BAB 2
Suasana dalam kereta amat sunyi walaupun radio sudah terpasang.Janggal.Itu perkataan yang sesuai dengan keadaan sekarang ni.Itu yang aku rasa setelah satu jam memandu dengan penumpang yang sangat aku bengang.Bengang sampai rasa nak campak je.Aku menoleh ke kanan.Fawwaz sedang enak dibuai mimpi.Teringat satu jam yang lepas.."Fian,Fian tumpangkan Waz ea?Kak Fiaz bawak mommy ngan daddy.Fawwaz ikut Fian ea?Lagipun,kita semua kan nak pergi rumah akak."Kata Kak Fiazz.Fawwaz angguk.Aku?Jawapan apa yang aku boleh bagi selain angguk dengan hati yang berat.Redha jelah.
"Ehemm."Fawwaz berdeham.Aku toleh.
"Mana kereta?"Soalnya.Aku genggam penumbuk.Dia ni kan,ada yang memang aku ikat dekat muncung kapal terbang tu karang.
"Tu."Kataku sambil berlalu ke arah keretaku.Aku nampak dia sedikit terkejut.What?Ingat aku tak pandai bawak kereta sport?
"Awak drivelah.Kereta awak kan?Lagipun saya penat."Katanya sebelum duduk di bahagian sebelah pemandu.Pegh!Mamat ni!Ingat aku kuli ke hape?Aku menggenggam penumbuk.Grr..Kalau aku tahu,aku tak bukak kunci kereta.Nasib jugak ni kereta aku.Huh,takpe.Kau tunggu dan lihat.Ni Fian lah!Aku lihat kereta Abang Fariesh sudah bergerak laju keluar dari kawasan itu.Aku menyarung sweater Doraemon sebelum aku masuk ke dalam keretaku.Sekarang,masa untuk aku start!
Kereta aku pandu perlahan.Well,bak kata orang.Biar lambat,asalkan selamat!Ceh,padahal cuma nak kenekan mister pilot yang poyo ni.Aku dengar suara orang mendengus.Muahaha.Aku sudah ketawa jahat dalam hati.
"Maaf.Kau ni memang tak pandai drive ea!Bawak cam kura-kura!Baik tak payah beli kereta sport kalau bawak kereta macam kereta kapcai!Kereta kapcai pun tak selambat ni!"Bebel Fawwaz.Aku diam.
Ouh,dah hilang panggilan awak-saya kau ye?Takpe,takpe.Ini Fian lah!Tetiba rasa macam ada tanduk pulak!Hehehe.Pedal minyak aku tekan sedikit kuat.Vroomm!Kereta bergerak laju.Semua kereta aku potong!Dengan kereta Abang Fariesh pun aku potong!Sorry lah bro!Len kali bawak kereta laju lagi.
Mamat sebelah aku jeling.Haha!Tahu takut!Kuat betul dia pegang tali pinggang keledar.Muka dah pucat habis.Wah!Bak kata Mei Mei dalam cerita upin ipin,saya suka!Saya suka!
"Weyh,agaklah nak bunuh aku pun!Aku masih nak hiduplah!"Marah Fawwaz terketar-ketar.Minah ni scary!
"Apa?Saya bawak laju?Jap ea.."Kataku sambil menekan pedal minyak dengan lebih kuat.Vroom!
"Weyh!Kau giler ea?"Marah Fawwaz lagi.Aku buat derk.
"Mana ada.Aku bawak slowlah lah ni.Lagi slow dari kereta kapcai."Kataku selamba.
"Ini namanya nak bunuh orang!"Jeritnya lagi.Aku gelak.
"Sorrylah.Aku ni mana pandai bawak kereta."Kataku sambil meneruskan perjalanan tanpa memperlahankan kelajuan.Mahu aku mengilai dalam kereta ni.Sumpah lawak!Kalau aku ketawa mengilai,konfem langsuir pun letak jawatan.
Kini,setelah sejam aku memandu dalam kesesakan jalan,aku ketuk stereng berkali-kali.Kemudian,aku nampak punca kesesakan jalan tadi.Ermm..Ada kemalangan.Kemudian,aku dapat rasa yang kenderaan semakin laju.Jadi bolehlah aku race,ye tak?Aku pandang Fawwaz.Tidurlah selagi kau boleh tidur.
Aku pandang belakang kereta.Line clear!Good.Kereta aku pandu sedikit laju sebelum aku menekan brek secara mengejut.
"Makk!!"Jerit Fawwaz yang terjaga akibat brek mendadak itu.Haha,mak?Pegh,kantoilah anak mak ni kan?Manja lah ni.Kereta aku pandu semula.Dia memandangku tajam.
"What?"Soalku dengan muka tak bersalah.
"Kau memang sengaja kan?"Soalnya garang.Garang sangat!Cover malu lah tu.
"Apa?Tak nampak ke aku tengah pandu dengan cermat ni?"Balasku selamba.Alah,rileks lah.Ni baru siket.
"Humph!Suka hati kau lah!"Katanya sebelum menyambung tidur.Aku mengajuk katanya.
"Humph!Suka hati kaulah!"Dengan mimik mukanya pun aku tiru!
"Jangan main-main lah!"Marahnya sebelum aku ketawa terkekek-kekek dalam kereta.
"Kau tak rasa kau ada bakat ke,weh?"Kataku.Saja nak kacau dia supaya tak tidur.
"Apa lagi?Bakat apa?"Soalnya acuh-acuh tak acuh.
"Bakat jadi badut!Tak nak?"Kataku sambil bantai gelak.Sakit perut aku dibuatnya.
"Grrr.."Katanya sebelum diam.Aku jeling.Lorh?Dah tidur dah?Aku senyum.Tidurlah.Dah nak sampai pun!
10 minit kemudian,aku memakirkan keretaku berhampiran dengan rumah Abang Fariesh.Aku membuka seatbelt sebelum aku pandang Fawwaz di sebelah.Ceit!Tidur lagi!10 minit pun dah boleh tidur lena.Pelik,pelik.Asal lah aku tak buka bumbung kereta tadi?Menyesal pulak!Aku cucuk lengannya dengan jariku.
"Oi!Bangunlah!Oi!Pak cik!Mak cik!Atok!Nenek!Sengal!"Kejutku.Makin lama makin bengang bila lelaki ini amat liat untuk bangun.Tapi panggilan tu memang sesuai dengan dia kot!Aku nampak dia menenyeh matanya.
"Huh?Dah sampai ke?Kat rumah aku ke?"Tanya Fawwaz mamai.Matanya masih ditenyeh.
Takdelah.Kita dekat kawasan kubur ni ha.Tinggal nak tanam kau je.Kain kapan kau bawak tak?"Kataku selamba.Fawwaz spontan duduk tegak sambil membuka matanya besar.Aku gelak.
"Berani kau tipu aku ea?"Marah Fawwaz.Dia merengangkan badannya sambil membuka seatbelt.
"Ceit.Berani je.Kalau aku bawak kau kat kubur,aku tak kejut cara camtu.Aku kejut macam ni."Kataku sambil mendekatkan mulutku ke telinganya.
"Bila Izrail,datang memanggil,jasad terkujur.Di pembaringan."Nyanyiku dengan gaya seram.Terus lelaki tu menolakku kuat.Kepalaku terhentak cermin tingkap sedikit.
"Adoi!Sakitlah!"Marahku sambil menggosok kepalaku.
"Padan muka.Kenakan aku lagi."Katanya geram.Aku mendengus sambil membuka pintu kereta.Namun,tanganku bagaikan ditahan.Aku toleh memandang tangan Fawwaz yang memegang pergelangan tanganku.
"Kau nak apa ni weh!Pegang tangan orang pulak!Potong tangan tu karang!"Marahku sambil merentap tanganku.Apa?Ingat aku isteri dia ke boleh pegang-pegang?
"Kau perempuan yang aku langgar masa kat airport tu kan?"Soalnya membuatkan aku terkedu.Alamak!Rahsia dah bocor!Aku beranikan diri.
"So?Ada masalah?"Soalku berani.Padahal dalam hati dah kecut perut dah!
"Takde apa."Kata Fawwaz sebelum terus keluar dari kereta meninggalkan aku yang terpinga-pinga.Aik?Apa kes ni?Jangan kata dia ada rancangan jahat sudah.Memang aku cincang-cincang dia sampai lumat!
Lawak lah,time Fian nyanyi dekat telinga lelaki tu.Nasib baiklah baca waktu malam kalau tak,dah terkekek macam pontianak dah...Best.
ReplyDeleteHehehe..Terima kasih sudi membaca :)
Delete@kekasih abadi
Sama-sama.Saya berminat dengan cara penulisan akak.Santai dan lucu.Enjoy=)
Delete