Friday, January 15, 2016

Hello,Incik Jodoh!(Part 3)

"Akak,are you sure?"Soalku dalam kepelikan.
  "Apa?"Soal Kak Ikha.
  "Serius ah.Pernah ke P.A bawak Kamera DSLR yang macam Leeya ni?Agaklah.Tak pernah Leeya nampak P.A abang Zulfan tu bawak kamera.Lagi-lagi kamera besar kesayangan Leeya ni.Kamera fon adalah!"
  "Leeya ni apa yang blur sangat?Leeya jadi P.A sementara and kan Leeya kononnya nak buat kerja fotografi Leeya tu?Apa yang peliknya?"Aku sengih.
  "Ops!Baru Leeya teringat lah kak!"
  "Kamu tu memang.Dah.Pergi ofis Si Faisal tu cepat.Nanti lambat,konfem kena pecat!"
  "Seyes ah?Alamak!Leeya cau dulu!"Kataku sebelum berlari keluar dari rumah itu.Kemudian,aku masuk semula.
  "Akak!"
  "Ha?Apa lagi?Kenapa tak pergi lagi?"Soal Kak Ikha.Aku sengih.
  "Faisal tahu tak siapa yang akan jadi P.A dia nanti?"Soalku.
  Yelah,mana tahu dia tak suka aku jadi P.A dia kan?Mampus aku nak kena hadap muka dia dengan menebalkan muka,mohon diberi kerja.
  "Hhehe.Tak.Yang dia tahu,dia akan dapat seorang P.A.Lagi satu akak nak cakap,Faisal tu bukan jenis yang nak fikirkan benda remeh macam nak tahu siapa dia punya P.A.Lainlah kalau hal kerja,jangan buat main.Dengan Kak Zuhra tu pun dia pernah marah tahu?"Aku telan liur.

  Aisey,betul ke dia pilihan aku?Atoyai!Lantak lah.Kita try usha dulu.Asal boleh cuci mata aku yang dah lama berhabuk sebab tak nampak lelaki sampai seminggu,pun boleh lah.Mana tahu,bersinar mata aku dibuatnya?Adui!Sengal nya aku ni!

  "Leeya.Pergi ofis sekarang!Kalau Leeya tak nak kena pecat lah."Jerit Kak Ikha.
  Aku?Dengar je arahan tu,berdesup lari masuk ke dalam kereta porche milikku yang bewarna hitam putih.Kasut?Tak yah citer ah.Memang dengan rajinnya aku aku capai kasut tinggi 2 inchi sambil membawanya kat tangan.Kaki?Memang berstokin lah!Kata orang,berkaki ayam!Nak buat macam mana?Mamat tu punya pasal,aku yang jadi macam tak terurus.Haih!




Aku memakir kereta miliiku di sebelah kereta Buggati veyron bewarna putih.Lawa seh!Setahu aku,Kak Zuhra kata,tempat aku ni,kat sebelah tempat parking Faisal.Wuyoo!Mamat ni ada taste gak ek?Ala,setakat kereta dia ni,konfem mamat tu boleh beli lebih daripada 10 biji!Well,anak tunggal lah katakan.

  Lainlah aku ni,kewangan dijaga rapi oleh abang kesayang iaitu abang Zulfan!Kesayangan sangat!Abang sulungku yang bernama Ziqran pulak,memang sangat pemurah dengan adik bongsunya yang comel ini.Bila duitku disekat oleh Abang Zulfan kejam tuh sebab aku buat salah,memang Abang Ziqran lah yang jadi bank bergerak aku.Hehehe.

  "Leeya?"Sergah satu suara.Memang bersilat jugaklah aku kat situ dibuatnya.
  "Hahah.Bersilat di pagi hari ye?"Soal Kak Zuhra.Aku sengih.
  "Akak ni.Terkejut Leeya,tahu?"
  "Takdelah.Dah akak tengok Leeya ni termenung je?"
  "Takdelah kak.Tengah fikir pasal masalah negara sekejap."

  "Banyak lah kamu punya masalah negara.Ni,akak rasa,baik kamu pergi naik sekarang.Leeya cuma ada lagi 5 minit tahu?Faisal akan masuk lagi enam minit.So,better hurry!"Aku melongo.Lima minit?Marathon!
  Langkah harimau aku ambil sebelum menekan butang lif.Adui!Lambatnya nak bukak!Tapi yang peliknya,asal tak ada orang yang nak join aku naik lif?Tak kerja ke apa?Argh!Laantak lah!Lif dah bukak,aku masuk!Butang nombor 16 aku tekan.Sampai je ke tingkat 16,aku nampak semua orang sedang tekun buat kerja.Serius ah?Baru pukul 8 suku pagi beb!Laju aku punch kad milikku sebelum masuk ke dalam satu ruangan ofis yang luas tapi tidak ramai pekerja.Macam eksklusif pun ada!

  Jumpa satu lagi pintu kaca,aku tolak sebelum melopong.Bilik besar gila!Pastu boleh ada pintu lagi?Tapi tak tertulis CEO lah.Just tulis Chief Architect lepastu ada nama Faisal.Ceit.Orang mesti fikir,alo,ketua arkitek je pun.Masalahnya,dia Chief Architect Of ZF Architecture Holdings kot!Dalam bangunan ni ada beribu arkitek yang hebat!Tapi bukan semuanya arkitek lah.

  Walaupun namanya Architecture,dia ada penambahan.Ada 4 tingkat untuk pekerja dalam bidang interior designer.Dan 10 lagi memang tingkat khas untuk arkitek dan mestilah satu tingkat kafeteria yang berada di tengah-tengah iaitu di tingkat 9.Tingkat 17 pula ialah ofis Kak Zuhra dan P.A nya serta 4 orang pekerja.Manakala di tingkat 18 pula  memang tempat untuk release tension.Tempat peribadi milik Faisal.Tak leh blah kan?Semua ni Kak Zuhra yang bagi tahu secara detail.Heheh.

  "Leeya?"Tegur satu suara garau membuatkan aku spontan berdiri.Aiseyman!Aku rasa baru seminit aku sempat duduk,dah si Bos baru aku ni masuk!Patutlah semua awal-awal dah buat kerja!Faisal ni memang tepati masa betul!
  "Ye,saya!"
  "Apa awak buat kat sini?"Soal Faisal pelik.
  "Saya saja nak jumpa awak kat sini.Tak boleh ke?"Kataku selamba.Berkerut kening mamat tu dibuatnya.
  "I'm serious.Apa awak buat kat sini?"Soalnya.Kali ini lebih tegas.
  "Saya buat apa kat sini?Takkan tak tahu?Of coz lah saya nak timba ilmu!Salah kew?"
  "What?Don't tell me that you are.."
  "Yup!Tak yah speaking sangatlah.Saya lah P.A awak.Cantikkan P.A awak?Muda lagi."Potongku selamba.
  "Ouh.So,mulai sekarang.Panggil saya Encik Faisal.No more awak saya.Understand?Sekejap lagi saya kena pergi tengok site dan you!Must follow me.Understand?"Aku tersentak.Terkelip-kelip mata aku dibuatnya.
  Lepastu Faisal terus masuk ke dalam pejabat dia.What?Itu Faisal ke?Ke jelmaan dia?Huargh!Tak nak!And then,awal pagi dah kena pergi site?Pelik!Bukan orang pergi waktu tengah hari kew?Dalam novel aku baca,selalunya time tengah hari.Ah,lantaklah.Bagus jugak!Tak payah lah aku nak kena tadah muka dekat matahari yang panas terik bila waktu tengah hari.Tapi,Malaysia ni,pukul 8 memang dah terang-bederang dah!

  "Hello?Excuse me?"Soal satu suara.Aku toleh.
  Fulamak!Siapa perempuan nih?Lawa beb!Tapi seksi gila.Kain sendat!Paras lutut!Pastu terbelah sampai peha!Baju pulak.Baju kemeja lengan tiga suku.Tapi sendat!Tengok aku ni.Punyalah simple pakai kemeja warna biru cair.(Sama dengan Faisal sebab pagi-pagi lagi aku tanya Kak Zuhra pasal warna baju mamat tu hari ni.)Seluar slek warna hitam and tudung shawl lilit simple warna hitam kosong!Heisy.Leeya!Jangan kutuk orang!
  "Yes,miss?"
  "Who are you?Setahu saya,Faisal takde P.A."Aku sengih kelat.Sukahati dia lah nak ada P.A!
  "In that case,I am so sorry.Sebab saya P.A Encik Faisal."Jawabku selamba.
  "Ugh.I tak kisah pun sebab you ni I rasa cuma perempuan biasa and nothing special.Jadi,I tak perlu nak heran sangat sebab Faisal takkan suka perempuan macam you ni.Boring.Tak seksi.But,baguslah kan?"Kata gadis atau wanita itu.
  Aku senyum geram.Minah ni.Selamba badak je dia cakap aku perempuan biasa?Hey!Aku ada ijazah kau tahu?Cuma saja nak amek bidang fotografi and jadi P.A sementara.Tunggu lah kau!Kalau aku rajin.aku sambung tros amek master tros!Heisy.
  "Ouh.By the way.I nak cakap sikit.Faisal tu adalah I punya.Ada faham.Jadi lupakan lah niat you tu untuk nak try Faisal and untuk pengetahuan you.I ni.Marisa binti Dato'Mail.Sesuai dengan Faisal kan?"Aku senyum.
   HAHAHA.Mari gelak beramai-ramai sebab ada pesakit mental di sini.Agaklah.Ini kali pertama jumpa and then,dia terus cakap Faisal tu dia punyalah,apa lah.Tak nak cakap Faisal tu haiwan peliharaan dia ke?Satu lagi,anak Dato'?Sorry lah beb!Anak Dato' je pun!Salah orang lah ni.Aku anak Tan Sri weh?Nak lawan?Haih,lawak-lawak!
  "Okey.Satu je yang saya nak cakap ye miss.Setahu saya,Encik Faisal tu memang single and avaible.Jadi tak salah kan kalau saya nak Cucuk jarum.Dah lah kaya.Hensem pulak tu.Siapa je yang tak nak?"Ujarku sinis.
  "Hey perempuan.Orang jenis macam kau ni,layak duduk dekat tepi jalan tu je."
  "Oh ye?Habistu,Miss ni pulak kat mana ea?Dekat longkang?"
  "Kau jangan nak cari pasal dengan aku ea?Mesti mak bapak kau tak ajar kau betul-betul kan?"
  "Jangan cakap pasal mak ayah saya."Kataku dalam geram.
  "Asal?Mak ayah kau paksa kau jual diri kat sini ke?"Sinis Marissa.
  "Kurang ajar!"Pap!Aku terus menampar pipi gadis itu kuat.Nasib pintu kaca ni hanya orang dalam nampak orang luar.Kalau tak,memang huru-hara.
  "Kau tak layak nak cakap apa-pun pasal mak ayah aku!Mulut tu jaga!"Tengingku perlahan.
  "Ugh.Apa?Salah ke aku cakap?Habistu?Jadi apa?Pelacur?"
  "Takguna!"Baru aku nak layangkan satu lagi penampar.Faisal sudah menyuruh aku berhenti.
  "Stop!What are you doing ha,Leeya?Baru first day,dah berani tampar klien saya?"Aku laju memandang Faisal tajam.Perempuan tu?Awal-awal sorok belakang Faisal,Huh.
  "For your information,saya mempunyai baran yang sangat tinggi dan paling pantang orang  cakap pasal mak ayah saya.Tak kesahlah orang tu siapa pun!Kalau berani,cakaplah perkara buruk pasal mak ayah saya.I will kill them!"Kataku keras.Saja gertak.Terkejut muka Faisal dibuatnya.
  "Awak jangan jadi gila!Kenapa?Sebab darjat awak lagi tinggi?Macam tu?"Aku tersentak.
  "Awak pun sama je!"Marahku sebelum keluar dari pejabat itu.Pintu kecemasan aku buka.Baik turun guna tangga!Lif lembab!Boleh rosak lif tu aku tumbuk kalau lembab sangat.
  "Tak guna punya Faisal.Lelaki semuanya sama je.Darjat?Huh.Cakap je lah yang dia tu pertahankan perempuan tu sebab perempuan tu lawa,seksi,gedik,semua ada!Dasar lelaki."Bebelku geram sambil mendaki tangga ke tingkat atas sekali.Ada aku kesah tu tempat Faisal ke apa?Aku nak tenangkan diri.Aku punyalah suka gila dekat dia,rupanya dia tu kaki perempuan!Huh!Fail!Harini jugak aku letak surat letak jawatan.
  Tengah seronok membebel,aku terasa aku terpijak salah tempat membuatkan aku terkebelakang.Mata aku tutup.Kemudian,aku rasa kedua-dua bahuku di tahan sebelum aku berdiri stabil.Wajah penyelamat aku pandang.Hesy.
  "Encik Faisal nak apa lagi?"Soal ku kasar.
  "Sorry siket okay?Saya nak pergi tempat rahsia sayalah.Dah lah orang selamat kan dia."
  "Ouh.Terima kasih selamatkan saya."Balasku acuh-tak acuh.
  "Hurm.Batal air wudhu' saya."Aku melopong.Batal air wudhu'?
  "Kalau takut sangat batal wudhu',Tak payah nak tolong saya.Biar je saya jatuh.Paling teruk pun patah pinggang je kan?"Kataku geram.Faisal hanya diam membuatkan aku makin geram.Badanku pusing untuk turun tangga.Nak naik,tak boleh.Mamat ni dah nak kongker awal-awal!
  "Wait!"Panggil Faisal membuatkan aku berhenti sebelum berpusing.
  "Awak ni jenis apa ek?"
  "Apa?"
  "Yelah.Jenis najis mutawassitah ke,mughallazoh ke,muhaffafah ke?Sebab tadi saya pengang bahu awak."Aku melongo.Najis jenis apa?
  "Awak  memang sengaja ea?Hey!Awak ingat saya ni apa ha?Lagipun berlapik kot!Dan darurat okey!Sebab awak selamatkan saya!"
  Faisal hanya angkat bahu.
  "Habistu?Awak nak buat apa?Basuh tangan dengan benda kesat?Air mutlak?Ke nak saya cakap benda kesat?!"Marahku.Melampau lah dia ni!

Note:Sorry sebab tak dapat memanjangkan lagy entry ni sbb saya tak sempat and busy giler.Saya akan cuba sedaya upaya untuk update novel and cerpen secepat yang mungkin setelah hal saya selesai. Sowwy!!!

6 comments:

  1. Wah marah betul.. faisal pow kne tmpias.. sye suka lah org mcm ni.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Wah marah betul.. faisal pow kne tmpias.. sye suka lah org mcm ni.. huhu..

    ReplyDelete
  3. update lagi boleh tak?, kalau awak tulis dekat wattpad lagi best , btw sy suka citer awak , keep on update :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sya Allah akan saya update secepat mungkin.Wattpad?hehe..in sya Allah jugak!Terima kasih bagi cadangan. Thank you :)

      Delete
  4. arghhhhhh sawit ye.........love love love

    ReplyDelete