Sunday, May 21, 2017

Mr.Pilot Vs Miss Popular bab 8



Maaf!Baru sekarang saya berpeluang untuk mengupdate blog.Kerana saya terlalu busy dengan hal-hal yang tak disangka..Semoga gembira membaca! :)

Baju yang berada di dalam almari aku tenung lama.Aduhai,nak pakai baju apa yek?Ikut aku,nak aje pakai sweater ada hoodie!Haha.Mampus aku dengan mama nanti.Yelah,Si Qazrief ngek-ngek tu ajak keluar.Huh!Boring!Harini hari ahad dan lagi tiga minggu aku bakal jadi isteri orang weh!Apa pasal laju je masa bergerak ni?
  “Fian,tak siap lagi ke?”Soal Kak Fiazz sambil masuk ke dalam bilikku.Aku mengeluh sebelum terlentang di atas katil.
  “Heisy,budak ni.Qazrief dah tunggu dekat ruang tamu tu.Dah pukul 10 pagi dah ni.Apa nak jadi dengan anak dara sorang ni.Akak ye ye lah datang nak tolong happy kan dia tapi dia tak siap lagi.”Bebel Kak Fiazz.
  “Grr..Happy ,mende nya kalau kena paksa keluar dengan mamat tu?Not fun!Fian pakai sweater hoodie je tak boleh ke akak?”Balasku sambil duduk di birai katil.Kak Fiazz dah bercekak pinggang.
  “Banyak cantik.Come on lah Fian.Lagi tiga minggu kamu dah nak kawin.Keluar date,mestilah lawa-lawa.Masa ni lah kamu nak kenal dia dengan mendalam.Dah dua-dua busy memanjang.”Kata Kak Fiazz sambil menyelongkar almariku.Kemudian,dia mengeluarkan sesuatu dan dicampak ke atas katil.Aku pandang lama.
  “Wear it now and put some make up.Tak yah nak tutup muka.Biar semua tahu tentang Fian dan Qazrief.”Kata Kak Fiazz sebelum berlalu keluar.Aku angkat bahu sebelum menyarung pakain itu dan melihat biasanku di cermin besar di dalam bilikku.
  Sehelai dress lengan panjang warna merah plain yang labuh sehingga paras lutut telah tersarung badanku dan dipadankan dengan skinny jeans hitam.Nampak elegan gitu.Memang takkanlah aku tak pakai seluar jeans!No way,okay!Nak berskirt dedah kaki aku,well,hilang style gangster aku nanti,hehe.Rambut perangku aku biarkan lepas sebelum aku duduk di hadapan meja solek.Pakai bedak,lipstick,celak,.blusher sikit dan siap!Aku menyebakkan rambutku ke belakang dan menyarung snow cap yang lembut warna hitam di kepala dan memakai spek hitam!Wajib!Kalau tak,mampus aku kena serbu dengan wartawan  nanti!
  Last,aku ambil beg silang warna merah dan turun ke tingkat bawah Qazrief sedang elok duduk bersembang dengan Kak Fiazz,Abang Riesh,mama dan papa.Aku pelik saat terpandang seorang budak dalam usia 2 tahun berada di pangkuan Kak Fiazz.Sejak bila pulak mak cik ni pregnant?Aku duk tahun bila ni?Tu kakak aku kan?Comelnya budak kecik tu!Putih!Mata coklat hazel.Kalau ada lesung pipit komfem comel overdose!Aku membuka spek dan menyangkutnya di leher bajuku sebelum menghampiri Kak Fiazz.
  “Hai,kak.Anak siapa ni?Sejak bila akak pregnant?Bak sini jap.”Kataku sambil mengambil kanak-kanak perempuan itu dari pangkuan Kak Fiazz dan duduk di sebelah Qazrief.
  Nak buat macam mana?Tu je tempat kosong yang tinggal di ruangan itu.Duduk je lah.Pandangan Qazrief langsung aku tak hiraukan.Ada wa heran?Usyar lah.Aku tahu aku lawa.Perasan!Budak kecik ni lagi comel untuk dipandang.Hehe.
  “Akak lempang kau sampai betul otak tu baru kau tahu.Tu anak sepupu Qazrief lah.Suka nampaknya budak tu dengan Fian.”Kata Kak Fiazz membuatkan aku yang sedang bermain dengan budak kecil itu tersentak.
  Anak sepupu laki ni?Homai!Mana nak sorok muka ni!Asallah aku tak fikir pasal perkara ni!Sengetnya kau ni Fian!Buat malu diri senndiri je,heh!Aku laju mengenakan spek mata hitam.Budak kecil itu sudah laju aku letakkan atas riba Qazrief.
  “Kan bagus tu,Fian.Dah ada ciri-ciri keibuan tu.”Kata mama sebelum semua tergelak kecuali aku dan Qazrief.Aku jeling sedikit.Lelaki itu sibuk melayan karenah si kecil.Cute!Tercair sikit lagi-lagi bila lelaki itu tersenyum.Lesung pipit!Fian!Jangan cair!
  “Okeylah.Kami gerak dulu.Dah pukul 11 ni.”Kata Qazrief sambil bangun.Budak kecil itu sudah dipimpin.Aku pun turut bangun.
  “Tak nak lunch dulu?”Soal mama.
  “Tak pelah aunty.Nanti lunch kat luar terus.”Kata Qazrief sambil menyalami tangan papa dan Abang Riesh.
  “Jaga anak uncle baik-baik ye.”Pesan papa.Qazrief angguk sebelum dia memimpin si kecil keluar.Aku nak menapak keluar,Kak Fiazz laju menghalang dan menarik spek mataku.
  “No spec.Kan lawa macam ni.”Aku mencebik.
  “Fine.”Kataku sebelum keluar dari rumah dan menuju ke arah kereta Qazrief.Qazrief sedang meletakkan si kecil di tempat duduk belakang di kerusi khas.Aku angkat bahu sebelum masuk ke tempat penumpang.
  “Nak pergi mana ni?”Soalku.
  “Lunch.”Balasnya sepatah.Aku dah geram.
  “After that?”
  “Rumah mummy.”Aku yang geram menjelingnya geram.
  “You’ve change a lot,huh?Dah tunang,baru nak tunjuk rupa sebenar?”Balasku sinis.
  “Nope.Because now,there is just you and me.So,nothing to hide and no acting anymore.”Aku tersentak.
  “I know it.So,awak setuju nak kahwin dengan saya atas paksaan juagak?Ke sebab harta?”
  “Nope.Atas satu sebab yang kau tak perlu tahu.”
  “Tapi saya nak tahu!”Bentakku.
  “After married.Then,I will tell you.”Kata Fawwaz sebelum diam.Radio dibuka.Aku bengang.Fine!Bila dah bosan,tangan aku tiba-tiba rasa gatal nak bukak dashboard lelaki itu,Bukak je,aku nampak ada kotak sederhana kecil.Perlahan-lahan aku ambil dan buka.Cube puzzle?Baru aje aku nak keluarkan ia dari kotak,cube itu dirampas.
  Aku pandang Qazrief.Dia menghentikan kereta di tepi jalan sebelum menyimpan semula cube itu.Aku pandang dia minta penjelasan.
  “Don’t you ever touch it.”Keras Qazrief berikan amaran.
  “Why?It just a toy.”
  “That is more than a toy.”
  “So,apa benda tu sampai saya tak boleh sentuh?”Soalku.
  “Not need to know anything about me.Lepas kahwin,aku sendiri yang akan biarkan kau cari jawapannya.”Kata Qazrief sebelum menyambung perjalanan.Aku dah berkerut kening.Tangan disilang dan aku sandar pada kerusi sambil menutup mata.
  ‘Mysterious guy!’Bisik hatiku.Grr..He makes me want to know more about him!Arh!Sooner or later,I will know your secret!Just wait!After married?Why?Soalan demi soalan terus berlegar di mindaku sehingga aku terlelap.


Aku buka mata saat namaku dipanggil.Sedar je kami dah dekat tempat letak kereta.Aku pandang ke arah Qazrief yang memandangku seketika sebelum dia mengalih pandangan ke arah tempat duduk si kecil di belakang.Kemudian,kami keluar dari kereta dan Qazrief mendukung si kecil yang masih tidur.
  “Takde bawak stroller baby?”Soalku pada Qazrief.Dia geleng.
  “Nanti bangunlah ni.Letak dalam troli je nanti.She is big enough to sit there.”Aku mengangguk faham sebelum kami masuk ke dalam shopping kompleks itu.Perkara pertama yang dia lakukan adalah mengambil troli.
  “Safa,wake up.We are here,sayang.Nak Pak Usu beli toys tak?”Kejut Qazrief.Aku hanya memandang.Sweet.Terkesima pun ada weh.Perlahan-lahan si kecil itu membuka matanya sambil menenyeh mata.Geram pulak kita menengoknya!
  “Aaaa...nnnak..”Balas si kecil,Safa.
  “So sweet of her.Jom kita pergi ke tempat permainan!”Ajakku bersungguh.Qazrief menoleh terkejut.
  “What?Let’s go,Safa.”Kata sambil menolak troli itu.Safa gelak.Suka kau ye,budak kecik.Qazrief hanya mengekor dari belakang.Sampai je ke tempat yang terlatak banyak mainan,aku terus menolak troli ke arah rak NERF.Yes!Tembak!
  “Safa,you want this?Pichu!Pichu!”Kataku sambil mengambil satu kotak yang ada pistol kecil dan peluru span yang agak banyak.Safa angguk.
  “Yes.This one?”Aku tunjuk pistol yang lain pula.Safa angguk.Yippie.
  “Stop.Keluarkan balik.She is a girl and a girl doesn’t play this thing.”Kata Qazrief.Aku mencebik.
  “Hello,everyone can play this thing.What is the problem?Tak semestinya dia perempuan,dia kena main,Barbie doll?What?Homai!No thanks.Dia kena jugak main benda ‘ganas’ ni supaya dah besar nanti orang takkan pijak kepala dia.Lagipun,this is just a toy,Rief.Just relax,okay?”Kataku panjang lebar.Hamek.Ingat kalau girl je kena main girl stuff ke?Oh,tolonglah.Aku tak nak Safa girly sangat.
  “Whatever it is,I’m not buying this thing.So,put it to it’s place,Fian.”Aku geleng.Never!
“Hey,ada wa heran?I have my own money.Safa pun suka mainan ni kan?”Soalku pada Safa.Safa angguk laju.
  “No,dia lebih sukakan barbie doll and princess thing.Wait a minute.”Kata Qazrief sebelum melangkah pergi.Kemudian,aku nampak dia datang dengan Barbie doll.Hehe.
  “Safa suka ni kan?”Safa angguk.Aku ambil pistol dan Barbie doll tadi.
  “Which one do you want,sayang?”Soalku.Safa sengih sebelum memeluk pistol!Yesza.Aku pandang Qazrief.
  “Mesti dekat rumah dia dah banyak Barbie doll sebab awak selalu belikan benda tu.So,apa kata kali ni kita beli lain siket?”Kataku sebelum Qazrief angguk.
  “Fine.Beli lah apa-apa mainan..”Balasnya lemah.Aku gembira.Rasa macam nak lompat bintang lah.Boleh tak?
  “Jangan happy sangat.Kali ni je aku bagi muka siket.”Aku angkat kening.
  “Oh,yeah?Tapi bukan selalu bagi muka kat saya ke?Sampai saya meluat nak tengok muka awak.”Kataku sambil menolak troli.Lari!Ada sesuatu tengah menggelegak!
  Kemudian,laju tangan aku mengambil pelbagai mainan.Cars,cooking stuff,Lorry,Pistol,Police game,dan macam-macamlah.Tapi banyak mainan ganas siket!Hehe.Orang kata tak elok membazir so,aku takde lah ambil banyak sangat.Adalah dalam separuh troli?Hahha..Not my money!Apa salahnya kita gunakan duit dia yang hensem tu untuk budak kecil sekali-sekala,kan?
  Aku berhenti di rak yang penuh teddy!Ada teddy bear,Doraemon!Detective conan!Minion!Spongebob!Alvin!Semua aku humban dalam troli!Penuh terus sebab semua tu sama saiz dengan badan Safa yang berumur 2 tahun.Safa memang happy habis lah jawabnya!
  “Stop right there,young lady.That is too much.Kau ni tak tahu maksud membazir ea?”Halang Qaszrief.Aku mencebik.
  “Lek lah.Tak perlu nak kedekut dengan budak kecik.”
  “By hook or by crook.Just one!.Ni untuk Safa tapi dia yang over.”Perli lelaki itu.Aku dah bengang.
  “No way.I will pay it.Don’t worry.”
  “Fian,just one.I warned you.”Aku mengeluh.Fine!Aku hanya pilih satu teddy bear and yang lain aku letak balik.Aku nampak  Safa dah nak nangis tetapi sekejap je lelaki tu pujuk.Huh.Walaupun begitu,wa takde tergugat lah.Ingat sweet ke kalau pandai jaga budak?Ni Fian lah.Hati teguh kalah batu bata.

9 comments:

  1. Assalamualaikum dan Salam Ramdhan..
    Terima kasih update yang terkini. Mohon sambungannya.. :) tak sabar nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,terima kasih juga sebab sudi membaca.In Sya Allah saya akan update sambungannya secepat yang saya boleh :)

      Delete
  2. Bila nak sambung??

    ReplyDelete
  3. Bila nak sambung??

    ReplyDelete
  4. Tiada sambungan cerita ni ke??

    ReplyDelete