Tuesday, December 29, 2015

Mister pilot Vs Miss popular bab3

Bab 3
Aku perhati je Fawwaz dari jauh.Macam mamat takde life.Punyalah macam monyet bertenggek dekat depan pagar.Aku ni rileks je tunggu dekat dalam kereta sambil main fon.Apa lah yang Abang Riesh ni pun satu!Cepatlah siket.Aku ukir senyuman saat kereta Abang Fariesh menghampiri kami.Fawwaz bangun memberikan laluan.Pagar dibuka sebelum kereta BMW milik Abang Fariesh laju masuk ke dalam pagar rumah.Aku mematikan enjin kereta dan menuju ke arah Kak Fiazz.
  "Akak,Fian balik dulu ea?"Kataku sambil menyalami kakakku.
  "Aik?Jomlah masuk.Jangan mengada nak lari.Meh sini."Aku tak boleh nak buat apa saat Kak Fiazz sudah menarik tanganku.Ahh,tak nak!Ada mamat pilot plus monyet tuh!
  "Entah Fian ni.Tak payah malu-malu.Mak ayah abang Riesh sporting."Aku hanya tersengih pada Abang Fariesh.


Selepas makan tengah hari,aku terus berlari ke arah tandas.Si Fawwaz tu pun sibuk nak pergi tandas macam dah takde tandas lain.Mulalah sesi pergaduhan..
  "Stop!Aku nak masuk dulu!"Aku jeling.
  "Boleh blah lah!Aku sampai dulu!"
  "Bagu lah aku masuk dulu.Aku dah tak tahan ni."Aku pandang dia yang sedang memegang perutnya.Aik?Nak membuang ke?
  "Ah,takde.Takde.Kau ingat kau sorang je nak membuang?Aku pon nak jugak tahu?"Balasku.Padahal aku takde lah sampai nak membuang air besar!Tapi bila pasal mamat ni,memang taklah aku akan mengalah!
  "Weh,tolonglah.Aku dah tak tahan sangat ni."Katanya terdesak.
  "Tak tahan apa?"
  "Aku...peiiiiittt.."Aku tahan gelak sebelah memberi laluan.
  Dia dengan muka merahnya terus masuk ke dalam tandas sebelum aku berlari naik atas dan menghamburkan gelak.Sumpah lawak!Boleh pulak dia melepaskan angin yang busuk tu depan aku?Haih,nasib aku tak pengsan dengan bau petai tu!Tulah,len kali jangan banyak sangat makan petai,kan dah kentut pun bau petai!


Aku pandang Fawwaz.Dia pandang aku.Aku gelak.
  "Gelak ah.Gelak!Biar sampai pecah perut tu."Aku terus terdiam.Tangan aku laju memukul lengannya.
  "Kau,mulut jaga ea!Aku bagi tahu semua orang kang!"Ugutku.Nasib dekat ruang tamu ni takde orang,kalau tak,memang aku tak dapat pukul mamat ni.Dah lama simpan ni.
  "Apa?Nak bagi tahu apa?"
  "Nak bagi tahu lah,ada mamat pilot ni.Jalan terbongkok-bongkok macam nenek kebayan!Cu..cu..Nek nak membuang ni Cu.."Kataku sambil terbongkok-bongkok ke arahnya.
  "Eii...Blahlah!"Kata Fawwaz sambil menjauhiku.Aku gelak.Fawwaz aku dekati.
  "Cu..jangan lari,Cu!"
  "Janganlah weh!"Kata Fawwaz sebelam kakinya laju berlari.Aku kejar.Memang marathon satu ruang tamu.
  "Fian!!"Jeritnya.
  "Fawwaz!!Hahahaha!"Aku jerit jugak.Ingat dia sorang je boleh jerit?Memang kirim salam lah!
  "Fian!Fawwaz!Ni kenapa ni?"Soal Kak Fiazz yang baru keluar dari dapur dengan Abang Fariesh.Serentak Fawwaz brek.Aku pun brek!
  "Takde kak!Ni ha..Sakit belakang.Kak Fiazz..Abang Riesh.."Aku sambung lakonanku.Dengan terbongkok-bongkok,aku mendekati mereka.Mereka undur.
  "Fian ni kenapa?"Kepala aku dipukul.
  "Sakitlah kak!Orang main-main je kot!Tak yah la marah!Sakit ahh."Rungutku.
  "Main-main lagi!Dah!Pergi balik sana!Mama dah seru suruh balik!"Aku ternganga.
  Aik?Apa mimpi mak dia main seru-seru ni?Bukan mama busy ke?Sejak bila dia pandai suruh aku balik?Selama ni,mama memang busy sangat!Papa pun!Jangan nak kata ada orang pinang sudah!Memang aku reject awal-awal!
  "Eh,tipu ah kak!Mama busy okay!"
  "Takde maknanya akak nak tipu Fian!Mana tahu mama ada calon untuk Fian?Habislah Fian!Akak tak nak tolong!"Aku pandang kakak aku geram.
  "Eii.Nasiblah Akak ni Kakak Fian.Kalau tak.."
  "Kalau tak apa?"
  "Kalau tak..Apa kau!"Kataku sambil menumbuk angin ke atas gaya Emma Maembong dalam The House episod 7.Eceh,Well.Kak Fiazz ajar tengok citer tu..Aku follow lah!
  "Ceit.Tak yah poyo sangat.Dah pergi balik.Mana tahu,hujung tahun ni akak dapat makan nasi minyak?"Kak Fiazz sudah mengangkat-angkat keningnya.
  "Ha'ah.Kalau nasi minyak,akak nak esok pun Fian boleh bagi.Tak susah pun.Suruh Mak Jah masak nasi,Fian letak minyak.Akak nak minyak banyak mana?Banyak sampai satu lori minyak pun boleh.Akak cakap je."Aku sudah loyar buruk.
  "Ha'ah.Sebelum akak cekik kau,baik kau balik sekarang."
  Aku terkekek-kekek ketawa sebelum berlari menuju ke arah keretaku.Ibu bapa Abang Fariesh?Tengah berehat lah kut.Malas den nak ganggu.Lebih baik den lari daripada kena cekik dengan kakak puntianak tuh!Haih.Kakak pontianak,adik langsuir.Tak ke hebat tu?Nanti suami aku pulak vampire.Hebat tak?Hehehe.


Aku memakirkan keretaku ke dalam garaj.Aik?Kereta siapa kat depan rumah ni?Kawan mama ke?Kalau kawan mama,biasalah,Puan Sri dan dtin-datin bermeeting.Malas nak masuk campur!Kaki aku langkah ke pintu utama sebelum pintu itu aku buka.
  "Fian!Dah balik pun.Ni mama nak kenalkan.Kawan papa dengan mama.Tan Sri Rahman dengan Puan Sri Waheeda.Ini pulak anak lelaki tunggal diorang,Qazrief."
  Aku hanya senyum paksa apabila mama memperkenalkan kawannya dengan anak kawannya sekali.Nampak sangat nak suruh aku kahwin dengan mamat ni.Tengok muka memanglah hensem.Jangan cakap dia bakal mewarisi syarikat ayah dialah,CEO lah,aku dah bosan.Sebab itu yang mama beria nak kenalkan tuh.Kalau setakat kerja biasa,konfem mama tolak.Si Fawwaz yang pilot tu pun mungkin mama akan tolak.Mesti punyalah!
  "Hye,I'm Qazrief.Just call me Rief."Sapa lelaki itu sambil menghulur tangannya.Aku sambut.
  "Assalamualaikum.Saya Fian."Kataku sambil menarik tanganku semula.Sempat aku sindir mamat ni.
  "Wa'alaikumsalam.Jomlah duduk sekali dengan semua orang"Jawab lelaki itu sambil mempelawaku.
  "No thanks.Saya penat and nak rehat."
  "Fian,Come and join us."Kata papaku dengan suara yang sedikit geram.
  "Sorry pa,ma,Uncle,Auntie,Rief.Fian penat sangat and I want to rest in my room right now.I am sorry."Kataku sambil menunduk.
  "Ouh,pity you.Mesti Fian penat kan?Sebab mesti schedule Fian penuh.Never mind.Fian rehatlah ye."Kata kawan mama itu.Aku dah tesenyum.
  "Thanks Auntie."Kataku sebelum berlalu ke tingkat atas.
  Schedule? Aku harini sibuk dekat airport tahu?Banyak lah aku punya busy.Cuma penat and malas nak melayan tetamu.Something fishy betullah diorang tu.Berani cubalah nak kenenkan anak diorang dengan aku.Memang aku akan buat diorang menyesal.Ni Fianlah.Aku paling tak suka dipaksa.Kak Fiazz akan jadi my hero tahu?


Aku menoleh ke arah pintu saat pintu bilikku itu diketuk.
  "Come in."Terjengul wajah mama yang baru masuk ke dalam bilikku.Hair dryer terus capai untuk mengeringkan rambutku yang telah 'disental' terlebih dahulu dengan tuala.
  "Fian.Mama nak cakap something."Kata mama sambil duduk di birai katil milikku.
  "Yup.Fian tahu.Kalau tak,mama takkan jejak langsung ke dalam bilik Fian ni."
  "Mama nak Fian kahwin dengan anak kawan mama tadi."Kata mama straight forward.
  Aku tersentak.Laju aku mematikan hair dryer sebelum mataku tajam memandang mama.
  "No!Fian tak nak kahwin.Kenapa pulak Fian nak kena kahwin dengan lelaki itu?"
  "Fian mesti!Tahu tak dia tu anak tunggal dan bakal mewarisi semua harta keluarga dia.Takkan Fian nak lepaskan?Dia jugak sukakan Fian.Hey!Peluang keemasan di depan mata!"
  "No!Mama tak boleh paksa Fian.Apa tak cukup ke harta yang kita ada ni mama?Harta bukannya tiket untuk masuk syurga dan bukannya membawa kebahagiaan ma.."Kataku cuba memujuk.
  "Apa?Memang lah harta kita dah banyak tapi Fian tu langsung tak nak masuk campur hal syarikat.At least Fian dapat lelaki kaya!Hey,tak payah nak agama sangatlah Fian!Kamu tu bukannya pakai tudung pun!Tak layak nak cakap pasal syurga pun!Selama ni,kalau tak disebabkan kekayaan,kamu takkan dapat semua ni!Kamu ingat,kamu boleh hidup mewah?Nak sangat ke hidup merempat?"
  "Ma,Fian tak nak ma.."
  "No.By hook or by crook,Fian kena kahwin jugak."
  "Tak nak.Mama takde hak nak paksa Fian!"
  "Takde hak?Kamu ingat sikit ea?Kamu tu anak mama.Kamu kena dengar cakap mama.Syurga?Kamu lupa ke yang syurga seorang anak itu di bawah tapak kaki ibu?Kamu jangan nak menderhaka dengan mama."
  Aku sudah menangis teresak-esak.Kenapa mama jadi macam ni?Dari kecik sampai besar,mama selalu paksa Fian.Kenapa?Soalku dalam hati.Lirih.
  "Mama tolonglah bagi Fian pilihan yang lain."Mohonku.
  "Baik.Kamu kena cari lelaki yang kaya dan bakal mewarisi syarikat keluarga mereka.Of coz lah CEO macam si Qazrief tu dan abang Riesh kamu tu.Tak pun,yang lagi pangkat tinggi dari itu.Kamu boleh ke?Boleh kamu cari?!"
  Aku tersentak.
  "Fian tak nakkk..."
  "Ada mama kisah?Mama beri kamu masa lima bulan dari sekarang.Kalau tak,kamu kena kahwin dengan Qazrief."Kata Mama sebelum berlalu meninggalkan aku.Aku terduduk di atas lantai.
  Apa yang harus aku lakukan?Kahwin?Itu kerja gila!Aku takkan sesekali kahwin paksa.Aku harus siasat siapa lelaki itu.Kakak!Fian perlukan kakak!Hanya kakak yang boleh tolong Fian sekarang!
 

2 comments:

  1. Kejam gilos ibu Fian.Mata $.Hahaha..wujud lagi upanya manusia macam ni.Anyway, I like it sis! Terbaik ah...Mohon lah Fian x kawin ngan mamat ceo tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarnya mmg wujud.Tu yg sis buat citer cam ni.In sya allah bkan dgn ceo tuh

      Delete