Bab 1
Aku menutup kepalaku dengan hood sweater milikku yang bewarna hitam sambil memakai kaca mata hitam.Okey,sekarang ni kalau aku tak sorok,habislah.Tapi,apabila silauan flash kamera sudah mengganggu pandanganku.Aku faham bahawa aku sudah tertangkap!"Fian!Fian!"Jerit wartawan-wartawan yang sibuk mendekatiku.Habis aku jadi tumpuan buat sementara.Grr..Diorang ni takde kerja lain ke?Dekat airport pun nak kacau!Aku menghentikan langkah.
"Fian,betul ke yang you ada affair dengan Ammar Danial?"Soal salah satu wartawan.Aku mengeluh berat.Siapa yang buat gosip murahan ni?
"Maaf,tidak."Kataku jujur.Dalam hati nak je cakap yang siapa Ammar Danial tapi,macam tak logik pulak sebab aku memang pernah berjumpa dengan dia.Tapi,sejak bila aku dengan Danial nih?
"Tapi,kami ada beberapa gambar yang menunjukkan bahawa cik Fian ada hubungan istimewa dengan Encik Danial?"Soal wartawan yang lain.Gambar?Hadoi!Gambar apa lak ni?Setakat gambar aku dengan Danial makan sama tu,takyah la nak gosip.
"Kalau setakat gambar kami makan bersama,tak semestinya saya ada affair dengan dia.Takkanlah tak pernah nampak perempuan makan dengan lelaki?"Kataku tajamTediam semua wartawan dibuatnya.Sebelum ditanya lebih banyak soalan lain,baik aku cau.
"Maaf ea,saya ada hal ni.Lain kali je ye."Kataku sebelum melangkah pergi.Sempat aku dengar mereka gosip pasalku.
"Ceit.Poyo kot!Macamlah ada banyak peminat!"Kata seorang wartawan seperti berbisik.Ha'ah.Berbisik sampai aku boleh dengar.
"Nak buat macam mana kalau dia memang banyak peminat!Aku pun peminat dia tahu?"Kata Sorang lagi.Aku senyum.Thanks!Memanglah ada peminat sebab aku sombong bila wartawan buat gosip murahan.Dengan peminat,aku sporting je dengan dorang.Bila dah agak jauh sedikit,aku rasa something.
"Cik Fian!Nanti!"Wartawan-wartawan itu terus cuba mengejarku.Aku apa lagi?Cabut lah!Apa lagi lah yang diorang nak tanya?Bila dah rasa agak jauh,aku masuk ke dalam tandas wanita yang berada dalam airport itu.Aku datang ke sini sebab kakak aku suruh!Bukan kena marathon satu airport.Nasib airport masih lengang sebab masih pagi.
Aku menukar sweaterku.Dari warna hitam,bertukar kepada warna biru.Siap ada gambar Doraemon lagi!Maklumlah,peminat setia doraemon kot!Sweater hitam aku lipat sebelum masukkan ke dalam beg galasku.Topeng muka aku capai sebelum menutup mulut dan hidungku.Aku menutup kepalaku dengan hood sebelum aku menukar kaca mata.Dari cermin mata hitam kepada cermin mata besar,tanpa power.Nampak macam nerd tapi lantaklah!Nama pun terdesak sebab kena menyamar.Harap takde siapa perasan lah!Aku melangkah kakiku keluar dari tandas itu setelah berpuas hati.Keluar-keluar je..
"Bukk!"Adoi!Sakitnya!Hantu jembalang mana yang langgar aku ni?Minta kena wrestling ke apa?Kepala aku dongak mencari pesalah yang membuatkan kepala aku sakit.
Aku terkedu.Dia lelaki.Hensem.Smart.Pilot?Homai!Still muda lagi kot!Mata dah lah biru.Muka macam korea.Kulit macam orang melayu tapi masih putih.Argh!Fokus Fian!Aku lempang pipiku perlahan.Kembali ke dunia realiti.
"Hey!Takde mata ke?Jalan pandang mana ha?Pakai lutut?"Marahku geram.Mamat tu terkedu lah kot dengar suaraku yang kalah lelaki ni.Macam nak ajak gaduh je. Mata dia terkelip-kelip.Comel!Eh,salah!Ingat comel ke?
"Sorry miss.Saya nak cepat ni.Got to go."Katanya sambil ingin berlalu.Macam tu je?Aku bengang!Tahu tak dahi aku benjol!Rosak imej I!
"Hey!Awak!"Jeritku sambil menark lengannya kuat.Terpusing dia dibuatnya.Apa?Ingat aku tak kuat?Setakat pusing boleh lah.Nak suruh aku heret,memang tak ah.
"Awak nak apa lagi?"Soal lelaki itu kasar.Oh,marah aku ye?Grr..minta maaf tak ikhlas!Lepastu nak blah macam tu je.Takde sivik langsung!Masa kat sekolah dulu mesti mata pelajaran sivik fail!Sebab tu jadi macam ni.
"Awak tu yang langgar saya,lepastu minta maaf tak ikhlas and then nak blah macam tu je?Tak belajar sivik ea?"Hambek!Straight to the point!
"Sorry miss.Saya minta maaf sangat-sangat!Puas hati?"Soalnya sinis sebelum dia terus masuk ke dalam toilet lelaki.Grr..poyo giler.Kalau aku jumpa kau,habislah kau pilot!Daripada bawa kapal terbang,kau bawaklah troli beg orang!Baru sesuai!Memang nak kena gusti!Takpe,kali ni aku bagi kau pergi sebab entah-entah dia tak tahan nak membauang.Kang dia terbuang kat sini,aku tak nak tanggung okey!Aku terus berlalu mencari kakakku yang sedang menunggu suaminya di balai ketibaan.
"Kakak!"Sergahku dari belakang wanita yang anggun dengan baju blouse warna biru,jeans hitam dan tudung selendang sama rona dengan warna baju.Terkejut Kak Fian dibuatnya.Dia memandangku.Lagi terkejut!
"Masya Allah.Fian!Kenapa pakai macam ni?Dengan bertopeng bagai.Sekarang ni mana ada jerebu.Kamu demam ke apa?"Soal Kak Fiazz.Aku sengih.
"Mana ada kak.Orang nak menyamar je."Kataku selamba.
"Tak yah nak menyamar sangat.Pergi bukak semua ni."Kata Kak Fiazz.
"Akak biar betul nak surun Fian bukak semua?"Soalku sambil menyilangkan tangan di depan badanku.
"Hey!Jangan main-main lah!"Marah Kak Fiazz.Aku gelak.
"Hehe.Yelah,yelah."Kataku sambil membuka mask dan cermin mata sebelum disumbatkan ke dalam beg.Bila aku lihat pakaianku,baru aku faham kenapa mister pilot tu pandang sinis je.Sweater aku buka dan menggantungnya di lenganku.Terserlah rambut panjang ikalku yang bewarna coklat terang dan diikat seperti ekor kuda .Kini,aku hanya memakai t-shirt hitam longgar warna hitam lengan 3 suku dan seluar jeans warna hitam.Kasut pula kasut sneaker warna hitam corak biru.Gempak tak?
"Dah.Puas?"Soalku pada Kak Fiazz.Dia senyum.
"Ha,ni baru okey!Kalau tak,selekeh habis!Ni akak tengah tunggu Abang Fariesh ni.Mana entah dia.Kata pukul 9 pagi.Sekarang dah pukul 9.15 dah ni."Rungut Kak Fiazz.Aku gelak dalam hati.Kak Fiazz ni memang.Dia paling pantang menunggu orang.
"Lek ah kak.Baru lima belas minit.Kejap lagi abang Riesh keluar lah tu."Kataku memujuk.Mahu gaduh besar antara Kak Fiazz dengan Abang Riesh tu nanti kalau Kak Fiazz penat menunggu.
"Hurmm."Gumam Kak Fiazz.Aku melilaukan mataku mencari kelibat Abang Fariesh.Mana ni,baik dia keluar cepat.Abang Fariesh pergi outstation ke Korea selama 3 hari.Dia ada mengajak Kak Fiazz.Tapi,Kak Fiazz tak nak sebab katanya nanti Abang Fariesh sibuk kerja.Dia?Macam mayat hidup je.Jadi katanya lebih baik dia lepak rumah mummy.Tapi sekarang ni dah macam itik hilang anak je lagaknya.Rindu sangatlah katakan.
Berapa minit kemudian,aku nampak ramai orang keluar.Aku mencari abang Fariesh.Dia berjalan bersama ibu bapanya.Ha!Baru aku teringat!Semasa di sana,Abang Fariesh menetap di rumah ibu bapanya yang berada di Korea.Ayah Abang Fariesh orang korea mix malay manakala ibunya minah salleh!Harini mereka datang ke Malaysia selama selama seminggu katanya sebab rindu dengan menantunya yang sorang ni.Kenapa Kak Fiazz tak nak join kalau ada parents Abang Fariesh jugak?Sebabnya,dia nak elak dari makan makanan Korea!Mahu tergelak berguling-guling aku dengar dia cakap macam tu.
"Kak,tu Abang Riesh!Nak Fian panggil?"Soalku pada Kak Fiazz.Dia geleng.
"Kakak tahulah!Tak payah susah-susah.Biar dia yang cari akak.Kita tengok,dia dapat tak cari akak."Kata Kak Fiazz.Aku tepuk dahi.Hadoilah kakak!Tak berubah lagi!Tak pasal-pasal Abang Faries jadi bahan uji.Dari dulu sampai sekarang dia asyik menguji suaminya itu.Ingat eksperimen ke apa?
Abang Fariesh pula aku nampak dia melilaukan pandangannya mencari Kak Fiazz.Bila jumpa je,senyuman diukir sebelum dia melambaikan tangannya ke arah Kak Fiazz.Kak Fiazz balas sebelum pergi ke arah mereka.Aku?Kena tinggal.Mentang-mentang dah jumpa famili dia,aku mengekor.Dia menyalami tangan ibu bapa mertuanya.Aku turut berbuat demikian.
Kemudian aku nampak dia menyalami tangan Abang Fariesh.Abang Fariesh pula dengan selambanya memeluk Kak Fiazz di sini.Mahu membahang muka Kak Fiazz dibuatnya.Aku gelak jelah bila Kak Fiazz yang garang macam naga boleh jinak jadi kucing!
"Mommy!Daddy!Along!"Laung satu suara membuatkan aku kaku.Macam pernah dengar je suara ni.Tapi di mana ye?Aku toleh sebelum menyorok di belakang Kak Fiazz apabila aku nampak muka lelaki itu.Adoi!Fian!Tadi bukan main lagi berani kalau jumpa mister pilot tu terus nak belasah dia.Ni apa citer?Lantaklah!Kalau kakak aku tahu aku masih ganas dengan orang,mati aku!
"Waz!"Abang Fariesh terus menuju ke arah mister pilot itu sebelum mereka berpelukan dan mister pilot tuh salam dia.Aku hanya usyar dari jauh.Kemudian aku nampak dia salam ibu bapa Abang Fariesh.Aku pelik.Dia ada hubungan istimewa ke apa?Bila aku fikir balik,bukan dia panggil mommy,daddy,along?Alamak!Adik Abang Fariesh?Argh!Serabut kepala!
"Fian ni kenapa?Menyorok belakang akak.Ada buat salah ke apa?"Soal Kak Fiazz.Aku sengih.Mana ada buat salah!
"Takde lah kak.Fian takut ada wartawan je."Aku memberi alasan.Wartawan lah sangat!Padahal nak elak dari mamat tu.
"Heisy,kamu ni.Ada-ada je."Kata Kak Fiazz.Aku hanya tersengih.Jap!Lupa pulak aku nak tanya something.Baru aku nak panggil Kak Fiazz,Mister pilot tuh dah sibuk!
"Kak!"Panggil lelaki itu.Kazau arh!Gi main jauh-jauh lah!
"Waz!Apa khabar?Sihat?"Soal Kak Fiazz.Lelaki itu menunduk hormat.Kejap.Kejap.Kejap.Waz?Apa tu?Tadi Abang Fariesh pun ada sebut.Nama dia ke?Waz-waz?Dah macam waswas je!Hahah,lawak-lawak!Sempat hatiku mentertawakan lelaki itu.Kalau aku bagi tahu kawan aku yang lain,konfem satu group gelak guling-guling sampai jatuh katil.
"Khabar baik,kak."Jawabnya.Aku hanya menyorok.Menyorok sangat!Tapi,nasib baik badanku lebih kecil dari Kak Fiazz.Kalau tak?Aku sorok kat belakang tiang je lah jawabnya!
"Ha,ni akak nak kenalkan.Adik akak,Fian."Kata Kak Fiazz sambil menarikku keluar dari tempat persembunyian.Adoi!Mana aku nak sorok ni?Aku hanya menunduk.
"Hai,saya Fawwaz."Katanya memperkenalkan diri.Lorh,Fawwaz rupanya.Nama lawa-lawa panggil Waz je.Cian.Cian.Cian!
"Ermm,Fian."Kataku sambil menunduk.Tolonglah dia tak kenal aku.
"Hurm..Macam pernah dengarlah suara awak ni."Aku telan liur.Dia tahu ke?Tolonglah jangan kenal aku.Kang ada yang aku belasah kat tengah-tengah airport ni.Kepala aku dongak sebelum aku memberikan senyuman pahit.Aku nampak dia terkejut.Alamak!Dia cam ke?
"Haha.Ramai orang suara macam saya."Hahahah.Ketawa olok-olok kata orang!
"Ouh.Maafkan saya.Tapi suara awak memang macam pernah dengar.Muka awak pun macam saya pernah nampak."Katanya lagi.Grr..Kau baru jumpa aku tadi!Lepastu macam pernah dengar,pernah dengar.Aku tendang karang!Aku cakap dengan dia punyalah sekejap.Dah dapat kesan yang mendalam ke,cik abang?Soalku jahat.
"Ouh.Mungkin Waz pernah dengar kat radio atau pernah nampak muka Fian dekat tv,surat khabar or majalah sebab Fian ni penyanyi."Kata Kak Fiazz menyelamatkanku.Eh,salah.Menyelamatkan mamat ni.Sebab,kalau aku dah kantoi yang aku ni ganas,baik tunjukkan terus.Campak dia dekat jalan raya ke,okey gak!
"Ouh,yeke?Mungkin lah kot.Nice to meet you,Fian."Kata Fawwaz.Aku telan liur.Asal muka dia macam pembunuh bersiri je.Nak bunuh aku ke apa?Janganlah.I masih muda.Kahwin pun belum.Hehehe.
"Haha.Nice to meet you too."Kataku dengan suara yang tertahan-tertahan.Nice to meet you sangat!Angakat tangan letak atas bahu je lah!
"Waz!Jom!Kita pergi ke rumah Along!Fian pun ikutlah sekali."Kata Abang Fariesh.Aku hanya mengangguk.
Semua yang berada di situ termasuk aku bergerak ke arah pintu keluar KLIA itu dan menuju ke arah kereta BMW 6 series milik Kak Fiazz dan aku pula terpaksa mengheret lelaki itu ke arah kereta koenegseg regera milikku.Aha!Kereta sport kegemaran aku!Birthday gift from my daddy!
Syok...Layan habis^-^
ReplyDeleteSalam. Menarik. Tahniah. Teruskan usaha anda. Salam
ReplyDeleteThank youuuuuuu :)
ReplyDelete