Yasmin tersenyum.Dia mengeluarkan handphonenya dari poket.Nasib dia nampak perbuatan minah tu dan sempat mengambil video.Selamba Fatiha tu je nak mendajal Hanna.Heisy,nama dah okey.Tapi..kurang kasih sayang kot.Tu yang terlebih obses ngan tunang dia tu.
"Ni,dia."Kata Yasmin sambil menunjukkan video itu.Yang semua hanya khusyuk melihat video yang sedang ditayangkan.Semua melopong.Fatiha dah cemas tahap tak ingat.Habis je video tu,semua pandang Fatiha.Tengku Fahmie pula hanya menggelengkan kepalanya sebelum berlalu.Fatiha sudah ketakutan.
"Ma..Maaf."Katanya sambil berlari mengikuti TengkuFahmie.Aik?Lari pulak?
"Hanna,Aunty minta maaf dengan Hanna sebab kelakuan Fatiha yang melampau tu.Aunty pun tak tahu apa masalah dia sampai dia buat Hanna macam ni."Mohon Tengku Nadia.Hanna senyum nipis.
"Takpe Aunty.Mungkin dia ada masalah kut."Kata Hanna.Memang!Masalah gila lelaki.Haih,apa nak jadi lah dengan minah tu.Kau yang rampas laki tu dari aku,sekarang kau nak cakap aku perampas?Haih,pelik..Pelik.
"Hurm.Naz boleh belikan makanan kat luar?Ibu tengok kat video je dah sah-sah memang penuh garam lauk ni.Kesian Hanna.Esok biar Aunty pulak yang masak sarapan,nak?Ke nak makan luar?"Soal Tengku Nadia.Tengku Nazrul angguk.
"Takpe Aunty.Hanna boleh masak sarapan."Kata Hanna sopan.
"Okey,Hanna teman saya jom."Ajak Tengku Nazrul.
"Tak yah mengada.Tak elok lelaki perempuan keluar malam-malam.Pergi ajak Fahmie."Kata Tengku Nadia membuatkan Tengku Nazrul tunduk.Hanna tahan gelak.
"Erm.Baiklah ibu."Kata Tengku Nazrul sebelum berlalu untuk mengajak Tengku Fahmie.
Tengku Nazrul melihat di sebalik dinding.Dia nampak Tengku Fahmie dan Fatiha sedang berbual serius.Telinga didekatkan untuk mendengar lebih jelas tentang perbualan itu.
"Tiha,you tak boleh ke stop ganggu Hanna?You nak bunuh dia ke apa?"Soal Tengku Fahmie perlahan.Dia tidak mahu sesiapa mendengar perbualan itu.
"Mana ada I ganggu dia.Dia yang ganggu kita.I tahu dia nak rampas you."Kata Fatiha membuatkan Tengku Fahmie lemas.Tengku Nazrul sudah berkerut kening.
"Tolonglah Tiha.Boleh tak you stop merepek?Bukan you ke yang rampas I dari dia?"Soal Tengku Fahmie bengang sampai dia terlupa akan menjaga katanya.
" Tak!Dah you pun putus dengan dia and tunang dengan I kan?Dia memang dah takde apa-apa hubungan dengan you!Tapi kenapa dia nak rampas you sekarang ni kalau dia tahu you tunang I?"Soal Fatiha geram.Dia sedikit terjerit namun masih dijaga.Tengku Nazrul hanya diam.
"Stop,Tiha!Apa maksud you yang dia nak rampas I dari you?"
"Huh.Dia tu tunang dengan Nazrul pun mesti sebab saja nak rapat hubungan dengan you."
"Jangan nak melampau Tiha!Dia tak kenal pun siapa I yang sebenarnya dan dia tak tahu pun yang I sepupu Nazrul."Kata Tengku Fahmie membuatkan Fatiha ketawa.
"Hahah.You are so funny!Tahu tak kalau nama pun suka,semua ni tak mustahil."
"Stop,Tiha."
"Hey!I tahu dia memang perempuan yang gila harta!Tak malu nak rampas tunang orang!Dah kalah tu cakap jelah!Dia tu memang perempuan tak gu.."Fatiha memegang pipinya yang pedih akibat ditampar Tengku Fahime.Dia pandang Tengku Fahmie dengan riak tak percaya.Tengku Nazrul sudah terkejut.Tak pernah dia nampak Fahmie sebaran itu.Apa hubungan dia dengan Hanna?Kekasih?
"You,sampai hati you tampar pipi I?!"
"I'm so sorry Tiha.I dah bagi you amaran tadi.Dia takde salah apa pun.I yang salah sebab tinggalkan dia dulu walaupun masatu kami masih mempunyai hubungan,I yang curang."Kata Tengku Fahmie lemah.
"What?You pertahankan perempuan tu?Hey!You masih sayangkan dia ke?Dia tu tak ada apa-apa pun lah!"Marah Fatiha bagai orang gila.
"Just stop!Kalau you masih macam ni,tak mustahil I akan balik kepada dia semula."Kata Tengku Fahmie membuatkan Fatiha melongo.
"You jangan buat hal dengan I ye."
"Kalau I boleh berubah hati semasa dengan dia,I jugak boleh berubah hati bila dengan you."Kata Tengku Fahmie selamba.Dia betul-betul maksudkannya.Tak kisah lah Hanna tu tunang sepupu dia atau apa pun.Kalau betullah Hanna masih ada hati dengannya,itu lebih mudah.
"You!"Tengkng Fatiha.Tengku Nazrul sudah berasap telinganya.Jadi selama ini Hanna menipunya?Hanna pernah mempunyai hubungan dengan Fahmie tapi dia buat macam tak kenal?Hurm.Tengku Nazrul pening sebelum dia melangkah ke arah dua makhluk itu.Lagaknya sepeti baru sampai.
"Mie!Jom gi kedai beli makanan."Ajak Tengku Nazrul selamba.Tengku Fahmie yang tidak tahu menahu hanya mengekor Tengku Nazrul dan meninggalkan Fatiha sendirian.
Hanna pelik melihat Tengku Nazrul yang hanya diam.Masa kat meja makan,langsung Tengku Nazrul tak mengeluarkan sepatah perkataan pun padahal biasanya suasana itu akan dimeriahkan dengan suara Tengku Nazrul.Namun,Tengku Nazrul menjadi pendiam tetiba.Tengku Nadia yang perasan tentang itu,menyuruh Hanna dan Tengku Nazrul untuk membasuh semua pinggang mangkuk pada malam itu.
Hanna memandang ke arah Tengku Nazrul setelah mereka siap membasuh pingggan mangkuk.Kenapa lelaki ini hanya diam?Dia ada membuat salah ke?
"Hurm,awak."Panggil Hanna apabila dia melihat Tengku Nazrul ingin berlalu dari situ.Tengku Nazrul hanya berhenti tanpa memandang Hanna.
"Saya ada buat salah ke?Kalau ada,saya minta maaf."Kata Hanna.
"Awak ada sesuatu yang awak rahsiakan ke selama ni?"Soal Tengku Nazrul membuatkan Hanna pening.
"Apa maksud awak?"
"Apa hubungan awak dengan Fatiha?Saya nak jawapan yang jujur."Kata Tengku Nazrul sambil menoleh ke arah Hanna.Hanna menunduk sebelum dia mengangkat wajahnya.
"Saya tak tahulah nak cakap apa hubungan saya dengan dia.Ini pun kali kedua saya jumpa dia.Kali pertama bila dia merampas..hurmm..teman lelaki saya."Kata Hanna jujur.
"Siapa teman lelaki awak?"Soal Tengku Nazrul dengan wajah yang serius.
"Hurm..Hurm..Fahmie."Kata Hanna.Tengku Nazrul mengeluh.
"Awak tahu tak Hanna,saya percayakan awak seratus peratus.Saya tak sangka yang awak sanggup menipu saya macam ni sekali.Awak tak rasa ke yang awak terlalu kejam pada saya?Jadi,selama ni.Awak dekat dengan saya sebab Fahmie?Awak nak rapat dengan dia semula?"
"Tak!Saya langsung dah takde hati dengan dia."Nafi Hanna.Dia memang takde sekelumit sayang atau cinta pada Tengku Fahmie.
"Jadi?"
"Jadi apa nya?Saya tak tahu pun yang dia tu sepupu awak.Saya tak pernahlah nak rapat dengan awak!Saya langsung tak kenal awak!Selamani awak yang rapat kan hubungan.Awak yang start ajak tunang.Asal saya pulak yang dituduh nak dekat dengan Fahmie giler tu!"Kata Hanna geram.Tengku Nazrul tergelak membuatkan Hanna pelik.
"Hehe.Saya main-main je lah.Walau apa pun,dia dah ada Fatiha dan awak dah ada saya.Buat apa nak rumitkan keadaan?Saya ni jenis seorang yang tak suka konflik hanya disebabkan hal remeh ni.Cukuplah saya tahu awak takde perasaan pada dia lagi."Kata Tengku Nazrul membuatkan Hanna bengang.Buat cuak orang je!Ketuk kepala tu dengan frying pan karang!
"Fine!"Kata Hanna geram.
"Tapi nak mendajalkan dia balik tak?"Soal Tengku Nazrul tiba-tiba membuatkan Hanna terkejut.
"Ha?Mendajal siapa?"Soal Hanna.Tengku Nazrul senyum.
"Si Fatiha yang selalu mendajal awak lah.Takkan Fahmie?Dia tak payah lah sebab saya patut berterima kasih pada dia sebab lepaskan awak."Hanna mencebik.
"Awak nak buat apa dengan Si Fatiha tu?"Soal Hanna.
"Nak julap?"Soal Tengku Nazrul membuatkan Hanna terkejut.Laju dia memandang wajah Tengku Nazrul dengan riak tak percaya.Tengku Nazrul nak mendajalkan orang and,mana dia dapat julap tu?Muka punyalah pijak semut tak mati.Rupanya ada yang tersorok!
"Mana awak dapat julap?"Soal Hanna.Tengku Nazerul sengih.
*********************************************************************************To be continued********************************Part 11
Note*Sorry sebab saya tak dapat memanjangkan Part ini sebab saya terlalu sibuk dengan novel yang masih diproses untuk masuk ke dalam blog n tentang cerpen Qaisya Suraya,saya akan tamatkannya in sya allah pada part 7 nnty.Sorry utk sesiapa yang tunggu cerpen tu..Harap maaf. :)
No problem...Rugi tak tunggu ooo.=)
ReplyDeleteThank youuuu!:) @kekasih abadi
ReplyDelete