.Hanna hanya mengangguk sebelum mengambil dulang yang berisi 3 cawan air milo ais itu.Dia menuju ke arah laman luar.Dia berhenti sebelum menyorok di belakang dinding yang berdekatan dengan kawasan rehat yang menempatkan Yasmin dan Fakhrul.Hanna senyum.
  Lorh.Tetamunya Fakhrul!Ingatkan kawan mama.Diorang ni,pandai betul nak cari tempat date!Rumah aku jugak jadi mangsa yek?Tapi,Hanna pelik.Dekat meja tu dah ada dua cawan air milo ais.Yang lagi dua ni?Tiba-tiba Hanna rasa bahunya dicuit.Dia menoleh.
  Hanna tesentak apabila pandangannya dihalang oleh sejambak bunga ros.Ye,sejambak bunga ros merah dan ditengah-tengahnya pula ada 2 teddy bear kecik.Masing-masing pegang separuh hati yang mencantumkannya sebagai satu hati.1 teddy bear pulak pakai topi graduasi tu.Kemudian,bunga itu diturunkan sebelum wajah Tengku Nazrul yang sedang tersengih berada di hadapan Hanna.
  "Nah.This is for you.Bunga untuk hari graduasi awak?Sama kan macam yang awak bagi kat saya.Saya tempah tau bunga ni.Khas untuk awak.Tapi yang ni cukup 26 batang menunujukkan umur awak."Jelas Tengku Nazrul Hanna hanya diam.Dia terharu tapi masih terasa hati.
  Sebenarnya nak gelak pun ada,tempat ni lah yang merupakan salam perkenalan secara baiknya antara dia dan Tengku Nazrul sambil dia menatang dulang.
  "Hanna,look.I am sorry.Bukannya saya tak rindukan awak.Cuma,saya cuma terkejut and awak tahu tugas saya macam mana kan?Kalau saya tak sayang awak,dah lama saya batalkan wedding,tahu?"Hanna tahan geli.Eiii..So cheesy lah!Gelissssss..
  "Eii..Awak ni cheesy lah!"Luah Hanna.Tengku Nazrul terpinga-pinga.
  "Ha?Cheesy?Apa tuh?Saya bau cheese ke?"Hanna tergelak.
  "No lah.Sweet semacam.Geli saya.Meremang tahu?"Tengku Nazrul ketawa.
  "Well.Saya memang sweet okay?"Kata Tengku Nazrul.Hanna senyum.
  "Maafkan saya ke tak ni?"Soal Tengku Nazrul.Hanna buat muka berfikir.
  "Kalau awak still tak boleh nak maafkan saya,saya sanggup beli satu lori bunga ros!"Hanna angkat kening.
  "Okey!Kalau awakbelikan saya satu lori bunga ros,baru saya maafkan awak.Cam mana?"
  "Ha?Awak jangan cabar.Saya buat betul-betul nanti."
  "Yelah.Cepatlah.Saya tengah cabar ni."Kata Hanna dengan muka bersungguh-sungguh.
  "Hehe.Takpelah.Kesian nanti orang lain nak beli bunga ros,tak dapat.Awak minta benda lain lah.Satu lori coklat?Yang tu boleh."Kata Tengku Nazrul sambil tersengih.Hanna gelak.
  "Takdelah.Saya main-main je lah.Saya dah maafkan awak.Tapi kalau awak buat hal lagi,saya cancel wedding!"
  "Serius?"Soal Tengku Nazrul.Hanna sengih.
  "Takdelah.Saya main-main je."Ujar Hanna.Tengku Nazrul lega.
  "Awak ingat saya main-main?Berani buat lah lagi!Memang saya cancel wedding terus!"Kata Hanna sudah bertukar karakter.
  "Yelah.In Sya Allah.Jomlah kita join diorang.Bunga ni awak tak nak ke?"
  "Awak nak saya pegang macam mana?Dah,awak pegang bunga tu dulu.Bila saya dah letak dulang kat atas meja,saya ambil."Ujar Hanna sambil berjalan menuju ke arah Yasmin.Dia duduk di hadapan Yasmin manakala Tengku Nazrul duduk di sebelah Tengku Fakhrul.
  "Wargh!Siap ada bunga!Mana aci!You!Mana bunga I?"Kata Yasmin tak puas hati terus menerjah Tengku Fakhrul.Tengku Fakhrul sengih.
  "Sowyy..Lupa nak beli."Yasmin memuncung.
  "Haih.Sian betullah aku ni,Hanna.Dapat boyfriend and bakal suami yang tak sweet!"
  "Amboi!Ni semua salah kau lah,Naz!Yang kau pergi beli bunga sape suruh?"Tengku Fakhrul pura-pura marah pada Tengku Nazrul.
  "Eh.Yang kau tak beli pahal?"Soal Tengku Nazrul pulak.Hanna gelak.
  "Ha,ni borak apa ni?"Sampuk Puan Qaseh sambil meletak sepinggan karipap sebelum dia duduk di antara Yasmin dan Hanna.
  "Takde apa-apa Auntie."Jawab Tengku Nazrul dan Tengku Fahmie.
  "Ha,ni mana boleh duduk dekat-dekat.Semua ni dah nak kahwin kan?Darah manis lagi."Usik Puan Qaseh.Hanna dan Yasmin pula laju menjauhkan kerusi mereka daripada Tengku Nazrul dan Tengku Fakhrul.
  "Entah awak ni.Kenapa duduk dekat-dekat ngan saya ni?"Kata Hanna mempersalahkan Tengku Nazrul.
  "Ha'ah you ni.Asal duduk dekat dengan I?"Kata Yasmin pula menyalahkan Tengku Fakhrul.
  "Yelah,Naz.Kita ni yang pergi duduk dekat dengan diorang kan?"Soal Tengku Fakhrul.
  "Ha'ah Rul.Macam lah kita ni pun bukan darah manis.Darah kita lagi advance kot.Bukan darah manis je.Darah sweet sour terus!"Habis je Tengku Nazrul berkata,semua bantai gelak.Hanna menggeleng.
  "Yelah,Darah sweet sour pun ada ye dokter?Nanti sila derma lah darah sweet sour tu.Konfem ramai nak beli!"Kata Hanna selamba.Tengku Nazrul sengih.
  "Ha,sebelum auntie lupa,Rul,Yas.Kamu bila nak langsungkan perkahwinan?Kata tak nak tunang,terus nak kahwin?Boleh auntie tolong uruskan apa-apa."Kata Puan Qaseh.
  Yasmin yang sedang minum air,tersedak.Manakala,Tengku Fakhrul yang sedang kunyah karipap,tercekik!
   "Auntie!Soalan sensetip tu!"Kata Yasmin sebelum semua tergelak.
  "Iyelah.Nanti jangan lupa bagi tahu auntie tarikhnya."
  "Baik,Auntie."Jawab Tengku Fakhrul pula.
  "Ha,Hanna,Nazrul.Makanlah Karipap ni.Sedap tau auntie masak."Kata Yasmin menukar topik.
  "Iye?Meh aku rasa."Kata Tengku Nazrul hanya melayan Yasmin.
  "Sedap awak?Saya yang buat tau.Khas untuk awak."Soal Hanna sambil menipu sunat pada Tengku Nazrul yang sedang mengunyah karipap.
  "Sedap.Pandai awak buat."Puji Tengku Nazrul Jujur.Yasmin dan Puan Qaseh tahan gelak.
  "Oh ye?Takde lah.Bukan saya yang buat.Mama yang buat.Saya pun baru balik tahu?"Kata Hanna selamba.
  Tengku Nazrul mengecilkan matanya memandang Hanna.Hanna sengih sambil mengangkat 2 jarinya membuat peace.
  "Peace!No war!"Ujar Hanna.Yang lain hanya tergelak dengan sifat kanak-kanak ribena Hanna itu.




**To be continued**Part 14** ^-^
 p/s:Akhirnya!Dapat jugak update part ni!

No comments:

Post a Comment