BAB 4
NOMBOR Kak Fiazz aku dail.
"Hello?"
"Hello,kak!"
"Fian ni kenapa?"
"Akak,akak kat mana?Fian nak jumpa sekarang jugak!"Gesaku.
"Fian ni mengigau ea? Mamai?Ke hilang ingatan?Akak kat rumah lah.Kan
mentua akak datang.Takkan akak nak keluar pulak malam-malam ni."
Aku tepuk dahi.Macam manalah aku boleh lupa.Ni semua pasal hal kahwin
tu lah.Dari petang sampai ke malam aku tercongok dekat lantai sebab
fikir pasal semua tu.
"Okey!Fian datang rumah akak sekarang jugak!"Kataku sebelum mematikan talian.
Aku menyarung sweater doraemon bewarna kuning yang diletakkan di atas
katil sebelum kunci kereta sport milikku aku capai.Masa untuk race!Aku
menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Dah lah bilik aku tingkat
empat.Kalau salah pijak tangga,mau terguling-guling aku dibuatnya
sepanjang laluan.Nak naik lif?Malam-malam aku tak berani.Sekali terjumpa
minaci dalam tuh?Mahu terkencing aku nanti!
"Fian?Nak pergi
mana malam-malam ni?"Soal Mama membuatkan aku terperanjat.Wajah mama
yang sedang makan malam dengan papa aku pandang gerun.
"Fian nak pergi rumah kakak sekejap.Ada barang tertinggal."Jawabku perlahan.
"Tak yah mengada.Esok kan ada.Kamu tu nanti dah nak kahwin.Tak elok keluar malam-malam."Kata mama.
Aku menahan diri daripada marah.
"Ma,Fian dah bagi jawapan Fian kan?"
"Apa?Kamu dah ada calon?Meh bawak jumpa mama sini.Mama nak tengok kekayaan dia."Aku mengeluh.
"Ehem.Fian pergi cepat.Balik sebelum pukul 11."Sampuk papa.Aku tersenyum.
"Ai.Ai!Papa!Fian pergi dulu!"Kataku sebelum berlalu.Lebih baik cabut
sebelum rumah tu bergegar dengan suara orang bergaduh.Heisy.
AKU
memakirkan keretaku dihadapan rumah Kak Fiazz.Kemudian,kelihatan Kak
Fiazz keluar dari rumah.Enjin dimatikan sebelum aku keluar dari perut
kereta.
"Akak!"
"Ni kenapa datang malam-malam ni.Tadi petang baru je datang."Soal Kak Fiazz.Aku tersengih.
"Alah,baru pukul 8.Abang Riesh tengah buat apa kak?"
"Ha?Abang Riesh?Fian demam ke?Yang gatal sangat nak datang rumah akak
malam-malam ni sebab nak jumpa Abang Riesh?Macam gali kubur sendiri
je.Dah sedia nak dikapankan ke?"Aku tergelak.
"Apalah akak ni.Mana ada.Akak cakap dulu Abang Riesh mana?Nant Fian bagitahu perkara yang sebenar."
"Heisy.Yelah.Abang Riesh kamu tengah duduk dekat bilik bacaan.Yang lain
tengah duduk di bilik masing-masing sebab kejap lagi masa untuk makan."
"Ha?Okey!Jom pergi bilik bacaan."Ajakku sambil menarik lengan kakakku.
Sampai je di hadapan pintu bilik bacaan,pintu itu aku buka sebelum menarik Kak Fiazz masuk dan menutup pintu.
"Abang Riesh!"Jeritku.Tersentak dia dibuatnya.Leka sangat wat homework lah katakan!
"Aik?Fian kenapa?Nak bunuh orang ke hape?"Soal Abang Riesh.Aku sengih.
"Abang Riesh ada tak kawan CEO yang masih single?"Terjahku.Straight to the point yo!
"Jangan nak tanya apa-apa.Jawab je!"Arahku sebelum sempat Abang Riesh nak bertanya.
"Ermm,yang umur macam Abang Riesh kebanyakkanya dah kahwin Fian.Kalau
muda,ada kot sorang dua?Itu pun playboy.Fian nak ke?"Jawab Abang
Fariesh.
Aku ketap gigi.Aiseymen!Dah kahwin pulak!Yang belum kahwin pulak playboy!Ceit!Aku jadi playgirl nanti padan muka korang!
"Mana boleh!Asal diorang kahwin?Kahwin dengan siapa?"Soalku.
"Kahwin dengan kawan kakak lah!"Sampuk Kak Fiazz.
"Heisy akak ni!Siapa suruh kawan akak kahwin dengan CEO!Sibuk je.Siapa kawan akak tu?"
"Ha'ah.Kawan baik akaklah.Kakak-kakak kesayangan Fian tu!"
Aku tepuk dahi.Macam mana aku boleh lupa ni?Semua pasal budak laki yang
nak kahwin dengan aku punya pasallah!Heisy!Tengok!Aku dah salahkan dia
lagi.Kesian dia asyik dipersalahkan.Hehe.Tapi ada aku heran?Siapa suruh
kacau orang!
"Adui!Lupa pulak!Tapi langung takde yang lain ke ek?"
"Fian ni cuba cakap kat akak.Apa masalah Fian sebenarnya nih?Tetiba nak cari CEO?"Aku memandang Kak Fiazz sebelum mengeluh perlahan.
"Mama.Dia nak jodohkan Fian dengan seorang lelaki.Budak tu CEO je pun.Bakal mewarisi semua harta mak bapak dia.Masalahnya,Fian tak nak.Sebab tu mama paksa Fian cari calon CEO atau seangkatan dengannya.Tapi kalau Fian dapat orang lebih kaya pun Fian terima tapi Fian mesti suka dia.Hehe."
"Ha!Kalau macamtu,ada seorang CEO yang still single akak rasa and maybe bukan playboy."Kata Kak Fiaz.
"Ha?Siapa?"
"Budak CEO yang mama kenalkan kan tuh?"
"Hahaha.Yang tu,out ea!"
"Haih.Nanti lah.Pandai-pandai kamu cari sendiri.Akak tak nak masuk campur."Aku mencebik.
"Fine.Orang boleh cari sendiri.Okeylah.Fian balik dulu!"Ujarku sebelum ingin mengatur langkah ke pintu keluar.
"Eh,Fian!Makan lah dulu ye pon."Panggil abang Riesh.Aku geleng.
"Takpelah,bang Riesh.Fian malas nak jumpa ngan jembalang malam ni."Jawabku selamba.
"Aik?Kat rumah akak ada jembalang ke Fian?"Soal Kak Fiazz.Aku sengih.Aku berjengket-jengket berjalan menuju ke pintu utama.
"Kau!"Aku tersentak.Alamak!Kantoi!Kepala aku pusing.Aik?Bercekak pinggang pulak mamat ni.
"Kau buat apa ha kat sini?Mencuri ea?"Terangkat kening aku dibuatnya.Aku pulak bercekak pinggang.
"Hai,dah lama hidup ke encik jembalang?Menfitnah je."
"Jembalang tu kau!Masuk rumah orang macam pencuri."
"Hey,sorry siket ea.Kak Fiazz yang bagi saya masuk!Dia mana tahu apa.Berdengkur je kat bilik tu."
"Ha,dah tu buat apa lagi kat sini?Dipersilakan keluar ye.Ke nak tunggu sampai aku bentang red carpet baru nak keluar?"
"Hey!Jembalang mintak dikuburkan!Mulut tu memang takde insurans!Aku tanam kau malam ni,baru kau tahu!Biar jadi jembalang betul-betul!"
"Amboi-amboi,sesuki hati dia je nak kuburkan orang.Pergi tanam diri sendiri tu dulu!"Aku dah speechless.Bukan apa,aku rasa macam makin lama,makin merepek je.
"Ah.Dah-dah.Saya cau dulu!Cakap dengan awak ni,mau mimpi ngeri saya malam ni.Ish,Gerun!"Aku terus melangkah keluar.Eh,jap-jap.
"Ha!Lupa nak tanya."
"Apa dia?"Soal Fawwaz kasar
"Awak ada tak kenal mana-mana CEO yang single and available?"Soalku selamba.Tercengang mamat tu dibuatnya.
"What??"Jerit Fawwaz.Aku sengih.
"Haha..Takde apa.Bye!"
Dalam kereta,aku memikirkan sesuatu.Hurm,Fawwaz is not bad.Walaupun dia pilot,dia anak orang kaya.Adik kepada seorang CEO kot.Okey apa?Tapi,siapa je nak mamat sewel tu?Malas den nak ngan jembalang tu.Boleh masuk hospital sakit jiwa.Dah la poyo tahap tak ingat.Haih.Nak cari siapa ek?
"Hello,bang Riesh.Ada apa call Fian ni?."Soalku
"Helo,Fian.Tahu tak minggu depan hari apa?"
"Minggu depan?Harini hari sabtu.Minggu depan,hari isnin lah!Ke sabtu?"
"Hah.Fian lupa ke?Sabtu minggu depan kan birthday Kak Fiazz?"Aku tepuk dahi.
"Alamak!Fain lupa pulak!Kenapa bang Riesh?Nak buat suprise party lagi ke?"
"Yup.Tapi kali ni abang Riesh nak minta tolong Fian untuk arrange kan semuanya.Boleh tak?"
"Ha?Boleh tu boleh.Tapi kenapa bang?"
"Abang Riesh ada urgent meeting harini.Esok pulak Abang Riesh kena pergi Korea selama 5 ke 6 hari.Tapi abang bawak Kak Fiazz sebab kalini dia nak ikut.So,susah abang nak buat suprise untuk dia.Fian tolong abang boleh?"
"Sudah tentu!Fian okey je."
"Okey.Kalau macamtu,Fian datang rumah sekarang lah.Abang bagi kredit card satu."Aku sengih.
"Takde upah ke bang?"
"Yelah.Fian belilah apa yang Fian nak.Cepat sikit.Kak Fiazz kamu masih tidur tu."
"Okey.Fian datang sekarang!"Talian dimatikan.Aku lihat ke arah jam dinding.Pukul 8 pagi.Akak masih tidur?Mentang-mentang hari cuti!Tengok adik dia ni.Pukul 8 pagi dah mandi and bersiap.
Aku yang hanya memakai t-shirt hitam kosong lengan pendek dan seluar tracksuit warna hitam,terus mencapai sweater putih dan penutup mulut jenis kain warna putih.Inilah hidupku.Nak pergi memana kena pakai semua ni.Heheh.Kunci kereta sport aku capai.Yeay!Bawak laju-laju!
"Akak mana bang Riesh?"Soalku.
"Tidur lagi.Nah.Kad kredit abang.Belilah apa-apa pun ea."Aku sengih..
"Okey lah.Fian nak pergi oder kek dengan tempah tempat.Okey?"
"Pasal tempat,Buat kat umah abang Riesh je.Nanti membebel kak Fian tu.Kan dia tak suka membazir?"
"Ha'ah.Hurm.Fian pergi tempah kek dulu ah kalau macam tu.Lepastu Fian pergi beli barang-barang untuk majlis nanti,okey?"
"Okey gak tu.By the way,disebabkan Fian sorang,Bang Riesh bagi bodyguard satu."
"Ha?Serius?Hensem tak?"Soalku laju.Hhehhe.Bodyguard tu weh!
"Hensem.Jangan risau.Kejap lagi dia datang.Ha,tu dia dah sampai."Ucap abang Riesh saat deruman enjin kedengaran.Aku tersentak.Kereta ni???!!Are you crazy?Aku hanya melopong melihat kereta koenigsegg ccx warna putih meluncur laju ke laman rumah abang Riesh.
"Who is it?!!"Soalku teruja.
Namun,hanya sekejap apabila pemandu kereta itu keluar dari perut kereta itu.Keluarlah seorang lelaki dengan t-shirt polo warna putih dengan seluar jeans hitam.Siap dengan cermin mata hitam kot.Poyos habes.Aku sudah buat muka menjengkelkan apabila aku macam tahu je siapa mamat ni.
"Oho!Don't tell me that he is.."Aku tergamam.Mamat tu bukak cermin mata.No way!
"Fawwaz?!"Jeritku.
"Yup.Fawwaz akan teman Fian untuk pergi beli barang tu semua."Jawab Abang Fariesh selamba.Aku gelak.
"Hahha.You gotta be kidding me,right?No way!Fian takkan pergi dengan mamat jembalang tuh."Tolakku.
"Huh.Macam orang nak sangat pergi dengan dia."Balas Fawwaz.
"Baguslah.So,tak payah sibuk nak ikut!"
"No!Korang kena pergi sama-sama.Cuba lah fikir pasal kak Fiazz kamu tu.Cubalah kau orang ni bekerjasama hanya untuk seminggu?"Aku laju pandang Abang Riesh.
"Okey!Fine!Just for a week"Putusku.
"Hurm.Seminggu je Fawwaz akan dengan budak mentah ni."Aku menjengilkan mata.Berani dia panggil aku budak tak cukup umor?Aku 24 tahun lah!
"Okey.Kalau macam tu,korang settle kan lah sendiri nak naik kereta siapa.Abang tak nak masuk campur.Bye!"Kata Abang Riesh sebelum menutup pintu utama rumah banglo itu.Aku tercengang.Fine!
Aku melangkah ke arah kereta milikku sebelum bersandar di sisi keretaku.Aku pandang Fawwaz.
"Apa yang awak tunggu lagi.Meh naik kereta saya.Saya bawak perlahan punya."Kataku selamba.Kening aku angkat beberapa kali.
"Argh.Takde.Naik kereta aku."Bantah Fawwaz.Aku senyum.
"Wargh!Terima kasih!Naik kereta awak,,,,Saya drive!"Putusku sambil memandang wajah Fawwaz tajam.Terkejut mamat tu dibuatnya.
Aku faham.Walaupun kita ada kereta sport,tak semestinya kita tak takut pada kelajuan.Kalau jadi pemandu memang best.Tapi bila jadi penumpang,memang kecut perutla wei!!!
"No way!"
"Yes way!"Kataku sebelum laju masuk ke dalam tempat duduk pemandu.Aku pandang Fawwaz.
"Tunggu apa lagi?Naik lah!"Arahku kalah diktator.Tapi diktator baik okey!
"Grr..Kau tunggu lah nanti."Bentak Fawwaz sebelah masuk ke tempat duduk penumpang,
Aku sengih.Takpe.Aku tunggu.Aku ada banyak rancangan lah kalau jumpa kau lagi.Jangan risau..aku akan buat kau menyampah gila kat aku.Baru syok!Marah la Fawwaz.Lagi kau marah,lagi aku suka.Ni Fian lah.Semua yang ,masuk dalam hidup aku akan susah nak keluar okey.Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya.Aku akan buat kau sedar yang aku perempuan paling jahat pernah kau jumpa.
Will be continued...Sorry because of the late update!
P/S:Fian akan tunjuk belang dia after rpat dengan Fawwaz.Heheh.
No comments:
Post a Comment